Monday, June 1, 2015

Mati itu pasti..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

3 minggu yang lepas, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian arwah tok ku, ayah kepada mak gue pada 12hb mei.. beberapa hari yang lepas pula, kami sekeluarga sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian arwah tok che, emak kepada mak gue pada 27hb mei.. ya allah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Dalam masa 2 minggu, mak menjadi anak yatim piatu.. meskipun kitorang xsempat nak kucup arwah tok ku dan tok che, sekurang-kurangnya kitorang sampai juga di kg untuk memberikan sokongan moral kepada mak.. ternyata mak sangat tabah.. dikongsikan saat2 terakhir bersama arwah, sanggup bersengkang mata berhari2 bimbang arwah pergi tanpa disedari..

al-fatihah untuk arwah..

Semoga arwah tok ku dan arwah tok che tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Semoga mak juga tabah dan kuat dalam mengharungi hari2 yang mendatang tanpa kedua ibu bapa di sisi.. kami disini sentiasa ada untuk mak tak kira waktu suka mahupun duka.. waktu susah apatah senang..

4 comments:

azizah green line said...

al fatihah...salam takziah yunk

Kakzakie said...

Bagaikan sehidup semati pulak perginya mereka.
Moga roh-roh mereka ditempatkan bersama kalangan org yg beriman..

Salam takziah dari kakak.

Julia Johari said...

Allahuakbar, 2 insan tersayang pergi mengadap Allah...kita yg masih berada di muka bumi ni kena terus kuat hadapi ujian kita pula...Alfatihah utk mereka

Sanisah eeiyss said...

Innalillahi wainna ilaihi roji'un

AlFatihah (T___T)

C.L.I.C.K.2