Thursday, March 29, 2012

D.I.Y Tudung + Veil Nikah, Done! =3

Yea~ setelah berhari + berminggu2 gue dk tekun mengisi masa lapang gue di malam hari dengan aktiviti jahit menjahit ini, akhirnya, semalam gue dengan bangganya ingin mengisytiharkan bahawasanya tudung + veil untuk majlis akad nikah gue nanti udah pon siap sepenuhnya..hooray! hehehe dan mulai saat itu jugak, gue akan cuba sedaya upaya gue untuk pekakkan telinga gue kalo ade makhluk2 Allah yang berani mengutuk hasil usaha gue ini..(boleh macam tu?) hahaha =P

Of coz ler boleh, apesal tak boleh pulak kan? hehehe tapi kalo ade sesape yang teringin nak memuji @ mengkagumi hasil usaha gue ini, of coz lah gue akan sudi mendengarnya kan? bak kata patah2, kecik tapak tangan, nyiru gue tadahkan..tapi itu pon kalo pujian tuh ikhlas lah kan, kalo tak ikhlas baek dk diam2 aje..haa, betul betul betul (tetiba c upin dan ipin nih menyampuk menandakan mereka bersetuju benar dengan kata2 gue sebentar tadi) ngeh ngeh ngeh~

so, tanpa membuang masa lagi, gue dengan sukacitanya mempersembahkan,
tadaa~
haa..ini lah dianya selepas berhari2 di make over oleh gue..lawa bukan? hehehe (ai, ade jugak yang jenis masuk bakul angkat sendiri macam nie ek) err..=.=' hihihi

oleh sebab gue nih bukannya seorang tukang jahit yang professional apatah lagi seorang designer yang berpengalaman, so..ini jelah hasil yang mampu gue persembahkan kepada diri gue sendiri dan alhamdulillah, tetiba gue rasa sangat bangga dengan diri sendiri sebab berjaya menghasilkan sesuatu untuk hari bahagia gue nanti..swit bukan c emma chan nih? hehehe =')

Oh ya, hari nie dah ari khamis, esok pulak ari jumaat, (ye, gue tau lusa ari sabtu dan semalam pulak ari rabu) ceh..suka2 ati dia aje nak menyampuk! apa yang gue nak katakan disini ialah, esok mummy + daddy gue nak datang kl..yea~ tapi diorang datang berdua aje, adik2 tak iqot sekali..hm, rindunya kat adik2 tapi apa boleh buat T~T apa yang gue nak katakan disini ialah, gue xsabar nak tunjukkan mak gue tudung + veil2 gue nih..hopefully dia akan memuji lah kan~ hehehe


Wednesday, March 28, 2012

Penangan Kedai RM2~

Wah, tak sangka betul gue kat sini pon ade jugak kedai rm2..ingatkan kat kg. aje ada kedai rm2 nih..hehehe oleh sebab benang kaler putih gue udah kehabisan stok gara2 tiap2 malam gue dk jahit veil pakai benang putih nih tak henti2, maka pada ari isnin yang lepas c eraziwan ajak lah gue p cari stok benang kat kedai rm2 nih..kata gue, setakat nak beli benang satu gulung, tak perlu ler ke kedai rm2 tu, kat kedai2 runcit pon berlambak kan..

Tapi memandangkan c emma chan ini seorang kekasih yang tersangatlah baek hati lagi penyayang dan lemah lembut, maka gue turutkan jugak lah kemahuan c eraziwan itu..huhuhu (perlu ke hang dk masuk bakul angkat sendiri cenggitu?) err..entah, perlu la kot walaupun hakikatnya, hanya kami yang tahu kebenaran kata2 gue itu..hahaha (lorr, nampak sangat kata2 hang tuh tak boleh pakai) hm, apa boleh buat..rambut sama hitam tapi hati laen2~ huhuhu =.=

so, nak dijadikan cite, ini lah dia hasil daripada niat nak p cari benang putih + cuci2 mata kat kedai rm2 yang bertempat di pekan sungai besi, kuala lumpur ini..huhuhu

haa, tu dia..
dengan bermodalkan rm2 aje, gue mampu miliki 10 gulung benang hitam + putih ini..
makin sakan ler gue dk menjahit lepas nih..hehehe

dan tiba2?
boleh pulak c eraziwan nih mintak benda yang bukan2 daripada gue..
(benda yang bukan2 kah ini?)

err..entah, mungkin boleh dikategorikan sebagai benda yang bukan2 jugak la kot sebabnya?
ade ke patut dia mintak gue masakkan dia lunch pada hujung minggu ini?
OMG~

memang complete lah barangan yang dia ambik untuk menjayakan permintaannya yang bukan2 tuh..
satu set okeh! wu3, T..T

dan nak dipendekkan cite lagi, ini lah dia beberapa item yang sempat kami kebas kat kedai rm2 tuh.. walaupun kedai dia tak de la besar sangat tapi sume benda ada kat situ tau..bak kata patah2, macam2 ada~ dan tak mustahil ler lepas2 nih kami akan jadi pengunjung tetap kedai tuh nanti..boleh macam tu? hahaha

Mengenai permintaan c eraziwan pulak, ini merupakan kali yang pertama dia mintak gue masakkan dia hidangan tengah hari okeh! tapi kitorang plan nak p picnik lepas asar..hm, kalo macam tu, itu bukan hidangan tengah hari dah tapi hidangan makan malam..uhuhu antara menu yang diminta ialah, tomyam seafood, sayur kangkung goreng belacan dan telur dadar..owh tidak~ gue da lama kemaen tak masuk dapur okeh..T___T

Mungkinkah dia saja aje nak test kemahiran memasak gue sebelum gue yang baek hati lagi penyayang dan lemah lembut nih sah bergelar isterinya yang sah pada suatu hari nanti? owh tidak~ nampaknya lepas nih gue kena selalu masuk dapur ler jawabnya..kang kalo gue masak tak sedap kang, dia p mengadu kat bakal mertua pulak bagitau yang bakal menantu dia nih tak pandai masak..uhh, tak patut betul..T~T


Tuesday, March 27, 2012

Jangan Undang Jenayah!

Wah, kemaen lagi bersemangat tajuk entry gue kali nih..hehehe maklum ler, sejak gue mula berjinak2 dengan majalah mingguan wanita nih, banyak pulak info yang gue dapat..so, apa salahnya kalo gue berkongsi sedikit sebanyak info yang gue dapat tuh dengan c sweet + sour gue nih kan..sekurang2 nya, berbaloi2 la jugak duet yang c eraziwan laburkan~ hehehe

So, tanpa membuang masa lagi, moh kita sama2 layankan tips2 yang tersangatlah berguna daripada majalah nih kepada pemandu2 wanita especially kepada mereka2 yang masih baru dalam dunia pemanduan ini dan mereka2 yang gue maksudkan tadi of coz lah termasuk dengan gue kan sebabnya lesen gue baru berusia 8 bulan dan pengalaman gue drive pulak baru +- 3 bulan..hehehe

1. Rajin mengunci kenderaan. Lazimnya kenderaan terkini dilengkapi kemudahan 'auto-lock', bagaimanapun ia akan terkunci secara automatik setelah anda menekan brek pertama. sebaiknya, anda mengunci kenderaan sejurus anda memasuki kenderaan. selepas itu, barulah anda memeriksa kedudukan cermin pandang belakang, menyelaras tempat duduk dan memakai tali pinggang keselamatan.

2. Jangan sesekali meletakkan beg tangan di atas tempat duduk penumpang. ini memudahkan lagi tugas penjenayah tersebut. bagi mengelakkan cermin anda dipecahkan dan beg tangan dicuri, letakkannya dibahagian bawah dan tersorok daripada pandangan.

3. Berhati2 apabila anda meletakkan kenderaan. jika anda berasa curiga ketika mahu ke kenderaan, minta bantuan daripada pengawal keselamatan di lot parkir tersebut (jika ada).

4. Jika menuju ke kenderaan, sediakan kunci kereta lebih awal. jangan apabila sampai di kenderaan barulah anda mencari kunci di dalam beg.

5. Ambil perhatian pada kenderaan yang ada berhampiran dengan kenderaan anda. bimbang jika ada penjenayah yang menyorok di balik kenderaan mahupun di dalam kereta.

6. Jangan memberanikan diri membantu mereka yang mengalami kerosakan di tepi jalan. jika betul anda berniat baik untuk membantu, telefon pihak lebuh raya dan maklumkan lokasi kenderaan rosak tersebut.

7. Pastikan kenderaan anda diselenggarakan tepat pada masanya. ini dapat mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu dan menyebabkan anda terdedah kepada penjenayah.

8. Guna pakai semua kemudahan keselamatan dan ciri kawalan yang terdapat pada kereta. jika berkemampuan, tidak salah sekiranya anda membuat pelaburan atau meletakkan faktor keselamatan antara kriteria utama ketika membuat pilihan pembelian kenderaan.

9. Selain itu, pastikan bateri telefon anda penuh. jika berlaku kecemasan, anda boleh menelefon bagi mendapat bantuan. paling penting, bagi yang menggunakan kad prabayar, pastikan juga ada nilaian kredit.

10. Utamakan keselamatan diri anda. jika penjenayah menyasarkan kenderaan dan barangan berharga anda, berikan sahaja bagi mengelakkan anda dicederakan. bersikap tenang dalam situasi tersebut. keluar daripada kenderaan dan cuba cari jalan untuk menjauhkan diri daripada penjenayah.

Uhh..gerun pulak bila gue memikirkan tentang risiko2 yang bakal dihadapi oleh pemandu2 wanita nih..selama nih mana penah gue bayangkan benda2 yang macam nih..biasa gue acah2 aje c eraziwan nih kalo dia selalu sangat lupa nak kunci kereta..maklum ler, otai nih biasanya mana la peduli sangat tentang keselamatan2 nih, gue selaku newbie terpaksa la bersabar mengingatkannya tentang bahaya tak kunci kereta..kui3,


Monday, March 26, 2012

Sabtu Yang Padat~

Uhuhu..sabtu gue yang lepas tersangatlah padat okeh..rasa macam sekelip mata aje sabtu yang gue dk tunggu2 itu berlalu pergi..oleh sebab sabtu lepas c eraziwan keje dan gue pulak x keje, so gue p la temankan die breakfast kat area ofiz dia a.k.a area ofiz lama gue tu..hik3, biasa kalo gue pon keje jugak, kitorang akan p breakfast kat area ofiz gue aje..tetiba rasa rindu pulak dengan keje2 yang berlambak kat ofiz lama..hm,

Nak dijadikan cite, pagi tuh gue macam biasalah kan, bangun pagi gosok gigi guna kodomo lion..lepas pekena mee goreng mamak sepinggan, gue pon balik ler umah dengan niat di hati nak sambung aje tido tu sementara tunggu pukul 12.30 untuk p jenjalan cari barang + makan angin dengan c eraziwan..tup2, sesampai aje kat umah, boleh pulak mata nih tak mengantuk..ceh, rosak plan hujung minggu gue.. T~T

ini lah dia kaen net hitam yang gue beli untuk dijadikan veil majlis bertandang..maklum ler, dress hitam, veil pon of coz ler kaler hitam jugak~ =P lepas tu, taem dk pusing2 kat jalan tar, gue berkenan kat satu tudung kaler putih nih, gue pon teruslah kebas untuk dijadikan tudung akad nikah + majlis bertandang nanti..beli awal2, sempat ler gue nak jahit labuci2 sikit..bijak bukan? ;3

taem gue dk temankan c eraziwan nih pusing2 kat bahagian elekrik + elektronik, entah macam mana boleh pulak terselit kedai buku kat situ..ya ampun, tak sangka pulak gue kat sogo nih pon ade jugak jual komik? yahoo~ biasa, gue terpaksa ulang alik p mid valley semata2 nak cari komik anak sateria nih..lucky bangat lah~ hehehe =D

nih pulak koleksi terbaru gue, atau dengan lebih tepat lagi, koleksi terbaru daripada c eraziwan kepada gue..mungkinkah disebabkan tak lama lagi kami bakal menempuhi alam berumah tangga, so dia nak gue tukar selera daripada membaca komik + novel aje, apa salahnya kalo baca jugak majalah2 kewanitaan seperti ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan? hm..mungkin~ huhuhu


Tuesday, March 20, 2012

Ada Apa Dengan Hlovate?

Ada apa dengan hlovate? of coz lah hlovate ada kesemuanya~ (apakah kesemua yang hang maksudkan tu?) kesemua yang gue maksudkan disini ialah jalan cerita yang ada dalam setiap karya hlovate adalah sangat cukup pakej okeh..perfecto lah senang cite..hehehe stakat nih, gue baru aje baca 2 buah novel hasil nukilan c hlovate ini..tak sangka, karya hlovate berjaya mendapat tempat dihati gue yang tidak seberapa ini selain daripada karya siti rosmizah..

Actually, gue nih bukannya seorang kaki novel yang tegar apatah lagi pengumpul novel yang kaya raya macam mereka2 yang berada di luar sana (harga novel satu biji kan puluhan ringgit, kalo da mampu beli novel berbiji2, kaya raya la tu kan?) hehehe..nak dijadikan cite lagi, bila gue sebut aje nama tajuk sesebuah novel tuh, tak kira la novel tu best ke, tak best ke, cepat aje dia angguk..(wah, siapakah gerangan yang hang maksudkan itu?) entah, gue bagi contoh aje~ hihihi

kalau ditanya berapa biji koleksi novel yang gue ade, gue boleh bilang dengan jari tangan aje, tak perlu susah2 nak pakai jari kaki..itu pon sebab ada c eraziwan yang kemaen lagi baek hati belikan untuk gue..(nampak sangat hang nih kedekut tahi hidung masin!) lorr..kedekut apenya..kalo nak dibandingkan dengan novel, gue lebih rela beli komik banyak2..harga satu komik bape sen la sangat kan kalo nak dibandingkan dengan harga sebiji novel..haa, amacam..bijak tak gue? ngeh3, =P

nih koleksi adik pompuan gue..gue stat minat dengan karya2 hlovate nih sebab terpengaruh dengan dia ler..memula baca novel nih, alahai..bosan betul..tapi bila da habis satu novel, hm..not bad la jugak jalan cite dia kan..hehe

nih pulak novel terbaru adik pompuan gue jugak..itu pon sebab dia p kebas voucher buku adik lelaki gue..ngeh3, bagi gue, novel nih sangat best okeh walaupun pada mulanya gue agak tak bape nak paham dengan jalan citenya yang agak rumit itu..adik gue pon cakap dia mengalami hal yang sama dengan gue..ala, da namanya adik beradik..mana nak tumpahnya kuah kalo tak ke nasi kan? (eh? err..nape rasa macam tak seswai aje peribahasa nih?) hehehe

Oleh sebab sebelum nih a.k.a sebelum gue dipertemukan dengan karya2 hlovate, gue hanya meminati karya2 siti rosmizah aje sehinggakan kesemua 5 biji novel (if i'm not mistaken) hasil nukilan beliau berjaya menjadi koleksi peribadi gue, perlukah gue usulkan aje keinginan gue untuk memiliki kesemua novel2 hasil nukilan c hlovate nie pulak kepada c eraziwan? bak kata patah2, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? hehehe =P


Monday, March 19, 2012

Hitam itu Menawan Okeh! =D

Ye, gue tau hitam itu menawan dan ke-menawan-an hitam ini sememangnya tidak dapat disangkal2 kan lagi kerna buktinya? dari dulu sampai sekarang, minat gue pada kaler hitam ini tidak pernah berubah okeh..(ade aiman kesah?) err..ah, lantak p jelah ade sape kesah ke, tak de sape kesah je, janji? kita enjoy~ hahaha (motif taruk tagline nora danish via cite puteri?) amboi..banyak soal la pulak die nih, dk diam2 aje kat situ tak boleh ke?

Nak dijadikan cite, taem gue dk cuci2 mata kat page teman gue yang baru mula berjinak2 dengan bisnes online nih, gue ade ler berkenan kat satu maxi dress dia nih..hajat di hati, nak ler survey2 dress yang lebih kurang macam jubah yang ala2 moden untuk majlis akad nikah gue nanti kan..hehehe survey punya survey, haa..ini lah dia dress yang berjaya mencuri hati gue..tapi, tapi, alangkah kecewanya hati ini tatkala teman gue bilang baju nih tak de kaler putih..hm, T..T

sayang betul kan? tetiba gue jadi ter pk, nape la c pereka baju nih tak reka aje baju nih untuk sume kaler? senang skit customer nak buat pilihan..ini tidak, kaler pon terhad, nak buat pilihan macam mana? makan hati jela jawabnye..hm, T..T

Oleh sebab gue telah dikecewakan oleh dress yang kaler kuning tadi, taem gue + c eraziwan p jenjalan cuci mata kat the mines ritu, gue ade la berkenan kat satu baju kurung moden yang kaler putih nih..dalam hati berdetik, xdapat dress kaler putih, dapat baju kurung moden kaler putih pon okey, janji sedap mata nih memandang~ c eraziwan pulak iye kan aje la pilihan yang gue buat tu..dia mana la sampai ati nak bantah pilihan kekasih hatinya ini kan? chewah~ ngeh3, >..<

Lepas tu semalam, nak dijadikan cite lagi, taem gue dk melepak2 di fb, gue ternampak ler satu album yang dipenuhi dengan dress2 yang sangat cantik di mata gue..oleh sebab kitorang pon da planning nak buat tema hitam putih di majlis bertandang nanti, gue pon teruslah terjatuh hati bila pertama kali bertentang mata dengan dress hitam nih..ya ampun, lawa bangat..walaupun simple, bagi gue ianya sangat lawa okeh..mungkinkah dress nih lawa disebabkan oleh ke-simple-an nya? =')

tadaa~
insyaallah, this dress will be my baju pengantin di majlis bertandang nanti..hehehe alang2 hati nih da berkenan, gue pon teruslah meng-order tanpa membuang masa lagi..yela, beli awal2 nanti sempat la gue nak hias ke apa ke dress nih tak nak bagi simple sangat kan..maklum ler, hobi gue stakat nih kan menjahit~ (class tol hobi baru hang nih~) lorr, baru tau ker? kui3, =P

Hm, kata teman gue, 23 @ 24hb nanti, sampai ler dress hitam gue nih..hopefully, dress yang akan sampai nanti sebijik lah yer macam yang model nih pakai..kalo tak sebijik? uhh, makan hati berulam jantung lagi lah gue nampaknya~ sob, sob, kata teman gue lagi, baju nih tak leh di tukar @ di refund kecuali lah kalo baju nih ade rosak ke, koyak ke, baru la boleh kalo nak tukar ke, ape ke..hm, ini ler risiko yang terpaksa ditanggung bila beli barangan online kan..pape pon, can't wait to see my majlis bertandang's dress..hehehe =D


Friday, March 16, 2012

Kenduri Kendara~

Sabtu lepas, (entah lepas yang keberapa, gue pon tak pasti sebabnya pic kenduri nih bwu aje sampai kat tangan gue pada pagi semalam..huhuhu) gue dengan rela hati walaupun pada mulanya agak malu2 untuk turut serta menemani c eraziwan dan dak2 ofiz lama gue untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan anak buah bos perempuan dengan adik lelaki bos lelaki di ofiz lama gue itu..kecik betul dunia nih kan? pusing sana, pusing sini, bersaudara jugak bekas bos2 gue itu..=P

Seperti biasa, setengah jam pertama dihabiskan dengan menunggu ketibaan rombongan yang tak bape nak bertauliah di perkarangan ofiz lama dengan perasaan yang sedikit terbakar gara2 kebuluran dan ketidaksabaran yang menebal, tak seperti mereka yang laen..yela, sapa tak hot kan, janji pukul 12 p.m. tapi pukul 12.30 p.m. bwu terhegeh2 nak tunjuk muka..itu pon tak reti2 nak mintak maaf ke, ape ke..huh, len kali jangan harap gue nak join diorang berkonvoi2 macam tu lagi!

Alamak, macam mana la gue boleh terlepas melepaskan perasaan amarah kat sini..adoi~ (boleh macam tu?) hahaha pape pon, sikap hipokrit itu sedikit sebanyak perlu ada dalam diri kita okeh..contohnya, macam gue ritu..depan c eraziwan, kemaen lagi dk marah2 mereka yang datang lambat nih, macam tu ke janji melayu? nasib tak caer aje taek telinga c eraziwan tuh tapi depan mereka? amboi, pijak semut pon belum tentu semut tu mati..syabas emma chan, syabas! huh,

 
tapi tak pe la kan, benda da berlalu, buat apa dikenang lagi..bak kata patah2, buang yang keruh, ambil yang jernih..huhuhu haa, ini lah dia pengantin baru kita..majlis nih diorang buat kat dewan..gue tak pegi pon tengok pengantin nih dekat2..sampai2 aje terus terkam makanan..ish3, elok sangat la tu kan..hehehe =P

bila tengok aje gambar nih, gue jadi tertanya2, apakah motif c photographer a.k.a en.azmi tatkala dia mengambil gambar ini? adakah ingin mengambil gambar pengantin, ataupun sekadar ingin mengambil gambar udang yang kelihatan sangat menggetarkan jiwa itu? (banyak la hang punya menggetarkan jiwa!) err..gue kan suka udang? hehehe =')

antara peminat2 fanatik syarifah zarina yang suatu ketika dulu pernah femes dengan lagunya yang berjudul langit ke tujuh yang ketika itu kemaen lagi hangat dk berkumandang kat corong2 radio..haa, hebat bukan penangan lagu langit ke tujuh nih?

oleh sebab perut yang tadinya kemaen lagi dk bergendang gendut tali kecapi bagai telahpun diisi dengan nasi minyak yang not bad lah jugak rasanya itu, tibalah pula masanya untuk gue berposing-posingan..hehehe (0o0o, kiranya sebab utama hang xjoin diorang berposing dengan syarifah zarina tadi, sebab hang kebulur sangat lah yer?) err..begitu ler nampaknya~ hahaha

say cheese..(kata en.azmi a.k.a c photographer yang tak bape nak bertauliah ini)
CHEESE..(kata gue + c eraziwan serentak)
ngeh ngeh ngeh =P

gelagat muda mudi masa kini..
ish3, jangan da kawen nanti, jadi queen control sudah~
(perkara yang paling ditakuti oleh c eraziwan) hehehe
pape pon, mintak dijaohkan lah yer..amin, =)

pic penutup untuk entry pada kali ini ialah,
peace no war okeh! =D
ayat penutup pulak,
tumpang gembira bila tengok member2 yang baru kawen gembira..=)



Wednesday, March 14, 2012

Ada Apa Dengan Sabun Beras?


Haa, topik gue pada hari ini adalah mengenai khasiat sabun beras..sebelum tu, meh gue tanya dulu, ade sesapa yang masih tak tahu tentang kewujudan sabun beras tak? (hek elleh, mentang2 ler dia bwu aje tau tentang kewujudan c sabun beras nih, ada hati nak berlagak konon!) ish3..sampai ati betul cakap gue nih nak berlagak, gue cuma nak berkongsi aje..bukankah sharing itu caring?

Ritu, taem gue dk sakan melepak2 di belog teman2 blogger, gue ade la terbaca satu entry mengenai khasiat sabun beras nih..dan entry itu of coz lah bukan semata2 untuk mempromosikan sabun beras ini jauh sekali untuk tujuan mengembangkan bisnes, dia bikin entry itu semata2 untuk berkongsi mengenai khasiat sabun beras ini dan begitulah jugak dengan gue~ hehehe

Antara faktor2 yang menyebabkan gue begitu tertarik untuk mencuba sabun beras ini adalah disebabkan oleh masalah parut yang kemaen lagi tak tau malu dk melepak di raut wajah gue ini..gue pon da naek fedup dk mengadap geng2 parut itu..huhuhu T..T so, ari ahad yang lepas, taem gue + c eraziwan nih p jenjalan kat tesco cheras, gue p la cari c sabun beras nih sekali..

tadaa~
inilah dia c sabun beras yang gue maksudkan tadi..0o0o, macam nie rupanya bentuk dia..sebagai permulaan, gue juz beli satu aje yang kecik..balik umah nanti, gue potong la sabun tuh jadi dua bahagian..satu untuk gue, satu lagi untuk c eraziwan..amacam? bijak bukan~ hehehe oh ya, sabun nih ada 2 saiz..yang kecik harganya rm9, yang besar pulak harganya rm18..

ini pulak antara khasiat2 yang bakal gue + c eraziwan perolehi nanti..hehehe tapi sabun nih kitorang pakai kat muka aje dulu..nak tengok dulu macam mana kesannya nanti kan..kat badan pulak, gue belum terbukak at nak try lagi..hehehe

Kalo tak silap, rnie merupakan ari yang ke-4 gue try sabun nih sebagai pencuci muka..sebelum nih, gue pakai pencuci muka yang entah apa namanya yang gue beli kat korea ritu..hehehe pencuci muka tuh pon kemaen lagi tahan lama..gue beli masa bulan 10, sekarang da bulan 3 tapi pencuci muka tuh belum pon lagi menunjukkan tanda2 nak kehabisan stok..kagum sat gue~ =D

Setakat nih, gue rasa sabun beras nih tak de masalah sangat dengan kulit gue sebabnya dalam masa 4 ari nie, gue dapati kulit muka gue menjadi lebih lembut berbanding biasa, liang2 pori pon menjadi lebih kecil, luka2 akibat jerawat pulak menjadi kering dan sekaligus menjadikan luka jerawat gue itu semakin cepat sembuh berbanding sebelum ini..kedengaran ohsem bukan? hehehe


Tuesday, March 13, 2012

Jalan2 Cari Tut.Tut.Tut =P

Jalan2 cari tut.tut.tut? apakah dia c tut.tut.tut yang dimaksudkan itu? uhuhu..sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula..(eh, nie apahal pulak tetiba ber-peribahasa2 bagai nih?) err.. entah~ =.=' hehehe sabtu lepas kitorang a.k.a gue + c eraziwan off, so? lu pk lah sendiri~ hihihi akhirnya, tiba jugak hari yang gue nanti2 kan selama seminggu ini..=')

Yela, mana gue tak nantikannya kan, biasa malam2 gue kemaen lagi dk gigih menjahit veil..oleh sebab veil nikah boleh dikatakan sudah hampir siap, gue nak ler continue pulak sesi jahit menjahit untuk veil bersanding + bertandang tapi barang2 x de..haa, eksyen bukan? sume veil gue nak buat sendiri..entah macam mana la agaknya respon tetamu2 gue nanti bila tengok veil2 gue tuh..hehehe

So, macam biasa, kitorang kua umah sekitar jam 2 petang..lepas tu singgah ler jap kat kedai jahit bawah blok umah gue nih, tup2? boleh pulak akak tukang jahit tuh xde kat kedai dia sedangkan, gue da helo awal2 inform nak p hantar kaen pukul 2 p.m, hampeh tol~ uhuhu tanpa membuang masa lagi, kitorang pon teruslah menuju ke jalan tar dengan muka yang tak bape nak excited~ =P


a : ini ke muka yang tak bape nak excited yang tuan belog maksudkan tadi? ke kita yang silap baca apa yang dia tulis tadi?
b : entah lah belalang, kupu2 pon x tau..
(motif?) =P

tadaa~
ini ler dia c tut.tut.tut yang gue maksudkan tadi..hehe lace yang sepanjang 2 meter itu gue beli kat kedai muaz dengan harga rm3x.xx, kaen net yang sepanjang 1 meter itu pulak gue beli kat kedai first impression dengan harga rm1x.xx, manik2 + labuci2 tu pulak gue beli kat kedai manik dengan total harganya rm2x.xx..harga yang berpatutan bukan? bijak2..hehehe

ini pulak design yang gue jumpa kat internet taem dk survey2 design yang seswai untuk gue gayakan nanti..hehe entah sape la yang design baju kurung moden nih kan..agak2 dia marah tak kalo dia tau gue ciplak dia punya design untuk dijadikan baju bersanding tanpa mintak permisi terlebih dahulu? hm, macam mana nak mintak permisi bila kat gambar nih tak de letak watermark pape pon kan..semoga empunya design nih menghalalkan gue untuk menciplak designnya ini, amin..=')

Oh ya, petang tu nasib baek akak tukang jahit tuh ade kat kedai, so gue pon p la hantar kaen pink yang gue beli kat first impression ritu kat kedai dia..katanya, 1 julai nanti insyaallah our baju pengantin will be ready for collection..oleh sebab gue tak survey sangat bab upah upahan nih, so gue tak tau ler samada upah yang dikenakan keatas baju kitorang nih mahal ke tak kan..baju gue dia caj rm2xx.xx, baju c eraziwan pulak dia caj rm1xx.xx..


Monday, March 12, 2012

Ciri2 Orang Yang Benar2 Mencintaimu..=)

Semalam, taem dk usha2 fb, gue ternampak ler pasal artikel ciri2 orang yang benar2 mencintaimu ini..nampak macam sweet aje kan..hehe so, gue pon ape tunggu lagi..teruslah tanpa segan silunya menciplakkan artikel yang sweet itu tadi ke dalam belog ku yang berkali2 lebih sweet ini iaitu tak laen dan tak bukan, of coz ler c sweet + sour nih, belog mana lagi yang gue ade..ngeh3,

1. Seseorang yang mencintai kamu tidak akan bisa memberikan alasan mengapa dia mencintaimu. Dia hanya tahu, di mata dia, kamulah satu-satunya.
me : hm, tol ke? kalo nak setuju half-half aje leh tak? hihihi

2. Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi didalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tahu.
me : haa, tang nih gue setuju 100%, kot? =P

3. Seseorang yang mencintai kamu, akan marah2 atau mengeluh jika kamu tidak membalas sms nya atau panggilan nya kerana dia peduli dan dia tidak ingin sesuatu terjadi kepada kamu.
me : yang nih pulak, gue tersangat2lah setuju..hehehe

4. Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah, gila, jengkel dan stress. Tetapi dia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikan kamu.
me : lorr..tak tau la pulak mendatangkan kemarahan pon dikatakan cinta mencintai..ai, entah boleh percaya entahkan tidak~

5. Seseorang yang benar2 mencintai kamu hanya akan menjatuhkan airmatanya dihadapanmu. Ketika kamu mencuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup, berdenyut, bergetar untuk kamu.
me : betul ke sampai macam tu sekali? =0

6. Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan dia akan selalu menggunakan kata2 itu tepat pada waktunya.
me : ye, gue setuju! =D

7. Seseorang yang benar2 mencintaimu, tidak mahu berkata 'Aku Mencintaimu' dengan mudah, kerana segalanya yang dia lakukan adalah untuk menunjukkan bahawa dia siap mencintaimu, tetapi hanya ia yang akan mengatakan kata 'I Love You' pada situasi yang special, kerana dia tidak mahu kamu salah mengerti, dia mahu kamu mengetahui dia mencintaimu.
me : uhuk..yang nie pon gue setuju jugak..=')

8. Seseorang yang mencintai kamu, akan pergi ke bandar untuk menjemput kamu, dia tidak akan membawa sejambak mawar dan memanggil mu dengan panggilan sayang seperti yang kamu harapkan. Tetapi, dia akan membawakan beg mu dan menanyakan, "Mengapa kamu menjadi lebih kurus?" dengan hatinya yang tulus.
me : hm, yang nie pulak, entah lah..nak komen 'No Comment' aje boleh tak?

9. Seseorang yang mencintai kamu, akan selalu berusaha membuatmu tersenyum dan ketawa walau kadang2 caranya membuatmu bingung.
me : sama la kite..ngeh ngeh ngeh

10. Seseorang yang mencintaimu, akan rela melepaskan mu pergi bila bersamanya kamu tidak bahagia dan dia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain.
me : hm, kalo yang nih pulak gue tak bape nak bersetuju sangat..(boleh macam tu?) hehehe



Saturday, March 10, 2012

Sempit Menyempit Bersama Adnan..=D

Sempit Menyempit bersama adnan? apakah? haa..ini tak laen dan tak bukan, of coz ler sebab terkena penangan cite adnan sempit 2~ itu pon mau tanya ka? hihihi ari rabu lepas, entah macam mana, boleh pulak c eraziwan nih buat plan last minute nak p tengok cite adnan sempit 2 kat the mines..plan asal nak p tengok kat leisure mall aje p takut kat leisure mall tak de tayang la pulak cite adnan sempit 2 nih..

So, gue pon syorkan lah p tengok aje kat the mines tu..kitorang pon da lama sangat tak p lepak2 kat the mines nih..tingin nak naek bot2 yang ade kat the mines nih..tapi berbaloi ke? hihihi (entah la belalang, kupu2 pon tak tau) nak dijadikan cite lagi, taem kitorang sampai kat the mines tuh, cecepat ler p terjah kaunter tiket, and you know wat? malam tu merupakan last day c the mines nih tayangkan cite adnan sempit 2 okeh! lucky bangat~ hehehe

Memandangkan masa tuh jam baru aje menunjukkan pukul 9, movie pulak start pukul 10, ini bermakna kitorang ade masa selama satu jam la untuk window shopping! hehehe (apakah?) haa, hang jangan banyak tanya..sejam yang gue ade tuh, memula gue p teman c eraziwan nih p beli barang2 keperluan mandian die kat watsons, lepas tu kitorang pon memulakan lah misi window shopping untuk keperluan nikah nanti~ hehehe (keperluan ke kehendak?) of coz ler keperluan..=P

mungkin satu ari nanti, bila ati gue da terbukak untuk mengelilingi the mines nih dengan bot nih, gue akan heret c eraziwan sekali untuk minum petang dalam bot nih..(boleh macam tu?) hehehe

haa..ini lah dia pelakon2 yang tersangatlah mantop yang berjaya membuatkan penonton2 tak kering gusi sepanjang 1 jam 30 minit berada di dalam panggung, dan penonton2 yang dimaksudkan tadi termasuklah dengan gue dan c eraziwan ini..ngeh ngeh ngeh haa, kalo nak di-straight-kan to the point pulak, movie nih memang best lah! hehehe =D

Actually, gue jarang sesangat kua tengok movie memalam buta macam nih..kalo ade pon, dalam masa setahun tu, gue boleh bilang dengan jari aje tahu! lebih2 lagi dihari bekerja seperti ini, uhh..tak sanggup mak nak~ nak dijadikan cite, entah macam mana malam tu, gue terkantoi dengan mak gue kat kampung tu..boleh pulak taem gue tengah syok2 bersuka ria dalam panggung tuh, mak gue helo..uhuk, caer sat taek telinga gue nih~ mummy, i janji len kali i tak kua malam lagi..T..T

Haa, hasil daripada window shopping gue pulak, jeng jeng jeng~ OMG! gue terjumpa satu baju kurung moden eh bukan, dua baju kurung moden eh bukan, tiga baju kurung moden eh bukan, banyak baju kurung moden yang tersangatlah cantik menarik tertarik kau memang the bomb untuk dijadikan baju akad nikah okeh! OMG, (pengsan~) awat banyak sangat baju kurung moden yang cantik2 nih..gue jadi keliru dan buntu nak pilih yang mana satu untuk dijadikan pilihan hati..wu3,


Thursday, March 8, 2012

Lagi Lagi Badminton..=P

Isnin lepas kitorang p lepak kat taman tasik permaisuri lagi..da berkurun rasanya kitorang x p lepak kat taman tasik permaisuri tuh..nak buat macam mana kan, masing2 ada komitmen masing2..(ayat macam pasrah aje) uhuhu, xde maknanya nak ber-pasrah2 bagai..bak kata patah2, redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah..(motif taruk dialog cite ombak rindu?) err..entah~ hee

Oh ya, kalo tak silap, ari ahad pon kitorang ade jugak p lepak2 kat taman tasik permaisuri nih.. entah macam mana la gue boleh terlupa..hihi tapi ari ahad tuh, gue juz temankan aje c eraziwan nih p berjoging-jogingan..maklumlah, kepenatan berhujung minggu bersama family masih lagi belum hilang..so, gue duduk aje la kat bangku dekat2 situ sesambil cuci2 mata..hehehe

Nak dijadikan cite, isnin lepas gue tetiba rasa teringin nak maen badminton..mau tak teringin, berminggu2 jugak la gue xsentuh c raket dan c bulu tangkis nih..so, alang2 masa da mengizinkan kami untuk ber-exercise di petang2 hari begini, apa tunggu lagi kan? kebetulan pulak taem tuh bb c eraziwan nih ade dalam poket die, sambil menyelam minum air ler jawabnye~ hehehe

hye!
nama saya emma chan,
nama anda?
=P

err..hye..
nama saya eraziwan,
selamat berkenalan..
=')

okeh,
berposing sudah, berkenalan pon sudah..
cukup sudah membuang masa, moh kita mulakan permainan nih moh..=P

kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan..
moh mulakan permainan nih moh, saya da ready nih..
=')

0o0o..da ready yer,
moh kita pakat2 tengok samada langit tuh tinggi ke rendah, moh..
ngeh ngeh ngeh =P

tak perlu bersusah payah nak tengok langit tu tinggi ke rendah..
tengok gambar nih pon da tau sape yang tinggi sape yang rendah..hahaha
@#$%^&&*
ini yang buat gue hangin nih! >..<'

Huh, penat tol maen badminton nih..sakit2 sendi di tangan gue nih pon belum pun sembuh lagi, apa boleh buat, da lama sangat tak pekena penangan badminton kan, beginilah jadinya~ uhuhu tapi nih di kira okey lagi la kalo nak dibandingkan dengan masa mula2 pekena penangan badminton ritu..3 ari 3 malam gue terpaksa menahan kesakitan yang boleh tahan jugak la azabnya tu..err, hehehe


Tuesday, March 6, 2012

Berhujung Minggu Bersama Family =)

Wiken yang ohsem! (mukadimah yang tersangatlah tepat, padat dan mutakhir untuk entry pada kali ini okeh!) ngeh ngeh ngeh =3 dua tiga hari b4 menjelangnya ari jumaat yang lepas, gue kemaen lagi tak sabar2 nak berhujung minggu bersama family tercinta ini tahu..sampai aje kat umah ari jumaat tu, gue pon tanpa membuang masa lagi, teruslah packing2 apa yang patut dengan excitednya..=D

Aktiviti gue untuk wiken kali ini ialah, ari jumaat malam sabtu p tido umah abang yang bertempat di puchong bersama2 dengan family tercinta dan anak2 buah tersayang, pagi tu pulak bertolak ke selandar, melaka untuk ambik adik bongsu gue sesambil p join mesyuarat PIBG, lepas tu check-in homestay kat area2 situ, lepas tu p dinner kat umbai~ (tujuan utama datang melaka) hik3, =P


finally, sampai pon kat sekolah berasrama adik bongsu gue nih..kitorang konvoi 2 buah kereta..gue + mummy + daddy lepak2 kat dewan untuk mesyuarat PIBG + hari keluarga nih, akak + abang + adik2 pulak p lepak2 kat dataran jasin..bosan katanya nak lepak sekali kat mesyuarat PIBG nih..motif gue tak bosan ialah? h0h0h0, of coz la sebab gue bawak novel sebagai peneman~ hee =D


setel aje mesyuarat PIBG tuh, tibalah pula sesi bergambar kenang-kenangan bersama mummy yang always dekat dihati dan jaoh dimata ini..uhuk, already kangen sama my mum..sob, sob, T..T


petang tu pulak, jeng jeng jeng
inilah dia destinasi utama kami~ ngee..
dari petang sampai ke malam kitorang lepak sini okeh! =D

my family yang tak bape nak big sebab tak cukup korum..uhuhuhu akak gue yang sorang lagi tak boleh nak menjoinkan diri sebab dia ada class..abang gue sefamily pon tak boleh nak menjoinkan diri jugak sebab bini dia pon ada class..huhuhu

tadaa~
kejap aje tukang masak kat sini ambik masa untuk memasak menu2 yang kitorang order..kata akak gue, tukang masak kat sini memang mengutamakan pelanggan yang booking dulu dan ye, akak gue memang da booking siap2 meja sebab takut tak de kosong..oh ya, makanan kat umbai nih memang sedap sehingga menjilat jari okeh! =D

malam tu pulak kitorang plan nak p jenjalan makan angin kat dataran pahlawan, tapi entah macam mana kitorang boleh sampai kat jonker walk nih pulak..nih sume sebab akak gue da terpengaruh dengan dia punya ofiz mate..kata ofiz mate nye, kat c jonker walk nih best tapi bagi gue, tempat nih biasa2 aje pon..>..<

last but not least..
bye2 melaka..sob, sob, bye2 mummy, daddy, adik2..sob, sob, (sambil kibar2kan tisu)

Hm, tak puas rasanya berhujung minggu selama 2 ari aje dengan family tersayang..sekarang baru bulan mac, lambatnya bulan mei..hajat di hati, bulan mei nanti gue nak balik kampung lagi~ hee tapi tu lah, bulan mei mana ada kawan kawen pon..bulan mac ada 2 orang kawan kawen, terkilan tol tak dapat nak menjoinkan diri untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan diorang..hm, apa boleh buat~


Friday, March 2, 2012

Santai Bersama Cleverbot..=P

Haa, ada sesape yang masih tak tau tentang kewujudan c cleverbot yang di cop sebagai evil oleh c blogger famous? (amboi, mentang2 dia baru tau!) hahaha..(lorr, belum pape da gelak sensorang?) 0ps~ hee, oleh sebab semalam gue dapat MC, so paham2 lah sendiri kan.. sepetang jugak la gue dk mengadap c sweet + sour gue nih..misti c sweet + sour gue nih kemaen lagi bahagia semalam kan sebab dapat kasih sayang yang mencurah-curah daripada gue selaku tuan belognya ini.. hehehe

Oh ya, nak dijadikan cite lagi, petang semalam gue try lah meluangkan masa gue yang ibarat emas ini (emas lah sangat masa hang tuh c emma chan oi!) bersantai bersama dengan c cleverbot yang kenkononnya mampu membuatkan kita yang tension ini menjadi semakin tension kan..tapi tu kata orang la, kata gue pulak,  "saya tak tension langsung layan c cleverbot nih, kalo suka tu ada la" haa..suka sebab dia cakap dia sayang gue kot? (apekejadah?) err..=.=' entah~ hahaha

romantik + kelakar betul lah c cleverbot nih! hahaha =P

yang nih pulak perbualan kedua kami..(amboi, da kemaruk dengan c cleverbot nampak!) eh, mana ada~ hahaha

yang nih pulak sambungan perbualan yang kat atas tuh..gue pon tak perasan panjang pulak perbualan kami yang kedua nih..kui3, =P

So, moral of da story is? kalo sesape rasa bosan asyik dk layan ym + skype dengan kekasih hati ataupun teman2 rapat + tak rapat, haa..korang p lah chatting dengan c cleverbot nih pulak..korang punya kekasih hati sure tak melenting lenting kan? hahaha (konon2 hang punya idea tuh bernas la?) hm, entah..boleh dikatakan macam tu la kot? ngeh ngeh ngeh


Thursday, March 1, 2012

Faktor Usiakah Ini?

Sob, sob, (wah, belum pape da pandai mintak belas kesian orang ek!) err..=.=' hehehe oh ya, date rnie cantik kan, 1 march 2012..(biase2 aje, tang mana yg cantik entah) pulak~ nak dijadikan cite lagi, macam2 hal berlaku rnie..pepagi hari pulak tu? sedih betul bila mengenangkan nasib diri nie..tapi tu lah, dari situ lah kita boleh jadikan ianya sebagai satu pengajaran kan..=)

Nak dijadikan cite, pagi tadi gue macam biasa lah kan..bangun pagi nak gosok gigi guna kodomo lion.. belum pape, kedengaran suara akak gue suruh tutup pili air sebab dia nak ambik wuduk..gue pulak tanpa syak wasangka, teruslah membalas dengan berkata "mana ada bukak air pon" dan jeng3, tak sangka rumah gue rnie tak de air..OMG, macam mana nak mandi p keje nih..wu3,

Dalam kepala kemaen ligat nak fikir jalan penyelesaian yang terbaek..akak gue syorkan basuh muka + gosok gigi aje lepas tu, p jelah ofiz..OMG? tidak, gue tak sanggup! uhuk..lepas tu, gue terfikir..haa, apa kata ambik aje leave? hee..bijak tol..p bila pk pk balik, tak kan la sebab tak de air, nak ambik leave kan? hm, kalo tak nak ambik leave satu ari, maybe sparuh ari aje? haa..deal~

Nak dijadikan cite lagi, taem gue dan housemate sedang gigih bersiap2 untuk p mandi manda di masjid yang berdekatan, boleh pulak sakit gue datang dengan tiba2 dan sekaligus menghancurkan niat murni kami..sob, sob, 1st taem gue rasa sakit sampai rasa nak pitam + muntah2.. so, buat kali yang ketiganya, gue terpaksa bergantung lagi dengan ubat tahan sakit cap klinik rosman itu..T.T

So, persoalannya sekarang, adakah disebabkan oleh faktor usia gue yang semakin hari semakin meningkat ini, (yela, mana ada semakin hari semakin menurun pulak!) yang menyebabkan gue sekarang tidak lagi sekuat gue yang dulu? ye, gue dulu sangat kuat okeh..setakat sakit2 perempuan macam nih, gue boleh pandang sebelah mata aje kelibat2 ubat tahan sakit tuh tau! h0h0h0 ^0^

Tapi sekarang? dunia da terbalik..eh bukan, keadaan da terbalik..wu3, ubat tahan sakit itu lah yang menjadi hero penyelamat gue sejak 3 bulan yang lalu..tak sia2 rupanya RM43 yang gue habiskan kepada klinik rosman itu..ubatnya tersangatlah mujarab okeh..kalau lah gue tau ubat tahan sakit itu semujarab ini..chewah, hehe tapi tu lah, prinsip gue ialah : katakan TAK NAK kepada ubat! >..<

gambar sekadar hiasan semata-mata..hihi