Friday, April 6, 2012

The Hunger Games

Rabu lepas gue p temankan akak gue tengok cite the hunger games kat leisure mall..maklum ler, akak gue yang sorang lagi tu kan outstation kat belgium, so sebagai adik, gue terpaksa la luangkan masa gue yang kenkononnya agak bz nih untuk dia sebabnya, kalo akak gue yang sorang lagi tu ada, diorang akan p tengok berdua..kalo dulu kitorang selalu jugak kua bertiga p sekarang da jarang.. maklum la, masing2 ada komitmen masing2 kan walaupun tinggal satu rumah..

Movie sepatutnya akan stat pada pukul 9 malam, so akak gue tuh kemaen lagi plan, katanya nak belanja gue dinner dulu b4 masuk panggung sebabnya dia pon belum makan malam lagi..so, dengan perut yang agak kebuluran, kitorang pon gerak ler ke leisure mall..siapa sangka jalan nak p ke leisure mall tuh tersangatlah jem okeh..yang gue heran, pepagi taem gue nak p ofiz, jalan lengang aje.. uhuk, hanya tuhan yang tau betapa kebulurannya gue saat tuh..sob, sob, T..T

 Nak dijadikan cite, 1st taem gue mam nugget 6 ketul + cup corn taem tengok movie, biasa gue mam pop corn aje..hm, nasib baek ler tangki perut gue nih kecik aje..so, memadai ler dengan nugget + cup corn yang tak seberapa tu kan..akak gue pulak mam hot dog aje..hehehe oh ya, haa..ini lah dianya watak2 utama dalam cite the hunger games nih..p gue rasa, hero yang baju biru tuh watak sampingan aje kot sebab dia punya babak ciput aje? hehehe

 Memula tengok, gue pon tak paham jugak jalan cite c hunger games nih..maklum ler, tak de angin tak de ribut tetiba dk bagi intro yang entah pape..(banyak la hang punya entah pape!) err..alamak, hehehe rupa2nya cite nih berkisarkan tentang permainan meragut nyawa..uish, ngeri bukan? nih pulak taem sesi pemilihan peserta bagi setiap daerah..baek betul heroin nih, sanggup dia jadi volunteer untuk gantikan adik pompuan dia..sob, sob, T___T

 Nih pulak antara peserta2 yang boleh dikatakan agak malang lah kan sebabnya, daripada 24 orang peserta, hanya akan ada seorang sahaja pemenangnya a.k.a sorang jelah yang hidup sebabnya yang 23 orang lagi akan mati..(nape akan mati pulak?) apa boleh buat, dah memang itu peraturan permainan nih..nama pon lagi the hunger games kan..pendek kata, cite nih memang betul2 mendebarkan jiwa dan raga gue lah..banyak tol adegan saspen~

 
Game yang sentiasa menghantui jiwa dan raga setiap penduduk di semua daerah sejak 73 tahun yang lalu sebabnya masa hero + heroin terpilih sebagai peserta, ianya untuk tahun yang ke-74..mau tak menghantui, setiap tahun akan ada 23 orang penduduk daripada daerah yang berlainan akan terkorban..uhh, gila betul cite nih..tak dapat gue nak imagine macam mana lah agaknya kalo cite nih merupakan realiti? nasib baek ler hanya rekaan pengarah semata2..

Watak2 utama dan beberapa watak2 sampingan yang berjaya menghidupkan jalan cite c hunger games nih..dalam reramai 24 orang peserta tuh, hanya 3,4 orang aje yang baek hati tahu..diorang sesuka hati jer p bunuh peserta2 yang laen tanpa belas kasihan..hm, bagi gue cite nih memang ler sedih tapi gue masih boleh bertahan lagi laa..akak gue pulak, siap nangis2 lagi taem budak kecik tuh kena bunuh..hik3, kelakar betul..dalam hati ada taman rupanya akak gue tuh..=P


Wednesday, April 4, 2012

Soal Jawab Bersama Ustaz

Wah, tak sangka banyak tol komen2 membina yang gue dapat daripada entry sal dress bertandang gue tuh..terharu sat~ sob, sob, T..T hehehe apa yang boleh gue katakan disini ialah, terima kasih yang tak terhingga kepada mereka2 yang terlibat dan gue hargai sangat2 komen2 anda semua tuh.. ada masa nanti gue akan make-over lagi dress tu..nasib baek gue juz draftkan aje..nanti, boleh ler tambah apa2 yang patut kan..hehehe =D

Kali nie pulak gue nak kongsikan beberapa soal jawab yang sempat gue copy and paste daripada satu website yang banyak memaparkan tentang kemusykilan2 agama..tapi gue tak pasti la pulak samada website nih femes ke tidak sebabnya ini kali pertama gue p terjah website tuh..hehehe tapi setahu gue, website nih memang banyak sesangat info2 yang berguna untuk kita pakat2 hayati dan pelajari..sesungguhnya, yang baek itu datangnya daripada Allah s.w.t..=)

Soalan 1 :-
Apakah hukumnya lelaki memakai inai dijari apabila seseorang itu menamatkan zaman bujangnya atau dalam erti kata lain berkahwin?

Jawapan :-
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-88 yang bersidang pada 2 oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua2 tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak dan ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan manakala corak2 haiwan, lambang dewa2 atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
3. Diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Soalan 2 :-
Bolehkan menantu (perempuan) bersalaman dengan ayah mertua? Apakah batas aurat diantara isteri dan ayah mertua, saudara lelaki sebelah suami dan adik ipar lelaki.

Jawapan :-
Menantu perempuan boleh bersalaman dengan bapa mertuanya, dan tidak batal wuduknya. Ini kerana bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut. Oleh itu, aurat menantu perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik beradik lelaki yang lain. Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya dihadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Soalan 3 :-
Saya tahu cincin perkahwinan atau pertunangan harus diletak di jari manis..tetapi di tangan kiri atau kanan?

Jawapan :-
Letaknya dijari manis tangan kanan.

Huh, terjawab suda persoalan yang membelenggu gue selama nih..hehehe gue ingatkan, lelaki memang tak boleh pakai inai langsung masa nak kawen, rupanya kalo setakat pakai 3 jari, no hal aje..hehehe lepas tu, tang aurat dengan bapak mertua + adik beradik lelaki suami, gue juz confuse aje sebabnya gue penah dgr jgk pasal nih sebelum nie..=P tang cincin pulak, haa..yang nih memang gue tak tau langsung kena pakai tangan kanan, ingatkan tangan kiri..hehehe

  
kemusykilan.islamgrid.gov.my
haa, inilah dianya website yang gue maksudkan tadi..semoga persoalan2 yang pernah membelenggu pemikiran anda2 semua juga akan terjawab lah hendaknya sekiranya anda2 semua rajin nak meng-klik kesemua soklan2 yang diutarakan oleh mereka2 yang berada diluar sana yer..wallahu'alam..=)

Monday, April 2, 2012

Off to Belgium~ sob, sob,

Oh ya, sebelum ada yang salah faham, moh gue habaq awal2 yer, sebenarnya bukan gue yang nak p belgium tuh tapi akak gue..huhuhu dia da p da pon pada ari sabtu yang lepas..untuk makluman, dia bersama 4 orang ofiz mate dia terpaksa p outstation ke belgium selama 2 bulan..lama bukan? uhh..syok bangat~ tetiba rasa jeles..hehehe haa, kata akak gue lagi, kat belgium tuh femes ngan coklat, kalo gue nak jadikan coklat sebagai hantaran ke, ape ke, dia boleh tolong belikan..

So, faktor utama mak ayah gue datang kl nih sebab nak p hantar dia kat klia ler, sesambil tu untuk bawak balik kan kete dia kat kg. jugak..yela, 2 bulan dia nak bermastautin kat belgium, sape yang nak tolong tengok2kan kete dia kat sini kan..jadi pape karang, sape yang susah? akak gue jugak..kui3, so, sehari b4 akak gue berangkat, dia belanja la kitorang satu family p dinner kat restoran saba yang bertempat di cyberjaya nih..

Sebelum nih akak gue memang da penah bawak da mak ayah gue p mam kat restoran saba tu tapi masa tuh gue tak iqot, gue pon da lupa macam mana la gue boleh tak iqot taem tuh..so, mak gue kemaen lagi dk cakap nasi kat restoran nih sedap la, apa la..saja la tu nak kasi air liur gue nih meleleh, uhuhu so malam tu, diorang pakat2 la order nasi tapi gue + akak gue yang sorang lagi p order benda laen..gue pon da lupa apa ke nama menu nih..hehe

 nampak macam sedap kan?
dan hakikatnya makanan nih memang lah sedap..hehehe
tapi tak tau lah nape, gue tak berjaya pulak nak habiskannya..maybe sebab banyak sangat kot?


 
nih pulak taem gue kat klia..
amboi, rajinnya dk tolak troli..anak sape la nie..(padahal, tolak kejap aje sebab nak suh adik tolong ambikkan gambar) hahaha boleh macam tu? =P

Nak dijadikan cite, oleh sebab tempat parking klia nih agak jaoh, so kitorang dengan paksarelanya (yeke paksarela? =P) terpaksalah parking aje kat area drop off klia tuh..moga2 kete2 kitorang nih tak kena saman lah hendaknya, amin.. lepas tu, bila akak gue da check-in luggage, dia pon temankanlah kitorang p kat kete, uhh..malang tak berbau betul, boleh pulak c polis tuh p saman kete akak gue aje..keje abang gue tak kena saman la pulak, pelik betul..kui3,

Malam tu pulak, gue pon apa lagi, cepat2lah memulakan sesi menggayakan veil2 + baju majlis bertandang dekat mak ayah + adik beradik gue..hik3, ayah + adik beradik diam aje tapi mak gue cakap veil2 + dress bertandang gue tuh lawa..misti mak gue bangga kan dapat anak pompuan yang kemaen lagi kreatif + berbakat besar dalam bab2 jahit menjahit nih? (amboi, sakan tol hang dk masuk bakul angkat sendiri ek!) err..err..hehehe