Thursday, August 2, 2018

Hamil selepas keguguran

Assalamualaikum w.b.t.. ;)

Fuh, macam x percaya aje dah 8 bulan rupanya gue x update blog. ingatkan baru 2-3 bulan. cepatnya lahai masa nie berlalu. Alhamdulillah, sekarang nie gue dah pon memasuki 2nd trimester, 24 weeks pregnant selepas 3 bulan keguguran pada 12 November 2017 yang lalu. Entry kali nie lebih kepada perkongsian mengenai perjalanan kehamilan semula selepas keguguran.

Masa keguguran ritu, gue ke Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi untuk dapatkan pengesahan samada janin dah habis keluar atau belum dan atas nasihat doktor, dia suruh gue berehat selama 3 bulan dulu untuk bagi rahim fully recovered sebelum plan untuk hamil semula disamping kena makan asid folik secara konsisten sepanjang 3 bulan tu.

Bulan pertama selepas keguguran, kitaran period gue dalam 33 hari, bulan kedua dalam 32 hari dan bulan ketiga dalam 28 hari. Maksudnya disini, sepanjang gue amalkan asid folik selama 3 bulan tu, kitaran period gue dah kembali teratur dan alhamdulillah, bulan keempat tu terus lekat. Sepanjang 1st trimester tu, gue hanya amalkan asid folik sahaja atas nasihat doktor pakar di Klinik Pakar USIM.

Kononnya untuk pregnancy kali nie gue nak la try set hamil salindah sebab tengok testimoni macam best aje. Sekali, bila doktor pakar tanya supplement apa yang gue amalkan masa 1st trimester, terus aje dia minta gue stop sebab isi kandungan salindah itu agak diragui sebab kat botol tu kosong aje xde tulis pape so better makan je asid folik yang memang kita tahu apa isi kandungannya.

Kiranya sepanjang 12 weeks pregnant tu gue cuma amalkan asid folik aje. 16 weeks pregnant pulak doktor minta gue upgrade daripada asid folik kepada obimin sebab katanya asid folik sahaja dah tak cukup untuk kandungan. Alang2 tu gue minta sekali kalsium sebab time tu gue dah start rasa macam tertarik urat gitu. Kiranya sepanjang 2nd trimester nie, gue cuma amalkan obimin dan obical sahaja.

Insyaallah untuk incoming 3rd trimester pula, doktor dah siap2 minta gue upgrade daripada obimin kepada obimin pluz sebab katanya obimin pluz dah ada sekali dengan dha. So gue x perlu nak makan vitamin berbiji2, cukup sekadar sebiji obimin pluz dan sebiji obical. Sekian sahaja perkongsian gue untuk perjalanan kehamilan semula selepas keguguran. Semoga bermanfaat untuk yang memerlukan.

5 @ 6 weeks

9 weeks 2 day
  
13 weeks 2 day

17 weeks 2 day

22 weeks 6 day

24 weeks