Thursday, June 16, 2016

Shopping Raya Online

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Pertama kali dalam sejarah gue shopping kelengkapan raya untuk anak2 dan en husband secara online. hahaha mau x terpaksa, masa 1st day puasa ritu kitorang laki bini ambik cuti sebab nak bawak maliki p check up. alang2 dah cuti tu, pegi jela shopping offline kat sogo. ya ampun, balik tu terus rasa macam nak pengsan secara berjemaah. mau x penat, kemaen dk tawaf satu sogo..kui3,

Hasil lepas tawaf satu sogo tu hanyalah sepasang baju abang dan sepasang baju adik. ya ampun, x berbaloi sangat2. mungkin sebab banyak sangat pilihan yang ada sampai rambang mata nie dibuatnya. boleh macam tu? hihihi nak keluar shopping time wiken memang x la sebab kekadang tu c eraziwan kena keje..huhuhu

Tanpa membuang masa, jom kita pakat2 cuci mata kat website2 yang menjadi pilihan gue nie..hihihi

rompers maliki
website : http://kiddietowns.com/

baju mikail
website : http://www.babykidstuffs.com/

kasut maliki
website : http://www.babykidstuffs.com/

rompers maliki
website : http://www.nile.com.my/

wallet eraziwan
website : http://www.nile.com.my/

jeans eraziwan
website : http://www.nile.com.my/

Hopefully, bila barang2 nie dah sampai nanti, mintak dijauhkan lah daripada 'indah khabar dari rupa' ye. kang x pasal2 x beraya diorang tiga beranak hahaha >__<

Monday, June 13, 2016

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah 8 ramadhan rupanya rnie. ramadhan tahun nie sambut berempat. ramadhan tahun lepas tengah pregnant anak kedua. ramadhan 2 tahun lepas sambut bertiga. ramadhan 3 tahun lepas tengah pregnant anak pertama. Masyaallah, cepat betul masa nie berlalu.....

Sepanjang 8 hari berpuasa nie, dah 2 ari berturut2 kitorang laki bini x sedar langsung waktu bersahur. ya ampun, padahal malam tu kemaen lagi beria kunci jam sambil set volume alarm yang paling kuat. sahur time last minute pon banyak kali jugak, sedar2 je lagi 10-15 minit nak masuk waktu subuh. fuh, mencabar mental dan fizikal betul la..hihihi

Menu bersahur pulak depends gue sedar jam berapa. kalau sedar awal, haa sempat la masak lauk. kalau x sempat nak masak, gue panaskan je lauk berbuka. kalau dah last minute sangat sedar, kitorang laki bini nie sahur dengan roti sapu nutella je. sedih betul. nasib baik time tu hari ahad, seharian kitorang x keluar ke mana. alhamdulliah, mampu bertahan sampai ke maghrib..hohoho

Untuk menu berbuka pulak, biasa gue akan tapaw lauk siap2 kat bazar ramadhan area ofiz dengan ofizmate. tepat jam 4.30 petang, kitorang terus berdesup ke bazar. balik umah cuma masak nasi dan air je. kalau dah jemu dengan lauk yang ada kat bazar tu, gue tapaw je nasi kerabu..hihihi kuih muih memang x boleh miss. rasa macam x kenyang aje makan nasi tanpa ada dessert. haa gittew.. =P

Harapan gue pada ramadhan kali nie adalah semoga waktu sahur kitorang pada masa yang akan datang tidak akan terbabas lagi. cukuplah 2 hari tu je. huhuhu selamat berpuasa kepada semua rakan2 blogger. oh ya, berapa hari lagi ye kita nak raya? hm, jawapannya ialah - 22 days to go! hik3,

Last but not least, salam ramadhan al-mubarak daripada kitorang laki bini..=D

Wednesday, June 1, 2016

Bahaya baby keluar time maghrib

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Ceriteranya bermula pada hari khamis lepas, time tu maliki memang dah x sihat. asyik on off aje demamnya. kejap panas kejap ok, kejap selsema kejap batuk. siannya anak ibu. nak dijadikan cite, ptg khamis tu c eraziwan call cakap motor dia rosak dan tanya boleh x gue p ambik dia kat rnr beranang. gue pon serba salah dibuatnya. xkan nak cakap xboleh pulak. gue pon tawakal jela p ambik dia bersama dengan anak2.

Gue ingatkan rnr beranang tu dekat aje, sekali? adoi..boleh tahan jauh jugak dengan umah gue. masa gue keluar umah tu, jam baru pukul 6.30 petang. kelam kabut punya pasal, time keluar tu gue x bawak pape pon sebagai pendinding maliki. biasa kalau keluar malam2, gue akan bawa lada hitam sebagai pendinding baby.

Gue sampai kat rnr beranang tu dalam pukul 7.45 malam macam tu la. ya ampun, sepanjang perjalanan pegi maliki dah start nangis2, masa nak balik tu laen macam aje dia menangis. macam menangis sambil menjerit dan meraung macam tu la. 2 malam berturut2 kitorang laki bini xboleh nak tido sebab maliki asyik menangis aje.

Oleh sebab ragam maliki tu laen macam sangat2, gue tanya la pengasuh samada dia kenal mana2 orang kampung yang boleh ubatkan budak kat kawasan pekan mantin tu. nasib baek pengasuh cakap ada. gue pon apa lagi, petang tu terus call makcik ani untuk buat appointment dengan dia. walaupun bz, nasib baik dia selit jugak masa untuk ubatkan maliki.

Kata makcik ani, maliki jadi macam tu sebab ada benda ikut dia. time dk berubat tu kemaen lagi maliki menangis dan menjerit sambil mata dk melilau2 pandang atas. makcik ani pesan baby xboleh dibawak keluar time maghrib2, tambahan pulak dengan keadaan dia yang xsihat sangat, makin kuat la kena kacau.

Alhamdulillah sangat, balik je umah lepas abis berubat tu, keadaan maliki dah makin stabil, dah boleh duduk kat bawah elok2 tanpa menangis dan menjerit. siap boleh senyum2 lagi time ibu dan ayah dk agah2 dia. malam pon dah boleh tido lena sikit walau xselena sebelum2 nie tapi at least xde la tido sekejap2 lepas tu menangis menjerit bagai.


berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..........