Assalamualaikum w.b.t.. =')
Day 1 dah setel, sekarang tibalah masanya untuk perkongsian day 2 pulak. Aktiviti pertama kitorang of coz lah jalan2 cari sarapan dulu. Cuaca pagi tu pulak x berapa nak elok sebab hujan, so terpaksa la kitorang pinda sikit aktiviti. Sepatutnya, lepas sarapan terus ke oriental village. Disebabkan cuaca tidak mengizinkan, kitorang decided untuk ke kompleks haji ismail group dulu sebab bangunan berbumbung kan hihihi
15 Mei 2017 (Isnin) - Kitorang gerak dari rumah jam 8.30 pagi untuk bersarapan di nasi dagang pak malau. Ada pelbagai jenis lauk seperti ayam goreng = rm8, ayam gulai = rm8, ikan gulai = rm8 dan daging kambing = rm15. Sesudah sarapan, kitorang terus ke kompleks haji ismail group untuk sesi membeli belah dan mencuci mata. Harga daim = rm16.90 satu pek, rm47 untuk tiga pek. Harga kisses = rm11.90 satu pek, rm33 untuk 3 pek.
nasi dagang pak malau, terbaikkkk
gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati
sesi cuci mata dan cuci poket di kompleks haji ismail group
Destinasti seterusnya adalah ke oriental village. Tapi sebelum tu, haruslah isi perut dulu. Kedai makan pilihan kami adalah kak yan nasi campur. Ada pelbagai jenis masakan kat situ, rambang sat biji mata hihihi Kitorang tiba di oriental village lebih kurang jam 2 petang macam tu. Basic pakej yang kitorang ambik termasuklah skycab, skydome, skyrex dan 3d art = rm38. Untuk ke skybridge pula, kena add on = rm15 sekiranya menggunakan skyglide atau rm5 sahaja sekiranya berjalan kaki.
crew tv3 pon datang lunch kat kak yan nasi campur
welcome to oriental village
ronda2 petang bersama skycab
love is in the air
layan kabus tebal di skybridge
ku kunci cintaku dalam hatimu
fly me to the moon and back
Kitorang gerak daripada oriental village lebih kurang jam 8.00 malam. Memandangkan masa agak mencemburui kami, so kitorang decided untuk dinner di area dataran lang sahaja. Sambil menyelam minum air la katakan. Sampai aje di dataran lang, kitorang laki bini mampu lepak2 di dataran aje akibat kepenatan sambil masing2 dukong anak2 yang syok tido sementara yang lain masih bertenaga bergambar sakan bersama patung helang.
No comments:
Post a Comment