Sunday, July 12, 2020

Booking Bersalin @ KPJ Seremban

Assalamualaikum w.b.t.. ;)

Alhamdulillah, akhirnya ada jugak entry baru setelah hampir 2 tahun blog sis nie krik2 aje..haha bz sangat tu mak anak 3 nie..insyaallah jugak, 8/8 nanti sis akan menimang cahayamata yang ke-4, insyaallah kali nie baby girl..hiks

Tujuan entry nie di post sebab sis agak frust sebab masa tengah google review bersalin kat kpj seremban, x banyak pon post yang ada..2020 xde langsung, 2019 ada la satu dua..itu yang sis decide nak create post untuk memudahkan bakal ibu2 diluar sana mencari maklumat berkenaan kpj seremban nie, gittew hihi

Sebelum sis decide nak booking bersalin di kpj seremban, ada jugak la sis helo2 hospital swasta kat area negeri sembilan nie. Antaranya salam senawang, columbia asia seremban dan hospital bersalin sukhilmi. Akhirnya, sis decide untuk pilih kpj seremban setelah mengambil kira pakej bersalinnya 3k dan ada 2 orang doktor perempuan. Kot la time turn kita nak bersalin karang, doc kita tu x available, ada la jugak doc backup perempuan ye dak

Oh ya, syarat nak bersalin kat kpj seremban nie simple je uols, at least kena checkup 1x sebelum bersalin dan tiada bayaran booking diperlukan. Means, dibuatnya kita tiba2 x jadi nak bersalin kat situ, x de la burn duit booking kita tu kan sebab sis plan nak balik bersalin kat kampung, saje je la booking kpj seremban nie kot2 baby x sabar2 nak keluar ke, mana la tau..harap2 sempat ler balik kampung hihi

Sis g checkup pada 10/7/20 yang lepas, standard prosedur dia timbang berat, check urine, check tekanan darah, scan baby dan soal jawab bersama doc. Kata doc, bermula 1 Julai, hanya isteri yang perlu ambik ujian covid sebab sebelum nie, suami isteri yang kena buat ujian tu dan hanya suami dibenarkan teman isteri di hospital, pelawat lain tidak dibenarkan langsung.

Total checkup sis ritu hanya rm127 uols, sangat affordable bagi sis. Caj pendaftaran rm7, caj konsultasi doc rm90 dan cas prosedur rm30. Doc Rosy sangat friendly okay, time scan baby tu sempat lagi dia tunjuk muka baby dalam bentuk 4d, siap cakap lagi muka n hidung baby sis nie macam muka ayah dia. Laki sis apa lagi, sengih sampai ke telinga la jawabnya..nyampah! haha

So, next checkup sis pada 24/7/20 nie..memang x dapat la sis pegi sebab sis dah inform doc awal2, kalo sis sempat balik kampung, sis x jadi la bersalin kat kpj seremban nie dan doc pon okay je. Cuma doc cakap kalo x sempat balik kampung, bila dah rasa sakit2 tu terus je datang kecemasan dan buat ujian saringan covid, lepas tu sis akan dibawa ke aras 4, tempat clear daripada covid sebab kalau x sempat buat ujian saringan covid, sis akan dibawa ke aras 3, kat situ memang risiko la skit sebab x dibuat saringan covid.

So, itu jelah info yang boleh sis kongsikan setakat nie. Insyaallah, semoga bermanfaat buat ibu2 yang sedang survey tempat bersalin macam sis sebelum nie, hihi

Thursday, August 2, 2018

Hamil selepas keguguran

Assalamualaikum w.b.t.. ;)

Fuh, macam x percaya aje dah 8 bulan rupanya gue x update blog. ingatkan baru 2-3 bulan. cepatnya lahai masa nie berlalu. Alhamdulillah, sekarang nie gue dah pon memasuki 2nd trimester, 24 weeks pregnant selepas 3 bulan keguguran pada 12 November 2017 yang lalu. Entry kali nie lebih kepada perkongsian mengenai perjalanan kehamilan semula selepas keguguran.

Masa keguguran ritu, gue ke Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi untuk dapatkan pengesahan samada janin dah habis keluar atau belum dan atas nasihat doktor, dia suruh gue berehat selama 3 bulan dulu untuk bagi rahim fully recovered sebelum plan untuk hamil semula disamping kena makan asid folik secara konsisten sepanjang 3 bulan tu.

Bulan pertama selepas keguguran, kitaran period gue dalam 33 hari, bulan kedua dalam 32 hari dan bulan ketiga dalam 28 hari. Maksudnya disini, sepanjang gue amalkan asid folik selama 3 bulan tu, kitaran period gue dah kembali teratur dan alhamdulillah, bulan keempat tu terus lekat. Sepanjang 1st trimester tu, gue hanya amalkan asid folik sahaja atas nasihat doktor pakar di Klinik Pakar USIM.

Kononnya untuk pregnancy kali nie gue nak la try set hamil salindah sebab tengok testimoni macam best aje. Sekali, bila doktor pakar tanya supplement apa yang gue amalkan masa 1st trimester, terus aje dia minta gue stop sebab isi kandungan salindah itu agak diragui sebab kat botol tu kosong aje xde tulis pape so better makan je asid folik yang memang kita tahu apa isi kandungannya.

Kiranya sepanjang 12 weeks pregnant tu gue cuma amalkan asid folik aje. 16 weeks pregnant pulak doktor minta gue upgrade daripada asid folik kepada obimin sebab katanya asid folik sahaja dah tak cukup untuk kandungan. Alang2 tu gue minta sekali kalsium sebab time tu gue dah start rasa macam tertarik urat gitu. Kiranya sepanjang 2nd trimester nie, gue cuma amalkan obimin dan obical sahaja.

Insyaallah untuk incoming 3rd trimester pula, doktor dah siap2 minta gue upgrade daripada obimin kepada obimin pluz sebab katanya obimin pluz dah ada sekali dengan dha. So gue x perlu nak makan vitamin berbiji2, cukup sekadar sebiji obimin pluz dan sebiji obical. Sekian sahaja perkongsian gue untuk perjalanan kehamilan semula selepas keguguran. Semoga bermanfaat untuk yang memerlukan.

5 @ 6 weeks

9 weeks 2 day
  
13 weeks 2 day

17 weeks 2 day

22 weeks 6 day

24 weeks

Tuesday, December 19, 2017

6 steps flawless makeup routine

Assalamualaikum w.b.t.. =)

Sebelum nie gue ada share tentang 8 steps skincare routine. so entry kali nie gue nak share tentang 6 steps flawless makeup routine pulak. kesinambungan daripada entry lepas la senang cite hihi tapi kalo nak amalkan rutin nie untuk makeup harian p balik keje macam tak sesuai sangat sebab pagi2 gue asyik rushing memanjang, mana sempat nak makeup beria bagai huhu sempat tepek yang basic je pon dah bersyukur sangat2. at least xde la p keje dengan muka pucat baru bangun tido aje haha

Tanpa membuang masa, jom kita check it out 6 steps makeup routine using mary kay products :-

  
1. prep and prime
mary kay eye primer - rm53
mary kay foundation primer sunscreen spf 15 - rm84
mary kay lash primer - rm79
- membantu mengurangkan tampilan garisan halus dan kecelaan serta memanjangkan pemakaian bedak.

 
2. apply foundation
mary kay cc cream spf 15 - rm79
mary kay mineral powder foundation - rm76

 
3. conceal and highlight
mary kay undereye corrector - rm49
mary kay perfecting concealer - rm49
- 'mengangkat' kawasan2 gelap pada wajah secara optik.

4. set your color look
mary kay translucent loose powder - rm72
- mencipta kemasan matte. satu warna yang boleh dipadan dengan semua tona kulit.

5. healthy, glowing finish
mary kay bronzing powder - rm64
- sempurna untuk kontur atau bronzing secara keseluruhannya.

6. finish your look
mary kay makeup finishing spray - rm79
- menggunakan finishing spray yang mengering dengan dengan cepat dan mengekalkan mekap tampil segar.

Steps flawless makeup n skincare routine nie pon gue baru perasan time tengah belek2 the look book mary kay tahun 2015 yang bertahun dalam ibook gue tu. selama nie x perasan langsung mary kay ada provided rupanya cara2 penjagaan wajah dan flawless makeup. tapi sayang, apa yang buku tu provided tidak menyeluruh sebab banyak lagi produk yang gue x tau cara penggunaan yang betul haha