Saturday, July 26, 2014

Salam Kosong Kosong~

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Salam 28 ramadhan semua.. ;) alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah nak syawal rupanya.. insyaallah, tahun nie kitorang beraya bertiga, tahun lepas still consider berdua sebab masa tu mikail still dalam perut lagi, tengah syok menghitung hari nak keluar, last2, syawal ke-6 yang menjadi pilihan.. hihihi

Persiapan raya tahun nie agak berbeza dengan tahun lepas sebabnya tahun lepas kan tengah busy.. nak prepare barang2 baby la, nak survey tempat bersalin la, nak research pengalaman bersalin la.. tapi nasib baik puasa ponteng 3 ari je, itu pon sebab false alarm.. huhuhu

Persiapan tahun nie pulak memang terasa kelainannya.. memang rambang sangat2 mata nie time dk shopping baju2 raya mikail sampaikan sedar tak sedar, eh? nape sume baju mikail aje nie? mana baju ibu dan ayah? haa.. boleh macam tu? hihihi puasa pon alhamdulillah, penuh lagi setakat nie.. =')

Last but not least, selamat hari raya aldilfitri dan maaf zahir dan batin gue ucapkan.. kepada mereka yang baru nak balik kampung macam gue nie, haa.. berhati2 di jalan raya ye.. kepada yang dah selamat tiba di kampung tu, syok la.. selamat bercuti bersama keluarga tersayang ek.. hihihi

salam kosong kosong daripada kami sekeluarga - mikail ;)

p/s : pray for gaza
p/s/s : pray for mh17

Thursday, July 17, 2014

Ceritera mikail dan 4 orang pengasuh..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Entry kali nie tuan belog nak bercerita mengenai mikail dan pengasuh2nya.. memandangkan gue bersalin n berpantang kat kg, abis je 2 bulan pantang, mak n ayah pon ikut sekali naek kl nie sebab x sanggup nak berpisah a.k.a biarkan mikail dengan mana2 pengasuh sebab masa tu dia kecik lagi kan.. terharu sangat2 dengan pengorbanan diorang...=')

Dipendekkan cerita, bila mikail dah genap 9 bulan 15 ari, mak ayah gue buat keputusan nak balik kg sebab dah lama sangat tinggalkan umah kat kg kan.. lagipun, mereka pon ada kehidupan mereka sendiri jugak.. gue paham dan gue relakan walau hati ini begitu berat nak berpisah dengan diorang.. T___T

Sejak tu, bermulalah kisah mikail bertukar2 pengasuh sehingga 4 orang dalam masa 2 bulan..huhuhu pengasuh pertama mikail nama makcik ani, bertahan selama sebulan 5 ari.. gue stop hantar kat makcik ani sebab ada satu hari tu dia pon x tau macam mana paha mikail boleh luka.. =___=

 sampai sekarang parutnya masih ada.. ='(

Pengasuh kedua mikail pulak nama kak nisyam, bertahan selama 4 ari je.. gue stop hantar sebab dia kurang bagi mikail minum susu.. 1st day mikail dengan dia, 3 per 5 botol aje susu yang habis.. 2nd & 3rd day pulak, 2 per 4 botol yang habis.. 4th day pulak, 1 per 3 aje yang habis.. uhuk, kalau berterusan macam nie, memang cekeding la mikail jawabnye.. huhuhu

 susu kan makanan utama bayi.. ='(

Pengasuh ketiga mikail pulak nama kak ina, bertahan selama 6 ari je.. gue stop hantar atas permintaan dia sendiri.. katanya dia dah give up sebab mikail asyik nak melekat aje dengan dia, dia nak buat keje lain pon susah.. makan minum mikail dengan kak ina memang ok, maybe sebab kak ina jaga ramai sangat baby, itu yang xboleh tahan dengan mikail yang manja nie.. =.='

 xtau kenapa, sejak bagi orang jaga, bibir mikail nih asyik luka aje, lepas tu asyik demam la, batuk la, selsema la.. ='(

Rnie pulak ari kedua mikail dengan pengasuh yang keempat, namanya hawa.. gue rasa mikail boleh serasi kot dengan hawa sebab mikail nampak macam enjoy aje kat umah hawa tu.. hawa nie ada anak umo 4 tahun dan 5 bulan.. hopefully semuanya baik2 aje hendaknya, insyaallah..=')

 happy 11 month 4 day sygku mikail, 27 days to go! ;)