Monday, February 20, 2012

Akhirnya, terjawab jugak persoalan tentang solat istikharah nih..=)

Haa..misti sume orang tau tentang solat sunat istikharah nih kan? honestly, sepanjang 23 tahun gue bernafas di muka bumi ini, baru aje beberapa kali gue menunaikan solat sunat istikharah ini..itu pon sebab ada sesuatu yang tersangatlah membebankan hati dan perasaan gue yang sering membuatkan gue berada dalam keadaan dilema dan keliru untuk membuat pilihan..

Apa yang gue tau tentang solat sunat istikharah ini adalah untuk meminta petunjuk daripada Allah s.w.t disaat kita buntu untuk membuat sebarang pilihan dalam kehidupan seharian kita..dan pilihan yang dimaksudkan itu tak de la specific untuk mencari jodoh aje, ianya open untuk semua benda jugak la kan..betul tak? (memandai aje hang nih!) err, hehehe

Nak dijadikan cite lagi, gue sebenarnya da lama sangat teringin nak buat solat istikharah nih, kononnya dilanda badai yang diberi nama dilema la kan.. tapi tu lah, bila hati nih tak ikhlas, banyak sangat la alasannya kan..tak tau nak buat macam mana la, itu la, ini la..bak kata patah2, nak seribu daya tak nak seribu dalih..huh, teruk betul! =.='

Oh ya, sebab utama yang mendorong gue untuk melakukan solat sunat istikharah nih sebab sejak someone meluahkan perasaannya pada gue, perasaan gue nih jadi macam berbelah bagi..gue pon tak sangka ia akan jadi macam nih..berkali2 gue tekadkan hati bahawa jodoh gue ialah c eraziwan, bukannya orang laen..disaat gue buntu, akak gue mencadangkan agar gue buat aje solat istikharah..

Sampai la ke satu saat tu, gue da bertekad nak buat solat istikharah nih..ini soal ajal maut jodoh dan pertemuan yang ditetapkan Allah s.w.t kepada gue..so, gue pon kemaen lah bersemangatnya p google tang solat istikharah nih..rujuk buku rujukan solat sunat, hafal ayat2 yang perlu dihafal dan alhamdulillah, gue berjaya melaksanakannya..=)

Di awalnya, gue masih tidak mendapat sebarang petunjuk..hati gue masih lagi berbelah bagi dan gue ambil keputusan untuk menunaikan lagi solat sunat istikharah ini dan nak dipendekkan cite, semalam taem gue tengah syok2 dk layan belog mr.k yang tersangatlah ohsem itu, gue seakan tersedar, mungkinkah Allah s.w.t telah memberikan petunjuk kepada gue? Thank god Ya Allah..=')

So, kalau korang bermimpi tu, jangan fikirkan sangat. Termasuk lah bila korang buat solat istikharah. Solat istikharah tak semestinya akan beri kita mimpi. Well, most of the time, ianya tak akan datang dalam bentuk mimpi. Tapi for your information, ianya datang dalam perasaan kita. For example, korang tak tahu samaada korang patut drop subjek killer tu ataupun tak. So, korang buat la solat istikharah. Selepas korang buat isthikarah, korang rasa tenang je tanpa rasa nak drop subjek tu. Tada, itu lah antara kelebihan kecil istikharah. Read More


17 comments:

anys nadhilah said...

a'ahh, setuju !

Zaza Iman said...

hehe..zaza pun pernah juga bt...tp smpi skg xjumpa lg someone di hati..hihi

Sarah Mohd Saleh said...

ohh xpena wat,tp mcm bestt jek nak buat.mungkin xte options lagi agknya

Anonymous said...

allhamdullilah..hope hati dh lebih tenang

Unknown said...

pernah buat istikharah. Alhamdulillah... dapat ptunjuk yg diidamkan.

Tie HT said...

bagus..nice sharing..thanks erma..:)

Unknown said...

emma!! kite pernah rase mcm nie. eh nape plak boleh berbelah bahagi nie.. :)

CikTeddyCorner said...

pape pon,cik hrapkan yg baik2 tuk kak erma =)

nuranne said...

petunjuk Allah dalam berbagai cara kan....alhamdulillah.

uyaitusaya said...

bila dtg perihal hati..byk keje x jadi kan..

semoga Allah terus memelihara hati kita.. :)

starzieti said...

okay, faham. :D

HeNRieTTa JoSe said...

btl tu....rietta penah buat gak...tp rietta xmimpi pown....cuma hati lebih tenang dan tahu untuk buat keputusan....

CikTeddyCorner said...

dtg lawat kak erma sat ^__^

Anonymous said...

untungnya kita sbb ada solat istikharah ni kan..

Juliet_iRa~" said...

btol2..

setuju sgt...:)

Fina Sophie said...

nak kahwin dah ke? ihik ihik. insya-Allah, the same here. tapi awak dulu la.. sy dlm hjg thn ni or awal thn dpn :)

ღ yATz~ said...

yurp betol tu~
d best soluttion anyway :)

p/s:ape petunjuk tu?hiks :P