Monday, March 30, 2015

Kasih seorang cucu..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Pagi2 nie, gue jadi teringat pulak dekat drama pendek yang dilakonkan oleh mikail, bak kata si eraziwan.. hihihi nie sume gara2 si eraziwan yang beria dk bercerita sebab time tu gue xde kat tempat kejadian..so, tak boleh nak komen lebih la kan, layankan je nada suara dan expresi muka dia tu time bercerita.. kui3,

Nak dipendekkan cite, jumaat lepas mak ayah gue datang kl.. selasa tu time diorang nak gerak balik kg, mikail pulak sampai sudah xnak lepaskan tok ayah dia.. sampai aje umah pengasuh, terpaksa la si eraziwan ambik secara paksa rela.. kemain lagi mikail nie meraung, menangis bagai.. tok ayah pon apa lagi, bergenang jugak la air mata dia tu.. drama sangat kan si mikail nie..hihihi

Xtau kenapa, sejak kecik lagi mikail nie memang rapat sangat dengan tok ayah dia.. mungkin sebab ayah dan mak gue yang dk jaga dia dari kecik kot.. bila nampak aje batang hidung tok ayah, terus aje nak tok ayah.. orang lain dia memang xheran dah.. bukan setakat orang lain, mak ayah dia sendiri pon dia buat x heran je.. bertuah punya mikail =.='

 cucu kesayangan tok ayah la katakan.. (",)

dalam kereta pon nak berkepit dengan tok ayah jugak.. hai la anak =.='

Tuesday, March 24, 2015

Majlis Pertunangan Kakak..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, cuti chinese new year yang lepas telah berlangsungnya majlis pertunangan akak gue yang berumur 2x dengan jayanya.. hihihi Insyallah, kalau xde aral, bulan 9 nanti berlangsunglah majlis kendurinya.. tahun nie mak gue akan dapat 2 orang menantu, sorang menantu pompuan, sorang lagi menantu lelaki.. senyum lebar la nanti mak ayah gue.. hihihi ;)

Calon suami akak gue nie, mak gue yang carikan.. bila dah suka sama suka, boleh lah teruskan ke peringkat yang seterusnya kan? akak gue yang sorang lagi yang berumur 3x pulak belum ada calon lagi.. gue cuma boleh doakan agar dia bertemu jodohnya secepat yang mungkin je sebab fitrah wanita kan.. mana ada pompuan yang xnak berumah tangga..betul x? huhuhu

selamat bertunang sis.. selamat berdarah manis.. hihihi

 selamat bertunang juga buat bakal abg ipar.. ;)

4 dara pingitan kini telah menjadi 1 mak dara, 1 bride-to-be dan 2 dara pingitan.. boleh macam tu? hahaha

 makcik2 dan pakcik2 sebelah ayah a.k.a orang kuat majlis.. ;)

Akhir kata, semoga akak dan pasangan dapat mengenali hati budi masing2 sepanjang tempoh bertunang nie sebab diorang x kawan lama.. kenal dalam dua,tiga bulan macam tu, si lelaki terus hantar rombongan meminang.. sweet sangat bakal abang ipar gue nie walaupun akak gue cakap dia langsung x romantik! hahaha oh ya, mak dan kakak gue yang satu lagi tu, gue yang mekapkan tau! hohoho ;D

Wednesday, March 18, 2015

Ber-river Cruise Beramai2..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Chinese new year yang lepas, kemain lagi kitorang laki bini nie bercuti panjang kat kg, dalam 9 hari jugak la..hihi cuti kali nie meriah sangat sebab kitorang adik beradik dapat berkumpul ramai2 sebab time tu akak gue nak bertunang.. kalau x, jawabnya kena tunggu bulan syawal dulu la baru boleh berkumpul ramai2 macam nie.. itu pon kalau abg long gue x balik kg wife dia kat penang...huhu

Memandangkan kitorang dah lama sangat x balik kg nenek sebelah mak a.k.a dah lama sangat x naek bot, so satu hari tu akak gue suggest la nak p ber-river cruise beramai2 sebab laluan bot tu menghala ke arah kg nenek kitorang.. semua pakat excited nak naek bot dan jenguk2 kg nenek.. jenguk dari jauh je sebab nenek dah x duduk situ dah, sebab tu ler kitorang excited sangat nak p.. hik3,

jom mikail, kita bawak ayah p jenjalan kat kg nenek ibu..hihi

my big family.. ;)

mentang2 la cucu tok ayah, asyik berkepit je dengan tok ayah atas bot nie ek..

Kalau x silap, harga untuk satu kepala rm10 rasanya.. perjalanan pulak ambik masa dalam sejam jugak la pegi balik.. pendek kata, kitorang memang enjoy sangat dapat habiskan masa together2 macam nie walaupun cuaca agak panas skit time nie.. dah lama xbuat aktiviti luar bersama family, panas sikit tu xde hal lah..hihihi

Tuesday, March 17, 2015

My Journey to ESRS Class..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Hari nie gue nak share pasal kelas ESRS a.k.a kelas formal pertama yang dianjurkan oleh mary kay untuk para beauty consultant yang baru seperti gue selama 2 hari berturut2.. kiranya nanti mary kay akan melahirkan beauty consultant yang berilmu la untuk memulakan bisnes produk kecantikan nie..hihi

Apa yang best dengan kelas ESRS nie ialah kita akan lebih mengenali apa itu produk mary kay, lebih mengenali siapa pengasas mary kay dan lebih mengenali apa yang kita mahukan dari mary kay.. haa, apa yang gue mahukan of coz lah kulit yang sihat + cantik dan financial freedom.. itu memang kemahuan dan idaman setiap wanita diluar sana.. kan? ;)  

walaupun traffic jammed, nasib baik sempat sampai on time pukul 9 a.m..hihi

sijil ESRS..now i'm officially a mary kay beauty consultant.. ;D

discover what you love - i love mary kay ;)

Oh ya, yuran untuk kelas ESRS nie hanya rm50 sahaja dan dengan rm50 yang dibayar tu, kita akan dapat ilmu yang tidak ternilai harganya, voucher yang bernilai rm200, sebatang lipstick yang bernilai rm53, sekeping sijil penyertaan, satu pin ESRS dan satu impian + harapan untuk berjaya seperti senior2 yang lain.. insyaallah, =')

#mizzerma
#marykaybeautyconsultant
#0162706499

Monday, March 16, 2015

Starter Kit Mary Kay.. ;D

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Hari nie gue nak share tentang produk kecantikan yang gue gunakan sejak dua menjak nie..hihi kalau x silap, dah sebulan lebih kot gue dah bertukar dari pencuci muka safi dan krim garnier kepada pencuci muka + masker + penyegar + pelembap + cc cream mary kay secara konsisten setiap hari.. ;)

Kadang2 tu rasa macam x percaya aje sebab gue yang sebelum nie merupakan seorang yang tersangatlah malas nak pakai itu, nak pakai ini, tapi pada masa yang sama nak muka yang cantik, sihat, halus, mulus dan gebu macam orang lain..haa boleh macam tu? ;P

So, nak dijadikan cite, lepas je gue join bengkel kecantikan yang dianjurkan oleh beauty2 consultant mary kay yang bertempat di VSQ, Petaling Jaya, gue terus terjatuh cinta dengan produk2 mary kay yang terdiri daripada produk2 penjagaan wajah dan produk2 kosmetik.. memang terbaik lah bak hang! ;D

starter kit mary kay yang bernilai rm200 :-
- cleanse (rm72)
- masker (rm85)
- freshen (rm72)
- hydrate (rm85)
- cc cream light to medium (rm79)
- cc cream medium to deep (rm79)
- lip gloss pink luster (rm53)
- beg kecil
- beg besar
TOTAL = RM525

Faktor utama yang mendorong gue beli starter kit mary kay nie sebab harga dia lebih berbaloi kalau nak dibandingkan dengan harga asal produk2 nie.. haa, sebagai pengguna yang bijak, kita kena la peka sikit dengan benda2 yang melibatkan wang ringgit nie kan.. hihihi kalau korang pon berminat nak try produk mary kay nie secara percuma, haa jom wassap gue laju2 jom.. ^_^

#mizzerma
#marykaybeautyconsultant
#0162706499

Friday, March 13, 2015

Sweet 19months sygku.. ;)

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Hari nie dah 13hb, selamat ulang bulan yang ke-19 sayangku mikail.. ya ampun, pejam celik pejam celik, lagi 5 bulan je hero cilik ibu nie nak genap 2 tahun.. cepatnye la hai waktu nih berlalu.. tahun depan boleh la ibu plan adik untuk mikail slow2..mikail nak adik x? hihihi ;P

sori sayang, ibu terbuli pulak..sape suruh kerap sangat berak hari tu! hahaha

Berkenaan dengan penyusuan si mikail nie pulak, gue agak terkilan jugak la sebab xboleh nak bagi dia susu ibu sepenuhnya sebab gue dah campur susu formula sejak umurnya 15 bulan.. terkilan jugak la sebabnya kalau gue rajin skit, insyaallah gue mampu bagi dia susu ibu sepenuhnya.. maafkan ibu sygku.. ;(

muhammad adam mikail, penyejuk mata dan penenang hati ibu dan ayah.. ;)