Tuesday, July 24, 2012

Say No to Groupon & Da Geng..T,,T

Hm..actually, warning nih da banyak kali gue dengar daripada c eraziwan..tapi tu lah, c emma chan nih bukannya reti makan saman sangat..hik3, tapi yelah, sampai bila gue nak berterusan macam nie kan..so, nak tak nak, bila gue bukak aje email pagi tadi, gue cecepat p delete sume email2 yang boleh menghabiskan saving gue yang tak seberapa ini..sob, sob, sob,

Mau tak delete, sejak gue berjinak2 dengan c groupon n da geng nih, amboi..sakan betul gue dk ber-shopping online..macam2 voucher yang gue beli.. voucher untuk photobook, 100 pcs gambar saiz 4R, spa, facial, hair treatment, white teeth, slimming apa entah, huh..mau c eraziwan tak membebel, tak pasal2 bajet kawen kitorang da berkurang..hik3, sori dear..=.='

hm..mungkin lepas2 nih, gue kena unsubscribe terus kot sume benda alah nih? hehehe

Rnie da 24hb..Insyaallah, kalo x de aral, 16hb nanti gue da nak balik kampung..uhh, xsabar betul rasanya.. pejam celik pejam celik, da bertahun2 rupanya gue berpuasa kat tempat orang..sedih, tapi apa boleh buat kan..tapi tu lah, cuti panjang (panjang la sangat) belum apply lagi, hopefully xde masalah lah hendaknya kan..amin, hehehe


Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Al-Mubarak - 21 Julai 2012

Lepas solat maghrib tadi, gue sempat ler sat dk usha2 akaun facebook gue tuh..biasa lah, aktiviti harian gue of coz lah dk usha news feed yang melimpah ruah bagai tu..bak kata astro, macam2 ada.. huhuhu nak dijadikan cite, taem gue tengah tekun dk usha2, gue ade ler ternampak status senior gue kat poli ritu..katanya, dia nak cecepat balik umah tengok pengumuman puasa..

Gue pon sepantas kilat, tengok jam kat henpon, pukul 7.58 minit..uhh, gue pon apa lagi, cecepat p terkam remote tv dengan harapan gue belum terlambat untuk sesi pengumuman itu..tunggu punya tunggu, lambat pulak rasa masa nih berjalan..yelah, biasa sharp pukul 8.00 diorang akan siarkan dah..entah kenapa, debaran taem dk menunggu tu laen macam aje gue rasa..

Kini, tibalah masa yang dinanti..hati gue nih makin kuat pulak debarannya..esokkah puasa? lusakah? kalau betul esok puasa, gue da betul2 bersedia ke nak sambut ketibaan bulan ramadhan al-mubarak ini? hm..tetiba rasa betapa kerdilnya diri ini..dan tanpa membuang masa, pakcik tadi pon mengumumkan lah bahawasanya tarikh berpuasa jatuh kepada 21 julai 2012..=)

Ya Allah, cepat sungguh masa nih berlalu..Alhamdulillah, diri ini masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat bulan yang penuh dengan keberkatan ini.. Insyaallah, mudah-mudahan Ya Allah.. Entah kenapa, sebak pulak rasa hati nih..macam2 perubahan ke arah kebaikan yang bermain dibenak gue sejak dua menjak ini..semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya..Amin,

Akhir kata, salam ramadhan buat semua..xsabar pulak rasa nak tunggu ketibaan 21 julai nih..=')


Wednesday, July 18, 2012

35 days : Ceritera Barang2 Hantaran..

Wah, pejam celik pejam celik, lagi 35 hari rupanya..cepat tol masa nih berlalu kan..(bajet xpenah ambik tau langsung pasal hari2 yang berlalu dan hari2 yang mendatang) err..ampun mas, ampun.. hik3, =P hm, setakat rnie, barang2 hantaran kitorang masih belum complete lagi..hopefully, sume benda alah nih akan complete lah yer dalam masa yang terdekat nie..yela, xkan la time last minute baru nak terhegeh2 complete-kan barang2 hantaran kan..hm, T..T

Oleh sebab masa tunang dulu, wakil2 veteran pihak lelaki nak hantaran 9 berbalas 9, so pihak pompuan setuju jelah kan..nak dijadikan cite, kalo tak silap gue, ceritera pencarian barang2 hantaran nih da bermula sejak bulan mei yang lepas lagi kot? maklum ler, time tu gue tengah excited la katakan..hik3, =D tapi tu lah, isi barang2 hantaran pulak, tuan punya badan yang tentukan sendiri nak barang apa..yelah, kita yang nak pakai sume benda tu kan~ hehehe

So, setakat nih, gue da decided nak :-
1. kek : done (akak gue sponsor)
2. pulut semangat : done (mak gue sponsor)
3. buah : not yet (yang nih no hal, dekat2 majlis nanti boleh p cari)
4. coklat : done (c eraziwan da tempah dengan dak ofiz die yang p bercuti kat langkawi)
5. kain pasang : done (bakal mak mertua sponsor)
6. telekung : done (makcik gue sponsor)
7. perfume : done (sendirian berhad)
8. handbag + kasut : done (sendirian berhad)
9. tuala : done (makcik gue sponsor)

C eraziwan pulak da decided nak :-
1. kek : done (akak gue sponsor)
2. pulut semangat : not yet (maybe mak die sponsor kot)
3. buah : not yet (yang nih pon no hal, leh p cari nanti dekat2 majlis)
4. coklat : done (c eraziwan da tempah jugak dengan dak ofiz die)
5. sejadah : not yet (next week kot baru p cari)
6. kasut : not yet (next week jugak baru nak p cari)
7. belt + wallet : done (sendirian berhad)
8. set penjagaan diri : done (sendirian berhad)
9. kemeja : done (sendirian berhad)

Hm, kalo ikutkan ati nie, gue nak aje setelkan sume barang2 yang belum complete nie minggu nie jugak sebab kalo boleh, gue tak nak ler bersesak2 dengan orang ramai taem bulan puasa nanti.. penat..hm, tapi tu lah..apa boleh buat sebab start malam tadi sampai ari sabtu @ ahad nie, c eraziwan stay kat kg atas sebab2 yang tak dapat nak dielakkan..so, nak tak nak, terpaksa jugak ler bersesak2 dengan orang ramai bulan puasa nanti..hm, T___T

barang2 c eraziwan nie pon gue da kena stat gubah da slow2, da xboleh nak delay2 lagi..hik3,


Monday, July 16, 2012

2 tahun sudah..

Hm..pejam celik pejam celik, da 2 tahun rupanya usia percintaan kami nih..cepat tol masa berlalu kan, rasa macam baru semalam aje kitorang kenal lepas tu rapat lepas tu kapel lepas tu gaduh lepas tu tarik muka lepas tu diam seribu bahasa lepas tu baek balik lepas tu gaduh lagi lepas tu dk ulang2 benda yang sama sampai ler tibanya detik 11 julai 2012..teruk betul perangai c eraziwan nih kan? eh? err..ke perangai gue yang teruk? hm, hihihi =P

Oh ya, bila gue pk pk balik, gue pon rasa macam xpercaya jugak benda nih..mungkinkah ianya hanya satu kebetulan? sebabnya, last year kitorang dk celebrate 1st anniversary as a couple, this year pulak as a fiance, n insyaallah next year as a married couple..hehe lepas tu, bila gue bagitau c eraziwan pasal suratan @ kebetulan nih, boleh pulak dia p tambah, next 2 years pulak kita p sambut as a mummy and daddy! hah?? huh, hampeh tol c eraziwan nih~

setelah melalui pelbagai onak dan duri, akhirnya..biarlah rahsia~ huhuhu

saja nak tayang lipstick baru..hm, not bad la jugak~ hehehe

Oleh sebab 11 julai jatuh pada ari rabu, so kitorang p celebrate kat johnny's restaurant aje la kat alamanda tuh..ini merupakan kali yang pertama jugak la kitorang lepak kat johnny's alamanda nih sebabnya, biasa kitorang p kat times square.. sebab mengapa steamboat yang menjadi pilihan adalah? of coz lah sebab tekak nih rasa macam nak pekena steamboat..alahai~ hahaha

p/s : hm, ramai pulak yang tanya harga photobook gue yang ohsem tu..huhuhu harga asal rm75, tapi oleh sebab gue beli kupon kat groupon dulu, so gue dapat save sebanyak 48% dan gue beli photobook yang ohsem itu dengan harga rm39 aje..postage pulak free, lucky betul gue nih kan sebabnya ini merupakan kali yang pertama gue beli kupon kat groupon..hehehe


Tuesday, July 10, 2012

My 1st Photobook by Pixajoy! =D

Oh ya, ritu kan gue ade post pasal kupon pixajoy yang gue beli kat groupon.my..pihak pixajoy cakap, dalam masa 6 ari bekerja lepas gue submit soft copy, gue akan terimalah hard copy nya.. pejam celik pejam celik, tak sangka..cepat betul masa berlalu kan..ngam2 6 ari bekerja berlalu, photobook nih pon sampai ler kat depan mata gue pukul 11.45 pagi tadi..hik3, ;P

 
wah, sakan tol diorang dk balut photobook gue nih..bikin gue saspen aje..hik3,

tadaa~ haa, inilah dianya gue punya photobook..ya ampun, cantik bangat sih!

helaian pertama haruslah taruk gambar kenangan yang terindah ini kan? hihi

sepatutnya, gambar nih clear + ohsem tapi sebab gue snap pakai henpon aje, ini ler hasilnya..

helaian terakhir pulak, harus lah taruk kenangan terindah jugak..hehe masa our 1st anniversary..

nih pulak cover belakang..simple but nice bukan? hehe

So, kesimpulannya ialah, gue tersangatlah puas hati dengan photobook 40 mukasurat daripada c pixajoy nih okeh..harga pon berbaloi2..hehehe kata c eraziwan, len kali leh ler order lagi dengan c pixajoy nih.. kata gue pulak, haa..tau xpe~ hik3, gambar tak pecah, kaler pon cantik, kertas pulak berkualiti, hai..pendek kata memang perfecto lah c photobook gue nih..hehehe =D


Thursday, July 5, 2012

Takdir Itu Milik Aku

My latest collection..=')
Sinopsis :-

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. emak saudaranya, kamsiah tidak henti2 menyeksa hidupnya. maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. dia akur dengan kehendak emak saudaranya. menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. tapi sementara cuma. perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kejayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakkannya menjadikan dia lupa pada batas agama. tanpa belas mahupun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mertuanya. tapi kenapa dian yang dipilihnya? kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

"kau bukak mata kau besar2! kau tengok betul2 muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! kau ingat aku saja2 nak kahwin dengan kau! hei bodohlah kau ni! anak ni lahir bukan atas kerelaan aku! kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. jijik, tau tak! kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. geli! sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! benci! benci! hambur zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.

Allahuakbar! raung dian. menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadap suaminya itu. tapi itulah kenyataannya. pahit! cukup pahit! dan kepahitan yang ditelan oleh dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. kala itu biarpun seribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! meraunglah! menjeritlah! keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! aku tidak akan berpaling lagi! hatiku sudah mati! mati buat kau! jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! aku yang akan tentukan jalan hidupku! kerana takdir itu milik aku!

Kata tuan belog pulak : karya2 siti rosmizah memang tak pernah mengecewakan gue okeh.. hehehe tapi tu lah, untuk karya yang terbaru nih, gue juz bagi 99.9/100% aje..sebabnya? gue pon tak tau ape motif penulis dk luahkan luahan2 yang tak perlu diluah taem dk menulis novel nih..bikin gue menyampah aje..hm, T..T