Thursday, March 29, 2012

D.I.Y Tudung + Veil Nikah, Done! =3

Yea~ setelah berhari + berminggu2 gue dk tekun mengisi masa lapang gue di malam hari dengan aktiviti jahit menjahit ini, akhirnya, semalam gue dengan bangganya ingin mengisytiharkan bahawasanya tudung + veil untuk majlis akad nikah gue nanti udah pon siap sepenuhnya..hooray! hehehe dan mulai saat itu jugak, gue akan cuba sedaya upaya gue untuk pekakkan telinga gue kalo ade makhluk2 Allah yang berani mengutuk hasil usaha gue ini..(boleh macam tu?) hahaha =P

Of coz ler boleh, apesal tak boleh pulak kan? hehehe tapi kalo ade sesape yang teringin nak memuji @ mengkagumi hasil usaha gue ini, of coz lah gue akan sudi mendengarnya kan? bak kata patah2, kecik tapak tangan, nyiru gue tadahkan..tapi itu pon kalo pujian tuh ikhlas lah kan, kalo tak ikhlas baek dk diam2 aje..haa, betul betul betul (tetiba c upin dan ipin nih menyampuk menandakan mereka bersetuju benar dengan kata2 gue sebentar tadi) ngeh ngeh ngeh~

so, tanpa membuang masa lagi, gue dengan sukacitanya mempersembahkan,
tadaa~
haa..ini lah dianya selepas berhari2 di make over oleh gue..lawa bukan? hehehe (ai, ade jugak yang jenis masuk bakul angkat sendiri macam nie ek) err..=.=' hihihi

oleh sebab gue nih bukannya seorang tukang jahit yang professional apatah lagi seorang designer yang berpengalaman, so..ini jelah hasil yang mampu gue persembahkan kepada diri gue sendiri dan alhamdulillah, tetiba gue rasa sangat bangga dengan diri sendiri sebab berjaya menghasilkan sesuatu untuk hari bahagia gue nanti..swit bukan c emma chan nih? hehehe =')

Oh ya, hari nie dah ari khamis, esok pulak ari jumaat, (ye, gue tau lusa ari sabtu dan semalam pulak ari rabu) ceh..suka2 ati dia aje nak menyampuk! apa yang gue nak katakan disini ialah, esok mummy + daddy gue nak datang kl..yea~ tapi diorang datang berdua aje, adik2 tak iqot sekali..hm, rindunya kat adik2 tapi apa boleh buat T~T apa yang gue nak katakan disini ialah, gue xsabar nak tunjukkan mak gue tudung + veil2 gue nih..hopefully dia akan memuji lah kan~ hehehe


Wednesday, March 28, 2012

Penangan Kedai RM2~

Wah, tak sangka betul gue kat sini pon ade jugak kedai rm2..ingatkan kat kg. aje ada kedai rm2 nih..hehehe oleh sebab benang kaler putih gue udah kehabisan stok gara2 tiap2 malam gue dk jahit veil pakai benang putih nih tak henti2, maka pada ari isnin yang lepas c eraziwan ajak lah gue p cari stok benang kat kedai rm2 nih..kata gue, setakat nak beli benang satu gulung, tak perlu ler ke kedai rm2 tu, kat kedai2 runcit pon berlambak kan..

Tapi memandangkan c emma chan ini seorang kekasih yang tersangatlah baek hati lagi penyayang dan lemah lembut, maka gue turutkan jugak lah kemahuan c eraziwan itu..huhuhu (perlu ke hang dk masuk bakul angkat sendiri cenggitu?) err..entah, perlu la kot walaupun hakikatnya, hanya kami yang tahu kebenaran kata2 gue itu..hahaha (lorr, nampak sangat kata2 hang tuh tak boleh pakai) hm, apa boleh buat..rambut sama hitam tapi hati laen2~ huhuhu =.=

so, nak dijadikan cite, ini lah dia hasil daripada niat nak p cari benang putih + cuci2 mata kat kedai rm2 yang bertempat di pekan sungai besi, kuala lumpur ini..huhuhu

haa, tu dia..
dengan bermodalkan rm2 aje, gue mampu miliki 10 gulung benang hitam + putih ini..
makin sakan ler gue dk menjahit lepas nih..hehehe

dan tiba2?
boleh pulak c eraziwan nih mintak benda yang bukan2 daripada gue..
(benda yang bukan2 kah ini?)

err..entah, mungkin boleh dikategorikan sebagai benda yang bukan2 jugak la kot sebabnya?
ade ke patut dia mintak gue masakkan dia lunch pada hujung minggu ini?
OMG~

memang complete lah barangan yang dia ambik untuk menjayakan permintaannya yang bukan2 tuh..
satu set okeh! wu3, T..T

dan nak dipendekkan cite lagi, ini lah dia beberapa item yang sempat kami kebas kat kedai rm2 tuh.. walaupun kedai dia tak de la besar sangat tapi sume benda ada kat situ tau..bak kata patah2, macam2 ada~ dan tak mustahil ler lepas2 nih kami akan jadi pengunjung tetap kedai tuh nanti..boleh macam tu? hahaha

Mengenai permintaan c eraziwan pulak, ini merupakan kali yang pertama dia mintak gue masakkan dia hidangan tengah hari okeh! tapi kitorang plan nak p picnik lepas asar..hm, kalo macam tu, itu bukan hidangan tengah hari dah tapi hidangan makan malam..uhuhu antara menu yang diminta ialah, tomyam seafood, sayur kangkung goreng belacan dan telur dadar..owh tidak~ gue da lama kemaen tak masuk dapur okeh..T___T

Mungkinkah dia saja aje nak test kemahiran memasak gue sebelum gue yang baek hati lagi penyayang dan lemah lembut nih sah bergelar isterinya yang sah pada suatu hari nanti? owh tidak~ nampaknya lepas nih gue kena selalu masuk dapur ler jawabnya..kang kalo gue masak tak sedap kang, dia p mengadu kat bakal mertua pulak bagitau yang bakal menantu dia nih tak pandai masak..uhh, tak patut betul..T~T


Tuesday, March 27, 2012

Jangan Undang Jenayah!

Wah, kemaen lagi bersemangat tajuk entry gue kali nih..hehehe maklum ler, sejak gue mula berjinak2 dengan majalah mingguan wanita nih, banyak pulak info yang gue dapat..so, apa salahnya kalo gue berkongsi sedikit sebanyak info yang gue dapat tuh dengan c sweet + sour gue nih kan..sekurang2 nya, berbaloi2 la jugak duet yang c eraziwan laburkan~ hehehe

So, tanpa membuang masa lagi, moh kita sama2 layankan tips2 yang tersangatlah berguna daripada majalah nih kepada pemandu2 wanita especially kepada mereka2 yang masih baru dalam dunia pemanduan ini dan mereka2 yang gue maksudkan tadi of coz lah termasuk dengan gue kan sebabnya lesen gue baru berusia 8 bulan dan pengalaman gue drive pulak baru +- 3 bulan..hehehe

1. Rajin mengunci kenderaan. Lazimnya kenderaan terkini dilengkapi kemudahan 'auto-lock', bagaimanapun ia akan terkunci secara automatik setelah anda menekan brek pertama. sebaiknya, anda mengunci kenderaan sejurus anda memasuki kenderaan. selepas itu, barulah anda memeriksa kedudukan cermin pandang belakang, menyelaras tempat duduk dan memakai tali pinggang keselamatan.

2. Jangan sesekali meletakkan beg tangan di atas tempat duduk penumpang. ini memudahkan lagi tugas penjenayah tersebut. bagi mengelakkan cermin anda dipecahkan dan beg tangan dicuri, letakkannya dibahagian bawah dan tersorok daripada pandangan.

3. Berhati2 apabila anda meletakkan kenderaan. jika anda berasa curiga ketika mahu ke kenderaan, minta bantuan daripada pengawal keselamatan di lot parkir tersebut (jika ada).

4. Jika menuju ke kenderaan, sediakan kunci kereta lebih awal. jangan apabila sampai di kenderaan barulah anda mencari kunci di dalam beg.

5. Ambil perhatian pada kenderaan yang ada berhampiran dengan kenderaan anda. bimbang jika ada penjenayah yang menyorok di balik kenderaan mahupun di dalam kereta.

6. Jangan memberanikan diri membantu mereka yang mengalami kerosakan di tepi jalan. jika betul anda berniat baik untuk membantu, telefon pihak lebuh raya dan maklumkan lokasi kenderaan rosak tersebut.

7. Pastikan kenderaan anda diselenggarakan tepat pada masanya. ini dapat mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu dan menyebabkan anda terdedah kepada penjenayah.

8. Guna pakai semua kemudahan keselamatan dan ciri kawalan yang terdapat pada kereta. jika berkemampuan, tidak salah sekiranya anda membuat pelaburan atau meletakkan faktor keselamatan antara kriteria utama ketika membuat pilihan pembelian kenderaan.

9. Selain itu, pastikan bateri telefon anda penuh. jika berlaku kecemasan, anda boleh menelefon bagi mendapat bantuan. paling penting, bagi yang menggunakan kad prabayar, pastikan juga ada nilaian kredit.

10. Utamakan keselamatan diri anda. jika penjenayah menyasarkan kenderaan dan barangan berharga anda, berikan sahaja bagi mengelakkan anda dicederakan. bersikap tenang dalam situasi tersebut. keluar daripada kenderaan dan cuba cari jalan untuk menjauhkan diri daripada penjenayah.

Uhh..gerun pulak bila gue memikirkan tentang risiko2 yang bakal dihadapi oleh pemandu2 wanita nih..selama nih mana penah gue bayangkan benda2 yang macam nih..biasa gue acah2 aje c eraziwan nih kalo dia selalu sangat lupa nak kunci kereta..maklum ler, otai nih biasanya mana la peduli sangat tentang keselamatan2 nih, gue selaku newbie terpaksa la bersabar mengingatkannya tentang bahaya tak kunci kereta..kui3,