Wednesday, June 26, 2013

Kampungku Kampungmu Jua..hihihi

Assalamualaikum w.b.t.. =')

14 Jun yang lepas sepatutnya ada majlis doa selamat sempena usia kandungan gue yang dah pun mencecah 7 bulan di rumah mertua kat kg.. oleh sebab kitorang terlambat gara2 terlepas flight, gue xsempat pun nak mengaminkan doa bersama2 dengan yang lain..huhuhu

Tapi tak kesah la kan..janji semuanya selamat sudah..hehehe walaupun kepulangan gue ke kg. kali nie agak singkat, tapi gue seronok sangat2 sebab dapat menghabiskan masa bersama dengan family tersayang di kg.. at least, terubat la jugak rindu di hati nie kan.. =')

kak ipar ajak shopping set bakul + tilam kekabu untuk baby kat pengkalan kubur..x sangka, harga barangan kat sini lagi murah kalo nak dibandingkan dengan harga kat online tu..bayangkan, set bakul + tilam kekabu tu kitorang boleh dapat dengan harga rm150 aje..hik3, lucky betul~

 aiskrim nih namanya ali baba..1st taem gue jumpa n rasanya pon not bad jugak..macam2 pakcik tu taruk dalam aiskrim nih..ada pulut, jagung, kekacang, roti dan of coz lah aiskrim..hik3, harganya pulak? rm2 aje..hihihi alahai, tingin pulak nak pekena aiskrim nih lagi sekali..hm,

taem tengah pusing2 kat sini, gue ada berkenan dengan beg coklat nie tapi xtau la nape..masa tu x rasa macam nak beli pon..bila da balik kl, asyik dk teringat aje kat beg nih..haa sudah, nie x boleh jadi nie..nasib baek kak ipar cakap kalo dia ada datang sini lagi, nanti dia tolong belikan untuk gue..hehehe

yang nie pulak permainan transformers..gue pon x paham dengan c eraziwan tu..nape la dia dk beria sangat nak belikan mainan nie untuk baby..baby kan kecik lagi, mana la reti nak maen benda2 macam nie..saje la tu nak buat excuse, padahal dia yang tingin nak maen mainan nie..kui3,

 malam sebelum kitorang gerak balik kl pulak, mak cakap ayah nak belanja kitorang makan ikan bakar kat kedai fav dia..katanya medan ikan bakar kat sini baru bukak dan rasanya pulak memang terbaik..harga pon berpatutan..

 sejak gue mengandung nih, gue dapati layanan ayah memang lain..kalo gue cakap gue tingin nak apa2, dia mesti excited nak carikan untuk gue..sekali tengok macam atuk yang baru 1st taem nak dapat cucu pulak padahal cucu da 2 orang..1 laki 1 pompuan, anak abang long pulak tu..huhuhu

 pape pon, rezeki jangan di tolak..taem pregnant nie la boleh makan yang sedap2..bila da bersalin nanti, nak kena berpantang pulak..jangankan nak makan yang sedap2, nak minum yang sedap2 pon belum tentu dapat tau..kesian pulak rasa kat diri sendiri nanti..hik3,

 haa, ini lah dia nya hidangan makan malam kami..memang sedap hingga menjilat jari gua cakap sama lu..hehehe oh ya, lokasi juara ikan bakar nie bertempat di kedai buloh, kelantan.. harga untuk 5 orang makan x sampai pon rm100, rm90++ je kot..memang berpatutan kan? hihihi

Monday, June 24, 2013

Shopping Barang Baby - Part 3

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Sepatutnya ari sabtu yang lepas gue nak p shopping barang baby kat ipc shopping centre.. dengarnya kat sana ada mom's care baby products clearance sale bermula june sampai ler september 2013 nie.. tapi memandangkan c eraziwan x sihat gara2 jerebu, so kitorang x jadi p sana..

Malam tu pulak, bila gue tengok c eraziwan dah makin ok, gue ajak ler dia p shopping barang baby kat jusco cheras selatan tu..maklum ler, perangai c ibu mengandung nih, selagi xdapat apa yang dia nak, dia memang xkan boleh duduk diam..mesti rasa gelisah semacam aje..hik3, =P

Tapi tu lah, gue pon xtau nape ramai sangat yang suka p shopping barang baby kat jusco sebab taem gue p ritu, bukannya banyak pon barang baby yang ada kat sana..checklist gue pon luak skit aje, huhuhu.. pape pon, jom kita layankan aje barang2 yang gue sempat grab kat jusco tu..

liquid cleanser pureen - rm16.50 (free baby wipes 30 pcs)

kiddi wash pureen - rm17.90 (2 liter)

changing mat baby kiko - rm12.90

hooded blanket tollyjoy - rm25.90

barut bertali anakku - rm9.90 (2 pcs)

johnson's baby oil - rm3.50

nail clipper anakku - rm6.90

nappy rash cream pureen - rm8.90

cotton bud baby kiko - rm5.90

Saturday, June 22, 2013

Our Long Journey.. ='(

Assalamualaikum w.b.t.. =')

End of may yang lepas, kami dengan excitednya telah berjaya membeli 2 flight ticket mas secara online dengan harga rm150 sahaja untuk 2 orang ke kota bharu, kelantan.. dan pada pertengahan jun pula, kami dengan kecewanya telah terlepas flight itu..sob, sob,

Macam mana boleh terlepas flight? hm..memandangkan flight kitorang pukul 7.50 pagi, so tepat jam 5 pagi, kitorang dah bangun untuk bersiap dan keluar dari rumah +- 5.30 pagi, lepas tu p parking keta kat tbs, tiba di kaunter klia transit +- pukul 6.05 pagi..

Tren sepatutnya tiba pada jam 6.10 pagi, tapi memandangkan ada makcik foreigner yang kemaen lagi slow motion taem membeli tiket, kami telah terlepas tren gara2 dk tunggu makcik foreigner tu dan terpaksa menunggu selama 30 minit lagi untuk ketibaan the next tren..

Tepat jam 6.40 pagi, kami menaiki tren dari bandar tasik selatan selama 12 minit dan tiba di putrajaya pada jam 6.52 pagi dan terpaksa menunggu selama 20 minit lagi sebab dah terlepas tren yang sepatutnya pergi ke klia pada jam 6.50 pagi gara2 kami terlambat sampai 2 minit..hmm,

Tepat jam 7.20 pagi, kami menaiki tren dari putrajaya selama 15 minit dan tiba di klia pada jam 7.35 pagi.. memandangkan lagi 15 minit flight nak berlepas, kitorang pon kemaen lagi bergegas nak p check-in..dalam hati nie da tau da, misti x sempat punya tapi at least, try jela kan..

Sampai aje kat kaunter tu, dengan selamba badaknya akak kat kaunter tu cakap yang kitorang da xboleh nak check-in sebab flight tunggu masa nak gerak je tu..eh3, kerek + eksyen betul gayanya.. menyampah mak nak..kot iye pon, cakap la elok2 skit..kitorang bukannya pakai duet dia beli tiket tu..

So, nak tak nak, dari klia tu, terpaksa la kitorang bergegas pulak ke hentian putra.. nasib baik masa tu tiket bas ada lagi..+- 9 jam jugak ler perjalanan kitorang nih.. adoi, nasib baek ler baby dalam perut nih x meragam sangat..dia tau kot apa yang mak bapak dia nih tengah lalui waktu tu..hik3,

gerak sebelum subuh, maghrib baru sampai kg..hm, sabar jelah~ T.T

Thursday, June 13, 2013

Ceritera My 5th Check-up..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Malam semalam gue dan c eraziwan p klinik putrijaya untuk monthly check-up gue yang ke-5.. pejam celik pejam celik, dah 30 minggu ++ rupanya usia kandungan gue nih..baby pulak kemaen lagi sakan dk menendang..x kira masa pulak tu..ish3, sabar jelah..kui3,

Macam biasa, memula doc ambil bacaan tekanan darah gue, lepas tu dia mintak gue baring untuk check kedudukan baby sambil dk tekan2 perut gue.. lepas tu p buat ujian urine & timbang berat badan..terkezut sat gue bila mendapati bulan nih berat gue naek sebanyak 3.5kg!

Ish3, sebelum2 nih berat gue naek sebanyak 2kg aje tiap2 bulan, entah macam mana bulan nih boleh naek sampai 3.5kg? nasib baek ler doc cakap tu perkara biasa aje..lepas tu, sempat lagi gue mengadu cakap yang malam2 gue selalu cramp kaki, lepas tu selalu sakit2 tulang pinggul..hihihi

Doc pulak senyum2 aje sambil cakap, biasa la tu..dekat2 nak bersalin nanti lagi kuat sakitnya sampai ler dah selamat bersalin nanti..baru sakit2 tu hilang.. adoi, hebat betul dugaan 3rd trimester nih.. lepas tu doc tanya gue, kaki da start bengkak ke? nasib baek ler x bengkak2 lagi..hehehe

Lepas tu pulak, tibalah part yang paling menakutkan gue, iaitu sesi suntik menyuntik anti tetanus.. uhuk, sakit dia hanya tuhan je yang tahu..berkali2 doc tu mintak gue supaya bertenang dan rilekskan badan tapi tulah, nak buat macam mana, badan nie automatik aje jadi mengeras..hik3,

Doc cakap, next month akan ada suntikan untuk kali yang kedua pulak.. sebab nie kan 1st pregnancy, so kena suntik 2x ler.. 2nd baby baru suntik sekali.. adoi, xdapat gue nak imagine.. sakit kena suntik yang ini pon belum hilang lagi, habis kebas tangan gue nih..sob, sob,

Oh ya, total check-up gue untuk kali nie pulak doc charged rm42..kira ok la kan sebab gue ingat, oleh sebab kali nie ada suntikan, maybe kos check-up kali nie mencecah rm100 dan ke atas.. rupanya xsampai pon rm50..hehehe

+- 2 months to go..chaiyok emma chan chaiyok! =')

Wednesday, June 12, 2013

Shopping Barang Baby - Part 2

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Pada 8hb yang lepas, gue dan c eraziwan telah menyambung operasi mencari barang baby lagi sebab masa kat pwtc ritu, barang2 yang ada kat situ x banyak sangat..so kali nie, kitorang p kat baby outlet warehouse sale pulak di bandar sunway..hehehe

Gue rasa, barang2 kat baby outlet warehouse sale nih lagi banyak + murah kot kalo nak dibandingkan dengan expo kat pwtc tu..tp still, ada lagi barang2 yang gue nak tapi tak de kat situ..adoi.. nampak gayanya operasi kitorang nih akan ada part yang ke-3 pulak ler nanti..huhuhu

So, tanpa membuang masa, jom kite comparekan pulak harga barang2 yang gue sempat grab kat baby outlet warehouse sale nih..hihihi =)

baju lengan panjang lubang = rm12 untuk sepasang

baju lengan pendek = rm10 untuk sepasang

baby diaper liner = rm5 untuk sekotak (60 pcs)

pampers petpet newborn = rm26.90 untuk 1 pek (64 pcs)

sarung tangan & kaki = rm10 untuk 3 set

sarung tangan & kaki + topi = rm8 untuk 1 set

sarung tangan & kaki + topi = rm8 untuk 1 set

baby wipes = rm10 untuk 2 pek (80 pcs each)

bedak + syampu + sabun mandi + losyen = rm8 untuk 1 set

disposable nursing pads = rm28 untuk 70 pcs (50 + free 20 pcs)

cotton balls = rm5 untuk 1 pek

botol susu newborn (brand nuby) = rm39 untuk 1 botol

Tuesday, June 4, 2013

Shopping barang baby - Part 1

Assalamualaikum w.b.t.. =')

1 jun lepas gue bersama2 dengan c eraziwan + kakak ipar + bakal kakak ipar + abang2 ipar + insyirah telah ramai2 p cuci2 mata kat expo mother, baby and kids yang bertempat di pwtc..hihihi memandangkan gue sekarang dah pon memasuki fasa 3rd trimester, so gue rasa ini lah masa yang sesuai untuk gue memulakan sesi shopping barang2 baby..hehehe

Yela, kang start lambat2 kang xlarat pulak c ibu mengandung nih nak ke sana dan ke sini.. tapi tu lah, kat expo tu gue tengok macam xbanyak barang aje.. maybe sebab masa gue p tu dah hari yang ke2 + hari dah lewat petang kot? tapi tak kesah la sebab nie kan 1st taem gue menjejakkan kaki kat expo baby.. gue juz curious aje nak tau apa yang dijual kat situ..hehehe

So, tanpa membuang masa, moh gue sharekan barang2 yang gue sempat grab kat expo tu..nanti boleh ler pakat2 comparekan harga barang2 yang dijual dekat expo dengan dekat pasaraya2 kan.. maklum ler, kita nie kena la bijak berbelanja..baru la tak rasa ralat bila ada orang beli barang yang sebijik sama dengan kita tapi dengan harga yang jauh lebih murah..ye x? hihihi

 rompers = rm30 untuk 5 pcs
sepatutnya gue nak beli yang newborn punya, 0-3 bulan.. tak pun yang umo 6-9 bulan.. tapi entah macam mana boleh xperasan pekerja kedai tu kasi yang umo 12 bulan..ish3,

tuala mandi = rm15 untuk 2 pcs

tuala muka = rm5 untuk 4 pcs

barut moden = rm5 untuk 2 pcs

sarung tangan & kaki = rm3 untuk sepasang

cloth diapers = rm20 untuk satu set

cloth diapers = rm10 untuk luaran sahaja

baju lengan panjang = rm12 untuk sepasang

baju lengan panjang lubang2 = rm15 untuk sepasang 

 baju lengan pendek = rm15 untuk sepasang

 baju lengan pendek lubang2 = rm15 untuk sepasang 

nursing bra = rm25.80 untuk 3 helai (buy 2 free 1) hihihi