Monday, December 26, 2011

Awak Suka Saya Tak? - Bab 4

"Assalamualaikum..tuan puteri..helo..jemput bangun. bangun la.."

samar-samar aku melihat abang sedang memegang tombol pintu, menjengukkan kepalanya. aku melompat dari katil. "pukul berapa sekarang?!"

"dah 'gajah' dah. cepat siap, nanti lambat pulak." abang menutup pintu.

apesal jam handphone tak berbunyi? laa..kong rupanya. caj jap dan zasss..mandi.

"janji pukul berapa jumpa wedding planner tu?" tanya ayah.

"10, ayah." abang jawab.

"awal lagi..baru pukul 8, kalau tak, boleh.."

"boleh apa? boleh tidur lagi? apa la anak dara ni. kalau tak dikejutkan, tak bangun. macam mana esok-esok kalau dah kahwin?" potong mak.

"intan tak nak kahwin. nak duduk dengan mak dan ayah sampai bila-bila."

"kalau tak nak kahwin sebab orang tak nak, tak apa. ni, maknya fikri tu dah berapa kali tanya jadi ke? kalau jadi, mereka nak masuk."

"biar la dulu mak. nanti ready, intan beritahu ya."

niat nak tamatkan perbualan yang paling aku tak suka tu.

"bila nak readynya? umur tu semakin lanjut. jangan memilih sangat. nanti kera tampar mata." mak dah keluarkan 'fatwanya'.

kami tergelak.

"apa kera tampar mata tu?" tanya abang, geli hati.

"kalau terlalu memilih, itu tak nak ini tak nak, bila jumpa orang yang sesuai, orang yang betul, jodoh yang Allah dah tetapkan untuk kita, mata dah tak boleh nak tengok siapa yang ikhlas dengan kita. hati dah tak boleh rasa, tak ada rasa cinta..hati mati." serius aje mak bersuara.

"asyik sebut pasal kahwin aje, macam tak suka intan kat rumah ni. macam nak suruh intan keluar dari rumah ni cepat-cepat. macam nak halau aje." aku memuncung.

"apa pulak nak halaunya? ayah buat rumah ni besar-besar untuk intan dengan abang la. nak duduk sini sampai beranak cucu pun tak apa. tapi kahwin tetap kena kahwin. kalau tak suka fikri, syafiq pun okey juga. tak pun farish, anak partner ayah. mereka tu semua baik-baik, educated lagi." celah ayah.

isy..nak pasang-pasangkan pulak. macam zaman 50-an aje!

"baju intan bila siap?"

thank you abang! always my hero! sentiasa bersedia menyelamatkan adiknya.

"tokeh butik tu kata dalam minggu depan."

"eh..minggu depan tak lewat sangat ke?" mak bising.

"sempat kot mak..dalam 3 minggu lagi ni. banyak dia nak jahit tu. baju intan hari akad nikah lagi, persandingan  belah perempuan lagi, belah kita lagi, flower girls dalam 5 orang.."

'dan juga baju majlis bertandang, baju majlis resepsi untuk kaum keluarga, baju majlis resepsi untuk kawan-kawan abang dan baju stand-by untuk apa-apa majlis lagi,' bisik aku dalam hati..tak mahu cerita kat mak. abang yang kahwin aku yang beria lebih..hehehe.

"nanti baju-baju tu simpan elok-elok. boleh pakai majlis intan pulak."

isy..mak ni. tak habis-habis lagi.

"mak, ayah, kami pergi dulu..nanti jam, lewat pulak."

thank you again abang!

"lain kali, mak ayah cakap apa, diam aje. tak usah nak menjawab."

mataku basah.

"dah la, benda lepas tu lepas la. dia pun entah jadi orang ke tidak."

"jangan sebut nama dia." aku hot.

"tak sebut pun, sebut dia aje."

"tapi dia tu bermakna dia la kan.."

"okey la..sorry la..lepas jumpa wedding planner tu, kita terus ke mid valley."

"dapat tiketnya? show pukul berapa?" aku seronok.

"ya. 2 petang."

"kenapa tak malam? tak best la siang."

"tu pun nasib baik dapat tiket!"

"intan tunggu sini kejap. nak beli popcorn. nak apa lagi?"

"air mineral. tak mahu yang sejuk."

sementara itu, mataku melilau melihat poster. ramainya manusia. avatar punya penangan!

"jess..jess..come here boy."

kelakarnya anak kecil itu. beria cuba nak melepaskan diri dari ayahnya. ayahnya berjaya menangkap dan memeluknya. diangkat, didukung dan dicium bertalu-talu pipi mungil itu. suka la tu. sangat happy nampaknya. mengekek gelak. aku tumpang tersengih sama. kemudian mereka menoleh kepadaku.

hilman lagi? wah! dah 3 hari berturut-turut kami berjumpa. berjodoh sungguh kami. kami berbalas senyum. senyumnya lebar bila melihat aku. dia mula melangkah kearahku bila anaknya memanggil seseorang, "mummy!"

datang seorang wanita cina, hamil dan mencium anak di dukungan hilman.

aku ternganga sekejap melihat adegan itu. sexy nya isteri dia. sleveless dan berseluar. dada terbuka luas menampakkan rantai emas dengan loket salib. aku keliru! salam aku pun tak nak! and here he is! oh, sungguh tak disangka. fikirku dia memeluk agama islam kerana nak berkahwin dengan wanita melayu, rupa-rupanya beristerikan wanita berlainan agama. hilang segala rasa hormatku kepadanya.

mereka beriringan ke tempatku berdiri.

"what a surprise..tengok wayang?"

"tak, tengok bola." sinis aku menjawab soalannya.

dia macam blur.

"kenalkan grace, ini intan."

"hi grace."

aku berjabat dengan dingin.

"hi, you yang call last nite?"

"ya..sorry. kacau malam-malam."

"hi hilman, you buat apa kat sini? tengok wayang juga?" abang datang mencelah.

"hi nazim. tak la, nak tengok bola."

aku membulatkan mata kepadanya. copycat!

"daddy..daddy..i want popcorn." anaknya merengek melihat popcorn ditangan abang.

aku mengambil salah satu popcorn yang abang beli, hulur kat grace. "give it to him".

"no, no..it's okay. we'll buy it or him."

"please take it. kasihan dia. ia sebagai ganti belanja minum."

hilman merenungku, macam tak puas hati aje. peduli apa aku, aku benci orang hipokrit!

"okay if you insist. thank you." grace memberi popcorn kepada jess.

"okay then, we've got to go. see ya." abang menarik tanganku.

"apehal ni?" bisiknya.

"nanti la, kat rumah cerita. don't spoil my mood."

kami masuk ke dalam pawagam dan mencari seat. barisan 3 dari belakang. seat berdua. aku duduk di tepi dinding. baru wayang nak start, handphone abang berbunyi. sahih tunang dia call. abang kelam-kabut keluar menjawab seruan tunangnya itu sebelum di'syyy'.

datang la pulak 'apek' ni duduk di sebelah aku.

"popcorn anda ditolak and you still owe me a drink," bisiknya sambil meletakkan popcorn diatas ribaku dan dia blah! wah! melampau betul 'apek' ni! bini depan mata pun nak menggatal dengan perempuan lain.

aku melihat kearah mana dia menghala. Cantik! bawa anak tengok cerita avatar! sungguh tak sesuai! mereka duduk di seat belakang sekali dari tepi. patut la dia nampak aku. sama cerita, sama panggung dan tempat duduk pun dekat-dekat. aku memandangnya lama dengan niat 'murni' nak bagi jelingan berapi. tapi dia langsung tak pandang aku. khusyuk la konon duk mengadap skrin kat depan tu. aku mengunyah popcorn dengan penuh geram. seakan-akan, hilman yang aku kunyah hidup-hidup.

biasa kalau habis wayang, kami akan keluar last sekali. tak suka berasak-asak. maka aku tengok la mereka sekeluarga keluar. kalau aku duduk dikerusi abang, harus aku panjangkan kakiku, biar dia jatuh terguling kat bawah. hahaha. on da way mereka nak turun, hilman melalui tempat duduk kami dan bersalam dengan abang. peluang! peluang! peluang untuk aku beri jelingan berapi yang tertunda tadi. aiseyy..dia tak pandang aku langsung.

hm..bagus juga hilman ni. hilman pakaikan grace jaket dia. jess didukung dan tangan grace dipimpin.

dah siap mandi, aku merebahkan badan yang keletihan.

tangan mencapai handphone yang aku caj dari pagi tadi. on aje handphone, mak aih..misscalled dari hilman. banyaknya! dari semalam dan pagi tadi. 8 misscalled. sms lagi.

well, sorry la hilman. i tak minat la nak terus berhubung dengan you. terjumpa you, tertinggal handbag dan janji nak belanja minum adalah satu kejadian yang tak disengajakan. di luar bidang kuasa i. lagi la you ni suami orang.

prinsip hidup aku, HAK ORANG JANGANKAN AKU NAK AMBIL, PANDANG PUN TAK! HAK AKU, HAK AKU JUGA. JANGAN SIAPA NAK RAMPAS, SIAP LA!

adios MUHAMMAD HILMAN YONG ABDULLAH!

10 comments:

Tie HT said...

ya betui..hak kita hak kita jua..jgn duk sebok hak org..jaga lah hak seniri kan :)

nasha sanza said...

oho..bestnya..rajin betul taip..thank you...

CikTeddyCorner said...

btol3..stuju dgn prinsip tu..^_^

Unknown said...

haha hamboy makin berapi2 nak bace nie.siapelah grace tue eh.

eiyzniey said...

Xpyh nk bz body kan..
Heeeeee

Juliet_iRa~" said...

waa mcm best je..

xbeli lagi novel ni..huu

Zehan Ilyana said...

macam best je..ceite eh ni? :)

Anonymous said...

suami org jgnlah cuba2 rapat walaupun sbagai kwn.naya je kang haha..

Aleen Aiden said...

suke ayat si emak yg "kalau terlalu memilih.." tu.

nak kopipes bawak masuk site komen xbley pulak.hu3

Mizz ErMa said...

tihara : betul3..mana boleh sibuk2 hak org laen..hihi

nasha sanza : sekali sekala apa salahnya..chewah, hehe

original cik teddy : sama la kita..hehe

emy zulaiha : alah, c grace tu kkak c hilman aje..c intan aje yg xtau..kui3,

eiyzniey : tau xpe..jg tepi kaen sndri sudah..hihi

juliet ira : tggu ape lagi, p la beli skrg..hehe

teenager housemaid : ha ah, salah satu novel yg meletop nih..=P

cik zoey : cari penyakit namanya tu..kui3,

aleen aiden : nape, cik aleen pon memilih jgk ke? hehe