Wednesday, April 4, 2012

Soal Jawab Bersama Ustaz

Wah, tak sangka banyak tol komen2 membina yang gue dapat daripada entry sal dress bertandang gue tuh..terharu sat~ sob, sob, T..T hehehe apa yang boleh gue katakan disini ialah, terima kasih yang tak terhingga kepada mereka2 yang terlibat dan gue hargai sangat2 komen2 anda semua tuh.. ada masa nanti gue akan make-over lagi dress tu..nasib baek gue juz draftkan aje..nanti, boleh ler tambah apa2 yang patut kan..hehehe =D

Kali nie pulak gue nak kongsikan beberapa soal jawab yang sempat gue copy and paste daripada satu website yang banyak memaparkan tentang kemusykilan2 agama..tapi gue tak pasti la pulak samada website nih femes ke tidak sebabnya ini kali pertama gue p terjah website tuh..hehehe tapi setahu gue, website nih memang banyak sesangat info2 yang berguna untuk kita pakat2 hayati dan pelajari..sesungguhnya, yang baek itu datangnya daripada Allah s.w.t..=)

Soalan 1 :-
Apakah hukumnya lelaki memakai inai dijari apabila seseorang itu menamatkan zaman bujangnya atau dalam erti kata lain berkahwin?

Jawapan :-
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-88 yang bersidang pada 2 oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua2 tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak dan ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan manakala corak2 haiwan, lambang dewa2 atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
3. Diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Soalan 2 :-
Bolehkan menantu (perempuan) bersalaman dengan ayah mertua? Apakah batas aurat diantara isteri dan ayah mertua, saudara lelaki sebelah suami dan adik ipar lelaki.

Jawapan :-
Menantu perempuan boleh bersalaman dengan bapa mertuanya, dan tidak batal wuduknya. Ini kerana bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut. Oleh itu, aurat menantu perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik beradik lelaki yang lain. Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya dihadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Soalan 3 :-
Saya tahu cincin perkahwinan atau pertunangan harus diletak di jari manis..tetapi di tangan kiri atau kanan?

Jawapan :-
Letaknya dijari manis tangan kanan.

Huh, terjawab suda persoalan yang membelenggu gue selama nih..hehehe gue ingatkan, lelaki memang tak boleh pakai inai langsung masa nak kawen, rupanya kalo setakat pakai 3 jari, no hal aje..hehehe lepas tu, tang aurat dengan bapak mertua + adik beradik lelaki suami, gue juz confuse aje sebabnya gue penah dgr jgk pasal nih sebelum nie..=P tang cincin pulak, haa..yang nih memang gue tak tau langsung kena pakai tangan kanan, ingatkan tangan kiri..hehehe

  
kemusykilan.islamgrid.gov.my
haa, inilah dianya website yang gue maksudkan tadi..semoga persoalan2 yang pernah membelenggu pemikiran anda2 semua juga akan terjawab lah hendaknya sekiranya anda2 semua rajin nak meng-klik kesemua soklan2 yang diutarakan oleh mereka2 yang berada diluar sana yer..wallahu'alam..=)

32 comments:

Aizat Shafiq said...

Gud info untuk semua... :)

IFAH♥ said...

waahh ! Thanks for shared !
Appreciate it :)

dear yayah said...

suka pakai inai time rye je.. nk nikah lmbt lagi.. ahaha.. thnks for the info :)

MaYa MustWany said...

alamak erma..jwapan xberpa nk nmpak..bold or putihkkan ke mcm biasa.

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pown mati2 igt tgn kiri...atoyai.....

najmi^^ said...

gud info..btw.. i took the path that less travel tu kan amik dari mne? mcm pernah dngr je..buku form5 eh..the road that not been taken..nahh..nvm :P

Liza Razak said...

bagus entry ni...mcm2 kemusykilan boleh terjawab.thanks for sharing :)

Mizz ErMa said...

aizat shafiq : alhamdulillah..=)

Mizz ErMa said...

ifah : sekadar berkongsi, sharing itu kan caring? hehe

Mizz ErMa said...

dear yayah : hehehe, taem sy muda mudi dulu pon suka jgk pkai inai taem rya tp sejak da besar nih, xde masa la pulak nk pakai..hik3,

Mizz ErMa said...

maya : oh, yeke? hehe sori2..

Mizz ErMa said...

henrietta : tau xpe..nasib baek ustaz nih reply soklan tang cincin tuh..hehe

Mizz ErMa said...

najmi : buku form 5 kah? ahaks..sy pon xtau dari mna datangnya ayat tuh, maybe satu pakej dgn background nih kot? hehehe

Mizz ErMa said...

liza razak : bagus kan? sy pon, taem free2 mmg slalu terjah website nih..hihi

mirmashi94 said...

bagus laa kan website tue . hew hew ^^

p/s : sal komen mizz erma kat blog saya . hik3 . hasilnya ntah laa . x rasa nak tanya die pom sebab kitorag baik balik lepas dah putus ngan ex tue . haha XD

Shaznina Sofia said...

penah baca tentang nyh kat sebuah buku jgk.. :)
nice info kak..

aRa ❤ aFiq™ said...

da tahu sume da bole kawen la.. hehe :)

Ihsan Arifin said...

haha tudia tudia tudia.
soalan pasal nikah kawen sajoooo.
interesting~

Mizz ErMa said...

mirmashi94 : bagus kan website tuh? hehe oh, abis tu nape xkapel aje dgn besfren tuh? =P

Mizz ErMa said...

shaznina : info tang kawen tu, of coz lah nice kan..hik3,

Mizz ErMa said...

ara : tau xpe..ngeh ngeh ngeh =P

Mizz ErMa said...

ihsan arifin : well~ hahaha =P

-SUPERGIRL- said...

terima kasih sbb kongsi !! :D

MaYa MustWany said...

hihihi bru dapat baca dengan senang hati.hihi

oo means kalau ipar tak leh la ek..hoho

lor tgn knan????ingt kiri..fuhh baru tahu gak ni..

pernah nmpak de pgantin lelaki dpt cincin dri wifenya msa nikah..tpi leh ke laki pkai cincin emas.adess

Mizz ErMa said...

supergirl : sama2 kasih..=D

Mizz ErMa said...

maya : hehehe..hm, kalo x silap sy, org laki xboleh pakai cincin emas..kan berdosa kalo laki pakai emas..tol x? =D

anisalya said...

dah terjawab tu alhamdulillah.

Juliet_iRa~" said...

ooh br tau gak sbb aritu ira bc kan ustaz azhar dia mcm ckp lelaki xleh pakai inai..

huu..kalau blh ok la..ehee..

sbb kalo lelaki xpkai inai mc kurang seri kan..hee

Mizz ErMa said...

anisalya : ha ah, da terjawab da..alhamdulillah..=)

Mizz ErMa said...

juliet_ira : haa, itu ler pasal..mybe sebab ustaz xterangkan secara detail kot..hehe

emy zulaiha said...

wah mmg info terbaik lah. tq :)

Mizz ErMa said...

emy : terbaek la sebab nanti2 emy pulak yg nk naek pelamin..=P