Monday, March 14, 2011

Saranghae! ^^

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan
sentiasa bermain di mata.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki
mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu,
Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u', itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga
melalui bahasa tubuhnya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa
depan anda.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia
bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa
dihargai.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk
menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat
lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia
menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang
baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan
masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh
perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda
akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya
sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan
percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia
mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di
hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan
menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di
hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-
benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan
sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air
matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan
seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya
perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang
bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan
kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong
anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk
anak2 anda.

No comments:

C.L.I.C.K.2