Tuesday, December 19, 2017

6 steps flawless makeup routine

Assalamualaikum w.b.t.. =)

Sebelum nie gue ada share tentang 8 steps skincare routine. so entry kali nie gue nak share tentang 6 steps flawless makeup routine pulak. kesinambungan daripada entry lepas la senang cite hihi tapi kalo nak amalkan rutin nie untuk makeup harian p balik keje macam tak sesuai sangat sebab pagi2 gue asyik rushing memanjang, mana sempat nak makeup beria bagai huhu sempat tepek yang basic je pon dah bersyukur sangat2. at least xde la p keje dengan muka pucat baru bangun tido aje haha

Tanpa membuang masa, jom kita check it out 6 steps makeup routine using mary kay products :-

  
1. prep and prime
mary kay eye primer - rm53
mary kay foundation primer sunscreen spf 15 - rm84
mary kay lash primer - rm79
- membantu mengurangkan tampilan garisan halus dan kecelaan serta memanjangkan pemakaian bedak.

 
2. apply foundation
mary kay cc cream spf 15 - rm79
mary kay mineral powder foundation - rm76

 
3. conceal and highlight
mary kay undereye corrector - rm49
mary kay perfecting concealer - rm49
- 'mengangkat' kawasan2 gelap pada wajah secara optik.

4. set your color look
mary kay translucent loose powder - rm72
- mencipta kemasan matte. satu warna yang boleh dipadan dengan semua tona kulit.

5. healthy, glowing finish
mary kay bronzing powder - rm64
- sempurna untuk kontur atau bronzing secara keseluruhannya.

6. finish your look
mary kay makeup finishing spray - rm79
- menggunakan finishing spray yang mengering dengan dengan cepat dan mengekalkan mekap tampil segar.

Steps flawless makeup n skincare routine nie pon gue baru perasan time tengah belek2 the look book mary kay tahun 2015 yang bertahun dalam ibook gue tu. selama nie x perasan langsung mary kay ada provided rupanya cara2 penjagaan wajah dan flawless makeup. tapi sayang, apa yang buku tu provided tidak menyeluruh sebab banyak lagi produk yang gue x tau cara penggunaan yang betul haha

Monday, December 18, 2017

8 steps skincare routine

Assalamualaikum w.b.t.. =)

Entry kali nie gue nak share 8 langkah penjagaan kulit wajah ala2 korean style untuk tampil flawless macam retis2 korea gittew hihi ritu gue ada la terbaca 10 steps skincare routine nie dalam iium confession. sejak tu la gue mula celik sikit pasal rutin penjagaan wajah nie. selama nie mana ada nak peduli sangat. faktor usia mungkin? so steps yang gue amalkan pon yang basic je setakat cleanser, toner n moisturizer. patut la sampai sudah muka x flawless haha

Memandangkan gue nie mary kay lover, so jom kita check it out 8 steps skincare routine using mary kay products :-

1. cleanse
timewise 3 in 1 cleanser - rm114
- mencuci, mengelupas, menyegar, mengaktif, melembap, menghalus, menegang, melembut, melindungi, menjana, mengurangkan garis2 halus dan kedutan

2. exfoliate / mask
timewise microdermabrasion refine - rm175
- mengurangkan tampilan garisan halus
- menghaluskan tekstur kulit dengan segera
- membersihkan sel kulit mati pada permukaan kulit dan kotoran dalam pori2

3. freshen
timewise moisture renewing softener - rm99
- melembut, menghidrat dan menyediakan kulit anda supaya mendapat setiap titisan kebaikan penentang usia timewise

4. serum / essence
timewise pore minimizer - rm175
- mengurangkan tampilan pori2 dengan ketara
- memberikan anda kulit yang penuh keyakinan biarpun dengan penangkapan dekat
- menenangkan kulit dan mengurangkan tampilan kemerahan pada wajah

5. eyecare
timewise age fighting eye-cream - rm133
- membantu pengurangkan penampilan garis halus dan kedutan di sekitar mata

  
6. day / night moisturizer
timewise age-fighting moisturizer - rm124
timewise day solution sunscreen spf 35/pa+++ - rm165
timewise night solution - rm165
- mencuci, mengelupas, menyegar, mengaktif, melembap, menghalus, menegang, melembut, melindungi, menjana, mengurangkan garis2 halus dan kedutan

7. mask overnight
timewise moisture renewing gel mask - rm117
- menghidrat dengan segera, melembap, membersih, menganjal, memelihara dan menenangkan serta mengurangkan tampilan pori2

8. sunblock
marykay sun protector spf 35/pa+++ - rm125
- meningkatkan pelindungan anda dan membantu mengekalkan wajah cantik tanpa cela

fuh, harapan gue pada diri sendiri adalah supaya gue akan sentiasa istiqomah dalam mengamalkan 8 steps skincare routine nie untuk tampil flawless bak retis2 korea haha 


double credit to : https://www.marykay.com.my/

Friday, December 15, 2017

Birthday preparation - Maliki Turns 2

Assalamualaikum w.b.t.. =)

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, lagi 16 hari anak teruna bongsu gue nie nak genap 2 tahun. makin besar makin panjang akalnya. walaupun diorang 2 beradik je kat umah tu, kadang2 macam 5-6 orang je bila datang angin kus2 diorang! aduhai anak, ibu la orang yang paling penat nak layan kerenah diorang sebab asyik kena bertukar jadi singa jadian aje memanjang haha

Memandangkan tahun nie kakak2 n adik2 gue bersepakat untuk sambut tahun baru kat kg, terpaksa la kitorang tukar lokasi sambutan majlis hari lahir untuk maliki. sebab biasanya gue sambut kat umah je. masak2 n hias2 umah sikit, lepas tu jemput je adik beradik yang ada kat kolumpo nie datang ke umah potong kek. kalo kebetulan time tu mak ayah gue ada kat sini, gue jemput la sekali makcik pakcik untuk sama2 memeriahkan majlis hihi

So tahun nie gue decided untuk p sambut hari lahir maliki kat morib je. xde la krik2 sangat kitorang 4 beranak nie potong kek kan haha plan asal patutnya kitorang nak sambut hari lahir maliki nie kat kg, sekali cuti eraziwan dah negatif pulak. so terpaksa la tukar plan ke morib. xpe la krik2 4 beranak je pon, at least weols boleh la bersuka ria kat water park morib tu nanti hihi

my yearly activity - birthday decoration

the best package ever!

Nak dijadikan cite, sebelum gue purchase pakej morib kat myfave nie, gue ada la survey jugak pakej kat tempat2 lain seperti agoda, trivago n mycuti. fuh, memang xdapat la harga macam yang myfave nie kasi walaupun diorang semua offer pakej yang sama je. alhamdulllah, rezeki la katakan hihi xsabar nak tunggu 31 disember nanti, semoga semua urusan dipermudahkan hendaknya..amin ;)

credit to = https://myfave.com/

Thursday, December 14, 2017

Tebus voucher Lazada dengan Bcard points

Assalamualaikum w.bt.. =)

Entry kali nie gue nak share tentang kelebihan Bcard points yang dah berbulan gue kumpul melalui pengisian petrol di caltex dan shopping online di lazada. selama nie gue cuma kasi je Bcard tu pada juru pam setiap kali pam petrol di caltex dan key in je no Bcard tu di lazada sesudah buat payment di website sebab nak kumpul points untuk tebus payung caltex yang bernilai 2900 points. tak sangka pulak B Infinite nie ada jugak offer voucher lazada rm10 = 1000 points.

Memandangkan gue nie selalu sangat shopping online kat lazada, of coz lah gue tertarik dengan voucher rm10 tu kan. jumlah terkumpul points gue sejak 2 mei 2016 = 1507 points. alhamdulillah, gue dapat jimat rm10 untuk next purchase di lazada. ok sangat dah tu bagi gue. sekarang baki points gue tinggal lagi 507 points. dulu senang je nak kumpul points di lazada, rm1 = 1 points. sekarang dah jadi rm5 = 1 points. jenuh ler nak tunggu points tu genap 1k semula hahaha

Cara nak tebus voucher tu pulak senang je, uols kena download apps B Infinite kat smartphone. lepas tu boleh pilih nak redeem voucher apa kat bahagian redemptions asalkan sesuai dengan jumlah points yang uols ada. oleh sebab gue pilih voucher lazada, so gue just masukkan kod voucher tu time nak checkout, lepas tu baru proceed payment yang telah ditolak rm10 oleh lazada. setel payment, key in pulak no Bcard untuk dapatkan points baru. simple as abc, easy like 123 gittew haha

thank you lazada! hiks

Tuesday, November 28, 2017

Keguguran dan Berpantang

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Ceritera keguguran gue bermula pada 10 November 2017 yang lepas. masa tu kandungan gue baru 10w4d. gue start bleeding pada petang jumaat tu sampai la officially miscarriage pada 12 November 2017. permulaan bleeding gue x banyak dan x kerap. petang sikit, lepas tu malam sikit. esoknya pon sama. pagi sikit, tengahari sikit, petang sikit, malam sikit. esoknya baru start heavy bleeding. setengah jam sekali tukar pad. tapi perut x de rasa sakit, cuma pinggang je sakit2.

Time gue start heavy bleeding tu, gue dah redha dan dah ready untuk proses keguguran nie sebab masa p klinik sariah, nilai jumaat malam tu, doc dah cakap awal2. katanya kalo normal bleeding, 3-4 hari  macam tu bleeding akan stop sendiri. tapi kalo berlakunya heavy bleeding, tu bermaksud proses keguguran sedang berlaku. xlama lepas heavy bleeding tu, tiba2 je keluar ketulan darah macam perut ikan sebesar 2 jari gitu. xlama lepas tu keluar pulak ketulan warna putih macam obor2 sebesar 3 jari. 

Doc kat hospital islam az-zahrah cakap, ketulan darah macam perut ikan tu la kantung baby. ketulan putih macam obor2 pulak doc xdapat nak kenalpasti apa benda sebab gue lupa nak snap gambar. time kejadian tu berlaku gue agak neves dan panik, so gue terus je mintak c eraziwan tolong cuci n tanam cepat2 haha kelakar betul bila ingat balik pengalaman keguguran pertama kali tu. macam2 perasaan ada time tu. sedih, neves, takut, panik, lega semua ada.

Orang kata, pantang gugur nie lagi perlu dijaga daripada pantang bersalin sebabnya tukang urut gue cakap, bila kita gugur, rahim kita luka teruk walaupun luarannya perut x sakit pon. pada hari ke-15 gue berpantang, gue ada berurut dengan makcik yang stay kat putrajaya nie. katanya peranakan gue dah kebawah sangat. kalo ditakdirkan gue pregnant lagi, kemungkinan besar gue akan keguguran lagi. fuh, scary betul gue dengar. lepas tu makcik tu tolong sengkak kan peranakan gue.

Kata makcik tukang urut tu lagi, rahim perlu kosong sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk pregnant lagi bagi memulihkan luka2 kesan daripada keguguran tu. cara makcik tu mengurut memang lain dari yang lain, best sangat. katanya lagi, urut pantang keguguran nie cuma sekali sahaja dan urut pantang bersalin pula hanya 3 kali. kalo saja2 nak urut pulak, cuma 3 kali dalam masa setahun. gittew. laen betul dengan info yang tukang urut gue kat kampung tu bagitau hihi

So, kalo ada sesapa yang berminat nak berurut dengan makcik nie, korang boleh je contact husband dia untuk booking slot mengurut sebab c eraziwan cakap, makcik nie x guna handphone. husband dia la yang jadi orang tengah. diorang stay kat putrajaya dan mengurut di PPA1M dan kadar bayaran pulak = rm80. no tel pakcik salleh = 010-3744492. oh ya, lepas je mengurut ritu, makcik tu ada kasi pes kunyit ramuan turun temurun untuk kecutkan rahim katanya hihi

Day 15 - berpantang

Friday, November 10, 2017

3rd pregnancy - 1st check-up

Assalamualaikum w.b.t.. ;)

7 November lepas gue g bukak buku merah kat klinik kesihatan mantin. plan asal nak bukak aje buku merah kat situ, next check-up nak g klinik pakar usim. sekali nurse membebel pulak, katanya kalo nak check-up kat klinik pakar usim, kenapa x g bukak je buku kat situ? huk3 gue bukak buku merah kat kk sebab gue nak kan buku merah dia aje, buku klinik pakar usim belum tentu complete.

Pengalaman bukak buku merah kat kk memang penat, tak sanggup gue nak imagine macam mana la gue nak check-up kat sini tiap2 bulan nanti. masa bukak buku merah ritu, pukul 8 gue dah sampai untuk pendaftaran, pukul 11.30 baru boleh balik. perit tuh di sini la katakan. huk3 gue sanggup skip proper breakfast semata2 nak kejar pendaftaran, alas perut dengan roti 7e dan air kotak milo aje.

Aktiviti time bukak buku merah kat klinik kesihatan mantin ritu, gue kena ambik darah kat lengan dulu untuk ujian saringan hiv, jenis darah dan hb darah. lepas tu terus buat ujian urine. lepas tu baru timbang berat, tinggi, tekanan darah, tinggi rahim dan nurse ajar cara2 buat pemeriksaan breast. patutnya nurse tu yang kena buat pemeriksaan breast tapi gue tolak sebab segan! hahaha

Patutnya appointment untuk scan kat kk nie time kandungan 12w keatas aje. tapi xtau la kenapa, baik pulak nurse tu p set kan appointment scan gue dan2 tu jugak walaupun gue baru nak masuk 10w. tang nie i like sangat! haha tapi tu la, nak tunggu doc panggil untuk scan makan masa setengah jam jugak. aduhai, sabar jela. dengan perut berkeroncong nya lagi. memang mencabar keimanan betul.

Hasil scan pulak macam x memuaskan sangat sebab kalo ikutkan date 1st day period, patutnya kandungan dah 9w6d tapi time scan ritu baru 6w4d. so doc cakap, next month kena scan lagi sebab xnampak janin, mungkin telur tu lambat disenyawakan katanya. gue pon x reti sangat nak explain. haha tapi xkisah la sebab katanya kantung tu cantik aje dan gue pon xde bleeding apa2.

So, next check-up adalah pada 5 disember nanti dan harapan gue adalah semoga check-up itu akan berakhir dengan jayanya dalam masa sejam dua sahaja, amin ya rab.. =')

sekuntum bunga dan tiga ekor kumbang in the car (",)

Thursday, October 5, 2017

Tanda awal kehamilan anak ke-3

Assalamualaikum w.b.t.. =)

Hello sweet + sour! dah lama xjenguk sini. maklum la, tuan tanah bajet bz la kononnya! haha rnie mood nak berbelog kembali bertamu lagi setelah berbulan bulan menyepi hihi al-kisahnya bermula 3 bulan yang lepas, time tu adam maliki baru berumur 1 tahun 6 bulan. gue kira mungkin dah tiba masanya untuk kami laki bini nie kasi adik kat dia dan adam mikail. kalo ada rezeki dapat gegirl, alhamdulillah sangat2. kalo dapat boboi lagi, kitorang ok je, mungkin itu yang terbaik untuk kami.

Ceriteranya bermula pada 30/9 yang lepas, memandangkan gue dah delay period selama 2 hari, gue pon cecepat p cari upt kat guardian. orang cakap, waktu yang tepat untuk buat upt adalah pada waktu pagi. tapi memandangkan hari tu dari pagi sampai ke malam gue pergi berjimba, sampai aje kat umah tengah2 malam tu, dan2 tu jugak  gue buat upt, xmenyempat la katakan haha

day 32

Keluar je result upt nie, gue jadi confused. hish, negatif ke positif nie? sekali tengok macam 2 line, dua kali tengok macam ada xde je line tu. bila tunjuk kat c eraziwan, boleh pulak dia cakap dia nampak 1 line aje. adoi, terus xjadi nak excited. bila gue wassap je gambar upt nie kat senior opis, dia pon cakap nampak 2 line. haa sudah, xpasal2 malam tu gue tido2 ayam je sebab susah hati..haha

day 35

Memandangkan gue dah delay period selama 5 hari, pagi tu gue terus decided untuk buat upt di klinik berdekatan area rumah. sebab kalo betul positif, boleh la terus ambik vitamin untuk baby, elok sangat la makan vitamin awal2 kan. kalo negatif pulak, apa boleh buat, cuba lagi jela jawabnya..haha berikut merupakan beberapa tanda2 awal yang gue alami sebelum buat upt nie :-

1. teringin nak makan jeruk dan buah2 masam sampai kecur air liur
2. perut kelihatan buncit memanjang
3. selera makan jadi besar a.k.a makan banyak
4. terjaga tengah2 malam sebab nak terkucil
5. lambat datang bulan

Tuesday, May 23, 2017

Day 3 - Percutian 3H2M di Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Pejam celik pejam celik, dah hari ke3 rupanya kitorang kat langkawi nie. Rasa macam cepat sangat2 masa berlalu. Tak puas rasanya spend masa dengan mak ayah dan adik2 yang datang direct daripada kampung. Insyaallah, raya nanti kita jumpa lagi ye hihihi Tanpa membuang masa, ayuh kita proceed perkongsian untuk hari yang ke-3 pula.

16 Mei 2017 (Selasa) - Lebih kurang jam 8 pagi, kitorang gerak ke pantai cenang untuk sesi mandi manda dulu sesudah isi perut di rumah. Setelah penat dan puas bersuka ria di pantai, kitorang pulang semula ke homestay untuk kemas2 barang sebelum check-out. Lepas tu kitorang ke gerai laksa ikan sekoq untuk brunch memandangkan jam dah pukul 11 pagi. Gue x makan laksa, so gue order pesembur aje. Abang n adik gue kemain lagi tambah order, sedap sangat agaknya laksa tu hahaha

off to pantai cenang

hello pantai cenang!

beach boy 1

beach boy 2

beach girl

brunch di gerai laksa ikan sekoq

Setel isi perut, kitorang bergegas ke jeti kuah pula untuk pulangkan nissan urvan dan beli tiket feri. Kos diesel nissan urvan sepanjang 3 hari = rm70 sahaja. Nasib baik sempat naek feri jam 2 petang. Tiket feri kitorang beli di kaunter aje, x berani nak ambik risiko beli online sebab takut kena tinggal dek feri hihihi Kalo beli kat kaunter, x boleh beli pergi dan balik. Kena beli sehala sahaja. Tapi x kisah la kan, janji selamat. Perjalanan feri ke kuala kedah pula cuma ambik masa 1 jam 30 min sahaja.

thank you nissan urvan for the past 3 days 

nice stay at lodge 63 homestay

bye2 langkawi island, till we meet again!

Friday, May 19, 2017

Day 2 - Percutian 3H2M di Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Day 1 dah setel, sekarang tibalah masanya untuk perkongsian day 2 pulak. Aktiviti pertama kitorang of coz lah jalan2 cari sarapan dulu. Cuaca pagi tu pulak x berapa nak elok sebab hujan, so terpaksa la kitorang pinda sikit aktiviti. Sepatutnya, lepas sarapan terus ke oriental village. Disebabkan cuaca tidak mengizinkan, kitorang decided untuk ke kompleks haji ismail group dulu sebab bangunan berbumbung kan hihihi

15 Mei 2017 (Isnin) - Kitorang gerak dari rumah jam 8.30 pagi untuk bersarapan di nasi dagang pak malau. Ada pelbagai jenis lauk seperti ayam goreng = rm8, ayam gulai = rm8, ikan gulai = rm8 dan daging kambing = rm15. Sesudah sarapan, kitorang terus ke kompleks haji ismail group untuk sesi membeli belah dan mencuci mata. Harga daim = rm16.90 satu pek, rm47 untuk tiga pek. Harga kisses = rm11.90 satu pek, rm33 untuk 3 pek.

nasi dagang pak malau, terbaikkkk

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati

sesi cuci mata dan cuci poket di kompleks haji ismail group

Destinasti seterusnya adalah ke oriental village. Tapi sebelum tu, haruslah isi perut dulu. Kedai makan pilihan kami adalah kak yan nasi campur. Ada pelbagai jenis masakan kat situ, rambang sat biji mata hihihi Kitorang tiba di oriental village lebih kurang jam 2 petang macam tu. Basic pakej yang kitorang ambik termasuklah skycab, skydome, skyrex dan 3d art = rm38. Untuk ke skybridge pula, kena add on = rm15 sekiranya menggunakan skyglide atau rm5 sahaja sekiranya berjalan kaki.

crew tv3 pon datang lunch kat kak yan nasi campur


welcome to oriental village

ronda2 petang bersama skycab

love is in the air

layan kabus tebal di skybridge

ku kunci cintaku dalam hatimu

fly me to the moon and back

Kitorang gerak daripada oriental village lebih kurang jam 8.00 malam. Memandangkan masa agak mencemburui kami, so kitorang decided untuk dinner di area dataran lang sahaja. Sambil menyelam minum air la katakan. Sampai aje di dataran lang, kitorang laki bini mampu lepak2 di dataran aje akibat kepenatan sambil masing2 dukong anak2 yang syok tido sementara yang lain masih bertenaga bergambar sakan bersama patung helang.

Thursday, May 18, 2017

Day 1 - Percutian 3H2M ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Entry kali nie gue nak berkongsi mengenai percutian keluarga besar kami seramai 11 dewasa dan 3 kanak2 ke pulau langkawi selama 3 hari 2 malam pada 14 - 16 mei 2017 yang lepas. Alhamdulillah, gue selaku sekretariat bagi percutian nie kemaen lagi gigih merancang agenda2 yang menarik dan bajet2 yang diperlukan sepanjang percutian dengan kerjasama daripada semua ahli2 percutian a.k.a family gue sendiri. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat! hahaha

14 Mei 2017 (Ahad) - Kitorang bertolak dari rumah jam 4.45 pagi dan tiba di jeti kuala kedah jam 11.00 pagi. Anggaran tol dan petrol = rm140 sehala. Kereta diparking di perkarangan Masjid India yang berpagar = rm10 sehari. Memandangkan feri jam 12 tengahari, kitorang lunch dulu di kedai makan nasi campur sebelah kanan area terminal. Harga tiket feri dewasa = rm23, kanak2 = rm17 sehala Kitorang tiba di jeti kuah, langkawi jam 1.45 petang. Sebaik tiba di jeti kuah, kitorang terus ke kaunter kereta sewa untuk ambil nissan urvan yang terletak betul2 di sebelah 7eleven dengan kadar rm140 sehari.

langkawi, kami datang!


tempat parking berpagar

safely arrived di jeti kuah, langkawi

Tanpa membuang masa, kitorang terus ke jeti area pantai cenang untuk aktiviti island hopping pada jam 2.30 petang. Kitorang sewa satu bot = rm240 untuk penjimatan berganda sebab harga untuk sorang = rm30. Destinasi pertama kami adalah tasik dayang bunting. Tiket masuk untuk sorang = rm3. Masa yang diberikan lebih kurang sejam sahaja sebab takut kesuntukan masa untuk kasi helang makan dan ke pantai beras basah pula katanya. Kitorang follow ajeeeee

Antara aktiviti yang terdapat di tasik dayang bunting adalah mandi manda di tasik. Harga sewa jaket keselamatan sahaja = rm5. Selain mandi manda, turut disediakan juga bot auto yang menggunakan bateri. Kiranya kita boleh kayuh manual atau biarkan aje bot tu bergerak sendiri. Harga = rm30 termasuk jaket keselamatan untuk 2 dewasa 1 kanak2. Satu lagi ada angsa manual yang hanya bergerak kalo kita yang kayuh. Harga = rm20 termasuk jaket keselamatan untuk 2 dewasa 1 kanak2.

lovebuilding di tasik dayang bunting

syok betul helang2 nie boleh pekena daging ayam

bonda bonding di pantai beras basah

Lebih kurang jam 5.30 petang macam tu, tamatlah sudah aktiviti island hopping kitorang. Memang terbaik la bak hang! View sepanjang perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tu cantik sangat2. Bila kitorang turun aje dari bot, kitorang nampak ada sorang akak nie tengah berniaga kat tepi2 jeti tu. Ingatkan apa benda la yang dia jual, rupa2nya dia jual piring yang terdapat gambar yang diambilnya sebelum kitorang naek bot tadi! hahaha satu piring = rm10.

2 jam 30 min ber-island hopping

satu untuk ayah

satu lagi untuk ibu

Dah setel ber-island hopping, baru lah kitorang bergerak ke kedawang untuk check in homestay lodge 63 langkawi 4 bilik dengan kadar = rm250 sehari. Malam tu pulak lebih kurang jam 8 malam kitorang ke restoran sea shell untuk dinner. Mula2 sampai kat restoran tu terkejut jugak la sebab krik2 aje suasana nya. Setengah jam lepas tu baru la ada beberapa family yang datang dinner sekali. Menu dan harga pon ok. Kitorang ambik set nasi dan 2 jug air buah untuk 10 dewasa = rm201 aje.

muka2 kekenyangan dan kepenatan