Wednesday, December 21, 2011

Awak Suka Saya Tak? - Bab 3

Pagi-pagi lagi aku dah tercegat kat kedai semalam. Hati memang dah syak pasti disini la aku tertinggal handbag aku. Lambatnya kedai ni nak buka. Abang tinggalkan aje aku disitu. Aku tak mahu drive sebab takut ditahan polis. Maklumlah lesen aku ada dalam beg.

"Assalamualaikum Cik Intan."

Aku pusing dan..Hilman semalam. Senyuma aje dia memandangku.

"How did you know my name?"

"From your IC."

aku kegirangan.

"Is my bag here?"

"Yes..I kept it in the safe box. You were in hurry yesterday. I didn't see it, but my staff saw your bag and gave it to me. I ran after you but I couldn't find you..too many people here in KLCC," senyumnya.

"Thank you. Alhamdulillah..syukur Ya Allah. Terima kasih Encik Hilman. Encik Hilman dah breakfast ke belum? Mari saya belanja tanda terima kasih."

"I'll think about it. Come and get your bag, Cik Intan."

Dia menunggu 3 orang pekerjanya membuka kedai itu. Pengawal keselamatan seramai 2 orang mengawasi keadaan sekeliling. Awal juga dia sampai. Bagus bos macam ni. Muda-muda lagi dah jadi bos. Mesti kedai bapak dia punya. Dia kemudian masuk ke dalam sekejap. Dia keluar dan ditangannya ada beg aku.

Yes! Yes! Yes!

"Sila cek Cik Intan..tengok kalau ada apa-apa kehilangan."

"Eh, tak apa la Encik Hilman..I trust you."

"Tak boleh Cik Intan, kena periksa dulu.."

Aku teragak-agak.

"Kenapa, ada apa-apa yang tak kena?"

"Can we go to another place? This area is too open..I am not at ease."

"Then, come into my room. This way please."

Aku mengekorinya. Wow! cantiknya bilik dia. Biasa la kan kerja tempat class.

"Do have a sit. Make yourself comfortable. Any tea or coffee?"

"Thanks but no thanks."

Aku teragak-agak lagi.

"Sila Cik Intan..periksa kalau ada apa-apa yang hilang. Nanti saya dituduh mencuri pulak.."guraunya but I take it seriously, hangat sikit hati.

"Saya rasa tak perlu nak periksa semua ni, Encik Hilman. Rasa seperti saya meragui kejujuran Encik Hilman pulak. Orang yang jujur bukannya dia nak pulangkan, mesti dah diambilnya, kan? Saya tak selesa. Lagi la pulak dalam beg saya ni ada macam-macam benda, macam poket ajaib Doraemon."

"Saya pasti Cik Intan risau. Nampak macam ada banyak barang yang berharga dalam beg tu. Berat pulak tu. Kalau baling kat pick pocket, boleh mati pick pocket tu."

Akhirnya..

Aku mengeluarkan barang dari dalam handbag untuk memuaskan hatinya dengan malu-malu. Segugus segala 'mak nenek' kunci, beberapa keping gambar passport dari zaman dahulukala, novel Sidney Sheldon dan beberapa dot dot dot. Aku cuma mengintai aje dalam purse aku..tengok gitu-gitu aje."

"Ada semuanya?"

Aku mengangguk malas. Tak lalu nak tengok muka dia yang terlebih gula tu. Takut kencing manis.

"Sorry, Cik Intan. It's our policy. Never trust anyone..lebih-lebih lagi dalam soal yang melibatkan bisnes dan wang. Cuma semalam saya ada membuka beg Cik Intan. Saya cari kot ada handphone atau apa-apa yang boleh membantu saya menghubungi Cik Intan. Maaf terpaksa selongkar dan tengok beberapa barang peribadi Cik Intan."

"Tak apa."

Malunya aku!

"Terima kasih kerana tolong simpan beg saya. Panggil saya Intan aje. Saya nak ajak Encik Hilman minum, boleh?

"Kat sini pun boleh minum. Do call me Hilman."

"Saya rasa tak sedap sikit..kita pergi kat tempat open la sikit."

"Tunggu lunch hour saya boleh?"

"Pukul berapa?"

"1 to 2 pm."

"Okey, nanti saya call Encik Hilman kat mana kita nak minum nanti."

"Hilman..Okey?"

"Sorry..Hilman."

Sedap pulak sebut nama dia..0psss!

Aku pun keluar dari kedai dia dan merayau-rayau dulu sementara menunggu lunch time dia. Baik aku pergi ke Petronas Gallery, boleh jamu mata melihat pameran lukisan.

Ralit sangat sampai terlupa nak call Hilman. Alamak! Dah pukul 1.45 petang. Aku cuba call Hilman, off pulak handphonenya. Laju je kakiku melangkah. Ramainya orang. Depan kedainya ada beberapa lelaki yang segak-segak, macam boduguard aje. Bila aku menghampiri, "maaf cik, tak boleh masuk."

Aku meninjau sekejap. Kerabat diraja kot. Nampak Hilman dan yang lain-lain sibuk melayan. Hm..patut la off handphone, ada client besar rupa-rupanya.

Balik ke rumah saja la. Tahan teksi depan KLCC selepas call abang, beritahu dia yang aku nak balik sendiri.

MALAM, hajat hati nak call Hilman. Nak minta maaf pasal terlupa nak call dia waktu lunch hour tadi. Tengok jam, pukul 10 malam. Tak mengganggu kot..

Suara anak kecil yang menjawab, siap jerit lagi. Adoi, pekak la telinga aku!

"Helo, helo.."

Suara perempuan pulak.

"Hello, may i speak to Hilman please?"

"Pardon?"

"Mr. Hilman."

"Who? He man?"

Ala..susahnya perempuan ni.

"Mr. Yong, please."

"Oh..he's in the bathroom. Ini siapa?"

"A friend of him."

Eh, bila pulak aku kawan dia? hehehe

"Okay, okay, i'll ask him to return your call. Bye."

"Thank you, bye."

Aku terkelip-kelip merenung siling. Suara perempuan dan budak. Bunyi macam Cina. Hilman Islam. Bukan bini dia Melayu ke? Agaknya Islam satu keluarga. Wah..respek la.

P/S : Sebagai Tanda Sokongan, Jgn Segan2 Untuk Klik E & E Budget Collection Okeh! TQ Bangat~~



10 comments:

nasha sanza said...

oh..ditunggu-tunggu..tau 2 je..thank you sangat2!

Original CikTeddy said...

wah..syok plak duk bace..

emy zulaiha said...

ala...tak sabar nak bace next!haha best2 :)

Nur Aischa said...

betul betul, mmg syok habis baca crita ni. akak update lah lagi.. :D

Juliet_iRa~" said...

mcm best..lagiii..:)

zOeY zAu YaH said...

woooooooo......

sekamar rindu said...

salam...

mesti dapatkan juga esok novel ni..

nasha sanza said...

hai,nak tagged awk if nak joinhttp://nashasanzagorgon.blogspot.com/2011/12/gadis-blogger-kznabihah-boutique.html
thank you..

Ninie said...

Emma...doodle yg emma request ada di link ni. Maaf lambat. Hope emaa suka. Sudi2 jenguk blog Ninie slalu...

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/12/doodle-for-mizz-erma.html

Mizz ErMa said...

nasha sanza : hee..u r welcome..tggu pe lagi, p la serbu kedai buku cepat2..=P

original cik teddy : novel yg best, of coz la syok utk dibca..tol x? =D

emy zulaiha : amboi, kemaen lagi ek..hehe

nur aischa : romantik kan hero cite nih..hehe

juliet ira : best kan? hehe

cik zoey : best sampai xterkata..=P

sekamar rindu : mmg xrugi dapatkan novel nie..hehe

nasha sanza : uhuk, sy xbiase la join kontest..hehe

ninie : ehehe..tq bangat..i like! =)

C.L.I.C.K.2