Wednesday, June 26, 2013

Kampungku Kampungmu Jua..hihihi

Assalamualaikum w.b.t.. =')

14 Jun yang lepas sepatutnya ada majlis doa selamat sempena usia kandungan gue yang dah pun mencecah 7 bulan di rumah mertua kat kg.. oleh sebab kitorang terlambat gara2 terlepas flight, gue xsempat pun nak mengaminkan doa bersama2 dengan yang lain..huhuhu

Tapi tak kesah la kan..janji semuanya selamat sudah..hehehe walaupun kepulangan gue ke kg. kali nie agak singkat, tapi gue seronok sangat2 sebab dapat menghabiskan masa bersama dengan family tersayang di kg.. at least, terubat la jugak rindu di hati nie kan.. =')

kak ipar ajak shopping set bakul + tilam kekabu untuk baby kat pengkalan kubur..x sangka, harga barangan kat sini lagi murah kalo nak dibandingkan dengan harga kat online tu..bayangkan, set bakul + tilam kekabu tu kitorang boleh dapat dengan harga rm150 aje..hik3, lucky betul~

 aiskrim nih namanya ali baba..1st taem gue jumpa n rasanya pon not bad jugak..macam2 pakcik tu taruk dalam aiskrim nih..ada pulut, jagung, kekacang, roti dan of coz lah aiskrim..hik3, harganya pulak? rm2 aje..hihihi alahai, tingin pulak nak pekena aiskrim nih lagi sekali..hm,

taem tengah pusing2 kat sini, gue ada berkenan dengan beg coklat nie tapi xtau la nape..masa tu x rasa macam nak beli pon..bila da balik kl, asyik dk teringat aje kat beg nih..haa sudah, nie x boleh jadi nie..nasib baek kak ipar cakap kalo dia ada datang sini lagi, nanti dia tolong belikan untuk gue..hehehe

yang nie pulak permainan transformers..gue pon x paham dengan c eraziwan tu..nape la dia dk beria sangat nak belikan mainan nie untuk baby..baby kan kecik lagi, mana la reti nak maen benda2 macam nie..saje la tu nak buat excuse, padahal dia yang tingin nak maen mainan nie..kui3,

 malam sebelum kitorang gerak balik kl pulak, mak cakap ayah nak belanja kitorang makan ikan bakar kat kedai fav dia..katanya medan ikan bakar kat sini baru bukak dan rasanya pulak memang terbaik..harga pon berpatutan..

 sejak gue mengandung nih, gue dapati layanan ayah memang lain..kalo gue cakap gue tingin nak apa2, dia mesti excited nak carikan untuk gue..sekali tengok macam atuk yang baru 1st taem nak dapat cucu pulak padahal cucu da 2 orang..1 laki 1 pompuan, anak abang long pulak tu..huhuhu

 pape pon, rezeki jangan di tolak..taem pregnant nie la boleh makan yang sedap2..bila da bersalin nanti, nak kena berpantang pulak..jangankan nak makan yang sedap2, nak minum yang sedap2 pon belum tentu dapat tau..kesian pulak rasa kat diri sendiri nanti..hik3,

 haa, ini lah dia nya hidangan makan malam kami..memang sedap hingga menjilat jari gua cakap sama lu..hehehe oh ya, lokasi juara ikan bakar nie bertempat di kedai buloh, kelantan.. harga untuk 5 orang makan x sampai pon rm100, rm90++ je kot..memang berpatutan kan? hihihi

Monday, June 24, 2013

Shopping Barang Baby - Part 3

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Sepatutnya ari sabtu yang lepas gue nak p shopping barang baby kat ipc shopping centre.. dengarnya kat sana ada mom's care baby products clearance sale bermula june sampai ler september 2013 nie.. tapi memandangkan c eraziwan x sihat gara2 jerebu, so kitorang x jadi p sana..

Malam tu pulak, bila gue tengok c eraziwan dah makin ok, gue ajak ler dia p shopping barang baby kat jusco cheras selatan tu..maklum ler, perangai c ibu mengandung nih, selagi xdapat apa yang dia nak, dia memang xkan boleh duduk diam..mesti rasa gelisah semacam aje..hik3, =P

Tapi tu lah, gue pon xtau nape ramai sangat yang suka p shopping barang baby kat jusco sebab taem gue p ritu, bukannya banyak pon barang baby yang ada kat sana..checklist gue pon luak skit aje, huhuhu.. pape pon, jom kita layankan aje barang2 yang gue sempat grab kat jusco tu..

liquid cleanser pureen - rm16.50 (free baby wipes 30 pcs)

kiddi wash pureen - rm17.90 (2 liter)

changing mat baby kiko - rm12.90

hooded blanket tollyjoy - rm25.90

barut bertali anakku - rm9.90 (2 pcs)

johnson's baby oil - rm3.50

nail clipper anakku - rm6.90

nappy rash cream pureen - rm8.90

cotton bud baby kiko - rm5.90

Saturday, June 22, 2013

Our Long Journey.. ='(

Assalamualaikum w.b.t.. =')

End of may yang lepas, kami dengan excitednya telah berjaya membeli 2 flight ticket mas secara online dengan harga rm150 sahaja untuk 2 orang ke kota bharu, kelantan.. dan pada pertengahan jun pula, kami dengan kecewanya telah terlepas flight itu..sob, sob,

Macam mana boleh terlepas flight? hm..memandangkan flight kitorang pukul 7.50 pagi, so tepat jam 5 pagi, kitorang dah bangun untuk bersiap dan keluar dari rumah +- 5.30 pagi, lepas tu p parking keta kat tbs, tiba di kaunter klia transit +- pukul 6.05 pagi..

Tren sepatutnya tiba pada jam 6.10 pagi, tapi memandangkan ada makcik foreigner yang kemaen lagi slow motion taem membeli tiket, kami telah terlepas tren gara2 dk tunggu makcik foreigner tu dan terpaksa menunggu selama 30 minit lagi untuk ketibaan the next tren..

Tepat jam 6.40 pagi, kami menaiki tren dari bandar tasik selatan selama 12 minit dan tiba di putrajaya pada jam 6.52 pagi dan terpaksa menunggu selama 20 minit lagi sebab dah terlepas tren yang sepatutnya pergi ke klia pada jam 6.50 pagi gara2 kami terlambat sampai 2 minit..hmm,

Tepat jam 7.20 pagi, kami menaiki tren dari putrajaya selama 15 minit dan tiba di klia pada jam 7.35 pagi.. memandangkan lagi 15 minit flight nak berlepas, kitorang pon kemaen lagi bergegas nak p check-in..dalam hati nie da tau da, misti x sempat punya tapi at least, try jela kan..

Sampai aje kat kaunter tu, dengan selamba badaknya akak kat kaunter tu cakap yang kitorang da xboleh nak check-in sebab flight tunggu masa nak gerak je tu..eh3, kerek + eksyen betul gayanya.. menyampah mak nak..kot iye pon, cakap la elok2 skit..kitorang bukannya pakai duet dia beli tiket tu..

So, nak tak nak, dari klia tu, terpaksa la kitorang bergegas pulak ke hentian putra.. nasib baik masa tu tiket bas ada lagi..+- 9 jam jugak ler perjalanan kitorang nih.. adoi, nasib baek ler baby dalam perut nih x meragam sangat..dia tau kot apa yang mak bapak dia nih tengah lalui waktu tu..hik3,

gerak sebelum subuh, maghrib baru sampai kg..hm, sabar jelah~ T.T