Thursday, May 18, 2017

Day 1 - Percutian 3H2M ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Entry kali nie gue nak berkongsi mengenai percutian keluarga besar kami seramai 11 dewasa dan 3 kanak2 ke pulau langkawi selama 3 hari 2 malam pada 14 - 16 mei 2017 yang lepas. Alhamdulillah, gue selaku sekretariat bagi percutian nie kemaen lagi gigih merancang agenda2 yang menarik dan bajet2 yang diperlukan sepanjang percutian dengan kerjasama daripada semua ahli2 percutian a.k.a family gue sendiri. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat! hahaha

14 Mei 2017 (Ahad) - Kitorang bertolak dari rumah jam 4.45 pagi dan tiba di jeti kuala kedah jam 11.00 pagi. Anggaran tol dan petrol = rm140 sehala. Kereta diparking di perkarangan Masjid India yang berpagar = rm10 sehari. Memandangkan feri jam 12 tengahari, kitorang lunch dulu di kedai makan nasi campur sebelah kanan area terminal. Harga tiket feri dewasa = rm23, kanak2 = rm17 sehala Kitorang tiba di jeti kuah, langkawi jam 1.45 petang. Sebaik tiba di jeti kuah, kitorang terus ke kaunter kereta sewa untuk ambil nissan urvan yang terletak betul2 di sebelah 7eleven dengan kadar rm140 sehari.

langkawi, kami datang!


tempat parking berpagar

safely arrived di jeti kuah, langkawi

Tanpa membuang masa, kitorang terus ke jeti area pantai cenang untuk aktiviti island hopping pada jam 2.30 petang. Kitorang sewa satu bot = rm240 untuk penjimatan berganda sebab harga untuk sorang = rm30. Destinasi pertama kami adalah tasik dayang bunting. Tiket masuk untuk sorang = rm3. Masa yang diberikan lebih kurang sejam sahaja sebab takut kesuntukan masa untuk kasi helang makan dan ke pantai beras basah pula katanya. Kitorang follow ajeeeee

Antara aktiviti yang terdapat di tasik dayang bunting adalah mandi manda di tasik. Harga sewa jaket keselamatan sahaja = rm5. Selain mandi manda, turut disediakan juga bot auto yang menggunakan bateri. Kiranya kita boleh kayuh manual atau biarkan aje bot tu bergerak sendiri. Harga = rm30 termasuk jaket keselamatan untuk 2 dewasa 1 kanak2. Satu lagi ada angsa manual yang hanya bergerak kalo kita yang kayuh. Harga = rm20 termasuk jaket keselamatan untuk 2 dewasa 1 kanak2.

lovebuilding di tasik dayang bunting

syok betul helang2 nie boleh pekena daging ayam

bonda bonding di pantai beras basah

Lebih kurang jam 5.30 petang macam tu, tamatlah sudah aktiviti island hopping kitorang. Memang terbaik la bak hang! View sepanjang perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tu cantik sangat2. Bila kitorang turun aje dari bot, kitorang nampak ada sorang akak nie tengah berniaga kat tepi2 jeti tu. Ingatkan apa benda la yang dia jual, rupa2nya dia jual piring yang terdapat gambar yang diambilnya sebelum kitorang naek bot tadi! hahaha satu piring = rm10.

2 jam 30 min ber-island hopping

satu untuk ayah

satu lagi untuk ibu

Dah setel ber-island hopping, baru lah kitorang bergerak ke kedawang untuk check in homestay lodge 63 langkawi 4 bilik dengan kadar = rm250 sehari. Malam tu pulak lebih kurang jam 8 malam kitorang ke restoran sea shell untuk dinner. Mula2 sampai kat restoran tu terkejut jugak la sebab krik2 aje suasana nya. Setengah jam lepas tu baru la ada beberapa family yang datang dinner sekali. Menu dan harga pon ok. Kitorang ambik set nasi dan 2 jug air buah untuk 10 dewasa = rm201 aje.

muka2 kekenyangan dan kepenatan