Saturday, December 2, 2023

Tanda Awal Kehamilan Anak Ke-5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. ;)

Tu dia, pejam celik pejam celik, dah 3 tahun lebih rupanya sis x menulis kat sini.. lama betul xjumpa jalan pulang ya haha nie pon kebetulan time sis tengah survey pakej bersalin kat kpj seremban pagi tadi, ehh ehh boleh pulak terjumpa post diri sendiri time tengah survey hospital bersalin untuk anak ke-4 tahun 2020 ritu ekk huhu sabar jelaa

So tanpa membuang masa, moh ler kita straight to the point.. untuk makluman, ini adalah kandungan sis yang ke-6 dan insyaallah anak yang ke-5 sebab sis pernah keguguran sekali masa kandungan baru berusia 10w tahun 2017 ritu.. untuk kandungan kali nie, kami laki bini x merancang pon nak tambah anak, cukup la 3 boboi dan 1 gegirl nie, bukan apa.. ghisau kot tambah anak kang, dapat boboi lagi sorang.. masak la boboiboi kuasa 4 bergabung nanti hahaha

Kitaran period sis sejak 4 bulan sebelum lekat hari tu memang on time 26 hari macam tu, kebetulan pulak time tu sis memang tengah pulun untuk puasa ganti setiap hari isnin dan khamis.. nak dijadikan cerita, hari ke-26 tu gigih la sis x puasa ganti sebab ghisau la jugak kot tetiba period kang, terpaksa la bukak puasa sekerat hari.. tunggu punya tunggu, hari ke-27 pon period belum kunjung tiba lagi.. haa sudah, alang2 stok upt ada je kat umah, balik keje tu sis saja la buat test upt..

Day 27

Tu dia, kemain ye terang double line tuu.. kalau x silap, time tu dah 5w macam tu la.. sepanjang awal kehamilan tu, sis xde rasa alahan ke apa ke, just cepat penat dan cepat lapar jela sehinggalah beberapa minggu lepas tu, baru sis start rasa xsedap badan, xsedap tekak, mual2 sepanjang masa, nak minum air putih pon xselera sebab deria rasa dah jadi lain maciam.. paling azab bila part gosok gigi setiap pagi tu, memang bercinta sambil gosok gigi sambil tahan rasa nak muntah hmm setakat sis dah 15w nie, baru 2-3 kali la sis muntah2, xde la setiap hari macam sesetengah ibu mengandung tu.. phew, we can do it mommies!

1st scan

Sunday, July 12, 2020

Booking Bersalin @ KPJ Seremban

Assalamualaikum w.b.t.. ;)

Alhamdulillah, akhirnya ada jugak entry baru setelah hampir 2 tahun blog sis nie krik2 aje..haha bz sangat tu mak anak 3 nie..insyaallah jugak, 8/8 nanti sis akan menimang cahayamata yang ke-4, insyaallah kali nie baby girl..hiks

Tujuan entry nie di post sebab sis agak frust sebab masa tengah google review bersalin kat kpj seremban, x banyak pon post yang ada..2020 xde langsung, 2019 ada la satu dua..itu yang sis decide nak create post untuk memudahkan bakal ibu2 diluar sana mencari maklumat berkenaan kpj seremban nie, gittew hihi

Sebelum sis decide nak booking bersalin di kpj seremban, ada jugak la sis helo2 hospital swasta kat area negeri sembilan nie. Antaranya salam senawang, columbia asia seremban dan hospital bersalin sukhilmi. Akhirnya, sis decide untuk pilih kpj seremban setelah mengambil kira pakej bersalinnya 3k dan ada 2 orang doktor perempuan. Kot la time turn kita nak bersalin karang, doc kita tu x available, ada la jugak doc backup perempuan ye dak

Oh ya, syarat nak bersalin kat kpj seremban nie simple je uols, at least kena checkup 1x sebelum bersalin dan tiada bayaran booking diperlukan. Means, dibuatnya kita tiba2 x jadi nak bersalin kat situ, x de la burn duit booking kita tu kan sebab sis plan nak balik bersalin kat kampung, saje je la booking kpj seremban nie kot2 baby x sabar2 nak keluar ke, mana la tau..harap2 sempat ler balik kampung hihi

Sis g checkup pada 10/7/20 yang lepas, standard prosedur dia timbang berat, check urine, check tekanan darah, scan baby dan soal jawab bersama doc. Kata doc, bermula 1 Julai, hanya isteri yang perlu ambik ujian covid sebab sebelum nie, suami isteri yang kena buat ujian tu dan hanya suami dibenarkan teman isteri di hospital, pelawat lain tidak dibenarkan langsung.

Total checkup sis ritu hanya rm127 uols, sangat affordable bagi sis. Caj pendaftaran rm7, caj konsultasi doc rm90 dan cas prosedur rm30. Doc Rosy sangat friendly okay, time scan baby tu sempat lagi dia tunjuk muka baby dalam bentuk 4d, siap cakap lagi muka n hidung baby sis nie macam muka ayah dia. Laki sis apa lagi, sengih sampai ke telinga la jawabnya..nyampah! haha

So, next checkup sis pada 24/7/20 nie..memang x dapat la sis pegi sebab sis dah inform doc awal2, kalo sis sempat balik kampung, sis x jadi la bersalin kat kpj seremban nie dan doc pon okay je. Cuma doc cakap kalo x sempat balik kampung, bila dah rasa sakit2 tu terus je datang kecemasan dan buat ujian saringan covid, lepas tu sis akan dibawa ke aras 4, tempat clear daripada covid sebab kalau x sempat buat ujian saringan covid, sis akan dibawa ke aras 3, kat situ memang risiko la skit sebab x dibuat saringan covid.

So, itu jelah info yang boleh sis kongsikan setakat nie. Insyaallah, semoga bermanfaat buat ibu2 yang sedang survey tempat bersalin macam sis sebelum nie, hihi

Thursday, August 2, 2018

Hamil selepas keguguran

Assalamualaikum w.b.t.. ;)

Fuh, macam x percaya aje dah 8 bulan rupanya gue x update blog. ingatkan baru 2-3 bulan. cepatnya lahai masa nie berlalu. Alhamdulillah, sekarang nie gue dah pon memasuki 2nd trimester, 24 weeks pregnant selepas 3 bulan keguguran pada 12 November 2017 yang lalu. Entry kali nie lebih kepada perkongsian mengenai perjalanan kehamilan semula selepas keguguran.

Masa keguguran ritu, gue ke Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi untuk dapatkan pengesahan samada janin dah habis keluar atau belum dan atas nasihat doktor, dia suruh gue berehat selama 3 bulan dulu untuk bagi rahim fully recovered sebelum plan untuk hamil semula disamping kena makan asid folik secara konsisten sepanjang 3 bulan tu.

Bulan pertama selepas keguguran, kitaran period gue dalam 33 hari, bulan kedua dalam 32 hari dan bulan ketiga dalam 28 hari. Maksudnya disini, sepanjang gue amalkan asid folik selama 3 bulan tu, kitaran period gue dah kembali teratur dan alhamdulillah, bulan keempat tu terus lekat. Sepanjang 1st trimester tu, gue hanya amalkan asid folik sahaja atas nasihat doktor pakar di Klinik Pakar USIM.

Kononnya untuk pregnancy kali nie gue nak la try set hamil salindah sebab tengok testimoni macam best aje. Sekali, bila doktor pakar tanya supplement apa yang gue amalkan masa 1st trimester, terus aje dia minta gue stop sebab isi kandungan salindah itu agak diragui sebab kat botol tu kosong aje xde tulis pape so better makan je asid folik yang memang kita tahu apa isi kandungannya.

Kiranya sepanjang 12 weeks pregnant tu gue cuma amalkan asid folik aje. 16 weeks pregnant pulak doktor minta gue upgrade daripada asid folik kepada obimin sebab katanya asid folik sahaja dah tak cukup untuk kandungan. Alang2 tu gue minta sekali kalsium sebab time tu gue dah start rasa macam tertarik urat gitu. Kiranya sepanjang 2nd trimester nie, gue cuma amalkan obimin dan obical sahaja.

Insyaallah untuk incoming 3rd trimester pula, doktor dah siap2 minta gue upgrade daripada obimin kepada obimin pluz sebab katanya obimin pluz dah ada sekali dengan dha. So gue x perlu nak makan vitamin berbiji2, cukup sekadar sebiji obimin pluz dan sebiji obical. Sekian sahaja perkongsian gue untuk perjalanan kehamilan semula selepas keguguran. Semoga bermanfaat untuk yang memerlukan.

5 @ 6 weeks

9 weeks 2 day
  
13 weeks 2 day

17 weeks 2 day

22 weeks 6 day

24 weeks