Thursday, August 30, 2012

Ceritera Majlis Akad Nikah - 22 Ogos 2012

Alhamdulillah..syukur ke hadrat mu Ya Allah..dengan sekali lafaz, gue akhirnya sah menjadi milik sang suami yang diberi nama mohd eraziwan bin ab razab..semoga ikatan perkahwinan yang baru aje terjalin beberapa hari yang lepas ini akan selalu diberkati Ilahi dan berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin ya rabbal alamin..=')

Malam sebelum akad nikah, gue tak rasa pape pon..cool n steady jer walaupun masa tu sang suami kemaen lagi cakap dia da stat berdebar2 nak berdepan dengan tok kadi..hehehe pagi esoknya pulak, sempat lagi kitorang kua p cari kek hantaran kat kbmall n tesco..sampai aje kat umah, bridal tengah pasang pelamin + hias2 bilik pengantin..

Petang tu pulak, gue xtau nak buat ape..rasa macam lambat aje masa nih berlalu..nak p tolong2 kat dapo, jiran2 + sedara mara da ramai yang tolong..last2 gue p aje tido..hehe sebelum tido, sempat lagi kunci alarm takut x tersedar pulak nak bangun bersiap untuk majlis akad nikah lepas isyak nanti..teruk betul c emma chan nih kan? hahaha

Sepatutnya, gue kena p masjid lepas maghrib lagi sebab tok kadi cakap, lepas solat isyak nanti, dia nak nikahkan terus kitorang nih..tapi tu lah, kita hanya merancang..hehehe boleh pulak gue terlambat sampai kat masjid..sampai2 aje, masjid da penuh dengan sedara mara belah pengantin lelaki dan perempuan, tok kadi pon da get ready nak nikahkan kami..hihihi =P

Perasaan selepas bergelar isteri orang? hm..gue tak dapat nak luahkan dengan kata2..disaat saksi2 cakap sah, ya allah..hanya tuhan je yang tahu perasaan gue masa tuh..terasa sebak sangat2..air mata pun hampir2 nak menitis..nasib baek gue sempat cover..kalo tak? hm, lu pk lah sendiri..hehehe tapi tu lah, gue pon xtau itu air mata apa..air mata kegembiraan mungkin? >..<

So, tanpa membuang masa lagi, moh kita pakat2 layan gambar2 yang diambil sepanjang berlangsungnya majlis akad nikah gue tu..majlis yang menjadi kenangan yang paling indah dalam kamus hidup kami berdua..akhir kata, doakan agar perkahwinan kami ini akan terus berkekalan dan berbahagia hingga ke akhirnya..Insyaallah..

sempat lagi posing taem tok kadi dk bagi mukadimah kat depan tu..ish3, =P

tengah kusyuk dengar mukadimah dari tok kadi..=')

 ape lah agaknya perasaan sang suami taem nih ek? hehehe

alhamdulillah, sekali lafaz aje sang suami ku ini..hik3,

terima kasih ya tuhan diatas kurniaan-Mu ini..

sebak, sedih, hiba, terharu, gembira, pendek kata, macam2 ada taem nih..T^T

we're married! =D hahaha

1st taem posing kat dalam masjid..hihi

ada gaya malu2 miow tak taem nih? hahaha =3

amboi, kemaen lagi duduk jaoh2..cover ke ape nie? huhuhu =.='


Wednesday, August 15, 2012

Jom balik kampung Jom~~ hehehe

Akhirnya, tiba juga hari yang gue nanti2kan nih..(ye2 je hang nih!) err..hehehe malam nie, gue + eraziwan + bakal abg ipar + girlfren abg ipar akan pakat2 ber-carpool ke kota bharu, kelantan..kata mak gue, darah manis tak elok balik berdua..gue no hal aje, janji selamat sampai ke destinasi yang dituju..amin, hehe

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA gue ucapkan kepada rakan2 blogger sekalian..MAAF ZAHIR DAN BATIN sekiranya sepanjang perkenalan kita, ada diantara kata2 gue yang menyakitkan hari rakan2 yang berada di luar sana..sesungguhnya, yang baek itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya daripada diri gue sendiri..

-
pejam celik pejam celik, da nak raya rupanya..cepat tol masa nih berlalu..='(

p/s : doakan jugak agar majlis perkahwinan gue yang akan berlangsung pada 22,23&24 ogos ini berjalan dengan lancar.. semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya, amin ya rabbal alamin.. =')


Saturday, August 11, 2012

11 days - Sesi Memanjakan Diri (Part 1/3)

Hee, sabtu lepas gue dan c eraziwan p buat treatment kat hair salon yang bertempat di jalan klang lama..memang da lama gue pasang niat nak buat hair treatment untuk kami berdua walaupun pada mulanya c eraziwan suh gue sorang aje yang buat..itu tak adil la kan sebab gue nak kitorang sama2 kelihatan cantik untuk satu sama lain..eh? err..termerapu sudah~ hehehe =P

So, nak dipendekkan cite, antara pakej yang ditawarkan oleh salon tu ialah :-
90 minit rebonding, colouring, highlight atau perm (rm180);
70 minit loreal hair treatment termasuk dengan wash dan blow (rm68);
30 minit classic manicure (rm33); dan
15 minit urutan bahu dan belakang (rm38).

kemaen lagi mahal kan? tapi tu lah, dengan groupon.my, kitorang juz bayar dengan harga selepas tolak diskaun sebanyak 76% aje untuk satu kepala..berbaloi2 bukan? hehehe

pic nih gue ambik kat groupon punya website..kedai dia memang sebijik macam dalam gambar nih tau..cantik bangat sih~ hihi

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ini merupakan treatment kami yang pertama dengan menggunakan kupon daripada groupon..hehehe kitorang pon puas hati dengan servis yang salon tu berikan..hasilnya pon sangat memuaskan..=') len kali gue nak p lepak kat salon lagi boleh tak? (kata c emma chan kepada c eraziwan di dalam hati) =P hahaha


Friday, August 10, 2012

12 days - Wedding Bunting

Hee..isnin lepas gue baru jer order 1 bunting kawen dengan sorang tokey nih..nak dijadikan cite, actually sejak bulan june lagi gue da PM dia untuk tanyakan mengenai proses2 penempahan c bunting tapi sayang seribu kali sayang, msg gue tu dia boleh buat dekk aje ek? ish3..sampai ler pada satu hari tu, gue ternampak dia uploadkan bunting2 customer yang dah siap..

So, nak dipendekkan cite, gue pon try ler PM dia skali lagi, cuba nasib ler katakan sebab mak gue pon da start chase gue untuk setelkan hal bunting nih, hehehe huh..nasib baek dia reply on da spot msg gue tu..bincang punya bincang, haa..inilah dianya design yang berjaya mencuri perhatian gue.. hehe sebab utama gue pilih bunting nih? of coz lah sebab dia ada bunga ros~ =D

i chose da 2nd one! =')

So, pada ari sabtu lepas, gue + c eraziwan p ler pick-up bunting nih dengan dia punya tokey kat area bukit jalil tu..uhuhu, oleh sebab gue terlalu excited, gue tak sempat nak komplen ape2 kat dia punya tokey..bila tokey tu blah, c eraziwan jela yang kena tadah telinga dengar bebelan gue.. hm, dia punya bunting tak bape cantik lah..kaler tak terang, soft2 macam ink kurang aje..hm,

Tapi tu lah, wat do u expect dengan bunting yang ditempah via online kan? (err..ke tak de kaitan?) hehehe tapi tak pe lah, nak buat macam mana lagi, janji sume da setel, cantik tak cantik belakang kira..tapi kalau mak gue komplen nanti macam mana? kang gue pulak yang kena tadah telinga dengar bebelan dia..hopefully benda2 macam tu tak kan terjadi lah kan..amin, hehehe


Friday, August 3, 2012

Doa Seorang Kekasih - In Team

oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan..
dia milikku, tercipta untuk diriku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagiaan..

Ya Allah, ku mohon..
apa yang telah Kau takdirkan..
ku harap dia adalah yang terbaik untukku..
kerana Engkau tahu segala isi hatiku..
pelihara daku dari kemurkaanMu..

Ya Tuhanku, Engkau yang Maha Pemurah..
beri harapan jua kekuatan..
membina diri yang lesu tak bermaya..
semaikan setulus kasih di jiwa..

ku pasrah kepadaMu..
kurniakanlah aku..
pasangan yang beriman..
bisa menemani aku..
supaya ku dan dia..
dapat melayar bahtera..
ke muara cinta yang Engkau redhai..

Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih..
Engkau sahaja pemeliharaku..
dengarkan rintihan hambaMu ini..
jangan Engkau biarkan ku sendiri..

agar ku bisa bahagia..
walau tanpa bersamanya..
gantikanlah yang hilang..
tumbuhkan yang telah patah..
ku inginkan bahagia..
di dunia dan akhirat..
padaMu Tuhan ku mohon segala..

p/s : such a lovely song~ ='3


Wednesday, August 1, 2012

21 days - Undangan ke Majlis Perkahwinan..=)

Assalamualaikum w.b.t..

Cinta berputik lalu bersemi, tikar dianyam dari jerami..
Undangan dijemput secara rasmi, ke majlis perkahwinan kami..

Ya Allah,
Satukan lah hati kami seperti Engkau satukan hati Adam & Hawa, Yusuf & Zulaikha
dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W & Siti Khadijah..

 cover..=')

info..;')

Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta untukku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi..

Inai dijari nampak berseri, bersatu kasih raja sehari..
Kami mengundang setulus hati, moga majlis diberkati Ilahi..
Insyaallah..=)

p/s : kepada sesape yang free pada date diatas, haa..ape tunggu lagi, moh ler sama2 pakat memeriahkan lagi majlis gue nih..hehe ;)