Monday, May 11, 2015

Bengkel 'Jom Cantik' Mary Kay

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Semalam unit kitorang ada buat bengkel kecantikan kat vsq, petaling jaya.. kalau ada masa lapang, gue memang suka menghadirkan diri kat bengkel2 kecantikan nie bersama guest / kawan2 yang berminat nak belajar tentang cara penjagaan wajah yang betul dan solekan asas..

Selain tu, bengkel nie juga bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada para wanita yang berminat nak buat part-time atau full-time dengan menjadi perunding kecantikan mary kay seperti kami.. selain cantik, boleh la buat side income sekali.. 2 in 1 gittew, hihihi

setiap bengkel ada tema yang berlainan, sape yang ikut tema dapat hadiah tau..best kan? hihi

pagi2 dah bersiap, konon excited sangat la tu nak p bengkel jom cantik nie, sekali cermin pulak yang x bersiap.. =.='

ramai sangat guest yang datang untuk memeriahkan bengkel jom cantik nie.. alhamdulillah, happening sangat2.. penuh satu bilik..

16 orang wanita yang excited nak rebut peluang menjadi perunding kecantikan mary kay.. alhamdulillah, i'm so proud to be one of them since a few months ago.. =')

met my beautiful guest a.k.a my blogger friend since a few years ago.. alhamdulillah, setelah sekian lama berteman di alam maya, akhirnya berpeluang juga bertemu mata di bengkel jom cantik nie.. thanks for coming dear ara.. ='D

For those yang excited nak join jugak bengkel kecantikan mary kay nie, boleh je inform gue sebab unit kitorang memang selalu buat bengkel kecantikan nie.. nak bawak kawan pon boleh sebab lagi ramai lagi meriah kan.. nanti boleh la have fun sama2.. ;)

Friday, May 8, 2015

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Hujung bulan april yang lepas kitorang p picnic secara berjemaah dengan geng2 ofiz c eraziwan kat pantai teluk kemang, port dickson.. jauh jugak la dari rumah kitorang, dalam sejam ++ macam tu.. nie kali kedua rasanya kitorang datang picnic kat sini.. 1st time ritu datang dengan member2, lagi pon time tu gue tengah pregnant kan c mikail..hihi

Banyak sangat menu2 yang disediakan oleh geng2 ofiz c eraziwan nie, antaranya ada ayam, kambing, udang, sotong dan sosej untuk bbq.. lepas tu ada nasi lemak dan bihun goreng untuk breakfast.. lagi ada dadih, kek coklat dan jajan untuk desert.. pendek kata memang semuanya cukup lah.. patut la beria sangat diorang dk meeting2 bagai kat ofiz tu.. memang terbaiklah.. hihi

amboi adam mikail, mentang2 ayah bagi pinjam hp dia, ibu ajak selfie pon buat derk je ek..

Bila pk pk balik, rasa rugi pulak gue x bawak sekali baju dan seluar basahan untuk mandi manda kat pantai nie.. baju dan seluar basahan mikail dan c eraziwan pulak kemain lagi beria gue packing.. adoi, huhuhu gue tengok dari jauh aje mikail dk main air dengan bapaknya.. itu pon nak x nak aje lagaknya.. mungkin sebab xbiasa kot? jakun sangat..hahaha
anak ibu happy ye dapat main air kat pantai? ;)

Wednesday, May 6, 2015

Splash Park, The Mines.

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Isnin lepas c eraziwan dapat cuti, yeay! so, gue pon apa lagi, cecepat suarakan hasrat hati nak bawak mikail p berjalan sambil bersuka ria di splash park yang terletak di the mines.. kitorang pon dah lama sangat x jejakkan kaki kat sana, mikail apatah lagi.. hihihi seronok la dia dapat berjalan.. berlari ke sana, berlari ke sini, alahai anak.. huhuhu


Kalau x silap gue, kali terakhir kitorang laki bini jejakkan kaki kat splash park nie time kitorang tengah hangat bercinta dulu kot..kenkonon jela, hihi time tu splash park nie best sangat2 sebab ada banyak air pancut2 untuk budak2 mandi manda dan main2.. tapi sekarang air pancut2 tu dah xde, ada swimming pool aje sebijik.. time kitorang p tu, ramai jugak la budak2 yang dk mandi manda kat sini..


Si mikail nie pulak macam x heran aje dengan swimming pool tu.. dia sebok dk berlari sana, berlari sini, adoi..x habis2 dengan berlari dia tu.. jatuh bangun tu memang makanan dia lah senang citer.. huhuhu masa kitorang sampai tu hari macam nak hujan, mungkin bukan rezeki mikail kot nak bersuka ria kat sini.. next time ibu bawak p tempat yang ada air pancut2 untuk adik main ek..hihi


Last but not least, gue suruh dia p posing aje kat pintu masuk splash park nie.. sempat jugak la snap sekeping dua gambar dia dk posing elok kat sini sebelum dia p sambung larian marathon solonya yang x de kesudahan tu.. kui3, mood gue pon dah spoil sebab splash park nih dah berubah rupa.. huhuhu baru plan nak datang sini tiap2 minggu.. chewah, hihihi

iklan : tengah survey perabot untuk bilik tidur? klik sini

Sunday, May 3, 2015

Apa itu zumba?

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Semalam mikail nie beria ajak gue p temankan mak ngah dia berzumba kat fitness first, the curve.. Memandangkan tempoh zumba tu hanya satu jam, so gue on kan aje plan c mikail tu tanpa bapak mikail disisi.. Nasib baek jugak adik bongsu gue tu x jadi ikut akak berzumba.. Boleh la dia tengok2 kan mikail sekali..hihi

Sementara tunggu akak gue berzumba selama satu jam tu, kitorang p la pusing2 dalam the curve dulu.. Orang pon xsesak sangat, itu yang mikail seronok sangat kot.. Dk berlari la, menjerit la, alahai anak.. Ibu pon xlarat nak kira dah berapa kali adik jatuh tapi tetap bangun dan sambung berlari.. Kuat betul semangat anak teruna ibu nie..

Memandangkan ibu dan paksu dah x larat nak kejar c mikail nie, kitorang pon decided nak lepak2 je kat kawasan lapang yang ada air pancut tu.. Alahai anak, sakan sungguh dk main air pancut tu.. Ibu xtahu pulak yang anak ibu nie suka main air pancut.. Biasa kat bilik mandi tu kemain lagi xsuka mandi dengan pili hujan.. Haa, pe citer tu?

Xpe la, oleh sebab esok ayah x keje, ibu dah pakat dengan ayah nak buat surprise untuk adik.. Jeng3, kita pakat2 wait n see je menjadi x surprise kitorang tu nanti ek..hihi oh ya, malam tadi pulak, akak gue ada cakap nanti kat area umah diorang akan buat kelas zumba berbayar per entry rm10 kalau xsilap gue kat bandar tasik permaisuri tu..

So, gue pon tanya la dia, apa benda zumba tu? Sama dengan poco2 ke? So dia pon jawab la zumba tu sejenis exercise yang terdiri daripada tarian dan yang seangkatan dengannya.. Wah, teruja pulak gue dengar.. Gue dah la keras macam kayu, ada hati nak menari2 bagai..hihihi yang paling x tahannya, boleh pulak gue cakap dengan akak nanti gue pon nak join sekali? Hahaha kelakar betul..

Nota kaki : 1st time up entry guna mobile, adoi..leceh jugak ek nak letak gambar..

C.L.I.C.K.2