Thursday, July 5, 2012

Takdir Itu Milik Aku

My latest collection..=')
Sinopsis :-

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. emak saudaranya, kamsiah tidak henti2 menyeksa hidupnya. maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. dia akur dengan kehendak emak saudaranya. menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. tapi sementara cuma. perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kejayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakkannya menjadikan dia lupa pada batas agama. tanpa belas mahupun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mertuanya. tapi kenapa dian yang dipilihnya? kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

"kau bukak mata kau besar2! kau tengok betul2 muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! kau ingat aku saja2 nak kahwin dengan kau! hei bodohlah kau ni! anak ni lahir bukan atas kerelaan aku! kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. jijik, tau tak! kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. geli! sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! benci! benci! hambur zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.

Allahuakbar! raung dian. menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadap suaminya itu. tapi itulah kenyataannya. pahit! cukup pahit! dan kepahitan yang ditelan oleh dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. kala itu biarpun seribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! meraunglah! menjeritlah! keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! aku tidak akan berpaling lagi! hatiku sudah mati! mati buat kau! jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! aku yang akan tentukan jalan hidupku! kerana takdir itu milik aku!

Kata tuan belog pulak : karya2 siti rosmizah memang tak pernah mengecewakan gue okeh.. hehehe tapi tu lah, untuk karya yang terbaru nih, gue juz bagi 99.9/100% aje..sebabnya? gue pon tak tau ape motif penulis dk luahkan luahan2 yang tak perlu diluah taem dk menulis novel nih..bikin gue menyampah aje..hm, T..T


21 comments:

Kathy Tuah said...

ramai yg komen pasal benda ni..cuma sy lum sempat nk baca lagi :)

Lukman Hakim said...

postingan yang sangat terhibur..
I like it..
sukses selalu buatmu..:)

Nur Aischa said...

haha aisyah suka part kata tuan belog tu ;D

aisyah dulu tak berapa suka baca novel, tp sejak dah habis sekolah ni terniat nak baca novel. akan aisyah cuba. haha~

Hasrina said...

wah macam best...sipnopsis dia.oktu 99.9% haha

Nyue said...

senopsis cam best..tp nyue serius xde masa skang nk mbaca..huhu

HeNRieTTa JoSe said...

rajinnye baca....rietta kurang sket baca yang macam nie...hehehe...

FarhanaLicious said...

kalau dulu member rumah yg supply novel. sekarang dah tak duk umah sewa, kene cari supplier baru la. haha

O CIKTEDDY said...

cik susah nak hadam novel..x minat ;)

msredcheesecake said...

cam sedih je citer nya...

Mizz ErMa said...

kathy tuah : tol ke, kalo mcm tu kena p baca cepat2 la..hihi

Mizz ErMa said...

lukman hakim : tq =)

Mizz ErMa said...

aischa : haa, kalo mcm tu aischa kena p cuba cepat2 la sementara masih hangat di pasaran nih..hik3,

Mizz ErMa said...

hasrina : itu ler pasal, terpaksa cut lagi 0.01% sebab luahan yg entah pape tu..hehe

Mizz ErMa said...

nyue : haa, sama la kite..kalo dulu, satu novel tu satu malam da habis tp sekarang, bermalam2 pon belum tentu habis baca lagi..hehehe

Mizz ErMa said...

henrietta : biasa la k.rietta, isi masa lapang la katakan..hehe

Mizz ErMa said...

farhana : kalo macam tu, kena stat beli novel sendiri ler lepas nih..hihi

Mizz ErMa said...

cik teddy : lorr, yeke..hehe itu lah, laen orang laen minatnya kan..=D

Mizz ErMa said...

msredcheesecake : tau xpe, air mata asyik bergenang aje sepanjang baca novel nih..hehe

ღ yATz~ said...

huwaaa...nk baceee...tp skg bz sgt...:(

shera haifa said...

novel siti rosmizah best2.. like

anisalya said...

tak apa la. janji terhibur.

C.L.I.C.K.2