Tuesday, June 16, 2015

Tips Cantik | set penjagaan wajah untuk kulit normal

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza, bergantung kepada jenis kulit masing-masing samada normal, kering, berminyak atau sensitif. Bagi mereka yang berkulit normal, mereka patut bersyukur kerana terhindar daripada masalah jerawat, jeragat dan lain2. Namun begitu, penjagaan muka bagi kulit yang normal juga perlu dititik beratkan bagi memastikan kulit muka sentiasa sihat dan berseri.

Botanical Effects Skin Care - Formula 2 (Kulit Normal)

Set penjagaan wajah ini sesuai untuk wanita yang :-
- sedang mencari pendekatan peribadi untuk memenuhi keperluan asas kulit dan belum risau tentang tanda-tanda penuaan;
- ingin berasa baik tentang cara dia menyayangi kulit tanpa mengorbankan kualiti dan hasil; dan
- memerlukan produk yang telah diuji untuk kulit sensitif kerana sensitif terhadap bahan-bahan tertentu.

Memandangkan kulit gue dalam kategori normal, of coz lah pilihan gue ialah formula 2.. gue mula pakai secara konsisten sejak bulan feb yang lalu dan sekarang dah masuk bulan yang 4 tapi kuantiti produk masih banyak lagi kecuali cleanse.. mungkin bulan depan kena repeat order dah.. hihi alhamdulillah, setakat nie gue memang berpuas hati dengan hasilnya.. =')

me - before and after.. ;)

#marykaylover
#marykaybeautyconsultant
#freetrial
#0162706499

Monday, June 8, 2015

Demam

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Sian adam mikail.. rnie dah 6 ari dia demam.. katanya pengasuh, berjangkit dengan budak asuhan.. masa 1st day demam tu, badan dia dah panas2.. gue pon cecepat la called c eraziwan suruh balik awal sebab nak bawak mikail pegi klinik.. takut la malam karang buatnya demam dia melarat, kitorang jugak yang x boleh nak tido malam..hihihi

Masuk ari ke-3, still x kebah2 jugak.. cukup dengan pakej batuk dan selsema sekali.. sian nya anak teruna ibu nie.. so kitorang deciced nak pegi poliklinik az-zahrah pulak kat bandar tun hussien onn.. mula2 ritu pegi poliklinik an-nisa kat bandar sri permaisuri.. bila pegi je poliklinik az-zahrah, kemain lagi diorang beria nak ambik darah mikail sebab takut suspek denggi katanya.. 

nasib baik kejap je anak teruna ibu nie nangis, ibu je yang beria dk berendam air mata..haha

tido pon sekejap2 je, xboleh berenggang langsung dengan ibu.. nak memerap aje 24 jam..

kemain lagi pegang ibu, xnak kasi ibu pegi keje ek..

Apa pun, ibu bersyukur sangat sebab result darah anak ibu nie ok je.. bebas daripada virus denggi dan lain2 penyakit yang berbahaya.. sayang cepat sembuh tau, kesian ibu tengok tido malam anak ibu nie asyik terganggu aje.. lagi pun cuti ibu sekarang dah xde, so ibu terpaksa hantar jugak sayang p rumah pengasuh.. ;(

Wednesday, June 3, 2015

Tanda-tanda awal kehamilan

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, syukur.. disaat lagi beberapa bulan mikail nak genap 2 tahun, Allah kurniakan kami sekali lagi anugerah terindah.. tak dapat nak digambarkan dengan kata2, gembira dan teruja itu sudah pasti meskipun diri ini masih ragu samada mampu ataupun tidak untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar sebagai ibu bapa kepada 2 orang cahaya mata..

Memandangkan period gue dah jadi x teratur sejak melahirkan mikail, gue pon x sedar bila masa pregnant.. tetiba je upt nie bagi result positif.. boleh macam tu? hihihi so disini gue nak kongsikan beberapa tanda2 awal yang disedari secara langsung atau x langsung sepanjang 7 minggu kehamilan ketika buat upt nie.. Antaranya ialah :-

1.   cepat lapar
2.   teringin nak makan masam2
3.   nipple rasa pedih2
4.   xde mood nak masak dan kemas rumah
5.   xde selera nak makan nasi
6.   cepat penat
7.   tidur awal
8.   panas baran dan sensitif
9.   kerap buang air
10. perut kelihatan buncit sedikit

kemain lagi terang benderang..time buat upt mikail ritu, samar2 je line merah tu..hihi

Monday, June 1, 2015

Mati itu pasti..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

3 minggu yang lepas, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian arwah tok ku, ayah kepada mak gue pada 12hb mei.. beberapa hari yang lepas pula, kami sekeluarga sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian arwah tok che, emak kepada mak gue pada 27hb mei.. ya allah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Dalam masa 2 minggu, mak menjadi anak yatim piatu.. meskipun kitorang xsempat nak kucup arwah tok ku dan tok che, sekurang-kurangnya kitorang sampai juga di kg untuk memberikan sokongan moral kepada mak.. ternyata mak sangat tabah.. dikongsikan saat2 terakhir bersama arwah, sanggup bersengkang mata berhari2 bimbang arwah pergi tanpa disedari..

al-fatihah untuk arwah..

Semoga arwah tok ku dan arwah tok che tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Semoga mak juga tabah dan kuat dalam mengharungi hari2 yang mendatang tanpa kedua ibu bapa di sisi.. kami disini sentiasa ada untuk mak tak kira waktu suka mahupun duka.. waktu susah apatah senang..

Monday, May 11, 2015

Bengkel 'Jom Cantik' Mary Kay

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Semalam unit kitorang ada buat bengkel kecantikan kat vsq, petaling jaya.. kalau ada masa lapang, gue memang suka menghadirkan diri kat bengkel2 kecantikan nie bersama guest / kawan2 yang berminat nak belajar tentang cara penjagaan wajah yang betul dan solekan asas..

Selain tu, bengkel nie juga bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada para wanita yang berminat nak buat part-time atau full-time dengan menjadi perunding kecantikan mary kay seperti kami.. selain cantik, boleh la buat side income sekali.. 2 in 1 gittew, hihihi

setiap bengkel ada tema yang berlainan, sape yang ikut tema dapat hadiah tau..best kan? hihi

pagi2 dah bersiap, konon excited sangat la tu nak p bengkel jom cantik nie, sekali cermin pulak yang x bersiap.. =.='

ramai sangat guest yang datang untuk memeriahkan bengkel jom cantik nie.. alhamdulillah, happening sangat2.. penuh satu bilik..

16 orang wanita yang excited nak rebut peluang menjadi perunding kecantikan mary kay.. alhamdulillah, i'm so proud to be one of them since a few months ago.. =')

met my beautiful guest a.k.a my blogger friend since a few years ago.. alhamdulillah, setelah sekian lama berteman di alam maya, akhirnya berpeluang juga bertemu mata di bengkel jom cantik nie.. thanks for coming dear ara.. ='D

For those yang excited nak join jugak bengkel kecantikan mary kay nie, boleh je inform gue sebab unit kitorang memang selalu buat bengkel kecantikan nie.. nak bawak kawan pon boleh sebab lagi ramai lagi meriah kan.. nanti boleh la have fun sama2.. ;)

Friday, May 8, 2015

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Hujung bulan april yang lepas kitorang p picnic secara berjemaah dengan geng2 ofiz c eraziwan kat pantai teluk kemang, port dickson.. jauh jugak la dari rumah kitorang, dalam sejam ++ macam tu.. nie kali kedua rasanya kitorang datang picnic kat sini.. 1st time ritu datang dengan member2, lagi pon time tu gue tengah pregnant kan c mikail..hihi

Banyak sangat menu2 yang disediakan oleh geng2 ofiz c eraziwan nie, antaranya ada ayam, kambing, udang, sotong dan sosej untuk bbq.. lepas tu ada nasi lemak dan bihun goreng untuk breakfast.. lagi ada dadih, kek coklat dan jajan untuk desert.. pendek kata memang semuanya cukup lah.. patut la beria sangat diorang dk meeting2 bagai kat ofiz tu.. memang terbaiklah.. hihi

amboi adam mikail, mentang2 ayah bagi pinjam hp dia, ibu ajak selfie pon buat derk je ek..

Bila pk pk balik, rasa rugi pulak gue x bawak sekali baju dan seluar basahan untuk mandi manda kat pantai nie.. baju dan seluar basahan mikail dan c eraziwan pulak kemain lagi beria gue packing.. adoi, huhuhu gue tengok dari jauh aje mikail dk main air dengan bapaknya.. itu pon nak x nak aje lagaknya.. mungkin sebab xbiasa kot? jakun sangat..hahaha
anak ibu happy ye dapat main air kat pantai? ;)

Wednesday, May 6, 2015

Splash Park, The Mines.

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Isnin lepas c eraziwan dapat cuti, yeay! so, gue pon apa lagi, cecepat suarakan hasrat hati nak bawak mikail p berjalan sambil bersuka ria di splash park yang terletak di the mines.. kitorang pon dah lama sangat x jejakkan kaki kat sana, mikail apatah lagi.. hihihi seronok la dia dapat berjalan.. berlari ke sana, berlari ke sini, alahai anak.. huhuhu


Kalau x silap gue, kali terakhir kitorang laki bini jejakkan kaki kat splash park nie time kitorang tengah hangat bercinta dulu kot..kenkonon jela, hihi time tu splash park nie best sangat2 sebab ada banyak air pancut2 untuk budak2 mandi manda dan main2.. tapi sekarang air pancut2 tu dah xde, ada swimming pool aje sebijik.. time kitorang p tu, ramai jugak la budak2 yang dk mandi manda kat sini..


Si mikail nie pulak macam x heran aje dengan swimming pool tu.. dia sebok dk berlari sana, berlari sini, adoi..x habis2 dengan berlari dia tu.. jatuh bangun tu memang makanan dia lah senang citer.. huhuhu masa kitorang sampai tu hari macam nak hujan, mungkin bukan rezeki mikail kot nak bersuka ria kat sini.. next time ibu bawak p tempat yang ada air pancut2 untuk adik main ek..hihi


Last but not least, gue suruh dia p posing aje kat pintu masuk splash park nie.. sempat jugak la snap sekeping dua gambar dia dk posing elok kat sini sebelum dia p sambung larian marathon solonya yang x de kesudahan tu.. kui3, mood gue pon dah spoil sebab splash park nih dah berubah rupa.. huhuhu baru plan nak datang sini tiap2 minggu.. chewah, hihihi

iklan : tengah survey perabot untuk bilik tidur? klik sini

Sunday, May 3, 2015

Apa itu zumba?

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Semalam mikail nie beria ajak gue p temankan mak ngah dia berzumba kat fitness first, the curve.. Memandangkan tempoh zumba tu hanya satu jam, so gue on kan aje plan c mikail tu tanpa bapak mikail disisi.. Nasib baek jugak adik bongsu gue tu x jadi ikut akak berzumba.. Boleh la dia tengok2 kan mikail sekali..hihi

Sementara tunggu akak gue berzumba selama satu jam tu, kitorang p la pusing2 dalam the curve dulu.. Orang pon xsesak sangat, itu yang mikail seronok sangat kot.. Dk berlari la, menjerit la, alahai anak.. Ibu pon xlarat nak kira dah berapa kali adik jatuh tapi tetap bangun dan sambung berlari.. Kuat betul semangat anak teruna ibu nie..

Memandangkan ibu dan paksu dah x larat nak kejar c mikail nie, kitorang pon decided nak lepak2 je kat kawasan lapang yang ada air pancut tu.. Alahai anak, sakan sungguh dk main air pancut tu.. Ibu xtahu pulak yang anak ibu nie suka main air pancut.. Biasa kat bilik mandi tu kemain lagi xsuka mandi dengan pili hujan.. Haa, pe citer tu?

Xpe la, oleh sebab esok ayah x keje, ibu dah pakat dengan ayah nak buat surprise untuk adik.. Jeng3, kita pakat2 wait n see je menjadi x surprise kitorang tu nanti ek..hihi oh ya, malam tadi pulak, akak gue ada cakap nanti kat area umah diorang akan buat kelas zumba berbayar per entry rm10 kalau xsilap gue kat bandar tasik permaisuri tu..

So, gue pon tanya la dia, apa benda zumba tu? Sama dengan poco2 ke? So dia pon jawab la zumba tu sejenis exercise yang terdiri daripada tarian dan yang seangkatan dengannya.. Wah, teruja pulak gue dengar.. Gue dah la keras macam kayu, ada hati nak menari2 bagai..hihihi yang paling x tahannya, boleh pulak gue cakap dengan akak nanti gue pon nak join sekali? Hahaha kelakar betul..

Nota kaki : 1st time up entry guna mobile, adoi..leceh jugak ek nak letak gambar..

Thursday, April 30, 2015

Kursus Setiausaha 2015

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, selesai sudah kursus setiausaha yang dihadiri oleh kami bertiga, wakil daripada fakulti kitorang pada 28-29hb april yang lepas.. alhamdulillah jugak sebab jam kredit kitorang telah pun mencapai target.. kiranya kitorang x perlu lagi join kursus2 pendek semata2 nak kejar jam kredit disamping menambahkan ilmu pengetahuan.. hihihi

Modul2 yang terdapat dalam kursus nie semuanya best2 dan antara modul yang ada adalah bahagia berjaya (dr. kamril juraidi abdul karim), fail dan rekod (en. murshidi ahamad), peka prihatin peduli (dr. rohani abdul rahim), imej korporat cemerlang (pn. yasmin siddik), cuti (dr. hjh ina md yasin) dan insan profesional : knowledge, relevant & ambitious (dr. mohd izhar ariff mohd kashim)..

Gue rasa bersyukur sangat sebab diberikan peluang untuk menghadiri kursus nie.. banyak sangat ilmu yang gue dapat disamping dapat sijil dan jam kredit..hihihi lagi pon yuran setiap seorang rm150 kalau xsilap.. nasib baik fakulti bagi kelulusan, kalau x? x merasa la jawabnya nak dengar ceramah yang super duper best daripada dr. kamril dan pn. yasmin tu.. hihihi

sesi bergambar bersama senior yang dah berbelas tahun berkhidmat.. gue nie baru setahun jagung, setahun pon x sampai.. ;P

Friday, April 24, 2015

Pengalaman pertama menjadi urusetia bengkel..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Kali nie gue saja je nak berkongsi cerita mengenai pengalaman pertama gue menjadi urusetia bengkel yang dianjurkan oleh bos selama 3 hari 2 malam bermula 12hb-14hb april di hotel the royale bintang, seremban.. memandangkan c eraziwan x sanggup nak berjauhan dengan gue, so dia pon decided la nak mintak cuti dan ikut gue sekali p outstation tu.. hihihi

Sebulan sebelum bengkel tu berlangsung, gue x terasa lagi kekalutan dia tu sebab time tu semua nya berjalan dengan lancar sampai la 3,4 hari sebelum bengkel, tetiba je pihak bendahari returned balik borang permintaan pesanan rasmi gue tu.. adoi, xpasal2 keadaan dah jadi kelam kabut.. last2, last minute baru dapat pesanan rasmi tu.. nasib baik pihak hotel ok je..

Bila tiba hari untuk check in, pihak hotel pulak buat hal.. adoi, ade ke patut sales person yang in charge tu x bagi senarai nama peserta yang terkini pada kaunter pendaftaran? kelam kabut gue betulkan semula senarai partner peserta2 tu.. nasib baek la beberapa peserta yang senarai dia belum updated tu belum datang check-in lagi, kalau x? masak gue dibuatnya..huhuhu

Last but not least, alhamdulillah sebab bengkel pertama yang diuruskan oleh gue tu akhirnya berjalan dengan lancar je sebab bos xde komplen apa2 pon setakat nie.. haa, boleh macam tu? hihihi sudahnya, masa hari last bengkel tu gue dah mula rasa x sedap badan.. dapat la mc satu hari.. nasib baik x tumbang masa bengkel tu sedang berjalan.. hihihi

syg ibu nie pulak kadang behave, kadang buat perangai..adoi, next time ibu kena pikir 2x dulu sebelum decided nak bagi adik ikut sekali tak..haa, takut x? takut x? hihihi

Monday, April 6, 2015

Mary Kay Education Workshop

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Semalam gue dan my sis a.k.a my recruiter pegi attended mary kay education workshop kat vsq, petaling jaya.. ramai sangat beauty consultants yang hadir memeriahkan bengkel nie.. kitorang pon enjoy je setiap saat bengkel nie berlangsung.. best sangat2, akak2 mary kay yang lain pon friendly je.. hihi

Masa mula2 gue join kelas mary kay nie, gue teruja sangat tengok kecantikan dan kemulusan kulit diorang.. mekap diorang pon cantik.. patut la diorang pandai mekap, kat mary kay nie ada makeup artist.. gue pon penah join sekali kelas tu dan akan join untuk kali ke-2 minggu depan.. tapi kelas advanced mekap nie berbayar la..itu yang x berapa nak syok tu..hihi =P

kalau akak gue join, gue suka carpool je dengan dia sebab malas nak drive! hahaha

nie family kecik kitorang.. leadernya kawan akak gue jugak..

yang nie pulak family besar kitorang.. leadernya pulak kakak kepada kawan akak gue tu..hihi

Pada pendapat gue, gue suka sangat dengan produk mary kay nie sebabnya produk dia best dan harganya pon mampu milik dan tahan lama.. contohnya macam cc cream, satu cc cream harganya rm79 tapi tahan untuk 3 - 6 bulan kot sebab cc cream gue banyak lagi walaupun dah pakai almost 2 bulan dah hihi

#marykaybeautyconsultant
#discoverwhatyoulove
#marykaylover
#0162706499

Monday, March 30, 2015

Kasih seorang cucu..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Pagi2 nie, gue jadi teringat pulak dekat drama pendek yang dilakonkan oleh mikail, bak kata si eraziwan.. hihihi nie sume gara2 si eraziwan yang beria dk bercerita sebab time tu gue xde kat tempat kejadian..so, tak boleh nak komen lebih la kan, layankan je nada suara dan expresi muka dia tu time bercerita.. kui3,

Nak dipendekkan cite, jumaat lepas mak ayah gue datang kl.. selasa tu time diorang nak gerak balik kg, mikail pulak sampai sudah xnak lepaskan tok ayah dia.. sampai aje umah pengasuh, terpaksa la si eraziwan ambik secara paksa rela.. kemain lagi mikail nie meraung, menangis bagai.. tok ayah pon apa lagi, bergenang jugak la air mata dia tu.. drama sangat kan si mikail nie..hihihi

Xtau kenapa, sejak kecik lagi mikail nie memang rapat sangat dengan tok ayah dia.. mungkin sebab ayah dan mak gue yang dk jaga dia dari kecik kot.. bila nampak aje batang hidung tok ayah, terus aje nak tok ayah.. orang lain dia memang xheran dah.. bukan setakat orang lain, mak ayah dia sendiri pon dia buat x heran je.. bertuah punya mikail =.='

 cucu kesayangan tok ayah la katakan.. (",)

dalam kereta pon nak berkepit dengan tok ayah jugak.. hai la anak =.='

Tuesday, March 24, 2015

Majlis Pertunangan Kakak..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, cuti chinese new year yang lepas telah berlangsungnya majlis pertunangan akak gue yang berumur 2x dengan jayanya.. hihihi Insyallah, kalau xde aral, bulan 9 nanti berlangsunglah majlis kendurinya.. tahun nie mak gue akan dapat 2 orang menantu, sorang menantu pompuan, sorang lagi menantu lelaki.. senyum lebar la nanti mak ayah gue.. hihihi ;)

Calon suami akak gue nie, mak gue yang carikan.. bila dah suka sama suka, boleh lah teruskan ke peringkat yang seterusnya kan? akak gue yang sorang lagi yang berumur 3x pulak belum ada calon lagi.. gue cuma boleh doakan agar dia bertemu jodohnya secepat yang mungkin je sebab fitrah wanita kan.. mana ada pompuan yang xnak berumah tangga..betul x? huhuhu

selamat bertunang sis.. selamat berdarah manis.. hihihi

 selamat bertunang juga buat bakal abg ipar.. ;)

4 dara pingitan kini telah menjadi 1 mak dara, 1 bride-to-be dan 2 dara pingitan.. boleh macam tu? hahaha

 makcik2 dan pakcik2 sebelah ayah a.k.a orang kuat majlis.. ;)

Akhir kata, semoga akak dan pasangan dapat mengenali hati budi masing2 sepanjang tempoh bertunang nie sebab diorang x kawan lama.. kenal dalam dua,tiga bulan macam tu, si lelaki terus hantar rombongan meminang.. sweet sangat bakal abang ipar gue nie walaupun akak gue cakap dia langsung x romantik! hahaha oh ya, mak dan kakak gue yang satu lagi tu, gue yang mekapkan tau! hohoho ;D

Wednesday, March 18, 2015

Ber-river Cruise Beramai2..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Chinese new year yang lepas, kemain lagi kitorang laki bini nie bercuti panjang kat kg, dalam 9 hari jugak la..hihi cuti kali nie meriah sangat sebab kitorang adik beradik dapat berkumpul ramai2 sebab time tu akak gue nak bertunang.. kalau x, jawabnya kena tunggu bulan syawal dulu la baru boleh berkumpul ramai2 macam nie.. itu pon kalau abg long gue x balik kg wife dia kat penang...huhu

Memandangkan kitorang dah lama sangat x balik kg nenek sebelah mak a.k.a dah lama sangat x naek bot, so satu hari tu akak gue suggest la nak p ber-river cruise beramai2 sebab laluan bot tu menghala ke arah kg nenek kitorang.. semua pakat excited nak naek bot dan jenguk2 kg nenek.. jenguk dari jauh je sebab nenek dah x duduk situ dah, sebab tu ler kitorang excited sangat nak p.. hik3,

jom mikail, kita bawak ayah p jenjalan kat kg nenek ibu..hihi

my big family.. ;)

mentang2 la cucu tok ayah, asyik berkepit je dengan tok ayah atas bot nie ek..

Kalau x silap, harga untuk satu kepala rm10 rasanya.. perjalanan pulak ambik masa dalam sejam jugak la pegi balik.. pendek kata, kitorang memang enjoy sangat dapat habiskan masa together2 macam nie walaupun cuaca agak panas skit time nie.. dah lama xbuat aktiviti luar bersama family, panas sikit tu xde hal lah..hihihi

Tuesday, March 17, 2015

My Journey to ESRS Class..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Hari nie gue nak share pasal kelas ESRS a.k.a kelas formal pertama yang dianjurkan oleh mary kay untuk para beauty consultant yang baru seperti gue selama 2 hari berturut2.. kiranya nanti mary kay akan melahirkan beauty consultant yang berilmu la untuk memulakan bisnes produk kecantikan nie..hihi

Apa yang best dengan kelas ESRS nie ialah kita akan lebih mengenali apa itu produk mary kay, lebih mengenali siapa pengasas mary kay dan lebih mengenali apa yang kita mahukan dari mary kay.. haa, apa yang gue mahukan of coz lah kulit yang sihat + cantik dan financial freedom.. itu memang kemahuan dan idaman setiap wanita diluar sana.. kan? ;)  

walaupun traffic jammed, nasib baik sempat sampai on time pukul 9 a.m..hihi

sijil ESRS..now i'm officially a mary kay beauty consultant.. ;D

discover what you love - i love mary kay ;)

Oh ya, yuran untuk kelas ESRS nie hanya rm50 sahaja dan dengan rm50 yang dibayar tu, kita akan dapat ilmu yang tidak ternilai harganya, voucher yang bernilai rm200, sebatang lipstick yang bernilai rm53, sekeping sijil penyertaan, satu pin ESRS dan satu impian + harapan untuk berjaya seperti senior2 yang lain.. insyaallah, =')

#mizzerma
#marykaybeautyconsultant
#0162706499

Monday, March 16, 2015

Starter Kit Mary Kay.. ;D

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Hari nie gue nak share tentang produk kecantikan yang gue gunakan sejak dua menjak nie..hihi kalau x silap, dah sebulan lebih kot gue dah bertukar dari pencuci muka safi dan krim garnier kepada pencuci muka + masker + penyegar + pelembap + cc cream mary kay secara konsisten setiap hari.. ;)

Kadang2 tu rasa macam x percaya aje sebab gue yang sebelum nie merupakan seorang yang tersangatlah malas nak pakai itu, nak pakai ini, tapi pada masa yang sama nak muka yang cantik, sihat, halus, mulus dan gebu macam orang lain..haa boleh macam tu? ;P

So, nak dijadikan cite, lepas je gue join bengkel kecantikan yang dianjurkan oleh beauty2 consultant mary kay yang bertempat di VSQ, Petaling Jaya, gue terus terjatuh cinta dengan produk2 mary kay yang terdiri daripada produk2 penjagaan wajah dan produk2 kosmetik.. memang terbaik lah bak hang! ;D

starter kit mary kay yang bernilai rm200 :-
- cleanse (rm72)
- masker (rm85)
- freshen (rm72)
- hydrate (rm85)
- cc cream light to medium (rm79)
- cc cream medium to deep (rm79)
- lip gloss pink luster (rm53)
- beg kecil
- beg besar
TOTAL = RM525

Faktor utama yang mendorong gue beli starter kit mary kay nie sebab harga dia lebih berbaloi kalau nak dibandingkan dengan harga asal produk2 nie.. haa, sebagai pengguna yang bijak, kita kena la peka sikit dengan benda2 yang melibatkan wang ringgit nie kan.. hihihi kalau korang pon berminat nak try produk mary kay nie secara percuma, haa jom wassap gue laju2 jom.. ^_^

#mizzerma
#marykaybeautyconsultant
#0162706499

Friday, March 13, 2015

Sweet 19months sygku.. ;)

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Hari nie dah 13hb, selamat ulang bulan yang ke-19 sayangku mikail.. ya ampun, pejam celik pejam celik, lagi 5 bulan je hero cilik ibu nie nak genap 2 tahun.. cepatnye la hai waktu nih berlalu.. tahun depan boleh la ibu plan adik untuk mikail slow2..mikail nak adik x? hihihi ;P

sori sayang, ibu terbuli pulak..sape suruh kerap sangat berak hari tu! hahaha

Berkenaan dengan penyusuan si mikail nie pulak, gue agak terkilan jugak la sebab xboleh nak bagi dia susu ibu sepenuhnya sebab gue dah campur susu formula sejak umurnya 15 bulan.. terkilan jugak la sebabnya kalau gue rajin skit, insyaallah gue mampu bagi dia susu ibu sepenuhnya.. maafkan ibu sygku.. ;(

muhammad adam mikail, penyejuk mata dan penenang hati ibu dan ayah.. ;)