Monday, July 16, 2012

2 tahun sudah..

Hm..pejam celik pejam celik, da 2 tahun rupanya usia percintaan kami nih..cepat tol masa berlalu kan, rasa macam baru semalam aje kitorang kenal lepas tu rapat lepas tu kapel lepas tu gaduh lepas tu tarik muka lepas tu diam seribu bahasa lepas tu baek balik lepas tu gaduh lagi lepas tu dk ulang2 benda yang sama sampai ler tibanya detik 11 julai 2012..teruk betul perangai c eraziwan nih kan? eh? err..ke perangai gue yang teruk? hm, hihihi =P

Oh ya, bila gue pk pk balik, gue pon rasa macam xpercaya jugak benda nih..mungkinkah ianya hanya satu kebetulan? sebabnya, last year kitorang dk celebrate 1st anniversary as a couple, this year pulak as a fiance, n insyaallah next year as a married couple..hehe lepas tu, bila gue bagitau c eraziwan pasal suratan @ kebetulan nih, boleh pulak dia p tambah, next 2 years pulak kita p sambut as a mummy and daddy! hah?? huh, hampeh tol c eraziwan nih~

setelah melalui pelbagai onak dan duri, akhirnya..biarlah rahsia~ huhuhu

saja nak tayang lipstick baru..hm, not bad la jugak~ hehehe

Oleh sebab 11 julai jatuh pada ari rabu, so kitorang p celebrate kat johnny's restaurant aje la kat alamanda tuh..ini merupakan kali yang pertama jugak la kitorang lepak kat johnny's alamanda nih sebabnya, biasa kitorang p kat times square.. sebab mengapa steamboat yang menjadi pilihan adalah? of coz lah sebab tekak nih rasa macam nak pekena steamboat..alahai~ hahaha

p/s : hm, ramai pulak yang tanya harga photobook gue yang ohsem tu..huhuhu harga asal rm75, tapi oleh sebab gue beli kupon kat groupon dulu, so gue dapat save sebanyak 48% dan gue beli photobook yang ohsem itu dengan harga rm39 aje..postage pulak free, lucky betul gue nih kan sebabnya ini merupakan kali yang pertama gue beli kupon kat groupon..hehehe


Tuesday, July 10, 2012

My 1st Photobook by Pixajoy! =D

Oh ya, ritu kan gue ade post pasal kupon pixajoy yang gue beli kat groupon.my..pihak pixajoy cakap, dalam masa 6 ari bekerja lepas gue submit soft copy, gue akan terimalah hard copy nya.. pejam celik pejam celik, tak sangka..cepat betul masa berlalu kan..ngam2 6 ari bekerja berlalu, photobook nih pon sampai ler kat depan mata gue pukul 11.45 pagi tadi..hik3, ;P

 
wah, sakan tol diorang dk balut photobook gue nih..bikin gue saspen aje..hik3,

tadaa~ haa, inilah dianya gue punya photobook..ya ampun, cantik bangat sih!

helaian pertama haruslah taruk gambar kenangan yang terindah ini kan? hihi

sepatutnya, gambar nih clear + ohsem tapi sebab gue snap pakai henpon aje, ini ler hasilnya..

helaian terakhir pulak, harus lah taruk kenangan terindah jugak..hehe masa our 1st anniversary..

nih pulak cover belakang..simple but nice bukan? hehe

So, kesimpulannya ialah, gue tersangatlah puas hati dengan photobook 40 mukasurat daripada c pixajoy nih okeh..harga pon berbaloi2..hehehe kata c eraziwan, len kali leh ler order lagi dengan c pixajoy nih.. kata gue pulak, haa..tau xpe~ hik3, gambar tak pecah, kaler pon cantik, kertas pulak berkualiti, hai..pendek kata memang perfecto lah c photobook gue nih..hehehe =D


Thursday, July 5, 2012

Takdir Itu Milik Aku

My latest collection..=')
Sinopsis :-

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. emak saudaranya, kamsiah tidak henti2 menyeksa hidupnya. maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. dia akur dengan kehendak emak saudaranya. menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. tapi sementara cuma. perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kejayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakkannya menjadikan dia lupa pada batas agama. tanpa belas mahupun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mertuanya. tapi kenapa dian yang dipilihnya? kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

"kau bukak mata kau besar2! kau tengok betul2 muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! kau ingat aku saja2 nak kahwin dengan kau! hei bodohlah kau ni! anak ni lahir bukan atas kerelaan aku! kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. jijik, tau tak! kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. geli! sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! benci! benci! hambur zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.

Allahuakbar! raung dian. menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadap suaminya itu. tapi itulah kenyataannya. pahit! cukup pahit! dan kepahitan yang ditelan oleh dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. kala itu biarpun seribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! meraunglah! menjeritlah! keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! aku tidak akan berpaling lagi! hatiku sudah mati! mati buat kau! jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! aku yang akan tentukan jalan hidupku! kerana takdir itu milik aku!

Kata tuan belog pulak : karya2 siti rosmizah memang tak pernah mengecewakan gue okeh.. hehehe tapi tu lah, untuk karya yang terbaru nih, gue juz bagi 99.9/100% aje..sebabnya? gue pon tak tau ape motif penulis dk luahkan luahan2 yang tak perlu diluah taem dk menulis novel nih..bikin gue menyampah aje..hm, T..T