Monday, July 22, 2013

Darurat Bersalin Bukan Semudah Itu..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Entry kali nih gue sekadar nak berkongsi satu artikel sebagai peringatan kepada diri sendiri dan jugak kepada mummy-to-be yang lain..sesungguhnya, kita hanya mampu berusaha dan selebihnya, berserahlah kepada-Nya..

Isu Tanbih, bertajuk Darurat Bukan Semudah Itu tulisan Puan Noraslina benar-benar menyentap hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu. Pengalaman saya mendapatkan rawatan kehamilan di klinik dan hospital kerajaan sejak anak sulung hingga anak yang ketiga seolah-olah menjadi 'igauan ngeri' buat saya hingga sekarang.

Bukannya masalah masa menunggu yang lama atau layanan khidmat diberi kurang memuaskan, sebaliknya saya menerima 'sentuhan' tangan dari doktor yang berlainan jantina. Tidak dinafikan ketika itu, saya masih berada dalam keadaan yang jahil berpegang kepada konsep 'darurat'. Jadi saya menyimpulkan tidak mengapa mendapatkan rawatan doktor lelaki sepanjang tempoh kehamilan.

Namun, ada juga rakan yang bertuah kerana mendapat 'sentuhan' doktor muslimah sepanjang kehamilan dan proses bersalin berlaku di hospital kerajaan. Syukurlah. Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran.

Walau ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce berlaku. Malah, ketika dalam labour room pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!.

Semoga Allah mengampuni dosa saya dan suami ketika itu kerana tidak berusaha mendapatkan rawatan dari doktor muslimah di hospital swasta. Namun, ketika mengandungkan anak yang keempat tahun lepas, saya berazam untuk tidak membenarkan diri disentuh doktor lelaki sepanjang kehamilan.

Harapan saya itu disuarakan kepada suami dan Alhamdulillah suami sangat memahami rasional di sebalik permintaan saya itu. Ujian Allah datang lagi. Ketika memasuki trimester ketiga kehamilan, perniagaan saya dan suami benar-benar merosot dan kami menghadapi masalah kewangan yang agak serius.

Saya agak buntu, kerana hasrat di hati ingin bersalin dengan mendapat rawatan dari doktor muslimah, tetapi caj di hospital swasta agak mahal. Sedangkan jika bersalin di hospital kerajaan, bayaran yang dikenakan sangat berpatutan, namun kita tidak boleh memilih doktor.

Akhirnya, saya menggadaikan gelang tangan, satu-satunya emas kesayangan milik saya, dengan harapan dapat bersalin di hospital swasta dengan berbidankan seorang doktor muslimah.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melahirkan seorang puteri dengan mudah, ditemani suami yang tidak putus-putus memberi semangat sepanjang proses kelahiran. Sejak hamil, saya sudah berniat, andai bayi yang dikandung seorang puteri, biarlah dia menjadi seorang pakar perbidanan.

Semoga Allah membantu saya dan suami untuk mendidik anak perempuan kami ini berjaya menjadi doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi apabila dia dewasa kelak. Biarlah pengalaman saya dirawat doktor lelaki tidak dilalui oleh ibu-ibu hamil yang lain. Semoga lebih ramai wanita akan dapat menceburkan diri dalam bidang perbidanan, sekali gus menunaikan fardhu kifayah.

Sehingga kini, bayi saya berusia tiga bulan, membesar dengan sihat. Namun gelang emas kesayangan saya masih belum dapat ditebus. Biarlah gelang emas itu terus dalam lipatan sejarah kerana Allah telah mengurniakan seorang puteri yang saya impikan selama ini. 

Hati terubat ketika membaca artikel Puan Noraslina Jusin kerana sekurang-kurangnya saya sudah memilih dan melakukan yang terbaik untuk mendapat zuriat yang berkat. Hati juga terubat kerana saya telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri disentuh oleh doktor wanita muslimah sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi berlaku.

Sejujurnya saya agak kecewa kerana masih ramai di luar sana sempurna penjagaan auratnya di sepanjang masa, namun tewas ketika mendapatkan rawatan sepanjang kehamilan dan bersalin dengan doktor lelaki atas alasan darurat.

Ada yang berkata 'dengan doktor lelaki lebih mudah, lebih lembut layanannya'. Ada juga yang berkata 'doktor tu pun dah tak hairan dengan kita, sebab dia dah merawat ribuan pesakit, dah naik lali dah'.

Macam-macam alasan yang diberi untuk menghalalkan keadaan. Harapan saya, agar isu ini dapat dikupas dengan lebih kemas dan teliti dalam keluaran yang akan datang. Mungkin, masih tiada kesedaran atau tekad yang kuat untuk kita mendapatkan rawatan dari doktor muslimah sepenuhnya.

13 comments:

Shizan Syafik said...

betul tu.. even tuk rawatan biasa pun kalau boleh mmg taknak doktor lelaki.. sekrang tgh berusaha nak bersalin kat private..

Fiqah said...

Husband saya pun pantang dengan dokter lelaki. So far Alhamdulillah checkup kat kerajaan masih lagi dokter perempuan. Saya pun nak pegi private. Tapi kalau kena c-sec memang tak mampu la nak pergi swasta.

HeNRieTTa JoSe said...

itu la...swasta kdg kdg charge terlalu mahal...hanya golongan berkemampuan sj yang boleh kesana...diharapnye...di hospital gov, biarlah doktor wanita selagi ada...klu dah darurat tu laen citer...

Fifi Nadhrah said...

fifi ade bace cerite ni.. hebat pengorbanan mereke berdue..

ros_reeza said...

betul, kadang kala kita telah menjaga aurat kita sebaik mungkin, namun tewas di klinik/ hospital..

QueeN TerataI said...

sebaiknya pilihlah hospital yg doktornya perempuan. selalunya hospital private kita blh request doc ape & kebiasaannya bila bersalin mmg doc perempuan. apa salhnya habiskan duit kat hospital private demi menjaga diri kitakan.. simpanlah duit dr awal mengandung..

p/s: trial set pun ada kalo minat blh sms akak yer.. ;)

aniswany lazim said...

oh slama ni mmg xpenah pikir soal aurat time bersalin sbb pkirkan darurat & terpaksa..

so anis dh dpt tips lepas kawen nnti :) thanks sharing

Zaza said...

dapat tip..betul kan..hrp dgn doc.wanita je nanti..xmau laki..hihi

Tihara said...

menarik kisah ni, moga anak tu nanti jadi harapan bangsa dan negara dlm bidang perubatan..
hubby akak pn dah prepare utk hospital swasta tp baby lom muncul2 lagi..insha Allah

sal ya said...

itu yg berkemampuan. yg tak mampu ttp tak mmpu.

Siti(zoey) said...

dilema ni kan :(

Miss Volvo said...

kalau hidup senang boleh la bersalin kat swasta :)

Juliet_iRa~" said...

lepas ni mmg kena mula kumpul duit utk bersalin kat swasta huhu

:)