Tuesday, May 23, 2017

Day 3 - Percutian 3H2M di Pulau Langkawi

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Pejam celik pejam celik, dah hari ke3 rupanya kitorang kat langkawi nie. Rasa macam cepat sangat2 masa berlalu. Tak puas rasanya spend masa dengan mak ayah dan adik2 yang datang direct daripada kampung. Insyaallah, raya nanti kita jumpa lagi ye hihihi Tanpa membuang masa, ayuh kita proceed perkongsian untuk hari yang ke-3 pula.

16 Mei 2017 (Selasa) - Lebih kurang jam 8 pagi, kitorang gerak ke pantai cenang untuk sesi mandi manda dulu sesudah isi perut di rumah. Setelah penat dan puas bersuka ria di pantai, kitorang pulang semula ke homestay untuk kemas2 barang sebelum check-out. Lepas tu kitorang ke gerai laksa ikan sekoq untuk brunch memandangkan jam dah pukul 11 pagi. Gue x makan laksa, so gue order pesembur aje. Abang n adik gue kemain lagi tambah order, sedap sangat agaknya laksa tu hahaha

off to pantai cenang

hello pantai cenang!

beach boy 1

beach boy 2

beach girl

brunch di gerai laksa ikan sekoq

Setel isi perut, kitorang bergegas ke jeti kuah pula untuk pulangkan nissan urvan dan beli tiket feri. Kos diesel nissan urvan sepanjang 3 hari = rm70 sahaja. Nasib baik sempat naek feri jam 2 petang. Tiket feri kitorang beli di kaunter aje, x berani nak ambik risiko beli online sebab takut kena tinggal dek feri hihihi Kalo beli kat kaunter, x boleh beli pergi dan balik. Kena beli sehala sahaja. Tapi x kisah la kan, janji selamat. Perjalanan feri ke kuala kedah pula cuma ambik masa 1 jam 30 min sahaja.

thank you nissan urvan for the past 3 days 

nice stay at lodge 63 homestay

bye2 langkawi island, till we meet again!

4 comments:

Anum said...

syoknya cuti2

Pondok Usang said...

actually sebenarnya diriku tak penah pi langkawi lagi.. huhu..

Mizz ErMa said...

@Nurzakiah Hanum syok sgt sbb family day kan hihi

Mizz ErMa said...

@Pondok Usang boleh la p honeymoon kat sini nanti hihi