Wednesday, December 28, 2011

Awak Suka Saya Tak? - Bab 5

AKU mencapai handbag. aku keluarkan sekeping gambar passport masa zaman belajar dulu. gambar keramat yang ku bawa ke hulu ke hilir. gambar pemberi semangat dan kejayaan. gambar yang banyak mengajarku erti kehidupan. gambar yang mengingatkanku kepada danish. aku merenung lama ke wajah yang tertera di gambar itu. seorang gadis yang bulat dan tembam. pasti hilman tengok ini tempoh hari. tu yang aku malu tu.

memang aku bulat sungguh masa itu. makan tidur, makan tidur, menunggu result spm, aku telah berjaya membina lemak. dari 45kg kepada 65kg sekejap aje. dengan ketinggian 5 kaki 4 inci, okey lagi masa ni. dapat peluang masuk UM, aku dah 75 kg. berkereta ke hulu ke hilir dalam kampus. tugas hanya belajar dan makan. rumah pulak dekat. boring dengan makanan asrama, call aje mak. makanan idaman pun sampai. siapa-siapa pun boleh hantar. ayah, mak, abang atau pak cik mad.

masuk tahun satu, naik lagi 85kg. tahun dua 95kg.bagus sungguh! tapi jangan ingat gemuk-gemuk aku tak ada yang minat. dari awal-awal masuk UM lagi, dah ramai yang cuba mengurat aku. bila aku semakin gemuk, dah tak ada orang pandang aku lagi. tapi aku tak kisah. hatiku telah diusik oleh danish. tahun dua, kami bertambah rapat. sama batch, sama kelas dan sama asrama. sejak aku berkawan dengan danish, hidupku meriah dan bahagia. sebenarnya tumpang bahagia. walaupun aku meminati danish, aku sedar diri aku tidak akan menjadi pilihannya. kami tak sepadan. dia tinggi dan kurus, seorang atlet tetapi aku rendang dan bulat. dia ramai peminat. hensem, bergaya dan aktif dalam kebanyakan sukan dan persatuan. mewakili UM dalam sukan ragbi dan bola sepak.

danish ialah boyfriend kepada room-mate aku juga merangkap best friend aku, shasha..fakulti yang sama. orangnya cantik dan tinggi seperti model. aktif dalam sukan dan kebudayaan. kami rapat ketika mula menjejakkan kaki ke tahun satu. mereka declare couple ketika tahun dua. ramai siswi yang hampa termasuk aku. demi sahabat, aku tabahkan hati. tahu yang aku tidak akan memiliki cinta danish. aku hanya syok sendiri dan menaruh hati diam-diam kepada danish.

kami bertiga rapat. kemana-mana sering bersama. akulah yang tukang drivenya. ya la, kereta aku kan? lagipun mereka anak orang biasa. tak mampu. danish, motor pun tak ada. nak haraplan duit pinjaman selalu tak cukup. tu pun banyak mereka minta aku bantu. sering mereka mengadu hal kekurangan wang.

danish sangat baik dengan aku. aku dipanggil dengan nama yang manis-manis, intanku yang cute, intanku yang manja, intanku sayang, baby dan sebagainya. aku tak berkawan dah dengan orang lain kecuali dengan mereka berdua. ramai juga yang hairan. macam tak ada orang lain yang nak dibuat kawan. dah aku seronok dengan mereka. peluang menatap wajah danish sentiasa ada.

ada peluang aje aku keluar bersiar-siar dengan danish. walaupun aku yang bawa kereta, danish disebelah, syasya dibelakang atau kedua-dua mereka di belakang, aku tak kisah. asalkan dapat bersama danish. bodoh, kan? menumpang kasih dengan boyfriend orang. tapi memang aku bodoh masa tu. aku betul-betul ikhlas berkawan dengan mereka. sebenarnya seronok berkawan dengan orang cantik, hensem dan popular. kita pun dapat tempias.

walaupun agak sibuk dengan permintaan mereka ke sana ke sini untuk berhibur dan bersantai, aku tetap jaga pelajaran aku. setiap tahun aku dalam dean's list. targetku, final year first class mesti dalam tangan. sebaik sahaja mendapat ijazah, aku nak buat master dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. seterusnya phd mesti dalam tangan sebelum usiaku 30 tahun. azam kuat yang disokong oleh mak, ayah dan abang.

sejak kebelakangan ini, danish dan syasya selalu ponteng kuliah dan tutorial. semakin teruk prestasi dan pelajaran mereka. keluar bermesyuarat pukul 8 malam sehingga ke 3, 4 pagi. kononnya, tetapi mereka merayap ke tempat lain. segala kertas kerja atau assignment, mereka asyik terlupa nak siapkan.

demi untuk mengelakkan markah mereka dipotong, aku la yang mereka tuju. mereka copy aje jawapan yang dah aku siapkan atau danish ambil aje assignment aku, dan aku buat yang lain. aku beri saja dengan rasa bahagia sebab dapat menolong hero universiti merangkap buah hati dalam diam.

katanya, kerana namanya, universiti terkenal. maka sebagai hero universiti, harus ada yang membantunya untuk cemerlang dalam akademik demi untuk membalas jasa baiknya mengharumkan nama universiti. biasanya, dia akan menggemgam tanganku dan merenung tepat ke mataku sambil berkata, "intanku sayang..intan lah gadis yang paling cute disini. i tahu you sangat baik hati. you cantik luar dan dalam. you sungguh jujur dengan i. you seorang saja la yang memahami i. syasya pon tak setanding you."

ada lagi.

"baby, i love you so much. you are so adorable, charming, sweet..i geram kat pipi you. chubby sungguh!"

wah!

lagi.

"you la the best girl i have ever known. the sweetest, the cutest, the coolest. you sporting. baik hati like an angel. bertuah la siapa yang jadi boyfriend you. kalau syasya tak ada, i memang dah pilih you."

aku tahu macam palsu aje pujian dia tetapi aku suka! rasa seperti nak terbang bila dia merenung dan berkata-kata dengan begitu indah kepadaku. aku sanggup buat apa saja asalkan dapat renungan dan pujiannya.

dan lagi.

"intanku manja, i nak pinjam duit you sikit boleh? mak i kat kampung masuk hospital. jantung berlubang. i nak balik kampung nak melawat dia. boleh ke intanku sayang?"

boleh aje. RM500 melayang.

dan lagi dan lagi..

"intanku darling, i nak minta top up handphone, boleh ke sayang?"

"intanku manis, i nak minta tolong pinjam sikit duit you, i nak bayar muka untuk beli motor. nanti i bayar ansur-ansur. ada motor senang. tak perlu lagi you nak hantar i ke hulu ke hilir."

yang ni aku berat. tak ada can lagi nak tatap wajah pujaan hati.

"boleh la intan. tolong ya..nanti you la orang pertama danish bawa round." pujuk syasya pulak.

memang aku orang pertama yang membonceng motor itu, tapi depan asrama aje. tak sampai 5 minit pun danish bawa round. selepas itu, aku hanya melihat mereka berdua ke hulu ke hilir dengan motosikal tersebut. riang ria, bebas dan gembira.

ABANG ajak bercuti ke australia. dia nak tunjukkan universiti tempat dia belajar dulu dan jalan-jalan. aku okey aje. kami selalu bercuti berdua-duaan. biasanya ada pekerja ayah yang akan menyambut dan menguruskan segala keperluan kami ke mana saja. selalunya abang akan survey peluang-peluang perniagaan baru. latihan untuk abang yang akan mengambil alih tempat ayah nanti sebagai pembekal bahan mentah yang halal.

percutian yang dirancang aku maklumkan kepada syasya dan danish. tak sangka pulak mereka nak ikut. seperti biasa, aku yang sponsor. diam-diam aku keluarkan duit ASB untuk menguruskan segala keperluan dokumen mereka. hal ini diketahui oleh abang. abang menyarankan aku mengajak mereka bercuti di rumah rehat kami di cameron highlands pada hujung minggu. katanya nak berkenalan dengan best friends aku ni. sukanya aku. mereka lagi la suka!

pada hari yang dijanjikan, abang datang menjemput kami di asrama. syasya melopong bila melihat abang. selama ni dia tak sangka aku ada abang. aku pun tak pernah cerita. duk asyik masyuk dengan danish. abang macam dah tak ada dalam fikiran, lagi la bila abang sambung buat master di australia. lepas tu, abang sibuk bekerja dengan ayah.

syasya begitu asyik merenung abang. wah! ini peluang baik! fikiran jahat mula timbul. aku mempelawa syasya duduk didepan dengan abang. di belakang, tentu la aku dengan danish. sukanya! yang tak suka, danish la. nampak dia cemburu. memang aku nak danish cemburu pun. biar dia tahu siapa yang mencintainya dengan ikhlas.

sepanjang perjalanan, gembiranya aku. setiap kali abang membelok, setiap kali itu kami bersentuhan. kadang-kadang aku sengaja melebih-lebih pulak..hehehe. syasya kat depan pun sama. seronok aje dia dengan abang. menjerit la. gayat la. pening la. gedik habis. abang layan aje.

kami disamut oleh pakcik muthu dan isterinya, makcik kana yang bertanggungjawab menjaga rumah rehat kesayangan ayah.

selesai dinner, aku ke balkoni, menghirup udara segar dan harum mewangi hasil daripada mawar berpuluh jenis yang ditanam oleh pakcik muthu.

banglo 2 tingkat english style beserta taman bunga dengan tema yang sama. khayal aku sekejap. kalau aku kahwin dengan danish, aku nak duduk di sini aje dengan dia. sama-sama menghirup teh sambil menghadap matahari naik dan menyaksikan bunga-bunga indah. peluang untuk bersama danish makin cerah rasanya sebab dari awal kami sampai sehingga sekarang syasya asyik berkepit aje dengan abang. rasakan! baru tahu abang aku lagi hensem daripada danish! abang bijak, kaya, baik, handsome, gentleman, hebat dan berkarisma. danish setakat hensem dan hebat dalam sport aje tetapi abang aku lebih lagi. kalau bukan kerana dia abang aku, harus aku kahwin dengan dia.

khayalan terhenti sekejap bila terdengar suara seperti orang bergaduh. aku meninjau. seperti ada orang bercakap di taman bunga. aku turun ke bawah, mendekati perlahan-lahan.

"i nak balik esok pagi!"

"you nak balik, you balik! i tak nak!"

syasya dan danish rupa-rupanya. danish nak balik? no way!

"you harus ikut i balik. i don't care! sakit mata i tengok you menggatal dengan jantan tu!"

"hey, come-on la, i bukan siapa-siapa dengan you yang you nak paksa i ikut you. i suka sini and i'll stay here!"

"you ni memang teruk syasya. perempuan tak tahu malu! jumpa aje abang si buntal tu bukan main lagi you ya. you nak ambil kesempatan ke atas abang dia ya?"

buntal? akukah? rasa pedih mula menjalar..

"you pun apa kurangnya? you gunakan buntal tu untuk kepentingan you. you minta duit dia, you suruh dia siapkan kerja-kerja you., you pun menggatal dengan dia jugak, kan?"

"i did it for us. you ingat i suka sangat dengan dia? tolong la..i nak muntah tengok muka dia. from the girls yang tergila-gilakan i, i chose her sebab banyak peluang, lubuk emas. she's a kind of person who willingly do anything because of me, because of love. you pun banyak dapat faedahnya, kan? and low down your voice. you nak orang dengar ke?"

he called me buntal? hinanya aku. aku tak berharap sangat cintaku dibalas. kalau dia sukakan aku, aku sangat bersyukur. aku membantu mereka dengan ikhlas. aku berpusing dan terlanggar seseorang. abang! dia mengisyaratkan jari ke bibirnya dan memelukku. aku menahan tangisan dalam pelukan abang. sampainya hati mereka!

"you know i hate her. you should have known better. you saja girl yang i suka. we are leaving tomorrow morning."

"no, i won't. i nak putuskan hubungan kita. you boleh terus rapat dengan buntal. macam yang you kata, she is lubuk emas. lagipun i rasa abang buntal suka kat i. kalau adik dia begitu bodoh dan boleh dipergunakan oleh kita, abangnya pun mungkin sama jugak. let's try our luck."

okay, i've heard enough! aku melepaskan diri dari pelukan abang dan meluru ke aras syasya dan danish!

aku lempang syasya dan aku terajang danish sekuat hati. serangan tiba-tiba aku kena tepat ke sasaran kerana mereka tak sedar. aku angkat pasu bunga dan hampir aku hempuk mereka, nasib baik abang sempat tahan. kalau tak, dah kojol dah 'dua ekor syaitan' itu!

aku menjerit sekuat hati dan menggelepar nak lepaskan diri dari halangan abang. syasya dan danish ketakutan. pertama kali mereka melihat aku mengamuk. hampir terbunuh mereka dikerjakan aku.

"hei perempuan gila!" danish menjerit ke arah aku.

pang! abang aku tampar dia.

"hei, jangan main bangsat la!" tempik dia lagi.

satu tumbukan singgah tepat ke hidungnya dan dia terdorong ke belakang lalu terus menghempap syasya. dia menjerit kesakitan. darah mengalir deras membasahi mukanya. tangannya menekup muka dan syasya yang ketakutan memeluknya.

"get lost! jangan bagi aku nampak kamu berdua lagi. jangan dekat adik aku lagi. kalau tak, mandul kau aku kerjakan!"

danish dengan spontan menekup celah kelangkang seluarnya! kemudian lari lintang pukang bersama syasya.

pakcik muthu menjerit memanggil mereka. beg pakaian dibaling. kelam kabut mereka mengutip dan blah!

aku terduduk. abang menghampiri..duduk disebelahku seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

"you plan all of these things?"

"ya."

"but why?"

"you know why. kalau abang tak buat semua ni, habis duit intan dikikisnya. intan tak patut keluarkan duit ASB. itu kan untuk masa depan intan. they are not your friends. they are only after your money. and my buntal deserves the best man because of her golden heart."

buntal? abang pun panggil aku buntal? aku akan buktikan buntal ini akan jadi ikan emas satu hari nanti!

KEBENARAN itu pahit. naif, lurus bendul dan merasakan wang dapat membeli segala-galanya amat menginsafkan aku. sekali difikir, lebih baik aku tidak mengetahui topeng danish dan syasya. dua kali fikir, itulah yang terbaik walaupun aku harus menahan bisa dihati. hinanya diriku kerana gemuk. rupa-rupanya aku ni tiada nilai di mata mereka. nothing! kami rahsiakan dari mak dan ayah kejadian tersebut. aku malu.

aku mula membuat perubahan.

langkah pertama, aku keluar dari asrama. berulang dari rumah dengan dihantar oleh pakcik mad, driver mak.

kedua, aku potong rambut pendek. pendek sangat dengan niat untuk membuang segala kenangan pahit bersama mereka.

ketiga, aku tidak berkawan dengan sesiapa baik lelaki mahupun perempuan. dengan mamat dan minah tu lagi la! bila terserempak di bilik kuliah, masing-masing menundukkan muka. aku tak percayakan sesiapa lebih-lebih lagi lelaki. apa yang aku rasa, mereka tidak jujur dan hanya mahukan wang aku.

keempat, aku teruskan azam untuk mencapai impianku.

kelima, dengan inisiatifku sendiri, apa-apa berita kemalangan, kebakaran atau kehilangan, aku cuba jadi orang pertama yang sampai. menghulurkan bantuan kewangan setakat yang aku mampu. bila mangsa tersebut bertanya siapakah aku, aku enggan menjawabnya. tiada siapa yang tahu kecuali abang.

keenam, ini yang paling aku suka. aku mulakan program diet yang ketat dibawah seliaan dietician. aku join fitness club. masuk semua rutin yang dianjurkan. aku masuk grooming class. ubah penampilanku kepada yang terkini. semuanya berubah dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. sehingga abang pun tak kenal aku lagi. dia pun hampir-hampir termengurat aku..hahaha!

tomoi club dan angkat berat ditentang keras oleh abang. dia setuju aku kuruskan badan tetapi dia tak mahu aku membina badan dan berotot di sana sini. dia tak mahu aku menjadi kasar dan keras. dia tak mahu adik lelaki, dia mahu adik perempuan..amukan di cameron highlands sangat berbekas dihatinya. belum pandai tomoi lagi dah sakan belasah orang. dia tak mahu dibelasah oleh adiknya sendiri..hahaha!

Tuesday, December 27, 2011

Riang Ria Di Taman KLCC..=)

Ehehe..sabtu lepas kitorang p dating lagi..(sabtu lepas ke sabtu lepas-lepas?) err..mana2 pon boleh! hahaha dating kali nih, kitorang ber-empat tahu! bukan ber-dua macam selalu..T-T (macam x happy aje) eh, xdelah..gue happy bangat..thanks yer c eraziwan coz ini merupakan kali yang ke-dua kamu sudi menemani gue p dating sama teman2 gue..kali pertama taem gue nak p jumpa zaty kat bukit cerakah, kali ke-dua pulak, taem..eh? taem ape lagi, yang ini lah! hik3, =)

sebagai langkah berjaga2, c eraziwan nih awal2 lagi p beli paper..katanya, nanti kalo gue asyik sangat berbual ngan teman2 gue, at least die nanti xde la kebosanan sangat kan..leh jugak tau perkembangan semasa selaen dengar kitorang bergosip2..(err..okeh, tang gosip2 tuh gue yang memandai2 tambah!) hehehe

haa..ini ler die teman gue n kembarnya itu..
uhh, gue betul2 tak sangka..gue ingatkan, diorang nih kembar muka seiras aje..
tak sangka, suara diorang pon hampir2 sama okeh!
terkelu sat gue taem gue dengar suara kembar c ain nie..oh ya, kembar die nama rini..hehe

wah, sudah terang lagi bersuluh, kami kini boleh dikatakan mempunyai ketinggian yang hampir sama okeh! hehehe mungkin kalo inci selipar gue tuh ditambahkan lagi, gue akan jadi lebih tinggi dari c eraziwan ini..kita wait n c aje nanti okeh! hehehe (banyak la hang punya wait n c) =.='

uhh, pic nih yang gue paling suka sekali..mana tak sukanya kan, dalam pic nih ade gambor kitorang ber-empat dengan ber-background-kan KLCC yang tersergam indah itu..
creative bukan? hehehe

pic yang nih pon gue suka jugak..hee =)
mau xsuka? eraziwan tu! hahaha =P

last but not least..
kami again! n kali nih kami ber-background-kan swimming pool okeh!
uhh, serius..tingin nak p join jugak budak2 tuh mandi manda kat sana..
(boleh macam tu?) hm..>___<

Monday, December 26, 2011

Awak Suka Saya Tak? - Bab 4

"Assalamualaikum..tuan puteri..helo..jemput bangun. bangun la.."

samar-samar aku melihat abang sedang memegang tombol pintu, menjengukkan kepalanya. aku melompat dari katil. "pukul berapa sekarang?!"

"dah 'gajah' dah. cepat siap, nanti lambat pulak." abang menutup pintu.

apesal jam handphone tak berbunyi? laa..kong rupanya. caj jap dan zasss..mandi.

"janji pukul berapa jumpa wedding planner tu?" tanya ayah.

"10, ayah." abang jawab.

"awal lagi..baru pukul 8, kalau tak, boleh.."

"boleh apa? boleh tidur lagi? apa la anak dara ni. kalau tak dikejutkan, tak bangun. macam mana esok-esok kalau dah kahwin?" potong mak.

"intan tak nak kahwin. nak duduk dengan mak dan ayah sampai bila-bila."

"kalau tak nak kahwin sebab orang tak nak, tak apa. ni, maknya fikri tu dah berapa kali tanya jadi ke? kalau jadi, mereka nak masuk."

"biar la dulu mak. nanti ready, intan beritahu ya."

niat nak tamatkan perbualan yang paling aku tak suka tu.

"bila nak readynya? umur tu semakin lanjut. jangan memilih sangat. nanti kera tampar mata." mak dah keluarkan 'fatwanya'.

kami tergelak.

"apa kera tampar mata tu?" tanya abang, geli hati.

"kalau terlalu memilih, itu tak nak ini tak nak, bila jumpa orang yang sesuai, orang yang betul, jodoh yang Allah dah tetapkan untuk kita, mata dah tak boleh nak tengok siapa yang ikhlas dengan kita. hati dah tak boleh rasa, tak ada rasa cinta..hati mati." serius aje mak bersuara.

"asyik sebut pasal kahwin aje, macam tak suka intan kat rumah ni. macam nak suruh intan keluar dari rumah ni cepat-cepat. macam nak halau aje." aku memuncung.

"apa pulak nak halaunya? ayah buat rumah ni besar-besar untuk intan dengan abang la. nak duduk sini sampai beranak cucu pun tak apa. tapi kahwin tetap kena kahwin. kalau tak suka fikri, syafiq pun okey juga. tak pun farish, anak partner ayah. mereka tu semua baik-baik, educated lagi." celah ayah.

isy..nak pasang-pasangkan pulak. macam zaman 50-an aje!

"baju intan bila siap?"

thank you abang! always my hero! sentiasa bersedia menyelamatkan adiknya.

"tokeh butik tu kata dalam minggu depan."

"eh..minggu depan tak lewat sangat ke?" mak bising.

"sempat kot mak..dalam 3 minggu lagi ni. banyak dia nak jahit tu. baju intan hari akad nikah lagi, persandingan  belah perempuan lagi, belah kita lagi, flower girls dalam 5 orang.."

'dan juga baju majlis bertandang, baju majlis resepsi untuk kaum keluarga, baju majlis resepsi untuk kawan-kawan abang dan baju stand-by untuk apa-apa majlis lagi,' bisik aku dalam hati..tak mahu cerita kat mak. abang yang kahwin aku yang beria lebih..hehehe.

"nanti baju-baju tu simpan elok-elok. boleh pakai majlis intan pulak."

isy..mak ni. tak habis-habis lagi.

"mak, ayah, kami pergi dulu..nanti jam, lewat pulak."

thank you again abang!

"lain kali, mak ayah cakap apa, diam aje. tak usah nak menjawab."

mataku basah.

"dah la, benda lepas tu lepas la. dia pun entah jadi orang ke tidak."

"jangan sebut nama dia." aku hot.

"tak sebut pun, sebut dia aje."

"tapi dia tu bermakna dia la kan.."

"okey la..sorry la..lepas jumpa wedding planner tu, kita terus ke mid valley."

"dapat tiketnya? show pukul berapa?" aku seronok.

"ya. 2 petang."

"kenapa tak malam? tak best la siang."

"tu pun nasib baik dapat tiket!"

"intan tunggu sini kejap. nak beli popcorn. nak apa lagi?"

"air mineral. tak mahu yang sejuk."

sementara itu, mataku melilau melihat poster. ramainya manusia. avatar punya penangan!

"jess..jess..come here boy."

kelakarnya anak kecil itu. beria cuba nak melepaskan diri dari ayahnya. ayahnya berjaya menangkap dan memeluknya. diangkat, didukung dan dicium bertalu-talu pipi mungil itu. suka la tu. sangat happy nampaknya. mengekek gelak. aku tumpang tersengih sama. kemudian mereka menoleh kepadaku.

hilman lagi? wah! dah 3 hari berturut-turut kami berjumpa. berjodoh sungguh kami. kami berbalas senyum. senyumnya lebar bila melihat aku. dia mula melangkah kearahku bila anaknya memanggil seseorang, "mummy!"

datang seorang wanita cina, hamil dan mencium anak di dukungan hilman.

aku ternganga sekejap melihat adegan itu. sexy nya isteri dia. sleveless dan berseluar. dada terbuka luas menampakkan rantai emas dengan loket salib. aku keliru! salam aku pun tak nak! and here he is! oh, sungguh tak disangka. fikirku dia memeluk agama islam kerana nak berkahwin dengan wanita melayu, rupa-rupanya beristerikan wanita berlainan agama. hilang segala rasa hormatku kepadanya.

mereka beriringan ke tempatku berdiri.

"what a surprise..tengok wayang?"

"tak, tengok bola." sinis aku menjawab soalannya.

dia macam blur.

"kenalkan grace, ini intan."

"hi grace."

aku berjabat dengan dingin.

"hi, you yang call last nite?"

"ya..sorry. kacau malam-malam."

"hi hilman, you buat apa kat sini? tengok wayang juga?" abang datang mencelah.

"hi nazim. tak la, nak tengok bola."

aku membulatkan mata kepadanya. copycat!

"daddy..daddy..i want popcorn." anaknya merengek melihat popcorn ditangan abang.

aku mengambil salah satu popcorn yang abang beli, hulur kat grace. "give it to him".

"no, no..it's okay. we'll buy it or him."

"please take it. kasihan dia. ia sebagai ganti belanja minum."

hilman merenungku, macam tak puas hati aje. peduli apa aku, aku benci orang hipokrit!

"okay if you insist. thank you." grace memberi popcorn kepada jess.

"okay then, we've got to go. see ya." abang menarik tanganku.

"apehal ni?" bisiknya.

"nanti la, kat rumah cerita. don't spoil my mood."

kami masuk ke dalam pawagam dan mencari seat. barisan 3 dari belakang. seat berdua. aku duduk di tepi dinding. baru wayang nak start, handphone abang berbunyi. sahih tunang dia call. abang kelam-kabut keluar menjawab seruan tunangnya itu sebelum di'syyy'.

datang la pulak 'apek' ni duduk di sebelah aku.

"popcorn anda ditolak and you still owe me a drink," bisiknya sambil meletakkan popcorn diatas ribaku dan dia blah! wah! melampau betul 'apek' ni! bini depan mata pun nak menggatal dengan perempuan lain.

aku melihat kearah mana dia menghala. Cantik! bawa anak tengok cerita avatar! sungguh tak sesuai! mereka duduk di seat belakang sekali dari tepi. patut la dia nampak aku. sama cerita, sama panggung dan tempat duduk pun dekat-dekat. aku memandangnya lama dengan niat 'murni' nak bagi jelingan berapi. tapi dia langsung tak pandang aku. khusyuk la konon duk mengadap skrin kat depan tu. aku mengunyah popcorn dengan penuh geram. seakan-akan, hilman yang aku kunyah hidup-hidup.

biasa kalau habis wayang, kami akan keluar last sekali. tak suka berasak-asak. maka aku tengok la mereka sekeluarga keluar. kalau aku duduk dikerusi abang, harus aku panjangkan kakiku, biar dia jatuh terguling kat bawah. hahaha. on da way mereka nak turun, hilman melalui tempat duduk kami dan bersalam dengan abang. peluang! peluang! peluang untuk aku beri jelingan berapi yang tertunda tadi. aiseyy..dia tak pandang aku langsung.

hm..bagus juga hilman ni. hilman pakaikan grace jaket dia. jess didukung dan tangan grace dipimpin.

dah siap mandi, aku merebahkan badan yang keletihan.

tangan mencapai handphone yang aku caj dari pagi tadi. on aje handphone, mak aih..misscalled dari hilman. banyaknya! dari semalam dan pagi tadi. 8 misscalled. sms lagi.

well, sorry la hilman. i tak minat la nak terus berhubung dengan you. terjumpa you, tertinggal handbag dan janji nak belanja minum adalah satu kejadian yang tak disengajakan. di luar bidang kuasa i. lagi la you ni suami orang.

prinsip hidup aku, HAK ORANG JANGANKAN AKU NAK AMBIL, PANDANG PUN TAK! HAK AKU, HAK AKU JUGA. JANGAN SIAPA NAK RAMPAS, SIAP LA!

adios MUHAMMAD HILMAN YONG ABDULLAH!

Wednesday, December 21, 2011

Awak Suka Saya Tak? - Bab 3

Pagi-pagi lagi aku dah tercegat kat kedai semalam. Hati memang dah syak pasti disini la aku tertinggal handbag aku. Lambatnya kedai ni nak buka. Abang tinggalkan aje aku disitu. Aku tak mahu drive sebab takut ditahan polis. Maklumlah lesen aku ada dalam beg.

"Assalamualaikum Cik Intan."

Aku pusing dan..Hilman semalam. Senyuma aje dia memandangku.

"How did you know my name?"

"From your IC."

aku kegirangan.

"Is my bag here?"

"Yes..I kept it in the safe box. You were in hurry yesterday. I didn't see it, but my staff saw your bag and gave it to me. I ran after you but I couldn't find you..too many people here in KLCC," senyumnya.

"Thank you. Alhamdulillah..syukur Ya Allah. Terima kasih Encik Hilman. Encik Hilman dah breakfast ke belum? Mari saya belanja tanda terima kasih."

"I'll think about it. Come and get your bag, Cik Intan."

Dia menunggu 3 orang pekerjanya membuka kedai itu. Pengawal keselamatan seramai 2 orang mengawasi keadaan sekeliling. Awal juga dia sampai. Bagus bos macam ni. Muda-muda lagi dah jadi bos. Mesti kedai bapak dia punya. Dia kemudian masuk ke dalam sekejap. Dia keluar dan ditangannya ada beg aku.

Yes! Yes! Yes!

"Sila cek Cik Intan..tengok kalau ada apa-apa kehilangan."

"Eh, tak apa la Encik Hilman..I trust you."

"Tak boleh Cik Intan, kena periksa dulu.."

Aku teragak-agak.

"Kenapa, ada apa-apa yang tak kena?"

"Can we go to another place? This area is too open..I am not at ease."

"Then, come into my room. This way please."

Aku mengekorinya. Wow! cantiknya bilik dia. Biasa la kan kerja tempat class.

"Do have a sit. Make yourself comfortable. Any tea or coffee?"

"Thanks but no thanks."

Aku teragak-agak lagi.

"Sila Cik Intan..periksa kalau ada apa-apa yang hilang. Nanti saya dituduh mencuri pulak.."guraunya but I take it seriously, hangat sikit hati.

"Saya rasa tak perlu nak periksa semua ni, Encik Hilman. Rasa seperti saya meragui kejujuran Encik Hilman pulak. Orang yang jujur bukannya dia nak pulangkan, mesti dah diambilnya, kan? Saya tak selesa. Lagi la pulak dalam beg saya ni ada macam-macam benda, macam poket ajaib Doraemon."

"Saya pasti Cik Intan risau. Nampak macam ada banyak barang yang berharga dalam beg tu. Berat pulak tu. Kalau baling kat pick pocket, boleh mati pick pocket tu."

Akhirnya..

Aku mengeluarkan barang dari dalam handbag untuk memuaskan hatinya dengan malu-malu. Segugus segala 'mak nenek' kunci, beberapa keping gambar passport dari zaman dahulukala, novel Sidney Sheldon dan beberapa dot dot dot. Aku cuma mengintai aje dalam purse aku..tengok gitu-gitu aje."

"Ada semuanya?"

Aku mengangguk malas. Tak lalu nak tengok muka dia yang terlebih gula tu. Takut kencing manis.

"Sorry, Cik Intan. It's our policy. Never trust anyone..lebih-lebih lagi dalam soal yang melibatkan bisnes dan wang. Cuma semalam saya ada membuka beg Cik Intan. Saya cari kot ada handphone atau apa-apa yang boleh membantu saya menghubungi Cik Intan. Maaf terpaksa selongkar dan tengok beberapa barang peribadi Cik Intan."

"Tak apa."

Malunya aku!

"Terima kasih kerana tolong simpan beg saya. Panggil saya Intan aje. Saya nak ajak Encik Hilman minum, boleh?

"Kat sini pun boleh minum. Do call me Hilman."

"Saya rasa tak sedap sikit..kita pergi kat tempat open la sikit."

"Tunggu lunch hour saya boleh?"

"Pukul berapa?"

"1 to 2 pm."

"Okey, nanti saya call Encik Hilman kat mana kita nak minum nanti."

"Hilman..Okey?"

"Sorry..Hilman."

Sedap pulak sebut nama dia..0psss!

Aku pun keluar dari kedai dia dan merayau-rayau dulu sementara menunggu lunch time dia. Baik aku pergi ke Petronas Gallery, boleh jamu mata melihat pameran lukisan.

Ralit sangat sampai terlupa nak call Hilman. Alamak! Dah pukul 1.45 petang. Aku cuba call Hilman, off pulak handphonenya. Laju je kakiku melangkah. Ramainya orang. Depan kedainya ada beberapa lelaki yang segak-segak, macam boduguard aje. Bila aku menghampiri, "maaf cik, tak boleh masuk."

Aku meninjau sekejap. Kerabat diraja kot. Nampak Hilman dan yang lain-lain sibuk melayan. Hm..patut la off handphone, ada client besar rupa-rupanya.

Balik ke rumah saja la. Tahan teksi depan KLCC selepas call abang, beritahu dia yang aku nak balik sendiri.

MALAM, hajat hati nak call Hilman. Nak minta maaf pasal terlupa nak call dia waktu lunch hour tadi. Tengok jam, pukul 10 malam. Tak mengganggu kot..

Suara anak kecil yang menjawab, siap jerit lagi. Adoi, pekak la telinga aku!

"Helo, helo.."

Suara perempuan pulak.

"Hello, may i speak to Hilman please?"

"Pardon?"

"Mr. Hilman."

"Who? He man?"

Ala..susahnya perempuan ni.

"Mr. Yong, please."

"Oh..he's in the bathroom. Ini siapa?"

"A friend of him."

Eh, bila pulak aku kawan dia? hehehe

"Okay, okay, i'll ask him to return your call. Bye."

"Thank you, bye."

Aku terkelip-kelip merenung siling. Suara perempuan dan budak. Bunyi macam Cina. Hilman Islam. Bukan bini dia Melayu ke? Agaknya Islam satu keluarga. Wah..respek la.

Tuesday, December 20, 2011

Ceritera 19 Disember..

Hm..entry kali nih mungkin agak sensitif sikit..xsalah kan gue nak berkongsi dengan c sweet + sour gue nih? lagipun, kewujudan c sweet + sour nih memang sebagai tempat untuk gue curahkan suka dan duka gue..tempat untuk gue berkongsi perasaan sedih dan gembira gue..kalo taem gue masih bergelar student dulu, kalo ade apa2 hal, gue akan berkongsi dengan teman2 rapat gue..tapi sekarang, masing2 da ade kehidupan sendiri..so, lu pikirlah sendiri! hahaha (sempat lagi tu!)

4 tahun lepas, tarikh inilah yang sering membuatkan gue tertunggu2 untuk jadi orang pertama yang mengucapkan 'Epy Bufday' kepada dia yang ketika itu merupakan seseorang yang teramat istimewa di hati gue..(xlaen dan xbukan, my ex la kan) tapi sayang, selama 2tahun setengah kitorang bercinta, xpenah sekalipun gue jadi orang pertama yang wish-kan 'Epy Bufday' untuk dia..teruk kan gue? sedangkan dia xpenah langsung miss jadi orang pertama yang wish-kan 'Epy Bufday' untuk gue..

Tapi yang gue heran, bila kitorang dah xde pape, xde pulak orang yang nak berebut dengan gue untuk jadi orang pertama yang wish-kan 'Epy Bufday' untuk dia..nak dijadikan cite lagi, semalam, a.k.a 19 disember 2011, buat yang ke-2 kalinya gue smskan 'Epy Bufday' untuk dia n tak sangka, ia akan menjadi ucapan yang terakhir daripada gue..sangka gue, hanya itu satu2nya cara yang boleh menggembirakan dia selaen sebagai tanda ingatan gue padanya..

Hm, entah bagaimana gue boleh terlupa tentang satu hal yang begitu pasti iaitu, rambut sama hitam tapi hati laen2..tak sangka dia begitu terluka dengan sms gue itu..apa yang gue boleh katakan disini ialah, "thanks sebab doakan kebahagiaan sy bersama pasangan dan sy jugak doakan agar awk akan mendapat pengganti yang jaoh lebih baek daripada sy..bukakan lah pintu hati awak untuk menerima kehadiran insan & cinta yang baru..semoga awak akan berbahagia selalu..=)"

Monday, December 19, 2011

Awak Suka Saya Tak? - Bab 2

8 tahun kemudian..

Aku temankan abang ke KLCC. Nak pilih cincin kahwin untuk bakal isterinya. Sepatutnya abang pergi bersama-sama tunangnya. Tapi mak dengan ayah tak suka. Jangan nak usung anak orang ke hulu ke hilir. Lagipun darah tengah manis. Jiwa tengah panas. Macam-macam hal boleh berlaku. Jalan terbaik, ambil aje ukuran jarinya dan aku yang pilih. Kebetulan pulak, jarinya sama saiz dengan jariku. Cantik! Lagi mudah. Dia suka ke tak suka, terpulang. Inikan hadiah daripada kami. Orang nak kasi hadiah apa, ambil aje la. Terima aje kalau betul-betul ikhlas nak bersaudara. Itu pendapat mak dan ayah. Kami menurut aje.

Kami masuk ke sebuah kedai yang menjual barangan kemas yang ternama, Cherish. Co. (CC). Disambut oleh seorang jurujual yang cantik manis. Dibawanya kami ke meja pameran. Abang serahkan aje kepadaku nak pilih cincin yang macam mana.

Aku suka emas putih. Sebiji batu berlian cukup. Simple but elegant. Sibuk la aku memilih dan mengacukan ke jari manisku. Perasan la sekejap macam aku aje yang nak kahwin.. Tapi tak berapa berkenan la. Ada yang lain tak? Jurujual itu menelefon seseorang, bosnya kot.

Maka keluar la seorang lelaki dari belakang cermin (dinding kedai mewah itu). Dia tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang. Aku salah sangka, juga menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Ingat dia nak salam dengan aku. Dia hanya tersenyum dan meletakkan tangan kanannya ke dada kiri, membongkok sedikit seperti memberi hormat. Termalu aku. Apa la dia ni? Buat malu aku aje.

"Welcome sir, madam..what's your preference? what's your budget?"

"I prefer white gold..with one diamond. Genuine diamond, don't want a fake one," jelasku.

"Don't worry, every single thing here is genuine. what's your budget miss?"

"RM5K..but not more than RM10K."

Maka dikeluarkannya lagi yang tersimpan didalam kotak. Selepas puas memilih dan mengacu, akhirnya aku memilih sebentuk cincin idaman hati, konon yang terletak cantik di jari manisku.

Selepas membayar, abang menghulurkan kad kahwinnya kepada dia. Dia menerimanya dengan senyum.

Aku pun berbasa-basi. "Jemput la ya."

"Insya-Allah..terima kasih kerana menjemput."

Insya-Allah? Aku silap dengar ke?

By the way, this is my card. Kalau nak apa-apa lagi, nak beli cincin, gelang, rantai atau apa saja, please come again. It's my pleasure to serve you guys."

Aku baca kad yang dihulurkannya.

MUHAMMAD HILMAN YONG.

Sorry ya..nak tanya, you ni convert ke?"

"Ya, saya. I'm a chinese muslim."

Islam rupanya, patut la tak salam aku.

"Bila tu?"

"After my 21st birthday." Dia menjawab dengan tenang sambil tersenyum.

Aku mengamati wajahnya. Hm..not bad. Mata tak la sepet sangat. Hidung mancung. Rambut potongan terkini. Lagi tinggi daripada abang. Tegap badannya. Pandai kungfu ni kot. Patut la wife dia berkenan kat dia. Mesti masuk Islam sebab nak kahwin dengan orang Melayu ni. Tak ikhlas! Perempuan Melayu pun satu. Dah habis ke lelaki Melayu kat Malaysia ni sampai nak kahwin dengan bangsa asing?

"Kat mana convert?"

"Di PERKIM," senyumnya lagi.

"Macam mana tahu mengenai PERKIM? Siapa yang bawak?"

"Tak ada siapa-siapa..pergi sendiri.."

"Hm..okay..see you then. Thank you." Abang tiba-tiba menarik tanganku.

"Okay, thank you. Please come again." Dia melemparkan lagi senyuman manisnya, mempamerkan barisan putih gigi Colgatenya.

Abang memegang tanganku kemas-kemas, ditariknya aku seperti anak kecil.

"Kenapa ni bang? Sakit la..perlahan sikit jalan tu.."

"Kalau tak tarik, pasti Intan tanya dia macam-macam lagi. Dah la tenung dia semacam, serba salah kawan tu. Malu la dia.." Abang membebel.

"Saja aje nak tau pasal apa dia masuk Islam. Mesti sebab nak kahwin. Masuk Islam kerana cinta. Bukan kerana Allah. Islam kulit aje. Entah sembahyang entah tidak tu."

Abang berhenti melangkah. Dia memandangku serius.

"Tak baik cakap macam tu. Kita bukan Tuhan, tahu niat hati orang macam mana. Cuba ubah sikap tu. Terlalu ego dan over confident. Sebab tu boyfriend semua tak lekat."

"Come on la. I yang dumped dia orang okay..Not my taste. Tak menepati piawaian..hehehe."

"Tak menepati piawaian? Diri sendiri tu menepati piawaian ke? Terlalu garang dan outspoken sebab tu boyfriend takut..hahaha."

"Baling cincin ni kang..baling kang..baling kat eskalator ni kang..." acahku.

"Intan..jangan la..Okey la, okey la..close the case. Abang minta maaf ya intan payung, emas berlian gunung berapi nak meletopsss..hahaha."

Aku turut gelak. Macam tu la abang aku. Selalu mengalah.

"Dia pun hensem, jangankan perempuan Melayu, mana-mana perempuan pun boleh suka kat dia tu."

"Wei..gay ke ni? Duk puji lelaki hensem..hahaha."

"Jaga sikit mulut tu. Jahat!" Abang pura-pura marah.

SAMPAI ke rumah, mana handbag aku ni?

Alamak! Tertinggal kat mana? Puas aku cari dalam kereta, tanya abang, tanya mak ayah..

Last-last baru teringat, mesti tertinggal di Cherish, Co. Habis la kalau jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya. Aku tak boleh nak tidur. Risaukan beg duitku, kad bankku dan segala benda alah dalam handbag tu. Waa..kenapa la aku careless sangat?!

"Cuba call handphone Intan..kot berbunyi..haa kat situ la handbagnya," cadang mak.

"Handphone ada dengan Intan ni haa. Yang beg tu aje tertinggal."

"Esok aje la cari. Sementara tu telefon bank, repot pasal kehilangan kad. Minta mereka block semua tu," nasihat ayah.

"Nak call bank, buka lagi ke? Dah 11 malam lebih.." tanyaku.

"Cuba call aje," desak abang.

"Okey la..harap-harap tertinggal kat CC. Kalau awal lagi, boleh ke sana semula, tanyakan dia orang.."

"Tu la.." suara abang mula mengusik.

"Tu la apa?"

"Balasan Tuhan."

"Nape pulak?" hatiku panas..macam terasa-rasa nak dipaku oleh abang.

"Apa halnya?" tanya ayah.

"Mulut dia tu..kemain lagi soal siasat one guy tu. Bila masuk Islam, kat mana peluk Islam. Kepoh betul. Kesian that guy tu ayah..tersengih-sengih, malu kot."

"Eleh, tak kan tanya macam tu, Tuhan nak balas? Lagipun mak, ayah..Intan pelik la, dia baru aje convert tapi macam lebih Islam pulak daripada orang Islam. Tak mahu salam dengan perempuan. Rupanya nak kata Cina, tak macam cina..nak kata Melayu, tak macam Melayu, cara bercakap ada bunyi pelat Cina sikit. Tu yang confuse tu. Rasa-rasa macam Cina..sekali dia bagi kad dia, haa..confirm!"

"Betul la tu..apa pulak salahnya? Kadang-kadang orang yang baru peluk agama Islam lebih baik daripada yang lahir sebagai Islam. Jangan jadi macam orang tu, tudung kejap pakai kejap buka.'

Wah! Mak membelanya sambil memangkah kata-kataku. Kenal pun tak!

"Ni pergi pilih cincin ke pergi tilik orang? Kenapa tak ajak balik rumah aje, boleh ayah berkenalan dengan dia. Untung-untung boleh dibuat menantu. Nak tunggu kamu tu cari calon, entah bila..Orang rekomenkan, tak nak," giat ayah.

"Laki orang buat apa? Lagipun he's not my taste. I want tall, dark and handsome. Ada janggut dan misai. Ini muka suci bersih aje dari sebarang bulu. Tak macho langsung! hehehe." Aku tak mahu kalah.

"Hulk Hogan nak? Macho tu, wrestler lagi..hahaha." sakat ayah.

"Kambing pun okey jugak. Tak pun kucing..kah kah kah!" tambah abang.

Aku apa lagi, sekuat hati aku menumbuk abang. Dia mengelak sambil gelak-gelak aje.

Mak ayah tertawa melihat telatah kami.

Hm..malas la nak layan. Nanti buat dosa lagi. Baik aku tidur.

Sunday, December 18, 2011

Bila Nak Kawen?? =0


Che wah tajuk, kemaen lagi ek..hehehe =P gue pon xtau nape, sejak dua menjak nie, ramai pulak yang tanya gue, kapan korang nak kawen? kapan korang nak berumah tangga? kapan korang nak bersatu? (ewah3, lebih2 pulak hang nih! diorang tanya bila nak kawen aje lah! yang hang sampai merapu2 nie ape kes??) err..err..gue cool aje, mane ade merapu yang bukan2..hehehe jawapan gue kepada mereka2 yang bertanya itu pulak, insyaallah..kalo sampai seru, gue akan kawen..=3

Ada apa dengan kawen? (eh2, sudah gaharu cendana pulak hang nih!) hik3, kepada mereka2 yang sudi bertanyakan gue soklan seumpama itu, tq bangat..sekurang-kurangnya gue tahu ade jugak yang xsabar2 nak makan nasi minyak gue nih..hihihi tapi tu lah, gue masih muda lorr..umo pon baru belasan tahun..(belasan tahun kepala hotak hang!) hahaha xde lah..sape xnak kawen kan..gue pon macam tu jugak..kalo seru tu da sampai, sape la gue nak menghalangnya..tol x? =)

Tapi tu lah..ajal maut, jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan..kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan..(amboi, sejuk ati mak nak..) hahaha Insyaallah, kalo da jodoh tu xkan kemana..kitorang pon xnak la kecoh2 lagi pasal nie kan..kang dibuatnye xjadi kang, kitorang jugak yang malu..gue jugak yang malu walau pun ramai yang cakap gue nih muka xtau malu..ish3, sape la yang sampai ati sebar cite yang xbetul macam tu kan..kui3, =P

gambor kenang-kenangan di hari ulangtahun kami yang pertama..=)

Haa tengok, kitorang kapel pon xsampai lagi 2 tahun..masih baru lagi so gue xnak la terburu2 nak kawen kan..bak kata patah2, biar lambat asal selamat..(selamat ape yang hang maksudkan tu?) ape2 jela kan..hahaha tapi tu lah, perkahwinan nih bukannya sekadar terima nikahnya lepas tu da boleh idop bersama kan..kalo da kawen tu, banyak tanggungjawab yang kitorang kena pikul..entah da ready, entahkan belum..T-T

Tambahan pulak, abang + akak2 gue yang dua orang tu belum kawen lagi..so, xmanis la kan..diorang belum pun kawen, gue da terhegeh2 nak kawen..kalo boleh, gue nak majlis diorang jalan dulu b4 gue..itu baru betul, tol x? hehe tapi tu lah, bila pk pk balik, kang diorang lambat lagi nak kawen kang, gue jugak yang masak! hahaha so, gue da inform diorang awal2, kalo diorang xkawen2 lagi taem gue berumo 25 tahun, gue langkahkan aje bendul2 yang ade..(boleh macam tu?) kui3, =P

Friday, December 16, 2011

Awak Suka Saya Tak? - Bab 1

Habis tuisyen malam, aku pandu kereta masuk ke restoran segera bersama dua orang kawan sekelas. Dah janji nak makan dan selepas itu aku hantar mereka pulang ke rumah masing-masing. SPM, SPM jugak tapi kena la enjoy juga sekali sekala. Peluang dapat keluar dan memandu kereta ayah, tanpa lesen tentunya satu kesempatan yang besar bagi aku. Dapat makan kat sini pun rasa macam kaya sangat.

Kami ambil tempat yang paling best.. boleh mengadap TV. Masing-masing duk sedap mengunyah bila tiba-tiba masuk sekumpulan remaja ke dalam restoran segera ini. Bising betul. Dua orang aje dah cukup bising. Apatah lagi seramai 30 orang ini. Riuh macam restoran ini dia punya aje.

Aku yang membelakangkan mereka, menjerit. "Woi..diamlah sikit. Orang nak telan pun tak lalu!"

Terdiam sekejap lepas tu bising semula.

Baru aje aku nak jerit lagi, kawan aku menggelengkan kepala, melarang. Seorang lagi kawan, buat isyarat mata kat aku. Juga melarang. Biarkan aje! Aku geram, saja nak tengok muka-muka yang memekak itu, bingkas bangun ke sinki. Kononnya nak basuh tangan tetapi sebenarnya nak jeling mereka kaw-kaw. Ketika aku bangun dan berjalan ke arah sinki, aku perasan ada seseorang yang juga kelam kabut bangun, mengekori aku ke sinki. Dia menoleh ke arahku dan senyum. Aku terlupa, membalas senyumannya pula. Chet! Kenapa aku balas senyumannya pulak? Bukankah dia salah seorang dari mereka yang memekak tadi?

Rasa sesal sambil berjalan ke arah meja semula. Tetapi terhenti sebab seorang budak perempuan Cina sedang mengambil gambar kawan-kawannya. Kalau aku lalu kang block kamera dia pulak. Punyalah lama nak snap. Tercongok aku depan kumpulan mereka. Yang basuh tangan tadi pun sudah berada di sebelahku. Kelam-kabut dia menyelitkan dirinya dalam kumpulan sebab nak bergambar sama. Senyum aje dia. Bisingnya mereka duk mengira dalam bahasa Cina dan sibuk la duk buat lambang peace. 3 kali snap jugak. Bila dah habis, aku pun menuju ke mejaku. Sepatah terima kasih pun tak ada. Hampeh sungguh!

Tukar tempat duduk kali ni. Aku saja menghadap mereka. Nak tengok mereka berani bising tak bila aku tenung mereka. Tak hairan pun mereka dengan aku. Selamba aje makan sambil bersembang, lagi bising. Yang sama-sama membasuh tangan tadi, aku perasan asyik tengok aku aje. Aku pandang balik dia sambil angkat kening. Berbaju hijau dan berseluar merah besar. Baru balik dari berlatih tarian singa kot. Senyum lagi. Duk basuh tangan tadi, senyum, duk posing tadi, senyum, sekarang sama-sama menghadap makanan di meja masing-masing pun, dia masih senyum kat aku.

Apa kena budak Cina ni? Ada sesuatu di mukaku ke? Ada arang ke? Ada cili terlekat di gigi ke? Rambutku terkeluar ke? Tudungku senget? Tak boleh jadi ni. Aku cukup tak suka ditenung apatah lagi oleh lelaki bukan Melayu pulak tu. Maka aku pun dengan eksyennya mengangkat ayam gorengku tinggi-tinggi dan makan dengan berlagaknya. Nak tengok sangat, haa..tengok la!

Aku nampak dia macam nak tergelak..tapi cepat-cepat ditahannya. Sibuk rakan-rakannya bersembang sampai tak sedar yang aku dan dia sedang berperang mata. Kawan-kawan aku yang dua orang ni lagi la..tunduk aje menghabiskan ayam goreng masing-masing. Malu dan tak nak lama-lama di situ. Nak cepat beredar..tak tahan. Bising sangat.

Dah habis makan, aku sekali lagi ke sinki. Sibuk mengeringkan tangan di hand dryer, tiba-tiba depan mukaku disua sehelai tisu. Aku toleh. Baju hijau itu lagi. Dia tersenyum dan mengisyaratkan agar aku mengambilnya. Aku ambil sambil tertanya-tanya didalam hati, apa hal mamat ni? Dia berlalu pergi sambil membuat isyarat, call me. Cis!

Malam itu selepas pulang, aku tertidur pulas. Lupa call me itu! Esok pagi, baru teringat. Mana tisu semalam? Cari-cari tak jumpa. Hm..lantak la.

P/S : tetiba rasa rajin nak menaip..hehehe ala, apa salahnya..sambil menyelam minum air..sambil abadikan novel yang best nih dalam sweet + sour, gue pon leh mantapkan lagi skill menaip gue..eksyen nih, taep xtengok keyboard pon tau..(nampak sangat menipunye) err..okay, gue tengok skit aje kat keyboard tuh..=P

Wednesday, December 14, 2011

Awak Suka Saya Tak?

Awak tanya saya, saya suka awak tak? of coz la saya suka! itu pon mau tanya ka?? ops..terlebih suda..hehehe b4 nih gue penah gak terbaca entry sal novel nih p gue lupa pulak kat belog sape..maklum ler, selalu sangat p terjah jenjalan kat belog orang..hehehe (sesambil wat muka xbersalah) taem tuh, tuan belog tuh kemaen lagi dk cakap novel nih kemaen lagi best p taem tuh gue still xbape nak interested lagi..(bape kali dk taem tuh daa)

Nak dijadikan cite, ritu gue tersangatlah kebosanan kat ofiz so gue try ah bukak website penulisan2u dengan niat nak jenguk2 aje kan..sekali, boleh pulak gue tersangkut dengan cite 'awak suka saya tak' nih..uhh, memang gue xdapat nak nafikan lagi, cite nih memang best! terbayang2 ke-nsem-an hero dan ke-lawa-an heroin itu..ber-bab2 jugak la gue sempat layan..nasib baek taem tuh ari sabtu, so gue xde la rasa bersalah sangat dk online kan..hehehe (boleh macam tu?)

Ari sabtu lepas pulak, gue ade date..date nih memang gue da plan awal2 n lucky, date ini berjalan dengan lancar sekali..(lancar ke?) kui3, abis aje ofiz hour, kitorang p lepak2 kat leisure mall luh sebab c eraziwan nak p cari jeans baru n gue lak nak p cari novel baru~~ (itu pon mau tanya ka) hehehe xsangka, mahal bangat novel nih..nasib baek gue ade kad popular..xterasa la sangat kan..(macam la pakai duet hang!) err..=.=' hihihi

haa, lepas tu pulak kitorang p lepak2 kat times square..da lama tol nak p tengok cite puss in boots nih..akak gue cakap cite nih biase2 aje..hm, memang biase2 aje pon..T-T

c bulat dan c slim..eh2, macam gue dengan c eraziwan pulak..
0ps! =P

xpresi nih dalam cite puss in boots menjadi..
agak2 kalo gue buat xpresi cam nih dengan c eraziwan menjadi jugak x ek? ngeh, ngeh, ngeh

Tuesday, December 13, 2011

Kapel Date @ Bukit Cerakah! hee =D

Wah, padat tol xtvt gue di wiken yang lepas..nasib baek ler kitorang berdua nih x semput..hik3, tapi xkesah la kan..janji? kita enjoy! hehehe sabtu lepas gue sama c eraziwan p dating kat leisure mall + times square..huh, penat tol..maybe sebab faktor usia kot? jalan lebih skit pon da penat..huk3, ahad lepas pulak kitorang p kapel date dengan teman alam maya gue kat bukit cerakah~~ sampai jugak gue kat bukit cerakah tu, da lama kemaen gue tingin nak p sana..hehehe

Macam xpercaya aje..gue dengan zaty nie da kenal lama..lau xsilap gue, sejak di bangku sekolah lagi..hm, form 5 kot..x pon form 4? entah, ingat2 lupa aje..taem memalam pulak kitorang selalu berbalas2 sms..maklum lah, taem tuh celcom caj 1 sms 1 sen aje..sakan ler kitorang berbalas2 sms kan..kui3, nak dipendekkan cite, setelah bertahun2 kitorang kenal, nih bwu 1st taem kitorang jumpa..jumpa pulak, skali dengan pakwe memasing..bajet da besar la kononnye kan..kui3, >___<

hye zaty..
syok leh lepak2 ngan zaty tau..walaupun pada awalnye rasa macam segan sesangat..
(boleh macam tu?) hehehe =P

sesampai aje kat sini, niat di hati nak naek basikal tapi terpaksa Q panjang la pulak..last2 kitorang naek shuttle bus aje..dan ini ler destinasi terakhir yang bas tu bawak..empangan sungai baru..seswai sangat la untuk mereka2 yang suka melepak + memancing..=)

ramai tol orang datang lepak kat sini, orang yang datang memancing pon ade..jangan xpercaya, makcik2 pon ade yang datang memancing kat sini..kagum sat gue kat situ..kui3,

..jalan cekap..
secekap gue selaku c photographer yang tidak bertauliah ini..hihihi

yeah! akhirnya sampai jugak gue ke sini..ke tempat yang da lama sangat gue tingin nak p..huk3, (sebak) thanks eraziwan sebab sudi bawak gue p jenjalan makan angin kat sini..thanks jugak utk zaty sebab bagi idea nak dating kat sini..hehehe

haa..datang pon..
say cheeeseee..
zaty nak ambik gambor kite tu..hehehe

gue, zaty dan zaty punya boyfren, rasdan..
(motif gue jadi orang ketiga dalam pic nih ialah?)
sob, sob, yer gue memang xde sebarang motif..T-T

sebagai ganti rugi, gue kasi boyfren zaty iaitu rasdan nih jadi orang ketiga jugak dalam pic kitorang..sangat adil dan saksama bukan? (wah, bijak tol hang nih!) h0h0h0, tengok orang ler beb..hehehe =D

last but not least..(amboi, kemaen..) =P
hee..len kali kite p dating kat tempat yang best2 lak ek? =D

Friday, December 9, 2011

8 petua untuk menambahkan berat badan!

Haa, 1st taem nih gue ingin berkongsi tips2 yang gue rasa agak berguna untuk mereka2 yang mempunyai bentuk badan yang kurus slim melim macam gue n teringin mau menaikkan berat badan sebanyak beberapa kg untuk kasi balance kan lagi tinggi dan berat yang dah sememangnye balance itu..hehehe tips nih gue jumpa taem dk meng-google 'tips menambahkan berat badan' beberapa ari yang lepas n gue sekarang tengah mempraktikkannya..hihi gud luck emma chan! =D

pic nih diambil pada tahun 2008 a.k.a 3 tahun yang lepas..yang nih pon taem dinner jugak tapi kitorang posing b4 p dinner..so, xperlu la nak ber-touch-up bagai macam pic kat atas tuh..hahaha =P (jaoh tol hang terpesong dari topik asal) err..=.='
okeh, 8 tips yang gue maksudkan tadi ialah :-

1. Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian.
caranya : gantikan nasi dengan roti. roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti.
gue : kalo dulu, pepagi gue mam nasi aje..p sekarang pepagi gue mam nasi dan roti sekaligus! hehehe =D

2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari.
caranya : pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.
gue : hm..kadang2 gue mam 3x hidangan utama, kadang2 gue mam 2x aje hidangan utama..petang pulak, kadang2 gue mam biskut, kadang2 gue mam angin aje kat ofiz tu..

3. Makan secara kerap. jika tidak mempunyai selera makan, boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari.
caranya : ambil hidangan yang sihat. amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.
gue : mana ada masa nak makan secara kerap..kang budak ofiz cakap gue buang tabiat pulak..pape pon, gue akan cuba la slow2..T___T

4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi.
caranya : minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.
gue : hm, lupa pulak nak beli susu untuk diminum setiap pagi..biase gue minum ae suam aje..tang roti tu da ditanggung beres! =)

5. Melakukan senaman secara teratur.
caranya : lakukan senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan.
gue : uhuk, biase gue suruh eraziwan aje yang buat sume tu..nampaknya selepas nih gue pon terpaksa la buat jugak..>___<

6. Selepas selesai senaman, boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi.
caranya : ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.
gue : ehehe..biase kalo kitorang p joging, kitorang mesti pekena roti canai! x pon nasi lemak..=D

7. Mengambil pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia.
caranya : lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan.
gue : xde idea nak lebihkan ape..T-T

8. Sokongan makanan tambahan.
caranya : contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil.
gue : hm, pil yang gue beli kat appeton dulu pon separuh aje yang terusik, nak vitamin ape lagi..=.='

Huh, kemaen semangat lagi gue taruk tips2 bagai kat dalam sweet + sour nih..pape pon, belum cuba belum tau..tol x? (jangan hangat2 tahi ayam sudah!) hehehe hm, ape yang gue boleh simpulkan melalui gambor2 gue yang dahulu kala dengan yang terbaru ialah, berat gue makin lama makin menurun..uhuk, gue pon xtau nape..maybe sebab gue keje kuat sangat kot..>..<

Wednesday, December 7, 2011

Stok Eyeshadow Untuk 12 Tahun! hahaha

Ehehe..kali nih gue nak bercerita sal ceritera stok eyeshadow gue! hik3, cite nye macam nie..pada beberapa hari yang lepas, (banyak la hang punya hari, dah berminggu2 dah hang tau dak!) gue dengan xcited + riang gumbiranya telah meng-order satu set eyeshadow yang mempunyai 120 jenis kaler di facebook..empunya fb tuh merupakan seseorang yang tak gue kenali siapakah gerangannya..kire ber-risiko jugak la kan..

Tapi tu lah, dah namanye bisnes online..kena la berani menanggung risiko! tol x? kui3, memandangkan harga yang ditawarkan oleh empunya fb itu agak berpatutan n gue pon xperlu nak bersusah payah ke sana dan ke mari untuk mencari stok eyeshadow yang sebegini rupa, so gue tanpa berfikir panjang teruslah men-transfer-kan duet..memula tu, saspen jugak..tadi elok aje dk berbalas msg dengan gue tapi bila da bagi payment, tetiba je die da xreply msg gue..sob,sob,

Tunggu punya tunggu, msg die still xmasuk2 jugak..di saat gue hampir berputus asa n redha aje dengan kehilangan rm55 gue tuh, tetiba aje die reply msg gue n bagitau esok die akan pos terus kasi gue! Yuhuu~~ excited bangat gue..ingatkan tipah tertipu da tadi..gue kemaen ag berangan esok nak p keje pakai baju kaler pink + eyeshadow pink..lusa lak nak p dating pakai baju kaler oren + eyeshadow oren..hehehe =P

seperti yang dijanjikan, tadaa~~
kini stok eyeshadow sebanyak 120 kaler ini telah pun selamat sampai di dalam genggaman tanganku..hik3,

sampai aje kat umah, gue kemaen lagi bukak die punya packing dengan penuh berhati2..konon2 xnak bagi eyeshadow2 kat dalam tuh bergegar2 la kan..kui3,

huh, macam mana la agaknye rupa stok eyeshadow gue kat dalam nie ek..arap2 baek2 aje lah hendaknye yer..tuan punya fb tuh kemaen lagi packing..

tadaa~~
wah, terkesima sat gue tatkala memandang kaler2 yang ade nih..kaler die sume cantik2..rasa macam nak pakai sume kaler nih sekali gus aje tahu! (hek elleh, melampau2 la pulak hang nih!) hik3,

Bila da ade stok eyeshadow yang melimpah ruah lagi berwarna warni ini, gue rasa macam nak buang aje stok2 eyeshadow yang sedia ade tu..boleh macam tu? (amboi, habis manis sepah dibuang nampak!) err..hehehe bukan ape, stok eyeshadow gue tuh da bertahun rasanya..tapi yang gue heran, awat die punya kaler masih power n die punya kuantiti pon kelihatan macam bwu pakai beberapa bulan aje ek? hm..musykil2..

Monday, December 5, 2011

Jom4, kita heboh2..=D

Wiken kami pada kali ini sangat biase2 aje..sob, sob, mau x biase..kebetulan pulak wiken kali nih kesihatan kami berdua tidak mengizinkan kami bebas berjalan2 makan angin macam selalu..wu3, T____T tapi nasib baek semalam kesihatan kami berdua sudah semakin membaek..hehehe sakit gue, sakit biase2 aje..sakit bulanan katakan..kui3, sakit c eraziwan pulak luar biasa sikit sebab die demam! kesian bangat sama buah hati pengarang jantung gue..(lelebih pulak hang nih!) hihi >___<

Tapi tu lah, kita hanya merancang..kalo diiqotkan plan asal gue, sepatutnya, pada hari sabtu yang lepas, usai aje ofiz hour pukul 1, kitorang nak p lepak2 kat mid valley cari komik anak sateria..mana la tau kot2 keluaran terbaru da kua ke kan..lepas tu, petang tu pulak kitorang nak p jenjalan makan angin kat jom heboh di bukit jalil..ari ahad pulak kitorang nak p cuci2 mata kat pesta buku karangkraf di shah alam..

Last2, ari sabtu kitorang dihabiskan dengan duduk berehat2 kat umah aje n ari ahad pulak kitorang sempat singgah sekejap jalan2 ambik angin di jom heboh..plan asal da terbang melayang di tiup angin bayu..huhuhu (banyak la hang punya angin bayu!) err..hehehe tapi xkesah la kan, janji semalam dapat jugak kitorang luangkan masa bersama meskipun hanya beberapa jam aje..itu lebih baek dari xde langsung..tol x? hihi =)

hai, nama saya eraziwan..nama anda?
err..perlu ke? =P

tak sangka, pepagi macam nie pon ramai orang..ingatkan sebelah petang + malam aje yang ramai orang..terpaksa la gue berposing dengan membelakangi belon2 jom heboh ini..T-T

bila da penat berjalan2 makan angin tu, tetiba rasa cam lapar pulak bila tengok orang laen dk mam sarapan pagi a.k.a megi percuma kat sini..kitorang pon ape lagi, p lah join skaki! hahaha

gambor penutup untuk entry kali ini..taem nih gue da sampai umah..sempat lagi lepak2 kat bus stop sebelum ber-hye2 n ber-bye2 dengan c eraziwan! hehehe

Sunday, December 4, 2011

First Trying! hihihi

Ehehe..xde angin xde ribut, tetiba aje gue rasa macam nak tukar header baru..maklum lah, bila da selalu sangat p jenguk2 blog orang laen, mula la timbul rasa jeles + kagum melihat header tuan belog memasing kan..n hasilnya? sehari suntuk jugak gue study untuk buat header macam diorang..(header hang masih xboleh nak lawan dengan header diorang okeh!) sob, sob, gue tau..T-T

Walaupun sekarang header gue kelihatan tersangatlah buruk n xkemas a.k.a comot, gue peduli ape kan? gue buangkan aje la perasaan negatif itu jaoh2..yela, buat ape nak memalu + sesegan pulak..gue kemaen lagi bersusah payah mengedit header ini..so, gue patut berasa bangga dengan diri sendiri! tol x? hehehe (taktik utk menenangkan diri sendiri) hik3, =D

Tapi tu lah, sekali gue tengok header nih..hm, cantik jugak header buatan c emma chan nie ek..cepat betul die belajar..tahniah2..tapi bila da berkali2 gue tengok, ish3..tergamak betul la c emma chan nie p taruk gambor yang macam nih untuk dijadikan header c sweet + sour..xpatut betul..entah ape la perasaan die taem die taruk header nih..(sambil geleng2kan kepala)

sob, sob, sob, kejam betul lah monolog dalaman c tuan belog nih..kemaen lagi die kutuk2 header baru gue nie ek..teruk betul! pape pon, gambor nih merupakan kenangan manis kami sewaktu menyambut anniversary kami yang pertama pada bulan julai yang lepas..hehehe >___<

header lama nih pulak jangan kecik ati yer..kamu pon merupakan kenangan manis kami berdua jugak sebab gambor nih diambil sewaktu menyambut hari raya aidilfitri tahun kedua pada bulan september yang lepas..=) honestly, ekspresi muka c eraziwan taem nih tersangatlah menambat hati gue..pendek kata, gue suke sgt gambor nih! hihihi (0ps, tergedik la pulak!) =P