Wednesday, December 28, 2011

Awak Suka Saya Tak? - Bab 5

AKU mencapai handbag. aku keluarkan sekeping gambar passport masa zaman belajar dulu. gambar keramat yang ku bawa ke hulu ke hilir. gambar pemberi semangat dan kejayaan. gambar yang banyak mengajarku erti kehidupan. gambar yang mengingatkanku kepada danish. aku merenung lama ke wajah yang tertera di gambar itu. seorang gadis yang bulat dan tembam. pasti hilman tengok ini tempoh hari. tu yang aku malu tu.

memang aku bulat sungguh masa itu. makan tidur, makan tidur, menunggu result spm, aku telah berjaya membina lemak. dari 45kg kepada 65kg sekejap aje. dengan ketinggian 5 kaki 4 inci, okey lagi masa ni. dapat peluang masuk UM, aku dah 75 kg. berkereta ke hulu ke hilir dalam kampus. tugas hanya belajar dan makan. rumah pulak dekat. boring dengan makanan asrama, call aje mak. makanan idaman pun sampai. siapa-siapa pun boleh hantar. ayah, mak, abang atau pak cik mad.

masuk tahun satu, naik lagi 85kg. tahun dua 95kg.bagus sungguh! tapi jangan ingat gemuk-gemuk aku tak ada yang minat. dari awal-awal masuk UM lagi, dah ramai yang cuba mengurat aku. bila aku semakin gemuk, dah tak ada orang pandang aku lagi. tapi aku tak kisah. hatiku telah diusik oleh danish. tahun dua, kami bertambah rapat. sama batch, sama kelas dan sama asrama. sejak aku berkawan dengan danish, hidupku meriah dan bahagia. sebenarnya tumpang bahagia. walaupun aku meminati danish, aku sedar diri aku tidak akan menjadi pilihannya. kami tak sepadan. dia tinggi dan kurus, seorang atlet tetapi aku rendang dan bulat. dia ramai peminat. hensem, bergaya dan aktif dalam kebanyakan sukan dan persatuan. mewakili UM dalam sukan ragbi dan bola sepak.

danish ialah boyfriend kepada room-mate aku juga merangkap best friend aku, shasha..fakulti yang sama. orangnya cantik dan tinggi seperti model. aktif dalam sukan dan kebudayaan. kami rapat ketika mula menjejakkan kaki ke tahun satu. mereka declare couple ketika tahun dua. ramai siswi yang hampa termasuk aku. demi sahabat, aku tabahkan hati. tahu yang aku tidak akan memiliki cinta danish. aku hanya syok sendiri dan menaruh hati diam-diam kepada danish.

kami bertiga rapat. kemana-mana sering bersama. akulah yang tukang drivenya. ya la, kereta aku kan? lagipun mereka anak orang biasa. tak mampu. danish, motor pun tak ada. nak haraplan duit pinjaman selalu tak cukup. tu pun banyak mereka minta aku bantu. sering mereka mengadu hal kekurangan wang.

danish sangat baik dengan aku. aku dipanggil dengan nama yang manis-manis, intanku yang cute, intanku yang manja, intanku sayang, baby dan sebagainya. aku tak berkawan dah dengan orang lain kecuali dengan mereka berdua. ramai juga yang hairan. macam tak ada orang lain yang nak dibuat kawan. dah aku seronok dengan mereka. peluang menatap wajah danish sentiasa ada.

ada peluang aje aku keluar bersiar-siar dengan danish. walaupun aku yang bawa kereta, danish disebelah, syasya dibelakang atau kedua-dua mereka di belakang, aku tak kisah. asalkan dapat bersama danish. bodoh, kan? menumpang kasih dengan boyfriend orang. tapi memang aku bodoh masa tu. aku betul-betul ikhlas berkawan dengan mereka. sebenarnya seronok berkawan dengan orang cantik, hensem dan popular. kita pun dapat tempias.

walaupun agak sibuk dengan permintaan mereka ke sana ke sini untuk berhibur dan bersantai, aku tetap jaga pelajaran aku. setiap tahun aku dalam dean's list. targetku, final year first class mesti dalam tangan. sebaik sahaja mendapat ijazah, aku nak buat master dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. seterusnya phd mesti dalam tangan sebelum usiaku 30 tahun. azam kuat yang disokong oleh mak, ayah dan abang.

sejak kebelakangan ini, danish dan syasya selalu ponteng kuliah dan tutorial. semakin teruk prestasi dan pelajaran mereka. keluar bermesyuarat pukul 8 malam sehingga ke 3, 4 pagi. kononnya, tetapi mereka merayap ke tempat lain. segala kertas kerja atau assignment, mereka asyik terlupa nak siapkan.

demi untuk mengelakkan markah mereka dipotong, aku la yang mereka tuju. mereka copy aje jawapan yang dah aku siapkan atau danish ambil aje assignment aku, dan aku buat yang lain. aku beri saja dengan rasa bahagia sebab dapat menolong hero universiti merangkap buah hati dalam diam.

katanya, kerana namanya, universiti terkenal. maka sebagai hero universiti, harus ada yang membantunya untuk cemerlang dalam akademik demi untuk membalas jasa baiknya mengharumkan nama universiti. biasanya, dia akan menggemgam tanganku dan merenung tepat ke mataku sambil berkata, "intanku sayang..intan lah gadis yang paling cute disini. i tahu you sangat baik hati. you cantik luar dan dalam. you sungguh jujur dengan i. you seorang saja la yang memahami i. syasya pon tak setanding you."

ada lagi.

"baby, i love you so much. you are so adorable, charming, sweet..i geram kat pipi you. chubby sungguh!"

wah!

lagi.

"you la the best girl i have ever known. the sweetest, the cutest, the coolest. you sporting. baik hati like an angel. bertuah la siapa yang jadi boyfriend you. kalau syasya tak ada, i memang dah pilih you."

aku tahu macam palsu aje pujian dia tetapi aku suka! rasa seperti nak terbang bila dia merenung dan berkata-kata dengan begitu indah kepadaku. aku sanggup buat apa saja asalkan dapat renungan dan pujiannya.

dan lagi.

"intanku manja, i nak pinjam duit you sikit boleh? mak i kat kampung masuk hospital. jantung berlubang. i nak balik kampung nak melawat dia. boleh ke intanku sayang?"

boleh aje. RM500 melayang.

dan lagi dan lagi..

"intanku darling, i nak minta top up handphone, boleh ke sayang?"

"intanku manis, i nak minta tolong pinjam sikit duit you, i nak bayar muka untuk beli motor. nanti i bayar ansur-ansur. ada motor senang. tak perlu lagi you nak hantar i ke hulu ke hilir."

yang ni aku berat. tak ada can lagi nak tatap wajah pujaan hati.

"boleh la intan. tolong ya..nanti you la orang pertama danish bawa round." pujuk syasya pulak.

memang aku orang pertama yang membonceng motor itu, tapi depan asrama aje. tak sampai 5 minit pun danish bawa round. selepas itu, aku hanya melihat mereka berdua ke hulu ke hilir dengan motosikal tersebut. riang ria, bebas dan gembira.

ABANG ajak bercuti ke australia. dia nak tunjukkan universiti tempat dia belajar dulu dan jalan-jalan. aku okey aje. kami selalu bercuti berdua-duaan. biasanya ada pekerja ayah yang akan menyambut dan menguruskan segala keperluan kami ke mana saja. selalunya abang akan survey peluang-peluang perniagaan baru. latihan untuk abang yang akan mengambil alih tempat ayah nanti sebagai pembekal bahan mentah yang halal.

percutian yang dirancang aku maklumkan kepada syasya dan danish. tak sangka pulak mereka nak ikut. seperti biasa, aku yang sponsor. diam-diam aku keluarkan duit ASB untuk menguruskan segala keperluan dokumen mereka. hal ini diketahui oleh abang. abang menyarankan aku mengajak mereka bercuti di rumah rehat kami di cameron highlands pada hujung minggu. katanya nak berkenalan dengan best friends aku ni. sukanya aku. mereka lagi la suka!

pada hari yang dijanjikan, abang datang menjemput kami di asrama. syasya melopong bila melihat abang. selama ni dia tak sangka aku ada abang. aku pun tak pernah cerita. duk asyik masyuk dengan danish. abang macam dah tak ada dalam fikiran, lagi la bila abang sambung buat master di australia. lepas tu, abang sibuk bekerja dengan ayah.

syasya begitu asyik merenung abang. wah! ini peluang baik! fikiran jahat mula timbul. aku mempelawa syasya duduk didepan dengan abang. di belakang, tentu la aku dengan danish. sukanya! yang tak suka, danish la. nampak dia cemburu. memang aku nak danish cemburu pun. biar dia tahu siapa yang mencintainya dengan ikhlas.

sepanjang perjalanan, gembiranya aku. setiap kali abang membelok, setiap kali itu kami bersentuhan. kadang-kadang aku sengaja melebih-lebih pulak..hehehe. syasya kat depan pun sama. seronok aje dia dengan abang. menjerit la. gayat la. pening la. gedik habis. abang layan aje.

kami disamut oleh pakcik muthu dan isterinya, makcik kana yang bertanggungjawab menjaga rumah rehat kesayangan ayah.

selesai dinner, aku ke balkoni, menghirup udara segar dan harum mewangi hasil daripada mawar berpuluh jenis yang ditanam oleh pakcik muthu.

banglo 2 tingkat english style beserta taman bunga dengan tema yang sama. khayal aku sekejap. kalau aku kahwin dengan danish, aku nak duduk di sini aje dengan dia. sama-sama menghirup teh sambil menghadap matahari naik dan menyaksikan bunga-bunga indah. peluang untuk bersama danish makin cerah rasanya sebab dari awal kami sampai sehingga sekarang syasya asyik berkepit aje dengan abang. rasakan! baru tahu abang aku lagi hensem daripada danish! abang bijak, kaya, baik, handsome, gentleman, hebat dan berkarisma. danish setakat hensem dan hebat dalam sport aje tetapi abang aku lebih lagi. kalau bukan kerana dia abang aku, harus aku kahwin dengan dia.

khayalan terhenti sekejap bila terdengar suara seperti orang bergaduh. aku meninjau. seperti ada orang bercakap di taman bunga. aku turun ke bawah, mendekati perlahan-lahan.

"i nak balik esok pagi!"

"you nak balik, you balik! i tak nak!"

syasya dan danish rupa-rupanya. danish nak balik? no way!

"you harus ikut i balik. i don't care! sakit mata i tengok you menggatal dengan jantan tu!"

"hey, come-on la, i bukan siapa-siapa dengan you yang you nak paksa i ikut you. i suka sini and i'll stay here!"

"you ni memang teruk syasya. perempuan tak tahu malu! jumpa aje abang si buntal tu bukan main lagi you ya. you nak ambil kesempatan ke atas abang dia ya?"

buntal? akukah? rasa pedih mula menjalar..

"you pun apa kurangnya? you gunakan buntal tu untuk kepentingan you. you minta duit dia, you suruh dia siapkan kerja-kerja you., you pun menggatal dengan dia jugak, kan?"

"i did it for us. you ingat i suka sangat dengan dia? tolong la..i nak muntah tengok muka dia. from the girls yang tergila-gilakan i, i chose her sebab banyak peluang, lubuk emas. she's a kind of person who willingly do anything because of me, because of love. you pun banyak dapat faedahnya, kan? and low down your voice. you nak orang dengar ke?"

he called me buntal? hinanya aku. aku tak berharap sangat cintaku dibalas. kalau dia sukakan aku, aku sangat bersyukur. aku membantu mereka dengan ikhlas. aku berpusing dan terlanggar seseorang. abang! dia mengisyaratkan jari ke bibirnya dan memelukku. aku menahan tangisan dalam pelukan abang. sampainya hati mereka!

"you know i hate her. you should have known better. you saja girl yang i suka. we are leaving tomorrow morning."

"no, i won't. i nak putuskan hubungan kita. you boleh terus rapat dengan buntal. macam yang you kata, she is lubuk emas. lagipun i rasa abang buntal suka kat i. kalau adik dia begitu bodoh dan boleh dipergunakan oleh kita, abangnya pun mungkin sama jugak. let's try our luck."

okay, i've heard enough! aku melepaskan diri dari pelukan abang dan meluru ke aras syasya dan danish!

aku lempang syasya dan aku terajang danish sekuat hati. serangan tiba-tiba aku kena tepat ke sasaran kerana mereka tak sedar. aku angkat pasu bunga dan hampir aku hempuk mereka, nasib baik abang sempat tahan. kalau tak, dah kojol dah 'dua ekor syaitan' itu!

aku menjerit sekuat hati dan menggelepar nak lepaskan diri dari halangan abang. syasya dan danish ketakutan. pertama kali mereka melihat aku mengamuk. hampir terbunuh mereka dikerjakan aku.

"hei perempuan gila!" danish menjerit ke arah aku.

pang! abang aku tampar dia.

"hei, jangan main bangsat la!" tempik dia lagi.

satu tumbukan singgah tepat ke hidungnya dan dia terdorong ke belakang lalu terus menghempap syasya. dia menjerit kesakitan. darah mengalir deras membasahi mukanya. tangannya menekup muka dan syasya yang ketakutan memeluknya.

"get lost! jangan bagi aku nampak kamu berdua lagi. jangan dekat adik aku lagi. kalau tak, mandul kau aku kerjakan!"

danish dengan spontan menekup celah kelangkang seluarnya! kemudian lari lintang pukang bersama syasya.

pakcik muthu menjerit memanggil mereka. beg pakaian dibaling. kelam kabut mereka mengutip dan blah!

aku terduduk. abang menghampiri..duduk disebelahku seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

"you plan all of these things?"

"ya."

"but why?"

"you know why. kalau abang tak buat semua ni, habis duit intan dikikisnya. intan tak patut keluarkan duit ASB. itu kan untuk masa depan intan. they are not your friends. they are only after your money. and my buntal deserves the best man because of her golden heart."

buntal? abang pun panggil aku buntal? aku akan buktikan buntal ini akan jadi ikan emas satu hari nanti!

KEBENARAN itu pahit. naif, lurus bendul dan merasakan wang dapat membeli segala-galanya amat menginsafkan aku. sekali difikir, lebih baik aku tidak mengetahui topeng danish dan syasya. dua kali fikir, itulah yang terbaik walaupun aku harus menahan bisa dihati. hinanya diriku kerana gemuk. rupa-rupanya aku ni tiada nilai di mata mereka. nothing! kami rahsiakan dari mak dan ayah kejadian tersebut. aku malu.

aku mula membuat perubahan.

langkah pertama, aku keluar dari asrama. berulang dari rumah dengan dihantar oleh pakcik mad, driver mak.

kedua, aku potong rambut pendek. pendek sangat dengan niat untuk membuang segala kenangan pahit bersama mereka.

ketiga, aku tidak berkawan dengan sesiapa baik lelaki mahupun perempuan. dengan mamat dan minah tu lagi la! bila terserempak di bilik kuliah, masing-masing menundukkan muka. aku tak percayakan sesiapa lebih-lebih lagi lelaki. apa yang aku rasa, mereka tidak jujur dan hanya mahukan wang aku.

keempat, aku teruskan azam untuk mencapai impianku.

kelima, dengan inisiatifku sendiri, apa-apa berita kemalangan, kebakaran atau kehilangan, aku cuba jadi orang pertama yang sampai. menghulurkan bantuan kewangan setakat yang aku mampu. bila mangsa tersebut bertanya siapakah aku, aku enggan menjawabnya. tiada siapa yang tahu kecuali abang.

keenam, ini yang paling aku suka. aku mulakan program diet yang ketat dibawah seliaan dietician. aku join fitness club. masuk semua rutin yang dianjurkan. aku masuk grooming class. ubah penampilanku kepada yang terkini. semuanya berubah dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. sehingga abang pun tak kenal aku lagi. dia pun hampir-hampir termengurat aku..hahaha!

tomoi club dan angkat berat ditentang keras oleh abang. dia setuju aku kuruskan badan tetapi dia tak mahu aku membina badan dan berotot di sana sini. dia tak mahu aku menjadi kasar dan keras. dia tak mahu adik lelaki, dia mahu adik perempuan..amukan di cameron highlands sangat berbekas dihatinya. belum pandai tomoi lagi dah sakan belasah orang. dia tak mahu dibelasah oleh adiknya sendiri..hahaha!

13 comments:

nasha sanza said...

huhu.terharunya..thank you so much dear!

Original CikTeddy said...

sakitnya hati kalo ade kwn mcm dieorng..fuh!abis jugak cik bace..hehe pnjang giler..

Teenager Housemaid said...

nice...
teruskan berkarya ea..:)

dear yayah said...

kisah benar ke nih? realistik btol..

LAici KAng Ais said...

95kg.OMG!!!.hehe.......

emy zulaiha said...

iskh geramnye tgk danish dgn syasya.smpi hati eh dorg! zalim betol :(

Juliet_iRa~" said...

wahh mcm cerita benar je ni?heee ;p

:)

Juliet_iRa~" said...

eh lupa..ni mmg kena beli ni..waaahh...nak cari la hee..

zOeY zAu YaH said...

gemuk2 pun ada daya tarikan tau...hihi

adibahrisha said...

hahahah drama sungguh ni

Pondok Usang said...

selamat tahun baru dik..

FyFy said...

erghh ! mata duitan ! benci ada kawan macamni =.=

aleen aiden said...

ok,yg berat dari 45 ke 65 tu boleh buat terkejut juga tu.mak aih!hu3