Tuesday, March 27, 2012

Jangan Undang Jenayah!

Wah, kemaen lagi bersemangat tajuk entry gue kali nih..hehehe maklum ler, sejak gue mula berjinak2 dengan majalah mingguan wanita nih, banyak pulak info yang gue dapat..so, apa salahnya kalo gue berkongsi sedikit sebanyak info yang gue dapat tuh dengan c sweet + sour gue nih kan..sekurang2 nya, berbaloi2 la jugak duet yang c eraziwan laburkan~ hehehe

So, tanpa membuang masa lagi, moh kita sama2 layankan tips2 yang tersangatlah berguna daripada majalah nih kepada pemandu2 wanita especially kepada mereka2 yang masih baru dalam dunia pemanduan ini dan mereka2 yang gue maksudkan tadi of coz lah termasuk dengan gue kan sebabnya lesen gue baru berusia 8 bulan dan pengalaman gue drive pulak baru +- 3 bulan..hehehe

1. Rajin mengunci kenderaan. Lazimnya kenderaan terkini dilengkapi kemudahan 'auto-lock', bagaimanapun ia akan terkunci secara automatik setelah anda menekan brek pertama. sebaiknya, anda mengunci kenderaan sejurus anda memasuki kenderaan. selepas itu, barulah anda memeriksa kedudukan cermin pandang belakang, menyelaras tempat duduk dan memakai tali pinggang keselamatan.

2. Jangan sesekali meletakkan beg tangan di atas tempat duduk penumpang. ini memudahkan lagi tugas penjenayah tersebut. bagi mengelakkan cermin anda dipecahkan dan beg tangan dicuri, letakkannya dibahagian bawah dan tersorok daripada pandangan.

3. Berhati2 apabila anda meletakkan kenderaan. jika anda berasa curiga ketika mahu ke kenderaan, minta bantuan daripada pengawal keselamatan di lot parkir tersebut (jika ada).

4. Jika menuju ke kenderaan, sediakan kunci kereta lebih awal. jangan apabila sampai di kenderaan barulah anda mencari kunci di dalam beg.

5. Ambil perhatian pada kenderaan yang ada berhampiran dengan kenderaan anda. bimbang jika ada penjenayah yang menyorok di balik kenderaan mahupun di dalam kereta.

6. Jangan memberanikan diri membantu mereka yang mengalami kerosakan di tepi jalan. jika betul anda berniat baik untuk membantu, telefon pihak lebuh raya dan maklumkan lokasi kenderaan rosak tersebut.

7. Pastikan kenderaan anda diselenggarakan tepat pada masanya. ini dapat mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu dan menyebabkan anda terdedah kepada penjenayah.

8. Guna pakai semua kemudahan keselamatan dan ciri kawalan yang terdapat pada kereta. jika berkemampuan, tidak salah sekiranya anda membuat pelaburan atau meletakkan faktor keselamatan antara kriteria utama ketika membuat pilihan pembelian kenderaan.

9. Selain itu, pastikan bateri telefon anda penuh. jika berlaku kecemasan, anda boleh menelefon bagi mendapat bantuan. paling penting, bagi yang menggunakan kad prabayar, pastikan juga ada nilaian kredit.

10. Utamakan keselamatan diri anda. jika penjenayah menyasarkan kenderaan dan barangan berharga anda, berikan sahaja bagi mengelakkan anda dicederakan. bersikap tenang dalam situasi tersebut. keluar daripada kenderaan dan cuba cari jalan untuk menjauhkan diri daripada penjenayah.

Uhh..gerun pulak bila gue memikirkan tentang risiko2 yang bakal dihadapi oleh pemandu2 wanita nih..selama nih mana penah gue bayangkan benda2 yang macam nih..biasa gue acah2 aje c eraziwan nih kalo dia selalu sangat lupa nak kunci kereta..maklum ler, otai nih biasanya mana la peduli sangat tentang keselamatan2 nih, gue selaku newbie terpaksa la bersabar mengingatkannya tentang bahaya tak kunci kereta..kui3,


22 comments:

are_lin@yu said...

Nanti bla dh da keta kna amlkan ni..bkn pa jnyah ada di mana2..huhu

uyaitusaya said...

kebanyakkannya semua ayah dah ada pesan..terfikir..ayah saya penulis majalah wanita ke???? hahaha.

The Fakhirin said...

bawa pistol utk keselamatan terjamin....hahaha

Unknown said...

bahaya kn skrg nyh..

Unknown said...

hati2 bile drive tu emma :)

HeNRieTTa JoSe said...

baru semalam cermin lampu signal en iswara kena curi...letak depan guard tuh....nie dah 2nd time kena...last year kena curi wiper 3 batang....kat tmpat yang sama lak 2...im so paranoid now...

Pondok Usang said...

info yg bagus utk kaum hawa.. =)

Afasz said...

..singgah dr blog tihara..salam perkenalan

http://afasz.blogspot.com

Mizz ErMa said...

are_lin@yu : tau xpe..bak kata patah2, sediakan payung sebelum hujan..=)

Mizz ErMa said...

uyaitusaya : hm, bila sy pk pk kan balik, mungkin la kot? hik3,

Mizz ErMa said...

faiz fakhirin : err..pistol yg dimaksudkan itu pistol air ke pistol yg org buat tembak cicak? kui3,

Mizz ErMa said...

Shaznina Sofia : itu ler pasal.. mintak dijaohkan lah..

Mizz ErMa said...

emy zulaiha : insyaallah..c eraziwan pon selalu jgk pesan macam tuh..hehehe

Mizz ErMa said...

HeNRieTTa JoSe : lorr..teruk betul, nape xtry parking kat tempat laen? guard tuh makan gaji buta kot? hehehe

Mizz ErMa said...

Pondok Usang : kaum adam pon kena la berwaspada jgk..hehehe

Mizz ErMa said...

Cik FaRiZaM : salam perkenalan jgk..=)

Siti Maryam ♥ said...

panduan terbaik ! :)

Juliet_iRa~" said...

thanksss 4 share..hee

mmg kena amalkan ni..:)

Anonymous said...

pagi tadi akak mas col dompet mas de dlm kete dh 2ari..hahaha baru mas perasan tak de.hihihi

Mizz ErMa said...

Le' Adinda ♥ : sharing itu kan tandanya caring? hehehe

Mizz ErMa said...

Juliet_iRa~ : tau xpe, semoga kita2 semua nih akan dijauhkan lah daripada berlakunya benda2 yg macam tuh..amin,

Mizz ErMa said...

MaYa MustWany : lorr bahayanya..nasib baek c penjahat2 kat luar sana tuh xnampak, kalo x misti dia da pecahkan cermin keta tuh..