Thursday, May 26, 2016

Ceritera 5 bulan Maliki..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, lagi 4 hari je hero cilik ibu nie nak genap 5 bulan. alahai, cepat betul masa nie berlalu. si abg pulak lagi 2 bulan ++ nak genap 3 tahun. Memandangkan bersalin kali nie gue diberi peluang untuk bercuti selama 3 bulan, gue rasa bahagia sgt2 sebab boleh spent masa yang panjang dengan baby. si abg ritu lebih kurang 2 bulan macam tu je..........huhuhu

Tapi tu la, rezeki masing2 kan. si adik nie, umur 4 bulan dah kena stay dengan pengasuh. si abg ritu, umur 9 bulan ++ baru kena stay dengan pengasuh. itu pon sampai 7-8 orang pengasuh! hahaha kelakar pulak bila di ingat balik. hopefully pengasuh yang sekarang nie maintain ok la kan, insyaallah semoga semuanya baik2 aje hendaknya.. =)

Kitorang 3 beranak stay kat kg. dalam 2 bulan macam tu je. bulan ke-3 kitorang dah balik mantin sebab c eraziwan mengadu sunyi katanya dk sorang2 kat umah. hahaha sian dia. memandangkan gue masih lagi kekok nak uruskan 2 anak sensorang, so gue ajak la sekali mak ayah gue balik mantin. x sangka pulak diorang nak ikut. alhamdulillah sekali lagi dan lagi......hihihi =D

my new born baby, Muhammad Adam Maliki.. =')

1 month - hero cilik ibu nie asyik tido aje di siang hari, kalo malam hari pulak kemaen lagi berjaga..=.='

2 month - sian, kecik2 dah demam.. =(

3 month - time mood dia elok, senyuman tu x penah lekang di bibir. cer time mood kelaut? =P

4 month - pose maut abam sado..hahaha

5 month - dah pandai gelak besar dah.. (",)

Next check-up 5 bulan maliki pada 6 jun nanti. hopefully adik x demam la lepas kena inject ek sebab ibu dan ayah plan nak p shopping raya lepas habis check-up adik. ibu dan ayah bukan x nak bawak adik dan abg, tapi kitorang takut korang bosan nanti. boleh macam tu? hahaha ok bai! =P

4 comments:

Inani Hazwani said...

Comelnya baby. Semoga membesar dengan sihat :)

paridah said...

COMELNYA BABY SEJUK HATI MENATAP WAJAHNYA...

LadyBird said...

Alhamdulillah.. Dah 5 bulan.. Anak yg sulung tu sebaya anak sulung lady.. Lady doakan Adam jadi anak soleh.. Membesar dengan sihat.. Ameeenn..

Kakzakie Purvit said...

Masya-Allah senyuman betul-betul menggoda auntie ni tau sayang
Comelnya hero cilik Erma:)

C.L.I.C.K.2