Monday, December 19, 2011

Awak Suka Saya Tak? - Bab 2

8 tahun kemudian..

Aku temankan abang ke KLCC. Nak pilih cincin kahwin untuk bakal isterinya. Sepatutnya abang pergi bersama-sama tunangnya. Tapi mak dengan ayah tak suka. Jangan nak usung anak orang ke hulu ke hilir. Lagipun darah tengah manis. Jiwa tengah panas. Macam-macam hal boleh berlaku. Jalan terbaik, ambil aje ukuran jarinya dan aku yang pilih. Kebetulan pulak, jarinya sama saiz dengan jariku. Cantik! Lagi mudah. Dia suka ke tak suka, terpulang. Inikan hadiah daripada kami. Orang nak kasi hadiah apa, ambil aje la. Terima aje kalau betul-betul ikhlas nak bersaudara. Itu pendapat mak dan ayah. Kami menurut aje.

Kami masuk ke sebuah kedai yang menjual barangan kemas yang ternama, Cherish. Co. (CC). Disambut oleh seorang jurujual yang cantik manis. Dibawanya kami ke meja pameran. Abang serahkan aje kepadaku nak pilih cincin yang macam mana.

Aku suka emas putih. Sebiji batu berlian cukup. Simple but elegant. Sibuk la aku memilih dan mengacukan ke jari manisku. Perasan la sekejap macam aku aje yang nak kahwin.. Tapi tak berapa berkenan la. Ada yang lain tak? Jurujual itu menelefon seseorang, bosnya kot.

Maka keluar la seorang lelaki dari belakang cermin (dinding kedai mewah itu). Dia tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang. Aku salah sangka, juga menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Ingat dia nak salam dengan aku. Dia hanya tersenyum dan meletakkan tangan kanannya ke dada kiri, membongkok sedikit seperti memberi hormat. Termalu aku. Apa la dia ni? Buat malu aku aje.

"Welcome sir, madam..what's your preference? what's your budget?"

"I prefer white gold..with one diamond. Genuine diamond, don't want a fake one," jelasku.

"Don't worry, every single thing here is genuine. what's your budget miss?"

"RM5K..but not more than RM10K."

Maka dikeluarkannya lagi yang tersimpan didalam kotak. Selepas puas memilih dan mengacu, akhirnya aku memilih sebentuk cincin idaman hati, konon yang terletak cantik di jari manisku.

Selepas membayar, abang menghulurkan kad kahwinnya kepada dia. Dia menerimanya dengan senyum.

Aku pun berbasa-basi. "Jemput la ya."

"Insya-Allah..terima kasih kerana menjemput."

Insya-Allah? Aku silap dengar ke?

By the way, this is my card. Kalau nak apa-apa lagi, nak beli cincin, gelang, rantai atau apa saja, please come again. It's my pleasure to serve you guys."

Aku baca kad yang dihulurkannya.

MUHAMMAD HILMAN YONG.

Sorry ya..nak tanya, you ni convert ke?"

"Ya, saya. I'm a chinese muslim."

Islam rupanya, patut la tak salam aku.

"Bila tu?"

"After my 21st birthday." Dia menjawab dengan tenang sambil tersenyum.

Aku mengamati wajahnya. Hm..not bad. Mata tak la sepet sangat. Hidung mancung. Rambut potongan terkini. Lagi tinggi daripada abang. Tegap badannya. Pandai kungfu ni kot. Patut la wife dia berkenan kat dia. Mesti masuk Islam sebab nak kahwin dengan orang Melayu ni. Tak ikhlas! Perempuan Melayu pun satu. Dah habis ke lelaki Melayu kat Malaysia ni sampai nak kahwin dengan bangsa asing?

"Kat mana convert?"

"Di PERKIM," senyumnya lagi.

"Macam mana tahu mengenai PERKIM? Siapa yang bawak?"

"Tak ada siapa-siapa..pergi sendiri.."

"Hm..okay..see you then. Thank you." Abang tiba-tiba menarik tanganku.

"Okay, thank you. Please come again." Dia melemparkan lagi senyuman manisnya, mempamerkan barisan putih gigi Colgatenya.

Abang memegang tanganku kemas-kemas, ditariknya aku seperti anak kecil.

"Kenapa ni bang? Sakit la..perlahan sikit jalan tu.."

"Kalau tak tarik, pasti Intan tanya dia macam-macam lagi. Dah la tenung dia semacam, serba salah kawan tu. Malu la dia.." Abang membebel.

"Saja aje nak tau pasal apa dia masuk Islam. Mesti sebab nak kahwin. Masuk Islam kerana cinta. Bukan kerana Allah. Islam kulit aje. Entah sembahyang entah tidak tu."

Abang berhenti melangkah. Dia memandangku serius.

"Tak baik cakap macam tu. Kita bukan Tuhan, tahu niat hati orang macam mana. Cuba ubah sikap tu. Terlalu ego dan over confident. Sebab tu boyfriend semua tak lekat."

"Come on la. I yang dumped dia orang okay..Not my taste. Tak menepati piawaian..hehehe."

"Tak menepati piawaian? Diri sendiri tu menepati piawaian ke? Terlalu garang dan outspoken sebab tu boyfriend takut..hahaha."

"Baling cincin ni kang..baling kang..baling kat eskalator ni kang..." acahku.

"Intan..jangan la..Okey la, okey la..close the case. Abang minta maaf ya intan payung, emas berlian gunung berapi nak meletopsss..hahaha."

Aku turut gelak. Macam tu la abang aku. Selalu mengalah.

"Dia pun hensem, jangankan perempuan Melayu, mana-mana perempuan pun boleh suka kat dia tu."

"Wei..gay ke ni? Duk puji lelaki hensem..hahaha."

"Jaga sikit mulut tu. Jahat!" Abang pura-pura marah.

SAMPAI ke rumah, mana handbag aku ni?

Alamak! Tertinggal kat mana? Puas aku cari dalam kereta, tanya abang, tanya mak ayah..

Last-last baru teringat, mesti tertinggal di Cherish, Co. Habis la kalau jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya. Aku tak boleh nak tidur. Risaukan beg duitku, kad bankku dan segala benda alah dalam handbag tu. Waa..kenapa la aku careless sangat?!

"Cuba call handphone Intan..kot berbunyi..haa kat situ la handbagnya," cadang mak.

"Handphone ada dengan Intan ni haa. Yang beg tu aje tertinggal."

"Esok aje la cari. Sementara tu telefon bank, repot pasal kehilangan kad. Minta mereka block semua tu," nasihat ayah.

"Nak call bank, buka lagi ke? Dah 11 malam lebih.." tanyaku.

"Cuba call aje," desak abang.

"Okey la..harap-harap tertinggal kat CC. Kalau awal lagi, boleh ke sana semula, tanyakan dia orang.."

"Tu la.." suara abang mula mengusik.

"Tu la apa?"

"Balasan Tuhan."

"Nape pulak?" hatiku panas..macam terasa-rasa nak dipaku oleh abang.

"Apa halnya?" tanya ayah.

"Mulut dia tu..kemain lagi soal siasat one guy tu. Bila masuk Islam, kat mana peluk Islam. Kepoh betul. Kesian that guy tu ayah..tersengih-sengih, malu kot."

"Eleh, tak kan tanya macam tu, Tuhan nak balas? Lagipun mak, ayah..Intan pelik la, dia baru aje convert tapi macam lebih Islam pulak daripada orang Islam. Tak mahu salam dengan perempuan. Rupanya nak kata Cina, tak macam cina..nak kata Melayu, tak macam Melayu, cara bercakap ada bunyi pelat Cina sikit. Tu yang confuse tu. Rasa-rasa macam Cina..sekali dia bagi kad dia, haa..confirm!"

"Betul la tu..apa pulak salahnya? Kadang-kadang orang yang baru peluk agama Islam lebih baik daripada yang lahir sebagai Islam. Jangan jadi macam orang tu, tudung kejap pakai kejap buka.'

Wah! Mak membelanya sambil memangkah kata-kataku. Kenal pun tak!

"Ni pergi pilih cincin ke pergi tilik orang? Kenapa tak ajak balik rumah aje, boleh ayah berkenalan dengan dia. Untung-untung boleh dibuat menantu. Nak tunggu kamu tu cari calon, entah bila..Orang rekomenkan, tak nak," giat ayah.

"Laki orang buat apa? Lagipun he's not my taste. I want tall, dark and handsome. Ada janggut dan misai. Ini muka suci bersih aje dari sebarang bulu. Tak macho langsung! hehehe." Aku tak mahu kalah.

"Hulk Hogan nak? Macho tu, wrestler lagi..hahaha." sakat ayah.

"Kambing pun okey jugak. Tak pun kucing..kah kah kah!" tambah abang.

Aku apa lagi, sekuat hati aku menumbuk abang. Dia mengelak sambil gelak-gelak aje.

Mak ayah tertawa melihat telatah kami.

Hm..malas la nak layan. Nanti buat dosa lagi. Baik aku tidur.

11 comments:

CikTeddyCorner said...

tumbuk aje?sepak la skali..haha
ok,trlbih sudah..hik3

mizz erma jgn la sedeh x mng..len kali plak ok :)

nasha sanza said...

bestnya..terus terjah bila tengok kat dashboard..hehe..thank you ye..rajin taip..

Juliet_iRa~" said...

mcm best jee..

msti nt intan tu kahwin dgn hilman kan?eeehheee

Unknown said...

wahh mmg betul2 sronok laaaa crita novel ni !! aisyah dpt rasakan, yg chinese kedai emas tu maybe laki yg dkt kedai mkn masa dia kecik tu kan?? :D

Unknown said...

wah bestlah cite nie emma! hehe tapi bace2 teros kat sini..tak bace part awl2.hehe kene stalker blog emma lagi ni :)

IntaNBerliaN said...

oo ada novel kt sini upenya.. ;-)

Daddylicious said...

nak komen header jer...rambut tu sama arr...hehe

ILA HonEyBuNNy said...

hhehheh...tumpang sekaki gelak macam abg n mak ayah..heheh

dwatyKNY said...

perghhhh.... best.... dah update gitau ya.... macam dah tau2 jer jalan citenya... tapi nak baca juga... hehehe

Aleen Aiden said...

aaa nak tengok cincin oih!!!hu3
btw aku pon suke emas putih.

Mizz ErMa said...

original cik teddy : heroin mana boleh ganas2..kui3,

nasha sanza : taem rajin, biase la..ce tgk taem mls dtg? kui3,

juliet ira : wah, macam tau2 aje..da habis baca ke? hehe

nur aicha : hm..lebih kurang macam tu la tapi xtepat sangat..=P

emy zulaiha : tau xpe..sebab best la sy jadi rajin nk taep..hahaha

intan berlian : novel untuk dijadikan koleksi..hehe

daddylicious : sama tang mana tu? hahaha

ila honeybunny : kelakar aje c intan tu kan..hihi

dwaty : wah, macam da tau2 aje jln citenye? hebat..hehe

aleen aiden : emas putih cantik kan walaupun nampak mcm simple aje..=)