Monday, June 13, 2016

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah 8 ramadhan rupanya rnie. ramadhan tahun nie sambut berempat. ramadhan tahun lepas tengah pregnant anak kedua. ramadhan 2 tahun lepas sambut bertiga. ramadhan 3 tahun lepas tengah pregnant anak pertama. Masyaallah, cepat betul masa nie berlalu.....

Sepanjang 8 hari berpuasa nie, dah 2 ari berturut2 kitorang laki bini x sedar langsung waktu bersahur. ya ampun, padahal malam tu kemaen lagi beria kunci jam sambil set volume alarm yang paling kuat. sahur time last minute pon banyak kali jugak, sedar2 je lagi 10-15 minit nak masuk waktu subuh. fuh, mencabar mental dan fizikal betul la..hihihi

Menu bersahur pulak depends gue sedar jam berapa. kalau sedar awal, haa sempat la masak lauk. kalau x sempat nak masak, gue panaskan je lauk berbuka. kalau dah last minute sangat sedar, kitorang laki bini nie sahur dengan roti sapu nutella je. sedih betul. nasib baik time tu hari ahad, seharian kitorang x keluar ke mana. alhamdulliah, mampu bertahan sampai ke maghrib..hohoho

Untuk menu berbuka pulak, biasa gue akan tapaw lauk siap2 kat bazar ramadhan area ofiz dengan ofizmate. tepat jam 4.30 petang, kitorang terus berdesup ke bazar. balik umah cuma masak nasi dan air je. kalau dah jemu dengan lauk yang ada kat bazar tu, gue tapaw je nasi kerabu..hihihi kuih muih memang x boleh miss. rasa macam x kenyang aje makan nasi tanpa ada dessert. haa gittew.. =P

Harapan gue pada ramadhan kali nie adalah semoga waktu sahur kitorang pada masa yang akan datang tidak akan terbabas lagi. cukuplah 2 hari tu je. huhuhu selamat berpuasa kepada semua rakan2 blogger. oh ya, berapa hari lagi ye kita nak raya? hm, jawapannya ialah - 22 days to go! hik3,

Last but not least, salam ramadhan al-mubarak daripada kitorang laki bini..=D

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat berpuasa

Kakzakie Purvit said...

Patut ramadhan tahun ini pregnant anak ke3 tahun depan puasa berlima hihi..
Apa pun salam ramadhan juga dari kakak ye Erma..

Best kan berbuka kena kacau anak kecik:)

Maman Reen said...

Salam Ramadan juga.. Reen singgah sini sambil komen dan follow blog sis. Follow back..? :)