Tuesday, November 28, 2017

Keguguran dan Berpantang

Assalamualaikum w.b.t.. =')

Ceritera keguguran gue bermula pada 10 November 2017 yang lepas. masa tu kandungan gue baru 10w4d. gue start bleeding pada petang jumaat tu sampai la officially miscarriage pada 12 November 2017. permulaan bleeding gue x banyak dan x kerap. petang sikit, lepas tu malam sikit. esoknya pon sama. pagi sikit, tengahari sikit, petang sikit, malam sikit. esoknya baru start heavy bleeding. setengah jam sekali tukar pad. tapi perut x de rasa sakit, cuma pinggang je sakit2.

Time gue start heavy bleeding tu, gue dah redha dan dah ready untuk proses keguguran nie sebab masa p klinik sariah, nilai jumaat malam tu, doc dah cakap awal2. katanya kalo normal bleeding, 3-4 hari  macam tu bleeding akan stop sendiri. tapi kalo berlakunya heavy bleeding, tu bermaksud proses keguguran sedang berlaku. xlama lepas heavy bleeding tu, tiba2 je keluar ketulan darah macam perut ikan sebesar 2 jari gitu. xlama lepas tu keluar pulak ketulan warna putih macam obor2 sebesar 3 jari. 

Doc kat hospital islam az-zahrah cakap, ketulan darah macam perut ikan tu la kantung baby. ketulan putih macam obor2 pulak doc xdapat nak kenalpasti apa benda sebab gue lupa nak snap gambar. time kejadian tu berlaku gue agak neves dan panik, so gue terus je mintak c eraziwan tolong cuci n tanam cepat2 haha kelakar betul bila ingat balik pengalaman keguguran pertama kali tu. macam2 perasaan ada time tu. sedih, neves, takut, panik, lega semua ada.

Orang kata, pantang gugur nie lagi perlu dijaga daripada pantang bersalin sebabnya tukang urut gue cakap, bila kita gugur, rahim kita luka teruk walaupun luarannya perut x sakit pon. pada hari ke-15 gue berpantang, gue ada berurut dengan makcik yang stay kat putrajaya nie. katanya peranakan gue dah kebawah sangat. kalo ditakdirkan gue pregnant lagi, kemungkinan besar gue akan keguguran lagi. fuh, scary betul gue dengar. lepas tu makcik tu tolong sengkak kan peranakan gue.

Kata makcik tukang urut tu lagi, rahim perlu kosong sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk pregnant lagi bagi memulihkan luka2 kesan daripada keguguran tu. cara makcik tu mengurut memang lain dari yang lain, best sangat. katanya lagi, urut pantang keguguran nie cuma sekali sahaja dan urut pantang bersalin pula hanya 3 kali. kalo saja2 nak urut pulak, cuma 3 kali dalam masa setahun. gittew. laen betul dengan info yang tukang urut gue kat kampung tu bagitau hihi

So, kalo ada sesapa yang berminat nak berurut dengan makcik nie, korang boleh je contact husband dia untuk booking slot mengurut sebab c eraziwan cakap, makcik nie x guna handphone. husband dia la yang jadi orang tengah. diorang stay kat putrajaya dan mengurut di PPA1M dan kadar bayaran pulak = rm80. no tel pakcik salleh = 010-3744492. oh ya, lepas je mengurut ritu, makcik tu ada kasi pes kunyit ramuan turun temurun untuk kecutkan rahim katanya hihi

Day 15 - berpantang

4 comments:

Anum said...

inshaallah pasti ada hikmah disebaliknya

Ann Ishak said...

macam mana dgn pemakanan pulak, kena jaga jugak ke erma

Mizz ErMa said...

@Nurzakiah Hanum tenkiu sis =)

Mizz ErMa said...

@Ann Ishak makan lagi kena jaga kak.. xboleh makan makanan berangin (ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, terung) sejuk dan menjalar (labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, nangka, cempedak, pisang masak hijau dan tembikai) ikan berbisa dan berduri (ikan duri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari)