Thursday, May 26, 2016

Ceritera 5 bulan Maliki..

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, lagi 4 hari je hero cilik ibu nie nak genap 5 bulan. alahai, cepat betul masa nie berlalu. si abg pulak lagi 2 bulan ++ nak genap 3 tahun. Memandangkan bersalin kali nie gue diberi peluang untuk bercuti selama 3 bulan, gue rasa bahagia sgt2 sebab boleh spent masa yang panjang dengan baby. si abg ritu lebih kurang 2 bulan macam tu je..........huhuhu

Tapi tu la, rezeki masing2 kan. si adik nie, umur 4 bulan dah kena stay dengan pengasuh. si abg ritu, umur 9 bulan ++ baru kena stay dengan pengasuh. itu pon sampai 7-8 orang pengasuh! hahaha kelakar pulak bila di ingat balik. hopefully pengasuh yang sekarang nie maintain ok la kan, insyaallah semoga semuanya baik2 aje hendaknya.. =)

Kitorang 3 beranak stay kat kg. dalam 2 bulan macam tu je. bulan ke-3 kitorang dah balik mantin sebab c eraziwan mengadu sunyi katanya dk sorang2 kat umah. hahaha sian dia. memandangkan gue masih lagi kekok nak uruskan 2 anak sensorang, so gue ajak la sekali mak ayah gue balik mantin. x sangka pulak diorang nak ikut. alhamdulillah sekali lagi dan lagi......hihihi =D

my new born baby, Muhammad Adam Maliki.. =')

1 month - hero cilik ibu nie asyik tido aje di siang hari, kalo malam hari pulak kemaen lagi berjaga..=.='

2 month - sian, kecik2 dah demam.. =(

3 month - time mood dia elok, senyuman tu x penah lekang di bibir. cer time mood kelaut? =P

4 month - pose maut abam sado..hahaha

5 month - dah pandai gelak besar dah.. (",)

Next check-up 5 bulan maliki pada 6 jun nanti. hopefully adik x demam la lepas kena inject ek sebab ibu dan ayah plan nak p shopping raya lepas habis check-up adik. ibu dan ayah bukan x nak bawak adik dan abg, tapi kitorang takut korang bosan nanti. boleh macam tu? hahaha ok bai! =P

Thursday, February 4, 2016

Pengalaman bersalin anak kedua

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, rnie dah pun genap ari ke 36 gue berpantang.. 4 days to go untuk habiskan tempoh berpantang..hihi memandangkan dah lama sangat gue x update c sweet + sour nih, rasa laen macam pulak bila tetiba rajin nak update..hik3,

Entry kali nie gue cuma nak share pengalaman dan tanda-tanda awal nak bersalin anak kedua.. Jujur gue cakap, pengalaman kali kedua nie sangat berbeza dengan pengalaman yang pertama.. Bersalin sorang2 tanpa ditemani suami disisi, awal 10 hari dari due, sakit yang x selama 1st baby, rasa macam bermimpi je..

Memandangkan tarikh due gue adalah pada 10 jan 2016, gue saje jela mintak cuti bersalin 2 minggu awal iaitu pada 28 dis 2015.. So, cuti krismas tu kitorang laki bini dah siap2 nak balik kg tapi c eraziwan belum mula bercuti lg, kitorang plan dia balik cuti panjang pada tahun baru nanti, cuti direct seminggu sebab kononnya time tu anytime gue boleh bersalin sebab anak sulong ritu awal 5 hari dari due..

Nak dijadikan cite, pada 31 disember 2015 jam 2.30 pagi, perut gue rasa memulas macam nak buang air besar.. So, gue p jela membuang kan, hihi tapi bila nak sambung tido balik, gue rasa macam nak buang air lagi sekali..rasa macam x sedap aje perut nie.. X lama lepas tu gue dah start rasa sakit perut selang 5 min sekali.. Haa sudah, masa tu jam dah pukul 3.30 pagi.. Gue cecepat wassap c eraziwan yang time tu masih di mantin, umah kitorang..

Oleh sebab c eraziwan x reply, gue call jela dr. lily dari klinik dan rumah bersalin lily, pasir mas bagitau yang gue dah start sakit perut selang 5 minit. Memandangkan ini my 2nd pregnancy, dr. lily suruh gue terus p klinik dia. Gue pon apa lagi, cecepat kejut mak dan packing barang2 ibu dan baby untuk kegunaan bersalin.

Kitorang sampai kat rumah bersalin lily tepat jam 4.30 pagi. Sampai2 aje nurse terus suruh masuk labour room sebab gue dah start sakit perut selang 5 minit walaupun belum ada tanda yang laen seperti pecah ketuban atau turun darah macam 1st baby. Untuk confirmation, nurse buat ujian ctg dulu, bila contraction makin kuat, dia terus panggil dr. lily.

Kalau x silap, masa tu dah pukul 5.30 pagi kot dan bukaan gue dah 4cm. Memandangkan kepala baby dah kebawah, dr. lily pecahkan air ketuban untuk cepatkan bukaan jalan. Ya allah, sakit contraction lepas dipecahkan ketuban memang x dapat nak digambarkan dengan kata2. Dah la sedih dan xde semangat sebab suami xde disisi, rasa macam loser je sebab dk tanggung sakit sorang2 walaupun time tu nurse ada tolong picitkan pinggang tapi still xsama sebab xde tangan untuk gue berpaut. Time sakit datang tu, gue hanya mampu pegang besi katil aje sambil berharap agar sakit itu cepat pergi.....

Kali kedua dr. lily check bukaan, alhamdulillah dah buka 8cm dalam masa 30min ++ kot? Masih belum boleh push, kena tunggu sikit lagi sampai bukaan 10cm katanya. Time tu x payah cakap la macammana perasaan gue, sakit, sedih, takut, mamai, semua bercampur aduk. Pinta gue cuma satu, cepatlah masa berlalu, dah x tertanggung rasanya menahan sakit sorang2 macam nie......

Alhamdulillah, dengan berkali2 push and rest, gue selamat melahirkan baby boy seberat 2.90kg pada jam 6.30 pagi yang diberi nama, muhammad adam maliki. Rasa macam x percaya aje gue berjaya lalui proses bersalin nie sorang2 walaupun ada mak ayah adik dan abg mika menanti di luar..hihi namun langit x selalunya cerah, lepas bersalin beberapa jam, gue kena rengat pulak selama 2 ari berturut2.

Orang kata, rengat nie bergantung kepada jumlah bilangan anak. Kalo anak kedua, dua ari la sakitnya dan begitu la seterusnya. Sakit rengat tu macam sakit contraction selepas pecah ketuban kot? Ke sebelum ketuban dipecahkan ek? Entahlah..hihi kalo x silap gue sakit rengat nie x semua orang kena kot? Sebab biras gue bersalin anak kedua x kena pon, tapi akak ipar gue yang bersalin anak keempat kena. Berhari jugak rasanya kena.

Last but not least, gue rasa bersyukur dan bangga sangat dengan diri sendiri sebab boleh survive sorang2, hihi gue rasa terhutang budi sangat dekat mak ayah dan adik2 sebab ada disisi disaat gue begitu memerlukan mereka. Ternyata, kasih ibu tidak ternilai harganya. Terima kasih mak atas segala layanan lima bintang mak itu, syukur..i am one of the lucky daughter in the world..... =')

P/s : info untuk mereka yang sedang survey kos bersalin, untuk anak kedua dan seterusnya rm1200, untuk anak pertama rm1500





Tuesday, June 16, 2015

Tips Cantik | set penjagaan wajah untuk kulit normal

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza, bergantung kepada jenis kulit masing-masing samada normal, kering, berminyak atau sensitif. Bagi mereka yang berkulit normal, mereka patut bersyukur kerana terhindar daripada masalah jerawat, jeragat dan lain2. Namun begitu, penjagaan muka bagi kulit yang normal juga perlu dititik beratkan bagi memastikan kulit muka sentiasa sihat dan berseri.

Botanical Effects Skin Care - Formula 2 (Kulit Normal)

Set penjagaan wajah ini sesuai untuk wanita yang :-
- sedang mencari pendekatan peribadi untuk memenuhi keperluan asas kulit dan belum risau tentang tanda-tanda penuaan;
- ingin berasa baik tentang cara dia menyayangi kulit tanpa mengorbankan kualiti dan hasil; dan
- memerlukan produk yang telah diuji untuk kulit sensitif kerana sensitif terhadap bahan-bahan tertentu.

Memandangkan kulit gue dalam kategori normal, of coz lah pilihan gue ialah formula 2.. gue mula pakai secara konsisten sejak bulan feb yang lalu dan sekarang dah masuk bulan yang 4 tapi kuantiti produk masih banyak lagi kecuali cleanse.. mungkin bulan depan kena repeat order dah.. hihi alhamdulillah, setakat nie gue memang berpuas hati dengan hasilnya.. =')

me - before and after.. ;)

#marykaylover
#marykaybeautyconsultant
#freetrial
#0162706499