Wednesday, June 1, 2016

Bahaya baby keluar time maghrib

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Ceriteranya bermula pada hari khamis lepas, time tu maliki memang dah x sihat. asyik on off aje demamnya. kejap panas kejap ok, kejap selsema kejap batuk. siannya anak ibu. nak dijadikan cite, ptg khamis tu c eraziwan call cakap motor dia rosak dan tanya boleh x gue p ambik dia kat rnr beranang. gue pon serba salah dibuatnya. xkan nak cakap xboleh pulak. gue pon tawakal jela p ambik dia bersama dengan anak2.

Gue ingatkan rnr beranang tu dekat aje, sekali? adoi..boleh tahan jauh jugak dengan umah gue. masa gue keluar umah tu, jam baru pukul 6.30 petang. kelam kabut punya pasal, time keluar tu gue x bawak pape pon sebagai pendinding maliki. biasa kalau keluar malam2, gue akan bawa lada hitam sebagai pendinding baby.

Gue sampai kat rnr beranang tu dalam pukul 7.45 malam macam tu la. ya ampun, sepanjang perjalanan pegi maliki dah start nangis2, masa nak balik tu laen macam aje dia menangis. macam menangis sambil menjerit dan meraung macam tu la. 2 malam berturut2 kitorang laki bini xboleh nak tido sebab maliki asyik menangis aje.

Oleh sebab ragam maliki tu laen macam sangat2, gue tanya la pengasuh samada dia kenal mana2 orang kampung yang boleh ubatkan budak kat kawasan pekan mantin tu. nasib baek pengasuh cakap ada. gue pon apa lagi, petang tu terus call makcik ani untuk buat appointment dengan dia. walaupun bz, nasib baik dia selit jugak masa untuk ubatkan maliki.

Kata makcik ani, maliki jadi macam tu sebab ada benda ikut dia. time dk berubat tu kemaen lagi maliki menangis dan menjerit sambil mata dk melilau2 pandang atas. makcik ani pesan baby xboleh dibawak keluar time maghrib2, tambahan pulak dengan keadaan dia yang xsihat sangat, makin kuat la kena kacau.

Alhamdulillah sangat, balik je umah lepas abis berubat tu, keadaan maliki dah makin stabil, dah boleh duduk kat bawah elok2 tanpa menangis dan menjerit. siap boleh senyum2 lagi time ibu dan ayah dk agah2 dia. malam pon dah boleh tido lena sikit walau xselena sebelum2 nie tapi at least xde la tido sekejap2 lepas tu menangis menjerit bagai.


berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..........

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kesiannya dia. Itulah Erma memang waktu maghrib adalah waktu syaitan berkeliaran. Ini pulak Maliki dibawa keluar waktu itu. Nasib baik cepat sedar.

Moga anakanda Maliki terus sembuh.

Cik Rose said...

Siannya dia... moga cepat baik!

Inani Hazwani said...

Allah siannya Maiki. Alhamdulillah sekarang dah okay :)

Fyda Adim said...

Sian Maliki...tembam pipi dia. Semoga cepat baik. Selamat berpuasa ye...:D

Qaseh Vee said...

next time klu jadi lagi mcm tu , on kan bacaan ayat rukyah yg blh didaptkan dr youtube ... in sha Allah .