Thursday, October 5, 2017

Tanda awal kehamilan anak ke-3

Assalamualaikum w.b.t.. =)

Hello sweet + sour! dah lama xjenguk sini. maklum la, tuan tanah bajet bz la kononnya! haha rnie mood nak berbelog kembali bertamu lagi setelah berbulan bulan menyepi hihi al-kisahnya bermula 3 bulan yang lepas, time tu adam maliki baru berumur 1 tahun 6 bulan. gue kira mungkin dah tiba masanya untuk kami laki bini nie kasi adik kat dia dan adam mikail. kalo ada rezeki dapat gegirl, alhamdulillah sangat2. kalo dapat boboi lagi, kitorang ok je, mungkin itu yang terbaik untuk kami.

Ceriteranya bermula pada 30/9 yang lepas, memandangkan gue dah delay period selama 2 hari, gue pon cecepat p cari upt kat guardian. orang cakap, waktu yang tepat untuk buat upt adalah pada waktu pagi. tapi memandangkan hari tu dari pagi sampai ke malam gue pergi berjimba, sampai aje kat umah tengah2 malam tu, dan2 tu jugak  gue buat upt, xmenyempat la katakan haha

day 32

Keluar je result upt nie, gue jadi confused. hish, negatif ke positif nie? sekali tengok macam 2 line, dua kali tengok macam ada xde je line tu. bila tunjuk kat c eraziwan, boleh pulak dia cakap dia nampak 1 line aje. adoi, terus xjadi nak excited. bila gue wassap je gambar upt nie kat senior opis, dia pon cakap nampak 2 line. haa sudah, xpasal2 malam tu gue tido2 ayam je sebab susah hati..haha

day 35

Memandangkan gue dah delay period selama 5 hari, pagi tu gue terus decided untuk buat upt di klinik berdekatan area rumah. sebab kalo betul positif, boleh la terus ambik vitamin untuk baby, elok sangat la makan vitamin awal2 kan. kalo negatif pulak, apa boleh buat, cuba lagi jela jawabnya..haha berikut merupakan beberapa tanda2 awal yang gue alami sebelum buat upt nie :-

1. teringin nak makan jeruk dan buah2 masam sampai kecur air liur
2. perut kelihatan buncit memanjang
3. selera makan jadi besar a.k.a makan banyak
4. terjaga tengah2 malam sebab nak terkucil
5. lambat datang bulan

Tuesday, May 23, 2017

Day 3 - Percutian 3H2M di Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Pejam celik pejam celik, dah hari ke3 rupanya kitorang kat langkawi nie. Rasa macam cepat sangat2 masa berlalu. Tak puas rasanya spend masa dengan mak ayah dan adik2 yang datang direct daripada kampung. Insyaallah, raya nanti kita jumpa lagi ye hihihi Tanpa membuang masa, ayuh kita proceed perkongsian untuk hari yang ke-3 pula.

16 Mei 2017 (Selasa) - Lebih kurang jam 8 pagi, kitorang gerak ke pantai cenang untuk sesi mandi manda dulu sesudah isi perut di rumah. Setelah penat dan puas bersuka ria di pantai, kitorang pulang semula ke homestay untuk kemas2 barang sebelum check-out. Lepas tu kitorang ke gerai laksa ikan sekoq untuk brunch memandangkan jam dah pukul 11 pagi. Gue x makan laksa, so gue order pesembur aje. Abang n adik gue kemain lagi tambah order, sedap sangat agaknya laksa tu hahaha

off to pantai cenang

hello pantai cenang!

beach boy 1

beach boy 2

beach girl

brunch di gerai laksa ikan sekoq

Setel isi perut, kitorang bergegas ke jeti kuah pula untuk pulangkan nissan urvan dan beli tiket feri. Kos diesel nissan urvan sepanjang 3 hari = rm70 sahaja. Nasib baik sempat naek feri jam 2 petang. Tiket feri kitorang beli di kaunter aje, x berani nak ambik risiko beli online sebab takut kena tinggal dek feri hihihi Kalo beli kat kaunter, x boleh beli pergi dan balik. Kena beli sehala sahaja. Tapi x kisah la kan, janji selamat. Perjalanan feri ke kuala kedah pula cuma ambik masa 1 jam 30 min sahaja.

thank you nissan urvan for the past 3 days 

nice stay at lodge 63 homestay

bye2 langkawi island, till we meet again!

Friday, May 19, 2017

Day 2 - Percutian 3H2M di Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Day 1 dah setel, sekarang tibalah masanya untuk perkongsian day 2 pulak. Aktiviti pertama kitorang of coz lah jalan2 cari sarapan dulu. Cuaca pagi tu pulak x berapa nak elok sebab hujan, so terpaksa la kitorang pinda sikit aktiviti. Sepatutnya, lepas sarapan terus ke oriental village. Disebabkan cuaca tidak mengizinkan, kitorang decided untuk ke kompleks haji ismail group dulu sebab bangunan berbumbung kan hihihi

15 Mei 2017 (Isnin) - Kitorang gerak dari rumah jam 8.30 pagi untuk bersarapan di nasi dagang pak malau. Ada pelbagai jenis lauk seperti ayam goreng = rm8, ayam gulai = rm8, ikan gulai = rm8 dan daging kambing = rm15. Sesudah sarapan, kitorang terus ke kompleks haji ismail group untuk sesi membeli belah dan mencuci mata. Harga daim = rm16.90 satu pek, rm47 untuk tiga pek. Harga kisses = rm11.90 satu pek, rm33 untuk 3 pek.

nasi dagang pak malau, terbaikkkk

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati

sesi cuci mata dan cuci poket di kompleks haji ismail group

Destinasti seterusnya adalah ke oriental village. Tapi sebelum tu, haruslah isi perut dulu. Kedai makan pilihan kami adalah kak yan nasi campur. Ada pelbagai jenis masakan kat situ, rambang sat biji mata hihihi Kitorang tiba di oriental village lebih kurang jam 2 petang macam tu. Basic pakej yang kitorang ambik termasuklah skycab, skydome, skyrex dan 3d art = rm38. Untuk ke skybridge pula, kena add on = rm15 sekiranya menggunakan skyglide atau rm5 sahaja sekiranya berjalan kaki.

crew tv3 pon datang lunch kat kak yan nasi campur


welcome to oriental village

ronda2 petang bersama skycab

love is in the air

layan kabus tebal di skybridge

ku kunci cintaku dalam hatimu

fly me to the moon and back

Kitorang gerak daripada oriental village lebih kurang jam 8.00 malam. Memandangkan masa agak mencemburui kami, so kitorang decided untuk dinner di area dataran lang sahaja. Sambil menyelam minum air la katakan. Sampai aje di dataran lang, kitorang laki bini mampu lepak2 di dataran aje akibat kepenatan sambil masing2 dukong anak2 yang syok tido sementara yang lain masih bertenaga bergambar sakan bersama patung helang.