Monday, November 14, 2016

Bersukan di Taman Botani Perdana, KL

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Entry kali nie gue saje je nak throwback aktiviti kitorang adik beradik p picnic / beriadah / bersukan di taman botani perdana, kl selama 2 minggu berturut2. haa, nampak x semangat kesukanan kitorang kat situ? hihi 2 minggu berturut2 gue terpaksa menahan sakit2 badan gara2 syok sangat berbadminton. maklum la, bertahun x berbadminton kononnya. boleh macam tu? =P

Memandangkan gue sekarang menetap di mantin, kemain lagi gigih setiap minggu kitorang g check in umah abang gue di cheras nun semata2 nak join aktiviti sihat nie. haa, nampak x? hihihi pagi2 pulak kemaen lagi beria bawak bekal sandwich telur dan air teh o strawberry untuk sesi picnic di taman. yela, mana sempat nak sarapan siap2, kang parking kat taman penuh, jenuh ler jawabnya..

perkenalkan, kakak2 / abang / adik / anak buah kawasan gue..hihihi

happy nya adam maliki main gelongsor dengan ayah.. =)

adam maliki nak buat apa dengan gigi-gigi dinosour tu?

fantasy planet ini abg mika yang punya..

jaguh cilik badminton kesayangan ibu..

perlawanan antara husband n wife, sape kalah kena masak dinner tau!

perlawanan antara kakak dan adik kawasan, sape kalah kena belanja lunch okeh!

Habis je bersukan, kitorang balik rumah dulu untuk berehat dan bersiap nak keluar lepak kat mall pulak sambil makan2 tengahari dan cuci2 mata. 2 minggu lepas kitorang ke sunway putra mall, p pekena korean food kat myeongdong street. gue teringin sangat nak try topokki dan odeng. memang terbaiklah bak hang! ini semua pengaruh tengok cite 'reply to 1988'. saranghae choi taek! hihihi

Minggu nie dan minggu depan kitorang x sempat nak g taman sebab minggu nie c eraziwan keje, minggu depan gue pulak kena keje. insyaallah, 2 minggu depan dan seterusnya kita teruskan lagi aktiviti sihat kita nie ek. bukan selalu boleh hang-out sambil exercise macam nie. anak2 pon bosan jugak asyik terperap aje kat umah hujung2 minggu. betul x anak2 ibu? hihihi

Thursday, November 10, 2016

Ceritera Mikail, Maliki dan Taska

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke-2 rupanya si mikail n maliki nie jadi budak taska. seperti parents yang lain, kitorang laki bini nie pon sebenarnya takut jugak nak daftarkan diorang ke taska atas sebab2 penderaan yang sering diviralkan di facebook tu. tapi tu la, sesungguhnya kami hanya mampu merancang, tuhan yang berkuasa menentukan segalanya..

Al-kisahnya bermula apabila k.siti, pengasuh dua beradik tu tetiba je bagitau dia x dapat dah nak jaga budak2 nie sampai la hujung tahun sebab ada urusan kerja yang x dapat nak dielakkan katanya. kitorang laki bini nie agak terkezut jugak la sebab c maliki tu memang dah serasi sangat dengan k.siti. mau x serasi, dia dah bersama dengan k.siti hampir setengah tahun kot..

Memandangkan k.siti bagi short notice sangat, k.siti ada la minta kawan dia tolong jagakan budak2 nie bagi pihak dia. minggu pertama semua ok walaupun c maliki tu asyik meragam je sebab masih x biasa dengan pengasuh baru. si mikail pulak ok je sebab dah besar kan, dah boleh berdikari. masuk minggu kedua, mula la kantoi rupanya setiap pagi dan tghari, k.noni angkut sekali budak2 nie pegi anta n pick up anak2 dia kat tadika n sekolah rendah.

Sejak hari kantoi tu, gue mula rasa x syok, mula pk macam2. boleh ke c maliki tu travel setiap hari? bukan sekali tapi berkali2 ok! x terjejas ke waktu tido diorang? xmeragam ke diorang dalam kereta? kenapa k.noni x berterus terang sejak dari awal? gue pon mula la survey pengasuh yang lain untuk budak2 nie. survey punya survey, ya ampun, susahnya nak jumpa pengasuh yang duduk rumah macam k.siti sebab anak2 k.siti g sekolah dengan van.

Last2 gue pon decided untuk hantar budak2 nie ke taska. si adik ke taska ummu rania, mantin. si abang ke taska anak pintar usim, nilai. mungkin taska tempat yang terbaik untuk mereka. c eraziwan pulak 50/50, lebih percayakan pengasuh daripada taska katanya. tapi gue terpaksa pilih taska sebab x sanggup nak imagine c maliki yang baru berusia 9 bulan diangkut travel ke sana dan ke sini. sesungguhnya, seseorang ibu itu hanya mahukan yang terbaik buat anak2nya..

amboi abg mika, konon2 excited la tu nak g school.. (",)

gambar yang ibu cilok daripada fb taska c mikail..hihi

adam maliki pon happy ek boleh g school.. =P

p/s : kepada mereka2 yang tengah survey yuran taska untuk anak2, boleh rujuk bawah ye..

Taska Ummu Rania, Mantin (2 bulan - 2 tahun)
yuran pendaftaran - rm100
yuran tahunan - rm150
yuran bulanan - rm380
buku log - rm15

Taska Anak Pintar Usim, Nilai (3 - 4 tahun )
yuran pendaftaran - rm100
yuran bulanan - rm280