Tuesday, February 15, 2011

AnDaiNya LeLaKi TaHu..

Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi

Andainya lelaki tahu
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh kerana..

Andainya lelaki tahu
Hati itu akan senantiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah