Thursday, March 17, 2011

F.R.I.E.N.D.S


Gambar kenang-kenangan bersama wani + sue + nana dengan style baju keparat..ops, korporat! hee =)

Dating beramai2 di Mid Valley..(ramai la sgt..ber5 jer) hee

Geng2 polisas taem Latihan Praktikal kot? not sure lorr..

Makan2 di Merry Brown Taman Bendahara..=)

Baru jer abis dinner taem Sem 1 bersama rumet, Linda..(skrg da lost contact) huhuhu

Cik Chipsmore yg sekejap ada, sekejap xder..hihihi

Kenalan baru di booth ape ntah taem praktikal dulu..1st taem outstation..(outstation la sgt, dari temerloh ke kuantan jer) hee

Bersantai di TC a.k.a Telok cempedak bersama Linda + K.ira..^^

Tetap dihati, staff Majlis Perbandaran Temerloh..K.jah + K.ita + K.zu + Jeera + Abg Fab..=)

Tak lupa juga K.zila, yg kerap kali gak hantar gue balik umah..thanks a lot! hee ^^

Berbaju kelas bersama Cik Enie + Cik Sal + Sue..=)

Bersama Cik Anies, bersantai lagi di TC..hee

Hee..sedang menonton tayangan perdana anjuran Kamsis..(cite Kiamat dah dekat kot?) >.<

Di hari konvokesyen kami..Thah + Ain + Yani + Shila + dak kelas diorang..(kantoi suda gue xigt nama) hihihi =P

My rumet Sem1, Atie~ hehehe ^^

Get ready nk p kelas~ hee

Semangat ngah berkobar2 nak join Xplorace..hihihi

Makan2 di Food Court Mid Valley..kyg bgt..hee^_^

Rutin harian, berkumpul sebelum bertolak ke kelas..hihihi

Bergambar bersama pengantin yg cun! Jeera~ >.<

Azie, kenalan baru taem outstation ritu..p skrg da lost kontek..huk3,

Purple vs Blue! hee..

Monday, March 14, 2011

Saranghae! ^^

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan
sentiasa bermain di mata.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki
mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu,
Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u', itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga
melalui bahasa tubuhnya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa
depan anda.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia
bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa
dihargai.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk
menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat
lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia
menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang
baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan
masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh
perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda
akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya
sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan
percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia
mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di
hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan
menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di
hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-
benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan
sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air
matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan
seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya
perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang
bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan
kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong
anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk
anak2 anda.

Sunday, March 13, 2011

B.o.S.a.N

Huu..wiken gue minggu nie amat membosankan! kebosanan tu da terasa stat gue bangun tido pagi tadi lagi sampai la sekarang n bahang kebosanan tu makin terasa stat lps maghrib td sebaik sahaja rumet2 gue a.k.a kakak2 gue kua p tgk wayang kt mid valley..tersangatlah menyesal x ikut diorang! huk3, keseorangan di rumah betul2 membosankan..T.T

Motif gue x ikut? konon2nya igt akan ada la sesape yang akan ajak gue kua tapi hampeh! =/ bosan pny bosan sampaikan nak p driving class esok pon xder mood..oleh sebab teringatkan test JPJ gue yg sedang menghitung hari tu, gue gagahkan jugak jari jemari gue ini sms cikgu tny class esok stat kul bape..last2, bini dia call inform cikgu ada kursus sampai 18hb nie n of coz ler esok xkan ade class kan..wat pnt gue jer pk nk p class ke xnk..hihihi i like! =D

Antara bukti2 kebosanan gue pada hari ini ialah gue layan komik yg bertajuk 'sekolah detektif Q vol 6' yg bikin gue saspen skit, lepas tu, buat pertama kalinya gue anta sms ke teman2 gue bertanyakan xtvt diorang dengan harapan, akan ade sorang dua yg free nak teman gue p jejalan..hihihi antara teman2 gue yg terpilih itu ialah :: Cik Enie + Syidah + Dila + Suhada + Shahidah ::

Respon dr cik enie sebaik jer gue sms tny tgh buat apa ialah, 'sy tgh siap2 nk kua ngan cik abg nie..' huk3..gue bwu jer plan, best gk lau bleh g lpak2 ngan cik enie nie..>.< Respon dr suhada lak, 'aku tgh bz wat esaimen nie..' huk3..last2 gue mintak jer resepi nak buat megi goreng..hihihi baek pny~ Last2 gue da terpesong dr motif sebenar a.k.a nk p lepak2..berborak la kejap sal plan nk blk kg bulan 6 nie ngan syidah + dila + shahidah..hee =P

HEROES

Haa..tu dia tajuk nestam kite..sgt best + sedih skit2 sampaikan berair gk la mata gue nie dibuatnyer..(sedih skit2 la sgt) hihihi cite yg mengisahkan tentang kehidupan 3 buah family yg menerima surat terakhir daripada anak + suami n ayah + adik yg keje sbg tentera..watak utama cite nie gue xknl pon, watak sampingan die jela yg gue knl skit2..hihihi =P

Xtvt lps layan nestam? huu..apa lagi, gue sambung la baca komik 'sekolah detektif Q vol 7' lak..hee da abis vol 7, ala..kes bersambung ke vol 8 la plak..vol 8 xde stok lg nie..hampeh tol la..da bosan layan fb, gue layan game pacman + spider solitare plak..hampeh gk maen game tu, susah tol nk dpt score tggi..pacman, u sombong ngan i yer..xpe2..c spider solitare pon satu, ssh tol nk menang..stau gue, 200x maen, skali jer penah menang..pny la xcited masa tu..hee =D

Huh..panjang lebar tol cite gue..nie bwu summary utk yg rnie punya..yg besok pny xtau lg..adoi..oleh sebab esok driving class gue da terbatal, kakak gue pon booking laa gue mintak teman dia p kenduri kawen kawan die, gue pon ape lg..on jela dari terus dibelenggu kebosanan kan..hihihi k lah, penat suda..dapat fullmark dari cikgu pon best gak nie tuk karangan yg ntah pape ntah..hee =P