Friday, November 10, 2017

3rd pregnancy - ceritera 1st check-up

Assalamualaikum w.b.t.. ;)

7 November lepas gue g bukak buku merah kat klinik kesihatan mantin. plan asal nak bukak aje buku merah kat situ, next check-up nak g klinik pakar usim. sekali nurse membebel pulak, katanya kalo nak check-up kat klinik pakar usim, kenapa x g bukak je buku kat situ? huk3 gue bukak buku merah kat kk sebab gue nak kan buku merah dia aje, buku klinik pakar usim belum tentu complete.

Pengalaman bukak buku merah kat kk memang penat, tak sanggup gue nak imagine macam mana la gue nak check-up kat sini tiap2 bulan nanti. masa bukak buku merah ritu, pukul 8 gue dah sampai untuk pendaftaran, pukul 11.30 baru boleh balik. perit tuh di sini la katakan. huk3 gue sanggup skip proper breakfast semata2 nak kejar pendaftaran, alas perut dengan roti 7e dan air kotak milo aje.

Aktiviti time bukak buku merah kat klinik kesihatan mantin ritu, gue kena ambik darah kat lengan dulu untuk ujian saringan hiv, jenis darah dan hb darah. lepas tu terus buat ujian urine. lepas tu baru timbang berat, tinggi, tekanan darah, tinggi rahim dan nurse ajar cara2 buat pemeriksaan breast. patutnya nurse tu yang kena buat pemeriksaan breast tapi gue tolak sebab segan! hahaha

Patutnya appointment untuk scan kat kk nie time kandungan 12w keatas aje. tapi xtau la kenapa, baik pulak nurse tu p set kan appointment scan gue dan2 tu jugak walaupun gue baru nak masuk 10w. tang nie i like sangat! haha tapi tu la, nak tunggu doc panggil untuk scan makan masa setengah jam jugak. aduhai, sabar jela. dengan perut berkeroncong nya lagi. memang mencabar keimanan betul.

Hasil scan pulak macam x memuaskan sangat sebab kalo ikutkan date 1st day period, patutnya kandungan dah 9w6d tapi time scan ritu baru 6w4d. so doc cakap, next month kena scan lagi sebab xnampak janin, mungkin telur tu lambat disenyawakan katanya. gue pon x reti sangat nak explain. haha tapi xkisah la sebab katanya kantung tu cantik aje dan gue pon xde bleeding apa2.

So, next check-up adalah pada 5 disember nanti dan harapan gue adalah semoga check-up itu akan berakhir dengan jayanya dalam masa sejam dua sahaja, amin ya rab.. =')

sekuntum bunga dan tiga ekor kumbang in the car (",)

No comments: