Tuesday, June 16, 2015

Tips Cantik | set penjagaan wajah untuk kulit normal

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza, bergantung kepada jenis kulit masing-masing samada normal, kering, berminyak atau sensitif. Bagi mereka yang berkulit normal, mereka patut bersyukur kerana terhindar daripada masalah jerawat, jeragat dan lain2. Namun begitu, penjagaan muka bagi kulit yang normal juga perlu dititik beratkan bagi memastikan kulit muka sentiasa sihat dan berseri.

Botanical Effects Skin Care - Formula 2 (Kulit Normal)

Set penjagaan wajah ini sesuai untuk wanita yang :-
- sedang mencari pendekatan peribadi untuk memenuhi keperluan asas kulit dan belum risau tentang tanda-tanda penuaan;
- ingin berasa baik tentang cara dia menyayangi kulit tanpa mengorbankan kualiti dan hasil; dan
- memerlukan produk yang telah diuji untuk kulit sensitif kerana sensitif terhadap bahan-bahan tertentu.

Memandangkan kulit gue dalam kategori normal, of coz lah pilihan gue ialah formula 2.. gue mula pakai secara konsisten sejak bulan feb yang lalu dan sekarang dah masuk bulan yang 4 tapi kuantiti produk masih banyak lagi kecuali cleanse.. mungkin bulan depan kena repeat order dah.. hihi alhamdulillah, setakat nie gue memang berpuas hati dengan hasilnya.. =')

me - before and after.. ;)

#marykaylover
#marykaybeautyconsultant
#freetrial
#0162706499

Monday, June 8, 2015

Demam

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Sian adam mikail.. rnie dah 6 ari dia demam.. katanya pengasuh, berjangkit dengan budak asuhan.. masa 1st day demam tu, badan dia dah panas2.. gue pon cecepat la called c eraziwan suruh balik awal sebab nak bawak mikail pegi klinik.. takut la malam karang buatnya demam dia melarat, kitorang jugak yang x boleh nak tido malam..hihihi

Masuk ari ke-3, still x kebah2 jugak.. cukup dengan pakej batuk dan selsema sekali.. sian nya anak teruna ibu nie.. so kitorang deciced nak pegi poliklinik az-zahrah pulak kat bandar tun hussien onn.. mula2 ritu pegi poliklinik an-nisa kat bandar sri permaisuri.. bila pegi je poliklinik az-zahrah, kemain lagi diorang beria nak ambik darah mikail sebab takut suspek denggi katanya.. 

nasib baik kejap je anak teruna ibu nie nangis, ibu je yang beria dk berendam air mata..haha

tido pon sekejap2 je, xboleh berenggang langsung dengan ibu.. nak memerap aje 24 jam..

kemain lagi pegang ibu, xnak kasi ibu pegi keje ek..

Apa pun, ibu bersyukur sangat sebab result darah anak ibu nie ok je.. bebas daripada virus denggi dan lain2 penyakit yang berbahaya.. sayang cepat sembuh tau, kesian ibu tengok tido malam anak ibu nie asyik terganggu aje.. lagi pun cuti ibu sekarang dah xde, so ibu terpaksa hantar jugak sayang p rumah pengasuh.. ;(

Wednesday, June 3, 2015

Tanda-tanda awal kehamilan

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, syukur.. disaat lagi beberapa bulan mikail nak genap 2 tahun, Allah kurniakan kami sekali lagi anugerah terindah.. tak dapat nak digambarkan dengan kata2, gembira dan teruja itu sudah pasti meskipun diri ini masih ragu samada mampu ataupun tidak untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar sebagai ibu bapa kepada 2 orang cahaya mata..

Memandangkan period gue dah jadi x teratur sejak melahirkan mikail, gue pon x sedar bila masa pregnant.. tetiba je upt nie bagi result positif.. boleh macam tu? hihihi so disini gue nak kongsikan beberapa tanda2 awal yang disedari secara langsung atau x langsung sepanjang 7 minggu kehamilan ketika buat upt nie.. Antaranya ialah :-

1.   cepat lapar
2.   teringin nak makan masam2
3.   nipple rasa pedih2
4.   xde mood nak masak dan kemas rumah
5.   xde selera nak makan nasi
6.   cepat penat
7.   tidur awal
8.   panas baran dan sensitif
9.   kerap buang air
10. perut kelihatan buncit sedikit

kemain lagi terang benderang..time buat upt mikail ritu, samar2 je line merah tu..hihi

Monday, June 1, 2015

Mati itu pasti..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

3 minggu yang lepas, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian arwah tok ku, ayah kepada mak gue pada 12hb mei.. beberapa hari yang lepas pula, kami sekeluarga sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian arwah tok che, emak kepada mak gue pada 27hb mei.. ya allah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Dalam masa 2 minggu, mak menjadi anak yatim piatu.. meskipun kitorang xsempat nak kucup arwah tok ku dan tok che, sekurang-kurangnya kitorang sampai juga di kg untuk memberikan sokongan moral kepada mak.. ternyata mak sangat tabah.. dikongsikan saat2 terakhir bersama arwah, sanggup bersengkang mata berhari2 bimbang arwah pergi tanpa disedari..

al-fatihah untuk arwah..

Semoga arwah tok ku dan arwah tok che tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Semoga mak juga tabah dan kuat dalam mengharungi hari2 yang mendatang tanpa kedua ibu bapa di sisi.. kami disini sentiasa ada untuk mak tak kira waktu suka mahupun duka.. waktu susah apatah senang..