Saturday, July 27, 2013

Ayuh bercuti panjang~ hehehe

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah..akhirnya tiba juga hari yang dinanti2..hehehe memandangkan last week gue da pon apply siap2 maternity leave selama 2 bulan, so kini masanya telah tiba~ hihihi rnie last day gue..maknanya next week gue da x perlu la nak bersusah payah bangun pagi mandi n p ofiz lagi~ hik3,

Sepanjang nak habiskan seminggu terakhir nih, uhh..memang liat betul lah nak bangun pagi.. kadang2 tu sampaikan terlambat bangun lagi nak p ofiz..nasib baek sempat jugak sampai on time, tapi kekadang tu terlambat jugak 5,10 minit.. err, maybe senior2 x kesah sangat kot? hehehe

Hm, kalo nak di iqotkan plan asal, sepatutnya maternity leave gue bermula awal ogos nie tapi entahlah.. walaupun keje gue kat ofiz nie xde la bertimbun2 sangat, tapi still rasa macam x larat nak p keje.. maybe sebab cramp kaki yang kerap melanda kot.. walaupun kejap2 aje tapi sakitnya tetap terasa..sob3,

Tang cukup atau x cuti gue nih, gue berserah aje pada yang esa..moga2 cukup lah hendaknya kan.. tapi kalo dibuatnya gue terbersalin overdue, maybe gue terpaksa apply unpaid leave kot untuk cover balik cuti awal yang gue da apply nih.. boleh macam tu? harap2 pihak atasan paham la kan..hihihi ;P

kemaen lagi gigih kemaskan meja..maklum ler, 2 bulan meja nie nak kena tinggal kan..hehehe

Wednesday, July 24, 2013

Ceritera My 7th Check-up..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Semalam check-up gue yang 2 minggu sekali sudah pon bermula..huhu so, sesudah aje berbuka puasa dan solat maghrib, kitorang laki bini nie gerak ler ke klinik putrijaya..kitorang sampai lebih kurang pukul 9 macam tu la..entah nape, ramai pulak customer malam tu..lama jgk la dk menunggu turn..

Sampai aje turn gue, macam biasa, doc ambik tekanan darah, lepas tu dia mintak gue baring untuk tentukan kedudukan kepala baby dengan menekan2 perut, lepas tu buat test urine dan timbang berat badan..alhamdulillah, walaupun berpuasa tapi berat gue tetap naek sebanyak 1.5 kg..hehehe

Memandangkan ini sesi check-up gue yang terakhir kat klinik putrijaya nih, so banyak jugak la soklan2 yang gue lontarkan pada doc tu kan..maklum la, sekarang da 36 minggu ++, lagi beberapa minggu je tinggal..of coz lah cuak kan, hehehe entah sempat balik kg. entahkan tidak..hm, =.='

Total untuk check-up kali nie pulak = rm63..actually, gue agak terkejut jugak lah sebab check-up kali nie juz buat yang basic aje..dah xde suntikan, xde scan, macam mana boleh jadi mahal pulak kan.. sebab kalo x silap gue, check-up basic yang sebelum2 nih rm25 aje..

So, gue syak maybe staff tu salah kira kot..maybe dia da kira skali dengan scan sebab harga scan sahaja = rm38.. bila da campur jadi ler = rm63..gue pulak malas nak cakap banyak..anggap jela tu sedekah kitorang kat klinik tu di bulan ramadhan yang mulia nih..boleh macam tu? hehehe

gambar kenang-kenangan masa p family day kat cameron bulan feb yang lepas..ritu tetiba je c eraziwan cakap terasa macam nak p cameron lagi..mana ada masa dah, kena tunggu gue abis pantang dulu ler jawabnya..hehehe ;P

Monday, July 22, 2013

Darurat Bersalin Bukan Semudah Itu..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Entry kali nih gue sekadar nak berkongsi satu artikel sebagai peringatan kepada diri sendiri dan jugak kepada mummy-to-be yang lain..sesungguhnya, kita hanya mampu berusaha dan selebihnya, berserahlah kepada-Nya..

Isu Tanbih, bertajuk Darurat Bukan Semudah Itu tulisan Puan Noraslina benar-benar menyentap hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu. Pengalaman saya mendapatkan rawatan kehamilan di klinik dan hospital kerajaan sejak anak sulung hingga anak yang ketiga seolah-olah menjadi 'igauan ngeri' buat saya hingga sekarang.

Bukannya masalah masa menunggu yang lama atau layanan khidmat diberi kurang memuaskan, sebaliknya saya menerima 'sentuhan' tangan dari doktor yang berlainan jantina. Tidak dinafikan ketika itu, saya masih berada dalam keadaan yang jahil berpegang kepada konsep 'darurat'. Jadi saya menyimpulkan tidak mengapa mendapatkan rawatan doktor lelaki sepanjang tempoh kehamilan.

Namun, ada juga rakan yang bertuah kerana mendapat 'sentuhan' doktor muslimah sepanjang kehamilan dan proses bersalin berlaku di hospital kerajaan. Syukurlah. Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran.

Walau ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce berlaku. Malah, ketika dalam labour room pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!.

Semoga Allah mengampuni dosa saya dan suami ketika itu kerana tidak berusaha mendapatkan rawatan dari doktor muslimah di hospital swasta. Namun, ketika mengandungkan anak yang keempat tahun lepas, saya berazam untuk tidak membenarkan diri disentuh doktor lelaki sepanjang kehamilan.

Harapan saya itu disuarakan kepada suami dan Alhamdulillah suami sangat memahami rasional di sebalik permintaan saya itu. Ujian Allah datang lagi. Ketika memasuki trimester ketiga kehamilan, perniagaan saya dan suami benar-benar merosot dan kami menghadapi masalah kewangan yang agak serius.

Saya agak buntu, kerana hasrat di hati ingin bersalin dengan mendapat rawatan dari doktor muslimah, tetapi caj di hospital swasta agak mahal. Sedangkan jika bersalin di hospital kerajaan, bayaran yang dikenakan sangat berpatutan, namun kita tidak boleh memilih doktor.

Akhirnya, saya menggadaikan gelang tangan, satu-satunya emas kesayangan milik saya, dengan harapan dapat bersalin di hospital swasta dengan berbidankan seorang doktor muslimah.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melahirkan seorang puteri dengan mudah, ditemani suami yang tidak putus-putus memberi semangat sepanjang proses kelahiran. Sejak hamil, saya sudah berniat, andai bayi yang dikandung seorang puteri, biarlah dia menjadi seorang pakar perbidanan.

Semoga Allah membantu saya dan suami untuk mendidik anak perempuan kami ini berjaya menjadi doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi apabila dia dewasa kelak. Biarlah pengalaman saya dirawat doktor lelaki tidak dilalui oleh ibu-ibu hamil yang lain. Semoga lebih ramai wanita akan dapat menceburkan diri dalam bidang perbidanan, sekali gus menunaikan fardhu kifayah.

Sehingga kini, bayi saya berusia tiga bulan, membesar dengan sihat. Namun gelang emas kesayangan saya masih belum dapat ditebus. Biarlah gelang emas itu terus dalam lipatan sejarah kerana Allah telah mengurniakan seorang puteri yang saya impikan selama ini. 

Hati terubat ketika membaca artikel Puan Noraslina Jusin kerana sekurang-kurangnya saya sudah memilih dan melakukan yang terbaik untuk mendapat zuriat yang berkat. Hati juga terubat kerana saya telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri disentuh oleh doktor wanita muslimah sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi berlaku.

Sejujurnya saya agak kecewa kerana masih ramai di luar sana sempurna penjagaan auratnya di sepanjang masa, namun tewas ketika mendapatkan rawatan sepanjang kehamilan dan bersalin dengan doktor lelaki atas alasan darurat.

Ada yang berkata 'dengan doktor lelaki lebih mudah, lebih lembut layanannya'. Ada juga yang berkata 'doktor tu pun dah tak hairan dengan kita, sebab dia dah merawat ribuan pesakit, dah naik lali dah'.

Macam-macam alasan yang diberi untuk menghalalkan keadaan. Harapan saya, agar isu ini dapat dikupas dengan lebih kemas dan teliti dalam keluaran yang akan datang. Mungkin, masih tiada kesedaran atau tekad yang kuat untuk kita mendapatkan rawatan dari doktor muslimah sepenuhnya.

Friday, July 19, 2013

Redha itu Ikhlas, Pasrah itu Menyerah..eh?

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Sabtu nie insyaallah, genap ler 36 minggu usia kandungan gue nih..pejam celik pejam celik, lagi 4 minggu rupanya estimate due date gue..itu pon kalo ikut due date lah kan sebab ade jugak sesetengah preggy mummy yang awal 1,2 minggu dan x kurang jugak yang awal 3 minggu dari due date kan..

Yang overdue pon ade jugak tapi arap2 kandungan gue nih x overdue lah yer sebabnya gue plan nak apply cuti 3 minggu awal sebelum due date..kenapa awal sangat? hehehe sebab gue da start rasa malas + x larat nak drive ulang alik p ofiz..boleh macam tu? hehehe

Nak harapkan c eraziwan, kesian la pulak kat dia sebab timing keje kitorang memang x sama..lagi pon tempat keje dia jalan jem skit..kalo p keje dengan kete, sejam dua drive belum tentu lagi sampai..haa, x ke naya tiap2 pagi nak kena sakan mengadap jem dulu? huhuhu

Memandangkan c eraziwan x boleh nak apply cuti awal2 + lama2, so gue juz plan nak lepak2 kat umah jela kan sebab plan asal nak balik kg. sepatutnya seminggu before raya..tapi entah macam mana, rasa macam takut pulak kalo2 gue terbersalin awal..xnak lah bersalin kat sini, gue nak bersalin kat kg..='(

Gue ingat nak balik kg. seminggu lebih awal daripada c eraziwan sebagai langkah keselamatan walaupun dalam hati nih memang x sanggup nak berpisah awal2 + lama2.. c eraziwan pon macam berat hati aje nak izinkan.. dia asyik dk pujuk baby aje supaya jangan keluar awal sangat..huhuhu T.T

 sesungguhnya, kita hanya mampu merancang.. =')

Wednesday, July 17, 2013

Kaedah manual steril botol susu..hehe

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Entry kali nih gue nak kongsi kaedah pensterilan botol susu baby.. seperti yang kita sedia maklum, sebelum menggunakan sebarang jenis botol untuk baby, kita kena la steril dulu kan.. kasi kuman2 yang ada kat botol tu mati dulu.. antibodi baby kan x kuat lagi, mana boleh maen hentam aje..betul x?

Tak dinafikan, kat pasaran sekarang memang berlambak sterilizer electric.. juz tunjuk aje nak yang mana.. tapi depends la samada ianya satu keperluan atau kemahuan..alang2 benda boleh buat manual, buat apa nak membazir kan.. bajet untuk sterilizer tu boleh jugak pakai untuk benda laen..hehehe

Kaedah nie gue dapat daripada bestie gue sebab kawan dia keje sebagai nurse kat bahagian penjagaan baby.. so, of coz lah dia lebih arif daripada kita kan.. antara kaedah-kaedahnya ialah :-

1. cuci botol tu bersih2 dulu pakai liquid cleanser baby
2. panaskan air sehingga mendidih
3. masukkan botol bersama dengan puting ke dalam air yang mendidih tadi
4. rebus selama 10-15 minit
5. angkat dan keringkan botol tersebut
6. ulangi langkah diatas setiap kali selepas guna

Haa, senang je kan? last week gue baru je setelkan proses pensterilan botol2 susu gue nih.. tapi x dinafikan, leceh skit la sebab nak kena rebus setiap kali lepas guna kan.. tapi tu lah, nak buat macam mana..sebab ada jugak yang ada sterilizer electric nie pon still malas nak steril.. haa, camana tu? hehehe

suka dengan design botol susu nie..kiut sangat..hehehe

Tuesday, July 16, 2013

Barangan Berpantang Ibu - Part 2

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Memandangkan barang baby boleh dikatakan sudah completed 99%, so tibalah masanya untuk sesi menyediakan barangan si ibu pulak kan? hehehe ritu gue da beli barang2 untuk kegunaan luaran taem berpantang nanti, sekarang turn barangan dalaman la pulak kan..hihi

Sebenarnya sebelum nih gue xpenah dengar pon pasal produk shaklee nih.. tambahan pulak, gue bukan jenis yang ambik tahu sangat pasal supplement2 bagai nih..tapi memandangkan gue terbaca banyak review pasal produk bersalin shaklee, tetiba jadi teringin jugak nak mencubanya..hehe

Oleh sebab ex-classmate gue taem study dulu merupakan salah seorang agen sah shaklee, so gue pon decided jela nak ambik trial set bersalin shaklee nih dengan dia..harga trial set nih hanya rm100 aje termasuk dengan postage tau.. berminat? boleh contact dia direct : nurul aim

dalam masa 2,3 ari aje, terus dapat bungkusan nih daripada abang poslaju..hehe

B Complex : perlu bagi urat saraf. membantu meninggikan sistem pertahanan badan. menukarkan makanan menjadi tenaga. membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.
1 biji sehari selepas sarapan

Vitalea : mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh badan. formula lengkap dengan zat besi. meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan. membantu penghadaman dan selera makan. penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan.
1 biji sehari selepas sarapan

Vitamin C : mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah. penting untuk pembentukan kolagen. bertindak sebagai anti-oksidan. bertindak mengikut pelepasan masa.
1 biji sehari selepas makan

Zinc Complex : meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan luka dan masalah jeragat. mengurangkan rambut gugur. membantu mengurangkan pembengkakan prostat. membantu mengurangkan masalah mati pucuk lelaki.
1 biji (2 kali seminggu / harian)

Friday, July 12, 2013

My Lovely Maternity Shoot.. ;)

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah..selesai jugak sesi maternity shoot gue nih..hehe as planned, sabtu lepas, ngam2 di saat usia kandungan gue nih mencecah 34 minggu, gue n c eraziwan ditemani dengan bestie gue selaku photographer x bertauliah telah menghabiskan sepetang bersama di taman tasik perdana.. ;)

dia telah menentukannya, kita bertemu dan bercinta..

inilah oh takdirnya, bukan kerana harta..

inilah citra cahaya cinta..

pintu hatiku telah kau buka, tak mampu ku menafikannya..

kejujuran diberi, kasih takkan terhenti..

ini bahagia yang ku cari..

sayangi daku, peluklah daku..

janji denganku, semai cinta nan satu..

tuhan menguji, takkan berhenti..

hanya ku pinta, sama setia menjaga, hingga ke alam syurga..

Akhir kata, thanks a lot to my bestie sebab sudi luangkan masa bersama2 kami laki bini nih.. hehehe insyallah, bila sampai turn u nanti, i boleh jadi photographer yang x bertauliah u pulak.. amacam, mau nggak? hik3, =D

Wednesday, July 10, 2013

Ceritera My 6th Check-up..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Semalam gue n c eraziwan p monthly check-up kat klinik putrijaya lebih kurang pukul 4.45 p.m.. nasib baek sempat sampai sebab semalam doc yang incharged untuk check-up bertugas sampai pukul 5 p.m. aje..nasib baek gue call dulu before p terjah klinik dia..hehehe

Aktiviti gue untuk check-up kali nie pulak, memula doc ambik bacaan tekanan darah, lepas tu dia mintak baring untuk tekan2 perut gue..alang2 da baring tu, gue mintak la dia scan kan sekali.. alahai, aktif betul baby taem tu.. asyik bergerak aje taem doc dk scan dia..kui3,

Dah setel scan, proceed pulak dengan ujian urine n timbang berat badan.. entah nape, berat badan gue lebih kurang sama aje dengan yang last month punya berat.. xde penambahan pon, haa sudah..nasib baek doc x marah..kalo p klinik kesihatan, konfem kena marah kan? hm, entahlah..

Lepas tu, tibalah part yang paling menggerunkan gue iaitu x laen dan x bukan, injection! huk3, xtau nape..gue rasa injection kali nih lagi sakit dari yang last month punya tapi kekebasan dia kurang skit kalo nak dibandingkan dengan yang sebelum nih..adoi, musykil sat gue..

Next check-up pulak pada 2 minggu yang akan datang..kata doc, lepas 2 minggu skali, akan jadi seminggu skali pulak..hm, memandangkan gue da nak balik kg. awal ogos nie, so maybe next 2 weeks nih merupakan kali yang terakhir gue check-up kat sini kot? hm, sedihnya..boleh macam tu? hihihi

Total check-up gue untuk kali nie pulak = rm80..kalo yang last month dia charged rm42 aje..maybe sebab last month gue x scan kot..hehe berat baby di usia kandungan yang mencecah 34 weeks ++ nih pulak dalam 2.4 kg..kata doc, normal la tu..xberat n xringan sangat..kata gue pulak? haa sudah.. ;P

my bestie, merangkap photographer yang x bertauliah taem maternity shoot last week..hehehe

p/s : alhamdulillah..ramadhan yang ditunggu2 tiba lagi..salam ramadhan al-mubarak, selamat menjalani ibadah puasa ye teman2.. =')

p/s/s : Blossom Collection ada buat Mega Raya Sales sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang x lama lagi..jom pakat2 p cuci mata jom..hehehe

Saturday, July 6, 2013

42 days : Mimpi Indah.. ;)

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah..rnie kandungan gue dah pun mencecah 34 minggu..next check-up pulak pada 8hb nie..adoi, berdebar pulak rasa sebab last check-up ritu doc dah inform awal2 nanti nak kena suntik anti tetanus lagi sekali..hm, ='(

Nak dijadikan cite,sebelum2 nie gue penah la dengar ada orang cakap yang normal la kalo ade ibu mengandung yang dk mimpikan benda yang pelik2 kan.. bukan setakat ibu, bapak2 pon ada jugak rasanya? hehehe

Ada satu malam tu, gue penah termimpi sedang menyusukan baby..ya ampun, rasa bahagia sangat bila sedar aje dari mimpi tu sebab baby xbanyak songeh pon..susu pakai botol dia minum, direct bf pon dia minum..=)

Lepas tu, mimpi yang terbaru pulak gue termimpi bersalinkan baby girl..sedar2 aje dari mimpi tu, terus rasa confused..aik? p scan ritu doc cakap baby boy, nape dalam mimpi tu kuar baby girl pulak? xkan kembar kot? hm..hahaha ;P

Kalau x silap, rasanya gue pon penah kot termimpi yang kononnya sehari lepas bersalin tu, fizikal gue kemaen lagi segar bugar, pendek kata x nampak macam orang baru lepas bersalin langsung..ish3, macam tu pon boleh? =.='

entah apa2 la mimpi2 c emma chan nie kan? hihihi ;P

Thursday, July 4, 2013

Shopping Barang Baby - Part 4

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Oleh sebab pada ari sabtu yang lepas xbanyak sangat barang baby yang boleh dibeli di jusco cheras selatan tu, so ari ahad esoknya gue kemaen lagi gigih p sambung shopping barang2 baby kat beberapa tempat lain iaitu mr.diy, butik anakku dan butik one world baby area cheras..hehehe

Barangan kat bawah nie merupakan barangan yang gue sempat grab kat kedai mr.diy.. kedai nie merupakan kedai fav c eraziwan sebab macam2 benda ada kat sini.. jenuh jugak ler dk melepak kat kedai nih..dk usha barang baby lagi, barang bapak baby lagi..adoi, sabar jelah~ kui3,

storage box - rm29.90

bakul baju kotor baby - rm8.50

bakul shower baby - rm3.90

penyembur air untuk cuci poo poo baby - rm2.90

hanger berklip - rm8.90

berus botol susu - rm2.50

berus sabut untuk cuci cloth diapers - rm1.20

Bila dah penat dan setel shopping kat kedai mr.diy, kitorang pon cecepat p letak barang2 kat dalam keta lepas tu terus masuk butik anakku pulak yang kebetulan satu row aje dengan kedai mr.diy tu..keta kitorang pon parking kat depan2 tu aje..lucky betul kan? xpayah nak jalan jauh2..hehehe

drying rack anakku - rm19.90

Kat butik anakku nie pon macam xde barang sangat.. maybe sebab kebanyakan barang yang ada kat situ gue dah beli siap2 kot sebelum nie..nasib baek terjumpa dengan drying rack nie.. xde la keluar dengan tangan kosong aje..hihihi lepas tu kitorang terus p kat butik one baby world pulak..

breast milk storage bottle autumnz - rm13.50 (4 pcs)

botol susu tommee tippee - rm31.26 (5 oz)

breast milk storage bag autumnz - rm11.61

insert cloth diapers - rm8

Rasanya sume barang2 baby nie dah complete kot..kalo ade lagi yang terlepas pandang tu, tunggu taem nak pakai nanti ler baru p cari..boleh macam tu? hihihi so sekarang, gue da boleh la stat slow2 operasi mendobi dan memacking barang2 baby nih.. wah, excited pulak rasa..hehehe =D

Monday, July 1, 2013

Barangan Berpantang Ibu - Part 1

Assalamualaikum w.b.t.. =')

24 jun yang lepas, taem gue tengah tekun dk buat research barang apa yang diperlukan untuk ibu2 ketika berpantang nanti, gue terjumpa la satu blogshop jamu nih.. kedaijamuwanita2u namanya.. hik3,

Hasil research yang gue buat, harga yang dijual di blogshop nih boleh dikatakan agak murah la kalo nak dibandingkan dengan blogshop laen..ke ade lagi yang lebih murah? entahlah..maybe gue terlepas pandang kot? hihihi =P

Bila da confirm barangan apa yang nak dibeli, gue terus emailkan senarai dan alhamdulillah, xsampai pon setengah jam, setel sudah proses jual beli kami.. yang xbestnya, ada satu barang yang gue nak tapi xde stok ler pulak..hm,

Memandangkan proses jual beli itu berlangsung pada waktu pagi, 26 jun yang lepas pulak gue dah pon terima bungkusan daripada abang poslaju..wah, cekap betul blogshop nih kan.. tak perlu tunggu sampai berminggu2..hehehe

 bengkung mak bidan - rm35

 losyen mustajab pati halia rose scent - rm22

mandian herba mak bidan - rm18 (10 uncang)

pilis air mancur - rm8 (5 biji x 5 bungkus)

minyak telon nyonya maneer - rm5 (tersesat pulak barang baby kat sini) =P

bunga rambai - gue pon xtau berapa sebab x order pon, hm..free gift kot? =P

Postage pulak rm7..hm, kalo nak ikutkan checklist keperluan ibu berpantang, dah x banyak barang la yang perlu dibeli..untuk set bersalin pulak, gue dah plan nak ambik dengan kawan..trial set shaklee, rm100 aje katanya..ok la tu kan, dah namanya trial set, kita pakat2 try ler dulu..hehehe