Friday, December 16, 2011

Awak Suka Saya Tak? - Bab 1

Habis tuisyen malam, aku pandu kereta masuk ke restoran segera bersama dua orang kawan sekelas. Dah janji nak makan dan selepas itu aku hantar mereka pulang ke rumah masing-masing. SPM, SPM jugak tapi kena la enjoy juga sekali sekala. Peluang dapat keluar dan memandu kereta ayah, tanpa lesen tentunya satu kesempatan yang besar bagi aku. Dapat makan kat sini pun rasa macam kaya sangat.

Kami ambil tempat yang paling best.. boleh mengadap TV. Masing-masing duk sedap mengunyah bila tiba-tiba masuk sekumpulan remaja ke dalam restoran segera ini. Bising betul. Dua orang aje dah cukup bising. Apatah lagi seramai 30 orang ini. Riuh macam restoran ini dia punya aje.

Aku yang membelakangkan mereka, menjerit. "Woi..diamlah sikit. Orang nak telan pun tak lalu!"

Terdiam sekejap lepas tu bising semula.

Baru aje aku nak jerit lagi, kawan aku menggelengkan kepala, melarang. Seorang lagi kawan, buat isyarat mata kat aku. Juga melarang. Biarkan aje! Aku geram, saja nak tengok muka-muka yang memekak itu, bingkas bangun ke sinki. Kononnya nak basuh tangan tetapi sebenarnya nak jeling mereka kaw-kaw. Ketika aku bangun dan berjalan ke arah sinki, aku perasan ada seseorang yang juga kelam kabut bangun, mengekori aku ke sinki. Dia menoleh ke arahku dan senyum. Aku terlupa, membalas senyumannya pula. Chet! Kenapa aku balas senyumannya pulak? Bukankah dia salah seorang dari mereka yang memekak tadi?

Rasa sesal sambil berjalan ke arah meja semula. Tetapi terhenti sebab seorang budak perempuan Cina sedang mengambil gambar kawan-kawannya. Kalau aku lalu kang block kamera dia pulak. Punyalah lama nak snap. Tercongok aku depan kumpulan mereka. Yang basuh tangan tadi pun sudah berada di sebelahku. Kelam-kabut dia menyelitkan dirinya dalam kumpulan sebab nak bergambar sama. Senyum aje dia. Bisingnya mereka duk mengira dalam bahasa Cina dan sibuk la duk buat lambang peace. 3 kali snap jugak. Bila dah habis, aku pun menuju ke mejaku. Sepatah terima kasih pun tak ada. Hampeh sungguh!

Tukar tempat duduk kali ni. Aku saja menghadap mereka. Nak tengok mereka berani bising tak bila aku tenung mereka. Tak hairan pun mereka dengan aku. Selamba aje makan sambil bersembang, lagi bising. Yang sama-sama membasuh tangan tadi, aku perasan asyik tengok aku aje. Aku pandang balik dia sambil angkat kening. Berbaju hijau dan berseluar merah besar. Baru balik dari berlatih tarian singa kot. Senyum lagi. Duk basuh tangan tadi, senyum, duk posing tadi, senyum, sekarang sama-sama menghadap makanan di meja masing-masing pun, dia masih senyum kat aku.

Apa kena budak Cina ni? Ada sesuatu di mukaku ke? Ada arang ke? Ada cili terlekat di gigi ke? Rambutku terkeluar ke? Tudungku senget? Tak boleh jadi ni. Aku cukup tak suka ditenung apatah lagi oleh lelaki bukan Melayu pulak tu. Maka aku pun dengan eksyennya mengangkat ayam gorengku tinggi-tinggi dan makan dengan berlagaknya. Nak tengok sangat, haa..tengok la!

Aku nampak dia macam nak tergelak..tapi cepat-cepat ditahannya. Sibuk rakan-rakannya bersembang sampai tak sedar yang aku dan dia sedang berperang mata. Kawan-kawan aku yang dua orang ni lagi la..tunduk aje menghabiskan ayam goreng masing-masing. Malu dan tak nak lama-lama di situ. Nak cepat beredar..tak tahan. Bising sangat.

Dah habis makan, aku sekali lagi ke sinki. Sibuk mengeringkan tangan di hand dryer, tiba-tiba depan mukaku disua sehelai tisu. Aku toleh. Baju hijau itu lagi. Dia tersenyum dan mengisyaratkan agar aku mengambilnya. Aku ambil sambil tertanya-tanya didalam hati, apa hal mamat ni? Dia berlalu pergi sambil membuat isyarat, call me. Cis!

Malam itu selepas pulang, aku tertidur pulas. Lupa call me itu! Esok pagi, baru teringat. Mana tisu semalam? Cari-cari tak jumpa. Hm..lantak la.

P/S : tetiba rasa rajin nak menaip..hehehe ala, apa salahnya..sambil menyelam minum air..sambil abadikan novel yang best nih dalam sweet + sour, gue pon leh mantapkan lagi skill menaip gue..eksyen nih, taep xtengok keyboard pon tau..(nampak sangat menipunye) err..okay, gue tengok skit aje kat keyboard tuh..=P

9 comments:

Unknown said...

wahh menarik lah crita novel tu! budak cina tu mcm nak ngorat girl tu pulak. haha

adda siempre said...

sedap ko cto tuh ma?

nasha sanza said...

hai,rajinnya taip..tak sangka saya,erma sudi tulis..cepat taip bab ke 2 pulak..hehe..best la..baca sampai habis..

CikTeddyCorner said...

ok,cik mule rase citer ni sweet^^

Unknown said...

best ye citer nih......xsabar nak tau selanjutnye....

Juliet_iRa~" said...

wahh jd mcm cerpen da novel tu..hee

pss : nak tau sedap ke x cupcake tu kena la buat..;p..pastu suh cik abg rs yea..:)

Siapa Tahu said...

ni ke satu2 nye post awk yg xde gmbr? kn biasenye pnuh ngn ur pics.. kui3

Unknown said...

Wah beraninye awk mrh diorg hehhe
ala knp x kol hehe

Mizz ErMa said...

nur aischa : hahaha..jeng3, =P

suhada : dap ler daa..kui3,

nasha sanza : hehe..bab 2 akan menyusul kemudian~~

original cik teddy : cite nih mmg swit + romantis~~ hihi

kuchiki rukia : selanjutnya pulak lagi best..hehe

juliet ira : maklum ler, xsempat nak taip byk2 sekaligus..hehe (tingin nak rasa cup cake cik ira) hehe

siapa tahu : satu2nye ke? entah..(boleh macam tu?) kui3,

ezan idma : heroin xboleh nk call sbb tisu tu da hilang..kui3,